Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


VIDEO PENGAKUAN FARID ISMETH - STATUS ANAK HASIL HUBUNGAN DGN. ROSMAH MANSOR..!!

Posted: 01 Aug 2012 12:14 AM PDT




Satu lagi tuduhan dan persepsi jahat terhadap peribadi Isteri PM Rosmah Mansor kini terbongkar. Persepsi dan Tuduhan yang dilakukan puak2 Pro Anwar sehingga masyarakat mampu dipercayainya bulat2 tanpa perlukan sebarang bukti kukuh.






Tonton video di bawah. Anda bakal ketahui jawapan sebenar status anak Rosmah Mansor yang didakwa hasil hubungan dengan Farid Ismeth.







TERBARU - RAFIZI BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 3 TAHUN..!!

Posted: 31 Jul 2012 10:19 PM PDT




Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini sebentar tadi atas pertuduhan mendedahkan butiran perbankan berhubung projek Perbadanan Feedlot Nasional (NFC).

Beliau yang dituduh mengikut mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) bakal berdepan hukuman tiga tahun penjara atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya jika disahkan bersalah.

Rafizi dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Pada 7 Mac lalu, Rafizi bertindak menzahirkan dokumen NFC di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

Turut sama hadir ke Mahkamah termasuklah isteri beliau, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Selain Rafizi, Bekas kerani Public Bank cawangan Jinjang, Johari Mohamad turut sama dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan bersubahat menyalurkan maklumat dokumen NFC.


Artikel Sebelum ini (KLIK pada tajuk di bawah) :-

 


RAFIZI DITAHAN DI BAWAH AKTA BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN..!!

Posted: 31 Jul 2012 08:18 PM PDT




Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang menjadi perhatian sejak akhir tahun lalu berhubung isu NFC Corporation, ditahan polis awal pagi tadi.

Beliau dicaj di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Bank dan Institusi kewangan (Bafia) berhubung isu National Feedlot Corporation (NFCorp), yang menjadi isu kontroversi sejak awal November lalu.

Beliau yang dibawa ke Mahkamah Seksyen 6, di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, didakwa di bawah Seksyen 997 Bafia 1989.

Beliau yang menjadi tumpuan dalam isu NFCorporation, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, akan didakwa di bawah Akta Bank dan Institusi kewangan (Bafia) 1989.

Dalam pada itu, Rafizi yang ditemui di lobi mahkamah berkata, dia ditahan pada jam 6.50 pagi oleh sepasukan anggota terdiri daripada pegawai polis dan Bank Negara.

Menurutnya, dia diberitahu penangkapan dibuat di bawah Bafia kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFCorp.


BAKAL KETUA MENTERI SABAH - LAJIM UKIN STIM DENGAN JANJI MANIS ANWAR..!!

Posted: 31 Jul 2012 07:23 PM PDT




Lumrah kebanyakan orang politik tidak lepas dari menyimpan cita-cita tinggi untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah puas dengan kedudukan serta jawatan sedia ada.

Memang diakui ramai yang tak pandai mengukur baju di badan sendiri sebaliknya lebih suka masuk bakul angkat sendiri, lantaran itu pantang dijanjikan atau ditawarkan jawatan yang lebih tinggi segelintir politikus ini akan segera menggapainya.

Bekas MT UMNO dari Sabah, Lajim Ukin adalah antara politikus yang memiliki sifat dan sikap yang tidak pernah puas dengan nikmat yang dikecapi dan acapkali terlebih ukur baju di badan sendiri.

Rakyat Sabah sendiripun sudah lama sedia maklum dengan impiannya yang membuak-buak begitu berkeinginan sekali untuk menjadi Ketua Menteri malah pernah satu ketika diugutnya PM supaya Ketua Menteri sekarang dilucutkan jawatan dan diganti pula dengan dirinya.

Lajim pun tahu untuk naik ke tangga atas dengan menggunakan kemampuannya agak sukar untuknya menandingi kewibawaan dan pengaruh Musa Aman serta seorang lagi pemimpin Sabah, Shafie Afdal sekaligus tidak memungkinkan dirinya untuk menapak ke atas dengan mudah.

Jika dia bijak mengukur kemampuan diri dan pandai memakai baju yang sesuai mengikut saiz, selayaknya Lajim patut bersyukur kerana berpeluang juga merasai nikmat duduk di kerusi empuk Timbalan Menteri di peringkat Pusat.

Tapi dek kerana nafsu membuak mahu mengutamakan cita-cita peribadi, politik ugut pula yang jadi galang ganti.

Mujurlah PM bukannya jenis yang mudah tergugat dengan ugutan, jika tidak, tentu sahaja lama kelamaan amalan ugut mengugut akan menjadi budaya biasa bagi segelintir politikus untuk menggapai jawatan tinggi dan kekayaan peribadi.

Lajim tidaklah keseorangan dalam mempraktikkan budaya mengugut pemimpin atasan parti untuk merealisasikan kepentingan dirinya. Beberapa ketika sebelum inipun, rakannya dari Kedah, Kadir Sheikh Fadzir pun pernah cuba kaedah sama namun tetap juga tidak dilayan oleh PM.

Manakala beberapa tahun dahulu pula, seorang pemimpin PKR yang sekarang sedang memegang jawatan di sebuah negeri juga pernah berpengalaman melakukan kaedah ugut sedemikian untuk kepentingan peribadi dek kerana tertekan dirinya dikelilingi hutang berpuluh juta dengan bank tempatan.

