Gelombang Rakyat |
- ISU LIWAT ANWAR KEMBALI KE MAHKAMAH - HASAN ALI TURUT TERLIBAT..!!?
- VIDEO BUKTI TERBARU - LELAKI MENGAKU MURTAD TERIMA DAKWAH KRISNTIAN..!!
- KHALID GAGAP UMUM LETAK JAWATAN JIKA GAGAL ROMPAK SYABAS SEPTEMBER INI..!!?
- YAYASAN MURNI AKIDAH - KETUA DEWAN ULAMA' PAS PUSAT ISYTIHAR SOKONG JATI..!!?
- KES ALTANTUYA - PAKAR UNDANG2 DESAK SIASAT SEGERA DAKWAAN RAJA PETRA..!!
- SETIAUSAHA AGUNG UMNO ARAH SIAP SEDIA - SAHKAN PRU13 BULA OKTOBER TAHUN INI..!!?
| ISU LIWAT ANWAR KEMBALI KE MAHKAMAH - HASAN ALI TURUT TERLIBAT..!!? Posted: 13 Aug 2012 11:23 PM PDT Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa temu bual Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan badan penyiaran British, BBC, mengenai undang-undang berkaitan homoseksual yang disiarkan pada 12 Jan lepas, membawa maksud supaya menghalalkan kegiatan itu. Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata temu bual itu juga membawa maksud ia menyokong kegiatan homoseksual. Semasa pemeriksaan balas oleh peguam N.Surendran yang mewakili Anwar, beliau tidak bersetuju bahawa temu bual itu bermaksud tidak menyokong kegiatan homoseksual tetapi menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dengan wanita. Surendran: Cuba lihat ayat pertama dalam temu bual itu " We will have to review archaic laws and we, Muslims and non Muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia", adakah ayat itu meminta supaya kegiatan homoseksual dihalalkan? Hasan: Ya. Bernama melaporkan ketika ditanya peguam itu sama ada jawapan Anwar dalam temu bual itu "We do no promote homosexuality in public sphere and domain" bermakna ia menyokong kegiatan homoseksual, Hasan menjawab "Ya". Hasan, saksi defendan pertama, berkata demikian pada perbicaraan kes saman Anwar terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung artikel mengenai komen Anwar bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan homoseksual. Pada 20 Jan lalu, Anwar memfailkan saman fitnah itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta, atas dakwaan telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Jan tahun ini berhubung temu bualnya bersama BBC. Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Malaysia, bahawa perkataan 'review archaic laws, punitive, punishment not relevant dan public spehere and domain' membawa maksud kegiatan homoseksual boleh dihalalkan, Hasan berkata pada bacaannya ia bermaksud menghalalkan kegiatan homoseksual. Selepas Hasan selesai diperiksa semula oleh Firoz, Hakim Datuk V.T.Singham yang mendengar perbicaraan itu mengemukakan satu soalan kepada Hasan sama ada beliau ada membuat sebarang penjelasan dengan Anwar apakah maksud temu bual itu sebelum membuat kenyataan itu kepada media dan Hasan menjawab "Tidak" Singham : Kenyataan itu dibuat atas tafsiran anda? Hasan : Betul. Firoz kemudianya meminta Hasan menjelaskan mengapa beliau tidak meminta penjelasan Anwar mengenai maksud temu bual itu. Hasan menjawab beliau tidak berbuat demikian kerana ketika sidang akhbar bersama media itu ianya berlaku secara "impromtu" (tanpa persediaan) dan beliau tidak menyangka mengenai soalan itu. Beliau juga berkata sekiranya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media, beliau perlu membuat penjelasan daripada mereka yang membuat kenyataan, maka beliau perlu menghubung ramai orang. Ketua Pengarang Utusan, Abdul Aziz dalam keterangannya menafikan bahawa wujudnya campur tangan pihak lain terutama