Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Rumah Aznil Di ROMPAK!!

Posted: 03 Aug 2012 10:27 AM PDT


KUALA LUMPUR: Rumah yang didiami pengacara televisyen popular Aznil Nawawi di Taman Yarl di sini dipecah masuk penjenayah malam kelmarin menyebabkan selebriti itu kerugian kira-kira RM40,000.

Memetik laporan akhbar Kosmo! kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut. Bagaimanapun, semasa kejadian Aznil tiada di situ.

Menurut sumber, penjenayah itu melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki. Turut hilang ialah komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari sesiapa. Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut didiami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya. - Mstar

Untuk pengetahuan pembaca, Aznil merupakan penyokong kuat UMNO dan juga antara artis yang selalu menyokong kempen dasar kerajaan.

McTheory:
Turut bersimpati atas kecelakaan Aznil

PANASS!! Lisa Surihani Nafikan Promosi Barisan Nasional!!

Posted: 03 Aug 2012 06:15 AM PDT

Lisa Surihani menafikan bahawa beliau membuat iklan mempromosikan Barisan Nasional. Kata beliau, iklan itu sebenarnya daya penarik bagi rakyat Malaysia turun mengundi. Iklan 'Saya Pilih Malaysia' telah menjadi kontroversi apabila ada pihak yang menyatakan iklan itu lebih kepada mempromosi BN.

Sila baca laporan portal pencacai pro-pembangkang dengan Lisa Surihani :

Pelakon Lisa Surihani mendakwa beliau tidak tahu siapa penerbit kempen misteri 'Saya Pilih Malaysia' yang mula kelihatan dalam akhbar arus perdana dan saluran TV nasional bulan lepas.

Menurut Lisa, iklan kempen itu ditawarkan kepadanya menerusi agensi dan beliau menerimanya kerana mesej berkenaan hak mengundi daripada sudut demokrasi yang disampaikan iklan tersebut.

"Secara jujurnya, saya tidak tahu (siapa penerbitnya). Itu diuruskan pihak agensi."Bagi saya, saya OK kalau kita kongsi dengan rakyat yang kita punyai hak demokratik dan mengamalkannya.

"Itu sebab saya lakukan (terima iklan itu)," kata Lisa sewaktu ditanya tentang penglibatannya dalam iklan itu.


Pertengahan Julai lalu, iklan setengah muka dan iklan penuh warna 'Saya Pilih Malaysia' menghiasi akhbar arus perdana dan ditayangkan pada waktu perdana di semua saluran TV utama.

Bagaimanapun, iklan itu tidak jelas menyatakan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Mengulas penggunaan perkataan 'keamanan', 'kemajuan', 'kestabilan' dan 'perpaduan' dalam iklan itu yang dilihat senada dengan kempen BN, Lisa menegaskan peranannya hanya menggalakkan penonton keluar mengundi dan bukan siapa yang perlu diundi.

"Bahagian saya, saya beritahu mereka (penonton) yang mereka ada kuasa untuk bersuara. Anda ada hak itu, dan gunakannya.

"Tetapi, saya tak akan beritahu secara langsung siapa yang anda perlu undi.

"Kerana saya sendiri pun tak beritahu siapa yang saya undi," katanya sewaktu ditemui selepas majlis Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) bersama menteri di Kuala Lumpur malam tadi. seterusnya

Puak Pembangkang ni takut sebenarnya.. kalau tak takut takkanlah mereka sebegitu risau. Hinggakan iklan untuk promosi mengundi pun dorang kata nak pancing undi BN. Akai ada ka?



McTheory:
Seperti anjing yang takut dengan bayang-bayang sendiri!!

TUDIAA!! Lagi Bukti Anwar dan PKR Turut Promosi Gay!!

