House PK |
- PENDEDAHAN BERAPI! PEMBOHONGAN P. BALASUBRAMANIAM DIBONGKAR!
- VIDEO YANG AKAN MEBUATKAN KORANG MENANGIS! WAJIB DITONTON UNTUK KESEDARAN!
- VIDEO PANAS YANG AKAN MEMBUATKAN ABBY ABABI NAK LARI MALAM!
- PANAS BERAPI! BOLEH KE MIC MENANG KERUSI PARLIMEN SUNGAI SIPUT?
| PENDEDAHAN BERAPI! PEMBOHONGAN P. BALASUBRAMANIAM DIBONGKAR! Posted: 13 Aug 2012 09:00 PM PDT Masih ingat penyiasat persendirian P.Balasubramaniam yang membuat akuan bersumpah tentang pembunuhan Altantuya Shiiribu oleh Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor tidak lama dahulu? Adakah anda masih ingat bagaimana akuan bersumpahnya telah digunapakai oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk menyerang Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, atau lebih tepat lagi menfitnah pasangan suami isteri itu. P.I Balasubramaniam merupakan antara PELAKON dan WATAK PENTING yang berjaya dihangatkan oleh Anwar Ibrahim dalam usaha Ketua Pembangkang Malaysia itu untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak dan menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional yang dipilih oleh rakyat. Justeru apabila Raja Petra Kamaruddin, orang yang bertanggungjawab mempopularkan pembunuhan Altantuya Shiiribu dengan pembabitan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, sekali lagi mendedahkan bahawa P. Balasubramaniam sebenarnya adalah alatan fitnah Anwar Ibrahim, kebanyakan pecacai Pakatan Rakyat, khususnya yang berkiblatkan Anwar Ibrahim jadi tidak tentu arah. Sel13.com akan membuat pendedahan siapa sebenarnya P. Balasubramaniam dan mengapa dia ingin benar pulang ke Malaysia. P. Balasubramaniam merupakan penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak Baginda untuk 'memerhatikan' Altantuya Shiiribu yang telah memeras ugut Abdul Razak dan krisis atau lebih tepat lagi skandal cinta tiga segi. Untuk lebih mencantikkan jalan cerita, P. Balasubramaniam pula dikatakan sebagai proksi Razak Baginda dalam Perimekar. Pada muka surat 4 daripada dokumen 146 daripada 153 dokumen yang diserahkan kepada mahkamah Perancis berhubung siasatan kontrak kapalselam Scorpene, Polis Kebangsaan Perancis menyatakan: In the chapter entitled 'Commercial Partners', Didier Arnaud said, "On l August 2000, we signed a cooperation business contract with THOMSON INTERNATIONAL ASIA defining our respective responsibilities. Whateverone may think about the appropriateness of such an agreement, it seemscertain that this must be made for the success of the operation. The PERIMEKAR team has evolved over the past year, and with the eviction of Tan Sri Razali and Pintar group, Suhaidi bin Sulaiman, Rosli Rahman and BALA SUBRAMANIAM took charge of PERIMEKAR, also supported by IsmailNoor who had sidelined Jasbir CHAHL." Laporan asal Polis Kebangsaan Perancis ada di bawah: Cynthia Gabriel dari SUARAM mendedahkan nama Jasbir Singh pada 16 Jun 2012 berdasarkan laporan ini: A right hand man of defence analyst Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl, is the first Malaysian to be subpoenaed as a witness in the Scorpene case hearing currently underway in France. "Jasbir Singh is a central figure in the negotiation and procurement process. He is the first person to be served with a subpoena," said Suaram director Cynthia Gabriel during Suaram's Ops Scorpene fund raising dinner held at Petaling Jaya Civic Centre last night. Gabriel claimed that Jasbir would be required to cooperate and reveal information on what had transpired in the Scorpene submarine deal that was purchased in 2002 via French submarine maker DCNS. Bagaimanapun, Jasbir Singh telah keluar dari Perimekar pada tahun 1999. Dia kemudiannya menyaman Perimekar dan kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah. Menurut laporan, dia telah dibayar sejumlah wang yang tidak diketahui nilainya bagi penyelesaian di luar mahkamah. Pada ketika inilah, Abdul Razak Baginda muncul iaitu selepas penyingkiran Jasbir. Bagaimanapun, ada sesuatu yang