parti pemerintah dalam penerbitan artikel itu dalam akhbar Utusan Malaysia. "Tidak pernah ada sebarang campur tangan dalam urusan operasi atau arahan kepada jabatan pengarang dalam penyiaran artikel. Jabatan pengarang menyiarkan artikel berdasarkan pertimbangan editor yang bertugas," katanya emasa pemeriksaan semula oleh Firoz. Abdul Aziz, saksi defendan ketiga, juga berkata akhbar itu bertanggungjawab untuk menyiarkan perkara yang benar dan bukan lahir untuk menyiarkan perkara yang tidak benar. Menjawab soalan Surendran ketika diperiksa balas, Abdul Aziz menafikan bahawa ada wakil Umno yang menjadi ahli dalam lembaga pengarah Utusan Melayu campur tangan dalam urusan operasi harian jabatan pengarang. Abdul Aziz juga tidak bersetuju dangan cadangan Surendran bahawa Utusan Malaysia hanya menyiarkan berita positif mengenai parti pemerintah tetapi menyiarkan berita negatif bagi parti pembangkang. Beliau juga menafikan akhbar itu dari tahun 1998 iaitu sejak Anwar meninggalkan parti pemerintah, tidak pernah menyiarkan berita positif mengenainya. Bagaimanapun kepada satu soalan lain Surendran, Abdul Aziz berkata beliau bersetuju bahawa Utusan Malaysia tidak memberikan liputan yang seimbang mengenai parti pemerintah dan pembangkang. Perbicaraan bersambung 23 Okt ini. Artikel lain berkaitan Hasan Ali (KLIK pada tajuk di bawah) :- |
| VIDEO BUKTI TERBARU - LELAKI MENGAKU MURTAD TERIMA DAKWAH KRISNTIAN..!! Posted: 13 Aug 2012 07:18 PM PDT Pengakuan Khas salah seorang Mangsa Kristianisasi yang hadir bersama beberapa rakan lain di Majlis IFTAR Berbuka Puasa anjuran Jalur Tiga (JATI) semalam. Beliau Menceritakan Pengalaman Beliau Bagaimana Beliau Terjebak Dalam Murtad.Beliau Berkata Demikian Ketika Berbuka Puasa Mangsa Kristianisasi Bersama Datuk Dr Hasan Ali. Tonton video di atas untuk berkongsi pengalaman beliau berdepan pendakwah2 Kristianisasi yang sedang bergiat aktif menyebar ajaran secara ekstrim dan 'bijak' di Negara ini. |
| KHALID GAGAP UMUM LETAK JAWATAN JIKA GAGAL ROMPAK SYABAS SEPTEMBER INI..!!? Posted: 13 Aug 2012 04:41 PM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar meletak jawatan sekiranya tidak berjaya mengambilalih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjelang September nanti, sepertimana yang beliau janjikan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata sebagai seorang tokoh korporat, Abdul Khalid seharusnya lebih tahu tentang proses pengambilalihan syarikat. "Kita tunggu dan kita takkan kacau, kita biar dia uruskan. Tapi kalau tak boleh ambil alih juga beliau harus letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan papan seranta awam atas talian kedua Draf Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan, di pejabatnya di sini, hari ini. Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata pada masa yang sama Abdul Khalid juga tidak boleh menghalang projek Loji Rawatan Air Langat 2 daripada diteruskan, kerana sama ada pengambilalihan itu Berjaya atau tidak, rakyat Selangor tetap memerlukan bekalan air bersih. Beliau berkata kerajaan pusat bertolak ansur sebelum ini dengan membelanjakan sejumlah RM600 juta untuk projek-projek mitigasi air di Selangor bagi mengelakkan krisis air, termasuk membina loji Sungai Labu dengan kos RM298 juta untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sekitar Sepang. "Kerajaan negeri masih berfikiran seperti pembangkang dan ini akan merugikan negeri itu sendiri. Mereka sepatutnya berfikir seperti