Posted: 03 Aug 2012 02:16 AM PDT



ANWAR PEGANG LOGO GAY & LESBIAN


TANGAN LOGO GAY LESBIAN 

LAMBANG TANGAN GAY KATANYA ADALAH HAK ASASI


LESBIAN KAMI PUN MANUSIA ADA HAK


Dahulu PAS kata haram bercakap Bangsa, hari ini PAS terberkata-kata "Sebangsa, Sejiwa, Senegara" @ 1Malaysia. Mana perginya Islam...Gay dan Lesbian memanglah haram, hari ini PAS sokong aktiviti Gay dan Lesbian (LBGT), PKR sokong Gay PAS sokong PKR sama dengan PAS sokong Gay, Kalau tak sokong dia keluarlah.

Undi Pas bererti Undi Gay, Lesbian, Transeksual, Biseksual (LBGT). Islam mengharamkan LBGT, jika Pas menyokong LBGT guano tu...

PANASS!! Inilah Sebabnya Kenapa Orang Kata Rafizi Bodoh Macam Lembu!!

Posted: 02 Aug 2012 11:39 PM PDT




Satu kupasan yang menarik daripada Green Hood di Kritis Online berkenaisu BAFIA-Rafizi-Joe. Agak lama menyepi daripada menulis dengan serius kali ini kupasannya membuatkan Keris sendiri tak tahu nak letak pendapat dalam entri ini. Siapa yang tidak faham isu BAFIA ini mungkin boleh faham jika diberi penerangan mudah. Mari kita baca apa yang ditintakan oleh beliau :

Saya rasa, apabila penulis besar maya seperti BigDog, Unspinners, Apa Nama dan beberapa yang lain memainkan isu BAFIA sewaktu 'skandal NFC' mula-mula didedahkan oleh Rafizi dan Zuraidah, ia mungkin tidak mendatangkan kegerunan kepada 'si pembongkar' skandal-skandal pemimpin Barisan Nasional (BN) sebaliknya keghairahan untuk 'membogelkan' salah laku atau kepincangan pemimpin kerajaan BN lebih menguasai mereka.

Keghairahan

Bertambah asyik apabila 'cybertroopers' pakatan menyahut pembongkaran skandal NFC dan menjadikan ia suatu 'tsunami' besar bagi menjahanamkan reputasi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Bagaimana perolehan maklumat sulit terutama perakaunan syarikat NFC yang hanya boleh diakses sama ada dari dalam syarikat tersebut atau pemegang amanah yang lain termasuk bank, external auditor dan akauntan, peguam mahu pun bank, sudah tidak dipedulikan kerana peperangan yang dibawa oleh Rafizi selaku Pengarah Strategik PKR bukanlah peperangan kepentingan awam seperti salah laku dan rasuah, sebaliknya peperangan yang dicetuskan adalah peperangan politik bagi memburukkan reputasi musuh politiknya dalam konteks ini BN dan pemimpin-pemimpin BN.



Nawaitu utamanya mudah. Ini akan memberikan kelebihan kepada mereka dalam proses membuang undi pada pilihanraya ke-13 (PRU 13) nanti. Niat untuk membersihkan sistem korupsi jatuh pada tangga kedua.

Pendedahan maklumat sulit

Sebab itu, mereka mendedahkan maklumat perakaunan serta sumber perolehannya tanpa sedar bahawa perkara itu sendiri menyalahi undang-undang tertentu seperti akta BAFIA.

Bagaimana Rafizi 'solicit' Johari, seorang pekerja Public Bank hingga Johari sanggup mengenepikan kod etika yang tersemat pada dirinya selaku pemegang amanah kepada pihak awam yang menjadi pelanggan kepada majikannya turut menjadi tanda soal.

Ignorantia juris non excusat

Acapkali kita mendengar, bahawa 'matlamat tidak menghalalkan cara'.


Begitu juga dalam perundangan, ada maxim yang menyebut bahawa 'ignorance of law is not an excuse' yakni walau tiada niat untuk menyalahi undang-undang mahu pun punyai niat yang murni tetapi menyalahi undang-undang, ianya tetap "melanggari dan menyalahi undang-undang".

