House PK |
- GEMPAR BERAPI! FARID ISMETH KANTOI BESAR PUNYA?
- LUMBU KASI TARUK! RAFIZI DI DAKWA BAWAH BAFIA!
- GEMPAR TAHAP VAVI! RAKYAT TUNTUT GUAN ENG JELASKAN SKANDAL TANAH DI PULAU PINANG!
- PANAS BERAPI! KERAJAAN SELANGOR SANGGUP PERJUDIKAN KEBAJIKAN RAKYAT!
- PANAS BERAPI! ANWAR SUDAH MULA PENING DENGAN LAJIM UKIN DAN POLITIK SABAH!
| GEMPAR BERAPI! FARID ISMETH KANTOI BESAR PUNYA? Posted: 01 Aug 2012 01:33 AM PDT Ini dibongkarkan oleh blogger Zamzarina Zambri! "Farid berapa juta Najib bayar kat kau buat video ni? Sudahlah anak sendiri tak mengaku sampai guna nama Allah. Jahanamlah kau membusuk sampai usus" Kenyataan itu adalah antara sms yang diterima oleh pembaca berita RTM, Farit Ismeth selepas membuat pendedahan dan pengakuat berkaitan tuduhan yang mengaitkan beliau dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Disangka selepas 11 tahun membuat pendedahan, ia dapat membersihkan nama beliau selain menghilangkang kontroversi yang berlaku namun sebaliknya pula yang terjadi. Apa yang lebih teruk, pengakuan dan pededahan kepada rakan sekerja sebelum ini telah menambahkan lagi tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau kononnya telah mendapat habuan atau diupah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kalau saya dipaksa atau diupah tunjuklah bukti siapa yang paksa atau upah saya tu… pengakuan ini adalah yang sebenar-benarnya… terima kenyataan dengan pengakuan saya. "Sekiranya ada individu-individu yang sangsi, simpan perasaan tu dan jangan lebih-lebih… tak perlu nak kecoh-kecoh dan buat isu… kecualilah jika ada bukti yang sah barulah boleh kita bincang tentang isu ini," katanya dalam sesi perbualan antara pengacara Zamzarina Zambri bersama Farit yang dipaparkan melalui blog. Dalam perbualan antara kedua-dua sahabat itu, Farit ada menyatakan bahawa selepas pengakuan itu dibuat beliau terus-terusan dilemparkan dengan tuduhan yang lebih berat. Apa yang lebih teruk katanya, tuduhan berkaitan anak Rosmah yang dikatakan hasil perkahwinan antara beliau dengan isteri Perdana Menteri itu. "Kalau seorang bapa macam mana jahat pun anak dia… jarangla bapa itu untuk tidak mengaku anaknya… tak kanlah saya seteruk itu dan tidak mengaku anak saya sendiri. "Jatuh maruah saya sebagai seorang bapa kalau tidak mengaku anak sendiri… jangan hina saya dan kalau seperti yang mereka kata maka saya akan mengaku. "Tetapi tolong siasat betul-betul… wanita yang dikatakan anak saya itu berBINTIkan siapa… bintikan Farit Ismeth kah… bukan kan. Rentetan tuduhan berat yang dilemparkan itu, Farit meminta supaya pihak-pihak terlibat supaya menghentikan kerja-kerja hina di bulan yang mulia ini. Malah katanya, berikutan tuduhan yang dilemparkan itu ia ternyata telah memberi tekanan kepada ahli keluarga beliau. Tambah Farit, selama 11 tahun beliau berdiam diri dan cuba memastikan keadaan tenang namun apa yang berlaku adalah beliau terus difitnah dengan 1001 tuduhan. Sumber: Perak Today |
