House PK

House PK


PANAS BERAPI! PENDEDAHAN SKANDAL TALAM YANG MESTI DIBACA OLEH SEMUA!

Posted: 02 Aug 2012 01:00 AM PDT

Nak tahu Cerita Penuh? KLIK SINI

APA NI WEI? OBAMA PUN TIRU NAJIB PUNYA SLOGAN KE? MESTI ANWAR HANGIN KAN?

Posted: 01 Aug 2012 11:57 PM PDT

DUNIA tahu, semua orang tahu yang perkhidmatan Presiden Barack Obama sebagai Ketua Negara Amerika Syarikat akan tamat tahun ini dan mengikut perlembagaan Amerika Syarikat, beliau layak untuk bertanding bagi sepenggal lagi.

Tidak hairan kenapa persaingan merebut jawatan tersebut antara Obama dengan calon Republikan, Mitt Romney begitu hebat berlangsung sekarang.

Tapi ada seperkara yang menarik.

Sementara Romney hebat menjaja kelebihannya sebagai calon Presiden di kalangan pelobi yahudi, termasuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, Obama pula melancarkan kempen dengan tema "Promises Kept" atau dalam bahasa Melayunya "Janji Ditepati".

Macam pernah dengar tapi dimana?

Begitulah hebatnya slogan Perdana Menteri Malaysia ini, merangkap Presiden UMNO dan Pengerusi BN, sehinggakan slogan yang dipilih pun sama, serupa.

Dahsyat tak dahsyat, Anwar ada? Nik Aziz ada?

Ironinya, sementara kempen Obama serupa dengan kempen Najib, kempen Romney pula hampir serupa yang dilancarkan Anwar Ibrahim tapi yang sedikit berbeza ialah Anwar berikrar untuk melindungi keselamatan Israel.

Adakah semua ini terjadi secara kebetulan? Itu adalah antara hujah menarik untuk kita sama-sama debatkan.

Tapi yang lebih menarik lagi ialah, slogan Obama ini menunjukkan bahawa konsep Janji Ditepati ini diterima pakai di seluruh dunia dan diiktiraf mampu menarik sokongan rakyat. Kalau tidak, macam mana Presiden negara kuasa besar seperti Obama pun menggunakannya?

Jangan kata Obama, Islam pun menganjurkan kepada menepati janji atau masuk dalam golongan munafik.

Yang Pakatan haram beria-ia menafikan itu kenapa? Penulis tak nampak penjelasan lain, melainkan sebab mereka tidak menunaikan janji pilihanraya terdahulu, dah sibuk-sibuk nak membuat janji baru.

Itu saja sebabnya. Tak nampak yang lain dah.

Sumber: MyKMU

PANAS BERAPI! MARI LIHAT KETELUSAN ALA DAP!

Posted: 01 Aug 2012 05:05 PM PDT

Sudah semakin sah, Lim Guan Eng, DAP dan Pakatan Rakyat menghalang Syed Mokhtar Al-Bukhari mengambilalih Pelabuhan Pulau Pinang kerana bangsa dan agama Syed Mokhtar Al-Bukhari. Untuk menyedapkan cerita, Guan Eng dalam kenyataannya berkata, usaha pembidaan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan Pelabuhan Pulau Pinang dipandang sepi oleh Perdana Menteri Malaysia.

Antara alasan-alasan yang dilihat sangat kelakar datangnya daripada Lim Guan Eng ialah, enggan membenarkan 'orang luar' mengambilalih Pelabuhan Pulau Pinang. Katanya lagi, Pulau Pinang tidak ketandusan 'anak negeri' yang boleh menyaingi Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Menariknya, Lim Guan Eng tidak sedar, dia sendiri bukannya anak negeri yang telah dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Malahan perlantikannya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang juga dibuat berdasarkan tipu helah sehingga menimbulkan konflik dalaman DAP Pulau Pinang. Hanya kerana dia anak Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP, maka pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang terpaksa tutup mulut dan melakukan tentangan dari dalam.

Lebih menarik lagi, Pelabuhan Pulau Pinang adalah milik Kementerian Kewangan Malaysia. Syed Mokhtar dan Seaport telah membuat bidaan untuk mengambilalih pelabuhan berkenaan dan bidaan berkenaan telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan.... SAMBUNG BACAAN DI SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...