Ilustrasi terbaik adalah hikayat yang diambil dari negara Eropah, bagaimana "Robin Hood the prince of thieves", seorang pencuri yang mencuri bagi memberikan hasil curiannya kepada penduduk kampung yang miskin tetap dianggap oleh raja England sebagai pencuri.

Setuju tetapi tidak sokong

Secara peribadi, saya turut bersetuju pembongkaran salah laku pemimpin 'wajib' dilakukan demi menyelamatkan rakyat dan negara dari pemimpin yang korup dan tidak amanah. Seperti juga dalam skandal NFC.

Tetapi gerak kerja yang dilakukan oleh Rafizi tidak berapa bijak kerana ia melibatkan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang. Rafizi sebagai pengarah strategi sewajarnya merangka gerak kerja yang lebih kemas dan teratur tanpa memerlukan beliau melanggari undang-undang.

Saya kira, tanpa perlu 'solicit' pihak tertentu yang terikat dengan kod etika dan perundangan tertentu, beliau (Rafizi) sudah punyai 'substances' yang kuat dengan menunjukkan harta-harta yang dipunyai atau dibeli oleh NFC dan 'kemewahan luar biasa' yang ditunjukkan oleh pihak-pihak yang terlibat di dalam NFC. Tidak perlulah beliau melanggar undang-undang dengan memujuk pegawai bank menyalurkan data perakaunan termasuk penyata kewangan kad kredit yang dipunyai oleh pihak-pihak tertentu.

Pertikaian politik bukan pertikaian undang-undang

Baru sebentar tadi, saya membaca blog Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memuatkan artikel berkenaan suara anaknya, Nurul Izzah tentang Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (WBPA).



Dengan jelas, beliau mempertikaikan kewujudan namun ketidak-pemakaian WBPA dalam kes Rafizi dan Johari menjadi satu tanda soal yang besar (a big question mark).

Ujarnya, ia (WBPA) wajar diterima pakai oleh kedua-dua OKT sebagai pelindung dalam menyampaikan maklumat yang boleh mensabitkan pertuduhan kepada pihak yang diberikan maklumat tentangnya.

Sekali lagi saya berpendapat, bahawa percanggahan dua undang-undang adalah perkara yang melibatkan sistem yang perlu didengar dan diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu.

Memberikan pendapat awal oleh Nurul Izzah merupakan satu yang subjudis dan mendahului mahkamah.

Namun, sebagaimana awalan tulisan saya di atas, tindakan ini amat difahami dengan jelas.

Subjudis dan hukuman politik

Sama ada Nurul Izzah yang bersuara mempertikaikan WBPA demi kepentingan Rafizi, mahu pun Rafizi yang mendedahkan dokumen-dokumen yang difailkan sulit dan terlindung di bawah BAFIA; kedua-dua mereka adalah didorong oleh objektif politik (driven by political objective) dan motif mereka amat mudah dikenal pasti.



Jika bukan kerana politik, Rafizi mahu pun Johari sudah pasti secara 'discreet' menuju ke SPRM atau PDRM dan memohon WBPA untuk menyampaikan maklumat penting tentang salah laku mahu pun korupsi yang difikirkan berlaku dalam skandal NFC dan membiarkan pihak-pihak berkewajiban melaksanakan tugasnya; bukan memanggil sidang akhbar dan menjatuhkan 'hukuman politik' terlebih dahulu sebelum siasatan dilakukan dan pertuduhan dijatuhkan kepada suspek melangkaui kuasa SPRM, PDRM mahu pun peguam negara. Jauh lagi dari menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan yang dipertuduhkan hingga melangkaui bidangkuasa mahkamah.



McTheory:
Inilah konspirasi dari lembu-lembu kot..

TUDIAA!! Rakam Gelagat Remaja Berasmaradana di Bulan Puasa!