tidak kena dengan jalan cerita ini. Pertama-tama sekali, Razak sepatutnya muncul selepas Jasbir disingkirkan. Justeru, bagaimana boleh dikatakan Jasbir sebagai 'orang kanan' Razak? Kedua, Jasbir marah apabila disingkirkan dan dia menyaman syarikat berkenaan. Syarikat itu kemudiannya menyelesaikan saman di luar mahkamah, sekaligus bermakna ada asas bagi dakwaan Jasbir yang dia merupakan pencetus kepada perjanjian kapal selam. Lebih daripada itu, di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Kebangsaan Perancis itu, nama Abdul Razak Baginda tidak muncul langsung. Bagaimanapun, P. Balasubramaniam memang tertera di situ. Apa yang menarik Polis Kebangsaan Perancis sehingga menebalkan dan menghitamkan serta menghuruf besarkan nama Balasubramaniam? Mengapa nama Balasubramaniam ditebalhitamkan dan dihurufbesarkan berbanding nama-nama lain? Adakah Polis Kebangsaan Perancis cuba tarik perhatian mahkamah pada nama itu? Satu lagi perkara menarik ialah Didier Arnaud memberitahu Polis Kebangsaan Perancis bahawa Bala adalah salah seorang anggota rundingan Perimekar semenjak tahun 2000. Bagaimanapun, pada tahun 2000, Balasubramaniam dan Razak Baginda masih belum bertemu lagi. Mereka hanya bertemu beberapa tahun kemudian dan berakhir pada 2004. Kemudian pada tahun 2006, Razak cuba memutuskan hubungan dengan Altantuya tetapi wanita tersebut enggan membenarkannya. Pada ketika itulah, barulah Razak bertemu dengan Bala, iaitu pada tahun 2006 apabila dia memerlukan bantuan Bala untuk menyelesaikan masalahnya dengan Altantuya. Ironiknya… Razak bertemu Altantuya pada tahun 2004 dan bermula dari situlah mereka menjalinkan hubungan. Kemudian Razak bertemu Bala pada tahun 2006 apabila perlukan bantuan untuk memutuskan hubungan dengan Altantuya. Bagaimanapun, Didier Arnaud bertemu Bala pada tahun 2006 dan mengenalpasti Bala sebagai salah seorang daripada anggota kumpulan Perimekar. Terdapat banyak perkara yang saling bertentangan dalam pengkisahan ini. Bagaimanapun, mana satukah yang benar dan mana satukah yang bohong? Adakah Didier Arnaud telah berbohong kepada Polis Kebangsaan Perancis dan siapa yang mengarahkannya berbohong? Dalam bahagian kedua, kita akan membicarakan tentang testimoni Bala manakala pada bahagian ketiga pula kita terangkan bagaimana pertemuan antara Balasubramaniam dan Raja Petra Kamaruddin berlaku. Nantikan pendedahan seterusnya dari Sel 13 |
| VIDEO YANG AKAN MEBUATKAN KORANG MENANGIS! WAJIB DITONTON UNTUK KESEDARAN! Posted: 13 Aug 2012 05:00 PM PDT Menitis airmata aku tonton video ni. |
| VIDEO PANAS YANG AKAN MEMBUATKAN ABBY ABABI NAK LARI MALAM! Posted: 13 Aug 2012 06:00 AM PDT |
| PANAS BERAPI! BOLEH KE MIC MENANG KERUSI PARLIMEN SUNGAI SIPUT? Posted: 13 Aug 2012 03:56 AM PDT MIC yakin mempunyai peluang yang cerah untuk merampas kembali kerusi Parlimen Sungai Siput daripada parti pembangkang pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Setiausaha Agungnya, Datuk S Murugesan, berkata sebagai kerusi tradisi MIC, usaha yang lebih gigih dan berterusan perlu dipraktikkan oleh Barisan Nasional (BN) jika mahu merampas kembali kerusi itu daripada parti pembangkang. "Segala tindakan yang perlu telah dan sedang diambil bagi memastikan kemenangan kembali berpihak kepada BN pada pilihan raya umum akan datang. "Kira-kira dua minggu yang lalu, Presiden MIC, Datuk G Palanivel telah melawat semua sekolah Tamil di Sungai Siput bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi pihak sekolah. "Antara isu yang dikenalpasti termasuklah keperluan komputer untuk kegunaan murid dan beberapa sekolah lagi menghadapi masalah infrastruktrur berkaitan pendawaian elektrik. "Manakala keperluan membina bangunan sekolah baru pula akan diputuskan oleh Presiden, Kementerian Pelajaran dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan buah kurma kepada kakitangan Hospital Sungai Siput, sebentar tadi. Read more... |
| You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.


No comments:
Post a Comment