kerajaan yang sentiasa mencari jalan untuk membela nasib rakyat," katanya. Mengenai Loji Rawatan Air Langat 2, Noh berkata kerajaan masih akan memohon kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk pembinaan tersebut memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu. Beliau berkata permohonan sebelum ini bukannya ditolak MPKj, tetapi ditangguhkan namun tidak diketahui tempoh masanya. "Pada masa yang sama tender untuk pembinaannya akan dikeluarkan," katanya. Mengenai penyaluran air dari Pahang, Noh berkata kerajaan pusat melantik konsultan yang mengambil masa tujuh tahun untuk membuat kajian dan perancangan mengenai cara terbaik untuk mengatasi krisis air di Selangor termasuk dengan cara tersebut. Beliau berkata ia berbeza dengan kerajaan Selangor yang mengutarakan cadangan terlebih dahulu sebelum melantik konsultan untuk membuat kajian mengenainya. Artikel Berkaitan Isu Selangor : - |
| YAYASAN MURNI AKIDAH - KETUA DEWAN ULAMA' PAS PUSAT ISYTIHAR SOKONG JATI..!!? Posted: 13 Aug 2012 09:27 AM PDT Sidang Media Presiden JATI Dr. Hasan Ali yang berlangsung petang tadi membawa sinar baru dalam memerangi masalah akidah yang semakin tenat hari ini. Beliau yang mengumumkan penubuhan Yayasan Murni Akidah hari ini tekad akan menggunakan platform di bawah NGO yang ditubuhkan beliau untuk merawat semula luka parah akidah umat Islam di Negara ini. Mengingatkan semula perlaksanaan Unit Selamatkan Akidah tatkala beliau masih memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Selangor, Yayasan ini nyata lebih bersifat terbuka tanpa sebarang kekangan dalam memberi cadangan atau usul sebelum langkah perlaksanaan memerangi masalah utama Ummah itu. "Dengan penubuhan Yayasan, skopnya lebih luas dan tidak terbatas sepertimana unit," katanya kepada pemberita pada sidang media pada majlis berbuka puasa bersama 100 masyarakat Islam yang pernah menerima bantuan pihak gereja sebelum ini. Hasan berkata, Yayasan kini dalam proses pendaftaran dan bakal ditubuhkan secara rasmi selepas Aidilfitri. Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga menyahut seruan Ketua Dewan Ulama' PAS Datuk Harun Taib yang menuntut PAS lebih konsisten terhadap perlaksanaan Hukum Hudud dan Qisas. Ianya dilihat semakin terkeliru sejak kritikan berterusan Pengerusi DAP Karpal Singh sehingga didakwa membawa unsur caci maki. Malah sebenarnya situasi getir sehingga kritikan tanpa henti dan secara terbuka di kalangan Pimpinan DAP akhir2 ini nyata membuktikan kerjasama Parti tersebut bersama PAS tidak lagi releven. Harun Taib pernah katakan bahawa PAS akan pilih rakan baru sekiranya undang-undang Islam gagal ditegakkan. "Pemimpin Pas dan Dewan Ulama perlu mengkaji semula kedudukan Pas dalam Pakatan. Tidak boleh biarkan bersetuju untuk tidak bersetuju. Pas kena yakin dan menegakkan konsep dan objektif mereka sebelum ini untuk menegakkan negara Islam. "Mereka tidak mahu menjejaskan undi orang bukan Islam terhadap mereka seterusnya menjejaskan peluang mereka ke Putrajaya. Amat malang pemimpin Pas tidak berani bersuara. Semakin lantang penolakan negara Islam dan hudud oleh DAP, pemimpin Pas hanya berdiam diri. "DAP sangat konsisten bahawa Malaysia menyatakan Islam adalah agama rasmi dan bukannya agama Persekutuan. Implikasinya sangat besar dan DAP tidak pernah gunakan agama Persekutuan dan menggunakan Islam sebagai agama persekutuan." Itu dakwaan balas Hasan Ali yang juga pernah memegang jawatan Naib Presiden PAS. Pandangan