Dan bila permintaan (ugutan) masing-masing enggan ditunaikan oleh PM, akhirnya mereka membawa haluan dengan bersekongkol bersama Anwar Ibrahim selepas dijanjikan jawatan dan kedudukan tinggi.

Pendek kata, sekiranya PM tunduk pada permintaan mereka yang bersifat peribadi dan berkepentingan diri itu, mereka memberi jaminan akan kekal bersama UMNO sedangkan bukan satu kelaziman untuk mana-mana PM mendahulukan kepentingan peribadi segelintir pemimpin tak sedar diri.

Mungkin dari segi jangka masa pendek, ketegasan PM tidak melayani tuntutan peribadi segelintir politikus itu boleh memberi sedikit kesan pada parti dan kerajaan. Pun demikian, daripada negara kita terpaksa menghadapi barah penyakit yang sukar diubati lebih baik mencegahnya dari awal.

Kecualilah jika negara kita diperintah oleh Anwar Ibrahim tentu sahaja keutamaan dan kepentingan rakyat akan dibelakangkan manakala kepentingan peribadi serta kelompok politikus tak sedar diri pula akan lebih menjadi prioritinya.

Soal nanah menjadi barah dikemudian hari tidak pernah pun menjadi perkiraan Anwar lagipun agak serasilah sikap mengutamakan diri itu dengan perwatakan Anwar yang sejak dulu lagi gemar memijak kepala orang lain semata-mata untuk memenuhi hawa nafsu sendiri.

Berbalik pada kisah Lajim Ukin yang kepingin menjadi Ketua Menteri, ketahuilah langkahnya takkan sepanjang mana. Lagipun sudah ramai yang menggigit jari selepas tertipu dengan permainan politik janji yang sudah menjadi tabie Anwar sejak dulu lagi.

Orang-orang tua selalu berpesan, bila dengan guruh di langit, air dalam tempayan jangan dicurah buang. Hari yang mendung, guruh berdentam dentum belum tentu hujan akan turun.

Ramai rakyat Sabah senyum sinis sambil bertanya sesama sendiri, mampukah Lajim menggapai impian untuk menduduki kerusi Ketua Menteri atau penghujung usia politik terbiar dan tidak lagi dipedulikan orang?

Melihat pada realiti politik hari ini ditambah lagi dengan laporan temurapat PKR yang menyimpulkan masa depannya dalam PRU 13 kelak agak kelam, tidak sukar untuk kita menjangkakan nasib politik Lajim nanti.


SYABAS NAJIB - MALAYSIA PUSAT CETAKAN AL QUR'AN KEDUA TERBESAR DI DUNIA..!!

Posted: 31 Jul 2012 07:45 AM PDT




Kerajaan akan senantiasa menyokong usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat mencetak al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, ia merupakan satu usaha yang cukup murni dan perlu diteruskan demi memartabatkan kalam Allah yang teragung itu.

"Saya sanggup memberikan kerjasama dan sokongan supaya cita-cita itu akan menjadi kenyataan," katanya semasa berucap melancarkan Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan Lafziyyah (Perkata) terbitan Yayasan Restu di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata semoga usaha Yayasan Restu itu juga akan diberkati sekaligus dapat merealisasikan hasrat menjadikan negara pusat penerbitan al-Quran bertaraf dunia.

Naskah al-Quran itu dijual dengan harga RM90 senaskhah, menggunakan bahasa Malaysia terkini bagi setiap perkataan teks al-Quran pada halaman yang sama dan terdapat terjemahan di bawah setiap kalimah.

Ia juga dilengkapi terjemahan tafsir mukhtasirah (tafsir ringkas) di ruangan tepi, dicetak dalam empat warna dengan setiap juzuk dihiasi motif seni visual.


CONFIRM..!! - SUARAM NGO HARAM AGEN AMERIKA GULING KERAJAAN MALAYSIA..!!

Posted: 31 Jul 2012 05:25 AM PDT


Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang dikaitkan dengan Suara Inisiatif Sdn Bhd, tidak ditubuhkan sama ada di bawah Akta Perniagaan 1956 atau Akta Syarikat 1965, demikian menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM Mohd Naim Daruwish berkata berdasarkan rekod suruhanjaya itu, Suara Inisiatif ditubuhkan sebagai syarikat perbadanan pada 24 Okt 2001 dan dianggotai dua pengarah berdaftar iaitu Kua Kia Soong dan Yeoh Seng Gua.

"Deskripsi perniagaan yang direkodkan adalah penganjuran kempen untuk hak asasi manusia dan lain-lain aktiviti berkaitan, manakala pemegang saham syarikat ini adalah dua individu tersebut dengan modal syer berbayar berjumlah RM2," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata SSM telah menyerahkan notis bertarikh 5 Julai 2012 di bawah Akta Syarikat 1965 kepada pihak syarikat dan menghendaki mereka mengemukakan penyata akaun dan dokumen-dokumen sokongan bagi tempoh empat tahun lepas untuk pemeriksaan rutin.

"Pemeriksaan akaun ini juga adalah untuk memastikan pihak syarikat mematuhi piawaian standard perakaunan yang diterima pakai bagi kategori syarikat tersebut," katanya.

Mohd Naim berkata pihaknya sedang meneliti semua dokumen yang telah dikemukakan oleh syarikat berkenaan kira-kira seminggu lepas sebelum sebarang rumusan dan penemuan pemeriksaan dapat dibuat.

Beliau menjelaskan bahawa sebagai badan kawal selia korporat, pemeriksaan sebegitu dijalankan secara rutin apabila aduan diterima atau berbangkitnya isu-isu.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...