| LUMBU KASI TARUK! RAFIZI DI DAKWA BAWAH BAFIA! Posted: 01 Aug 2012 12:18 AM PDT SHAH ALAM: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini dicaj di Mahkamah Sesyen di sini, di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989 berhubung isu National Feedlot Corporation (NFCorp), yang menjadi isu kontroversi sejak awal November lalu. Beliau yang dibawa ke Mahkamah Seksyen 6, di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, didakwa di bawah Seksyen 997 Bafia. Rafizi didakwa mendedahkan maklumat rahsia akaun kewangan dan perbankan berkaitan dengan NFC, syarikat projek lembu daging, yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Rafizi yang mengaku tidak bersalah dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai penjamin. Read more... |
| GEMPAR TAHAP VAVI! RAKYAT TUNTUT GUAN ENG JELASKAN SKANDAL TANAH DI PULAU PINANG! Posted: 31 Jul 2012 11:00 PM PDT SEMEMANGNYA memualkan anak tekak melihat sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meminta hartawan Bumiputera berjaya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk menyerahkan laporan terperinci mengenai perancangan berhubung Penang Port. Sedangkan, Tan Sri Syed Mokhtar sudah pun menerangkan dengan sejelas-jelasnya tentang perancangan utamanya terhadap pelabuhan yang semakin hari semakin mencatat kerugian demi kerugian. Guan Eng boleh merujuk keterangan Tan Sri Syed Mokhtar di dada-dada akhbar atau "google" saja di internet, sudah pasti dia akan dapat mengetahui apakah "master grand plan" ahli perniagaan kebanggaan bangsa Melayu itu dengan mudah. Sekiranya dia tidak puas hati, rasanya dia sebagai Ketua Menteri boleh bertemu dengan Tan Sri Syed Mokhtar atau pihak pengurusan syarikatnya bagi mendapatkan perincian mengenai masa depan Penang Port di bawah pengurusan Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar tidak perlu pun menjelaskan segala perancangan Penang Port yang bakal diambil alih itu kepada Guan Eng memandangkan pelabuhan terkenal di utara Semenanjung itu adalah milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, Tan Sri Syed Mokhtar sebagai ahli perniagaan yang profesional dan masak dengan sikap seorang Cina yang tebal dengan sikap chauvinis ultra kiasu, telah pun menjelaskan segala tohmahan yang dibuat terhadap pengambil alihan Penang Port tersebut. Pada pandangan saya, pengambilalihan Penang Port oleh Tan Sri Syed Mokhtar itu sepatutnya bukanlah satu isu. Tender pengambil alihan itu dibuat secara terbuka dan bidaannya berjaya memikat hati dan memberi keyakinan kepada Kementerian Kewangan, itu saja. Tapi sebaliknya, Guan Eng telah banyak "berhutang" kepada rakyat mengenai beberapa isu besar yang gagal dijawab dengan baik. Ia termasuklah skandal sebidang tanah yang sepatutnya didirikan kawasan perumahan mampu milik yang dibatalkan dan diberikan kepada pihak pemaju tertentu. Apa yang Guan Eng perlu jelaskan mengenainya apakah "kurniaan tanah" kepada pihak tersebut lebih penting berbanding kepentingan rakyat yang memerlukan rumah yang mampu mereka beli dengan harga mampu? Atau Guan Eng lebih mementingkan keuntungan RM90 juta yang dipercayai akan masuk ke "kocek" DAP dan Pakatan Haram? Guan Eng juga perlu menjelaskan ketidakpuasan hati rakyat Pulau Pinang yang marah padanya berkenaan sebidang tanah rizab Melayu yang sepatutnya dibina sebuah masjid di atas tapak tersebut. Sebaliknya, Ketua Menteri yang dikelilingi oleh para pegawainya yang "pekat" dengan sifat rasis itu telah memberikan tanah tersebut kepada pihak pemaju yang dikatakan mahu membina pusat komersil dan kondo mewah. Apakah Guan Eng lupa atau buat-buat lupa dengan skandal-skandal tersebut? Sepatutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu menjelaskan dan menyelesaikan masalah tersebut secara terperinci kepada rakyat negeri itu bersama fakta dan bukti-bukti kukuh yang mewajarkannya "mencabul" tanah umat Islam. Itu belum lagi disebut mengenai Kampung Buah Pala di mana dikatakan bahawa lebih separuh dari kalangan masyarakat India yang berkampung di situ sejak turun temurun benar-benar marah pada Pakatan Haram Pulau Pinang. Memang Guan Eng berikan rumah sebagai pampasan kepada para penduduk Kampung Buah Pala. Tapi, dikhabarkan bahawa mereka terpaksa membayar lebih separuh harga rumah yang diberikan tersebut memandangkan harga "kampung warisan" itu dikatakan lebih rendah dari rumah-rumah baru mereka. Dulu, mereka tidak menanggung hutang ketika tinggal di Kampung Buah Pala, tapi sekarang mereka terpaksa membayar sejumlah wang yang besar setiap bulan kepada bank sedangkan mereka terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Sekiranya nanti mereka tidak dapat membayar sewa beli rumah tersebut dan bank merampas rumah mereka, apakah Guan Eng sanggup memberikan rumahnya sendiri kepada masyarakat India Kampung Buah Pala itu? Sebenarnya, rakyat Pulau Pinang khususnya bangsa Melayu dan kaum India kenal benar dengan sikap rasis pentadbiran Guan Eng yang memilih bulu dan tidak berdasarkan keadilan kepada semua kaum. Malah dikatakan kaum Cina yang menyokong MCA dan Gerakan di Pulau Pinang pun terkena tempias berat sebelah Guan Eng yang meminggir dan menekan mereka cari makan berbanding kaum Cina yang menyokong DAP dan Pakatan Haram. Berbalik kepada pengambil alihan Penang Port oleh Tan Sri Syed Mokhtar, sudah tentu akan "dikerat" memandangkan Guan Eng dan para penasihat di kiri kananya memang tidak suka melihat bangsa Melayu bertapak dan maju di pulau yang konon-konon "milik"nya itu. Persoalannya, apakah PAS dan PKR yang rata-ratanya Melayu begitu "buta" untuk melihat dasar Guan Eng yang dilihat cuba menghalau bumiputera dan mereka-mereka yang dia tidak suka dari Pulau Mutiara tersebut? Fikir-fikirkanlah. Janganlah hanya kerana politik, Melayu PAS dan PKR sanggup menggadai tanahair kepada Cina chauvinis ultra kiasu itu. Sampai bila PAS dan PKR mahu "menjilat bontot" Guan Eng? Sumber: Perak Today |
| PANAS BERAPI! KERAJAAN SELANGOR SANGGUP PERJUDIKAN KEBAJIKAN RAKYAT! Posted: 01 Aug 2012 12:23 AM PDT RAKYAT sepatutnya tahu dan jelas mengenai siapa yang sepatutnya bertanggungjawab dalam mencetuskan krisis air yang berlaku di negeri Selangor sejak kebelakangan ini. Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan ketika hadir di Program Kami Prihatin, memberitahu krisis air yang melanda dan menyusahkan rakyat Selangor bukanlah disebabkan kekurangan sumber bekalan air mentah sebaliknya kerana bahana sikap degil Kerajaan Negeri yang enggan melaksanakan projek Loji Rawatan Langat. Dalam menyeru slogan keadilan dan kebajikan rakyat diutamakan, kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat ternyata lebih rela menjadikan rakyat sebagai mangsa dan sekaligus mengkambinghitamkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) semata-mata kerana kepentingan politik. "Kepimpinan kerajaan negeri dengan angkuh berkata krisis air tidak berlaku sama sekali di Selangor namun hakikat yang sebenar rakyat menderita setiap hari dek kerana tidak mendapat bekalan