Posted: 02 Aug 2012 08:24 PM PDT



Kulim - Mungkin terlalu asyik dibuai cinta, sepasang kekasih lingkungan 17 tahun tidak sedar gelagat mereka dirakam lensa Sinar Harian kira-kira jam 3.16 pagi di parkir motosikal sebuah restoran makanan segera, di sini.

Gambar: Gelagat pasangan remaja ini dirakam sekitar jam 3.16 pagi.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selasih yang juga Pegawai Khas Kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Elyas Saad berkata, fenomena itu sering dilihat lokasi terbabit termasuk di sekitar Kulim menjelang subuh.

Namun, timbul kehairanan apabila ketiadaan remaja itu di rumah tidak langsung menjadi kebimbangan ibu bapa mahupun penjaga mereka.

"Sekarang ini anak lebih banyak habiskan masa di luar bersama rakan sebaya dan tidak bersama keluarga. Ramadan ini ibu bapa seharusnya menjalinkan hubungan baik dengan anak dan Tarawih bersama-sama.

"Malangnya semua ini tidak berlaku kerana ibu bapa terlalu sibuk dengan aktiviti sendiri hingga lupa tanggungjawab terhadap anak," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian difahamkan oleh pengadu yang mengenali pasangan berkenaan, kedua remaja terbabit sering berduaan di sudut sunyi lokasi restoran tersebut.

Elyas berkata, sehingga kini pelbagai perlakuan jenayah termasuk ragut, samun dan pergaduhan dilaporkan berlaku dan remaja yang sering menghabiskan masa mereka melepak di restoran makanan segera lebih mudah menjadi mangsa.

Menurutnya, selain itu ada kes kalangan kanak-kanak berusia sembilan tahun, di sini terlibat jenayah, berpunca daripada kepincangan rumah tangga dan sikap ibu yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.

"Misalnya penggunaan motosikal merupakan keperluan, tetapi ibu bapa hari ini membeli motosikal kepada anak mereka tanpa menyedari anak mereka itu tidak mempunyai lesen. Ini bukan sahaja membahayakan orang lain malah ia turut membahayakan diri anak mereka.

"Pantaulah ke mana anak kita berada dan dengan siapa mereka berkawan. Bagi remaja perempuan kita harus ingat perlakuan rogol sering berlaku dimana ia melibatkan suka sama suka," katanya.

Menurutnya lagi, ibu bapa harus menerapkan ilmu agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. -SH

HOT!! Pasangan Remaja Berzina Di Bulan Puasa!

Posted: 02 Aug 2012 06:15 PM PDT


Entah apalah yang difikirkan oleh pasangan berahi ini. Memilih untuk berzina sebelum bernikah di dalam bulan puasa. Moga-moga dijauhkan perbuatan ini dari berlaku ke atas diri, keluarga dan sahabat-sahabat..

Laporan mengatakan penduduk kampung yang curiga terhadap sepasang lelaki dan perempuan yang tidak membuka lampu selepas memasuki sebuah rumah kedai di Kampung Seri Kendong, dekat sini, terjawab apabila pasangan itu didapati memadu kasih dalam keadaan mengaibkan.

Difahamkan, ketika serbuan penduduk kampung, lelaki berusia 23 tahun itu hanya berseluar jean manakala pasangannya berusia 19 tahun berbogel dan kedua-dua mereka bukan penduduk kampung itu.

Kakitangan swasta, Idris Ibrahim, 38, berkata, ketika kejadian jam 12 tengah malam Sabtu lalu, dia dan tiga rakan berada di kedai minuman berhampiran kampung itu apabila ternampak pasangan terbabit sampai dengan sebuah motosikal di depan bangunan itu.

Difahamkan penduduk sering melihat lelaki berkenaan menghantar pasangannya ke rumah kedai itu.
"Kami nekad menyerbu rumah kedai itu apabila mendapati lelaki terbabit masih tidak beredar. "Lelaki itu hanya berseluar jean manakala perempuan berbogel. Apabila ditanya status hubungan, mereka mendakwa sudah bertunang dan bakal berkahwin hujung tahun ini," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...