Hasan Ali ini tidak mudah direalisasikan di dalam PAS malah ini adalah punca dirinya dipecat kerana 'kawalan ketat' Puak2 Parasit. Namun jika Ustaz Harun Taib dan mana2 Pimpinan PAS benar2 mahu menjayakan perjuangan tersebut, mereka sewajarnya bekerjasama dengan NGO2 Islam termasuklah JATI sendiri dalam menentukan hala tuju perjuangan Islam tidak dijadikan faktor mainan politik sempit semata2. Akan tetapi jika jawapan atau tindakan susulan yang diberikan Pimpinan Dewan Ulama PAS Pusat di bawah naungan Ustaz Harun Taib masih sama dan berdiam diri, nyata niat perjuangan Ulama PAS sekadar agenda politik peribadi semata2. |
| KES ALTANTUYA - PAKAR UNDANG2 DESAK SIASAT SEGERA DAKWAAN RAJA PETRA..!! Posted: 13 Aug 2012 07:24 AM PDT Polis perlu segera menyiasat pendedahan komplot fitnah di sebalik akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasundram yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Pakar undang-undang, Profesor Salleh Buang yang memberi maklumbalas isu tersebut menerusi Utusan Malaysia menegaskan, siasatan itu wajar diberi perhatian kerana ia membabitkan satu pertuduhan cukup serius terhadap pemimpin nombor satu negara. Menurut beliau, polis boleh menggunakan pendedahan itu sebagai satu maklumat berhubung kemungkinan berlaku jenayah untuk memulakan siasatan. Malah, Salleh berkata, Raja Petra juga perlu diheret sekali dalam siasatan itu untuk mengetahui kesahihan maklumat yang didedahkan. "Sama ada pendedahan itu benar atau sebaliknya, yang penting sekarang adalah siasatan untuk menentukan kesahihan dakwaan Raja Petra itu. "Bukan sahaja kes ini tetapi sesiapa pun yang didakwa membuat pembohongan dalam akuan bersumpah mesti disiasat. "Orang ramai pun hendak tahu juga sama ada pendedahan itu betul atau tidak, tidak boleh berdasarkan cakap-cakap (dakwaan) orang sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Raja Petra Kamarudin yang mendakwa akaun bersumpah Balasundram menuduh Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya dirancang oleh pembangkang. Raja Petra turut mendakwa Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akaun bersumpah memfitnah Najib dan perkara itu diketahui oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
| SETIAUSAHA AGUNG UMNO ARAH SIAP SEDIA - SAHKAN PRU13 BULA OKTOBER TAHUN INI..!!? Posted: 13 Aug 2012 02:46 AM PDT Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak mungkin akan diadakan Oktober ini memandangkan umat Islam bakal menunaikan haji, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Tarikh PRU13 terus dijadikan spekulasi oleh pelbagai pihak termasuk mengandaikan ia bakal diadakan pada bulan Oktober ini malah ada khabar angin mengatakan bahawa Perdana Menteri akan memanggil pilihan raya mengejut September ini iaitu selepas seminggu umat Islam menyambut Aidilfitri. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, sekiranya PRU13 diadakan pada tempoh masa tersebut sudah pasti banyak pihak akan mendakwa kerajaan tidak peka dengan Islam. "Saya tidak berkeyakinan pilihan raya akan diadakan pada bulan Oktober, mandat akan habis pada bulan Mac tahun depan. "(Pun begitu) saya tidak tahu mengenai itu dan semua ini perlu ditanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri," katanya kepada media Sinar Harian pada Program Berbuka Puasa Maidatul Al-Rahman bertempat di Medan Selera Presint 8, semalam. |
| You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.









No comments:
Post a Comment