air…dalam hal ini di mana relevennya slogan yang mereka laungkan itu. "Apa yang lebih teruk, Menteri Besar Selangor sendiri yang sibuk bermain politik dengan menyalahkan Syabas dengan mengatakan kononnya agensi itu gagal dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk membekalkan air kepada rakyat Selangor tetapi hakikat sebenar kegagalan itu berpunca daripada beliau sendiri," katanya. Sohaimi menambah, berikutan masalah itu menjadi semakin teruk, rakyat terutamanya seharusnya lebih faham bahawa krisis ini adalah disebabkan kerajaan negeri dan bukannya SYABAS. Read more... Nak tengok gambar penuh? KLIK SINI |
| PANAS BERAPI! ANWAR SUDAH MULA PENING DENGAN LAJIM UKIN DAN POLITIK SABAH! Posted: 31 Jul 2012 05:00 PM PDT Hujung minggu yang lepas adalah antara yang paling seronok dalam hidup Anwar. Dah lama plan. Tak menjadi. Tapi kali ni menjadi kenyataan. Anwar sangat gembira kerana keluarnya Lajim dan Wilfred Bumburing akan memberikan impak kepada politik Sabah. Anwar cukup yakin, dengan kemasukan Lajim dan Bumburing, PKR akan mendapat tapak politik baru di Sabah. Khabarnya, Anwar siap untuk menjanjikan ROTATION SYSTEM dihidupkan semula di Sabah. Ketua Menteri pertama yang bakal dilantik (jika Sabah jatuh kepada PKR) adalah Jefrrey Kitingan. Anwar mahukan Sabah diletakkan di bawah kendalian Jefrrey buat sementara waktu. Memang ramai yang protes. Azmin antara orang yang paling tak bersetuju. Argument Azmin sangat mudah – Jeffrey tidak bergerak di atas semangat yang sama dengan PKR dan Pakatan Rakyat. Sabah is meant for good Sabahan leader, kata Anwar di Tuaran. Soalnya siapa? Jeffrey? Anwar lupa bagaimana Jeffrey tinggal dan lubangkan kapal PKR di Sabah, sehingga Azmin terpaksa pergi tutup semula lubang. Anwar jelaskan kepada Azmin, 'new politics is about wisdom. forgive and forget. kita nak menang PUTRAJAYA'. Frasa kita nak menang Putrajaya ini yang jadi kacau bilau. Lebih merosakkan lagi, apabila Lajim sibuk menjual kepada orang kampung – bahawa dia bakal KETUA MENTERI PR selepas pilihanraya. Mana satu betul ni? Jefrrey atau Lajim? Rotation atau kekal? Banyak benda yang Anwar kena fikirkan. Anwar kenal Lajim lama. Lajim ini memang pemain solo. Dia prima dona. Anwar tahu sangat perangai Lajim. Kalau boleh semua jawatan dia nak pegang. Malahan, pada satu ketika, Lajim pernah bergaduh dengan Pak Lah – sebab nakkan jawatan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Itulah Lajim Ukin. Di kalangan orang PKR, ramai juga yang beranggapan Lajim bukan ASET. Tapi liabiliti kepada PKR. Ramai juga yang ingatkan Anwar – fail SPRM terhadap Lajim juga boleh tahan tebal. Mahukah PKR terpalit dengan orang yang begini? Ramai Ketua Cabang di Sabah masih sangsi dengan game Anwar kali ini. Ke mana arahnya? HUSE PK: Ini aku petik dari blog Gelagat Anwar. Apa yang aku nak cerita kat pembaca kat sini ialah kebenaran tentang Lajim Ukin. Lajim ni sebenarnya, hanya berpengaruh di DUN Klias saja, iaitu kampung dia la,dalam Parlimen Beaufort pun dia 50-50 je, manakala si Wilfred Bumburing pulak kat Tuaran tu memang dah tak akan dicalonkan lagi oleh UPKO, sebab tu la dia lompat, dia menang 2008 dulu pun sebab di sokong oleh PBS dan UMNO! So Anwar, mampos lu sekarang! |
| You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.




No comments:
Post a Comment