BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! BUKTI ANWAR GAGAL MENJADI PENASIHAT EKONOMI SELANGOR !!! UNISEL TANGGUNG HUTANG RM 15 JUTA !!!

Posted: 06 Aug 2012 08:30 AM PDT


Ketika Penasihat Ekonomi Selangor,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen mahu memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma,Universiti Selangor (Unisel) sebuah universiti di bawah kerajaan kerajaan negeri terpaksa bergelut dengan bebanan hutang.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan bernama mengakui mengakui permasalahan itu di mana Unisel tidak mampu membayar tunggakan kos penyelenggaraan dan operasi asrama untuk penginapan para pelajar yang diuruskan oleh syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).Beliau berkata walaupun pelajar membayar yuran pengajian,namun masih tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang itu kerana perjanjian menetapkan Unisel perlu membayar sewa penuh kepada JNSB walaupun ketika cuti dan penuntut tidak menetap di asrama.Abdul Khalid berkata pendapatan universiti itu tidak cukup untuk membiayai kos pembinaan asrama yang berjumlah RM200 juta dan kampus yang berjumlah RM600 juta.Bagaimanapun beliau berkata pendapatan Unisel masih mencukupi untuk membiayai gaji tenaga pengajar serta sistem pentadbiran asrama.Mstar melaporkan kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih hutang Unisel dan menyelesaikan hutang itu dalam tempoh terdekat.

"Unisel tidak mampu untuk membayar syarikat yang menguruskan asrama kerana peruntukan yang diterima pengambilan pelajar sahaja tidak mencukupi.Kerajaan negeri akan mengambil alih menyelesaikan masalah dalam tempoh terdekat," katanya

Dilaporkan bahawa beribu-ribu pelajar tidak dibenarkan masuk ke asrama di universiti itu bermula Ahad lalu selepas Unisel gagal menjelaskan bayaran pengurusan kepada syarikat yang menguruskan asrama berkenaan.Semalam,Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar seperti dilaporkan bernama mendakwa Unisel berhutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya,Kuala Selangor.

"Saya difahamkan Unisel sudah mengutip yuran daripada pelajar, tetapi kenapa tidak bayar kepada kontraktor (JNSB)? Mana pergi duit itu? Apabila tidak bayar selama beberapa bulan, dan jika kontraktor tutup asrama,yang jadi mangsa ialah pelajar.Ini jelas menunjukkan kelemahan kerajaan negeri Selangor, nak urus Unisel pun tidak reti, macam mana nak urus negeri. Menteri Besar Selangor dan Unisel kena jawab perkara ini, kalau benar-benar ikhlas, bayarlah hutang kontraktor dan jangan susahkan pelajar," katanya.

Noh,yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung isu kegagalan pelajar Unisel mendapatkan tempat tinggal di kampus induk bagi sesi pengajian yang bermula 7 Ogos ini berikutan penutupan pejabat operasi JNSB.Masalah itu berlaku kerana Unisel didakwa tidak melunaskan yuran penyelenggaraan untuk 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB bagi tempoh lapan bulan.Dalam pada itu,Noh mengulangi cabarannya kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar mendedahkan laporan kewangan Unisel yang gagal dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini.

"Sebelum ini,Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Sulaiman Abd Razak sudah bangkitkan dalam DUN bahawa dia ada bukti yang akaun Unisel sudahpun diaudit, tetapi Menteri Besar tidak boleh jawab, dan beliau tetapkan bulan ini (untuk beri penjelasan). Jadi, saya akan tunggu sampai hujung bulan ini, kalau dia gagal bentangkan pendapatan dan hasil Unisel, saya akan tolong bentangkan bagi pihak kerajaan negeri, saya dah ada laporan ini," katanya.

Sementara itu,Ketua Bahagian Residen Komuniti JNSB Noor Ashikeen Mohd Stap ketika dihubungi menjelaskan tindakan menutup pejabat pengurusan asrama ketika sesi pendaftaran bermula adalah disebabkan pekerja syarikat itu tidak menerima gaji dalam tempoh yang lama sehingga menjejaskan urusan seharian.Beliau berkata JNSB tidak berniat menimbulkan masalah dan meminta semua pihak memahami beban yang ditanggung syarikat itu berikutan tiada bayaran untuk melangsaikan gaji pekerja, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, dan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri.

"Memang ramai yang seolah-olah menyalahkan JNSB, tetapi hakikatnya, pihak pengurusan Unisel gagal melangsaikan tunggakan bayaran yuran penyelenggaraan bagi tempoh 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB untuk tempoh lapan bulan.Memang penuntut sudah membayar yuran asrama kepada Unisel, tetapi bayaran itu tidak sampai ke tangan JNSB, menyebabkan insiden ini berlaku," katanya.

Noor Ashikeen berkata apabila masalah itu dibawa kepada pihak atasan JNSB,mereka tidak dapat memberi jaminan berhubung pembayaran gaji yang boleh dibuat dan beliau difahamkan sehingga kini, masih tiada perbincangan antara Unisel dan JNSB bagi mengatasi masalah tersebut.

"Pihak pengurusan Unisel mengambil sikap mendiamkan diri menyebabkan kami kian tertekan, dan keadaan itu menuntut kami untuk bercuti. Memang diakui sebelum ini, masalah yang sama turut berlaku sehingga pekerja gagal menerima gaji untuk tempoh dua bulan, namun akhirnya dibayar secara berperingkat.Namun kini, kesabaran kami sudah sampai ke kemuncaknya, dan apabila tiada jalan penyelesaian diambil, kami terpaksa menutup pejabat dan menunggu keputusan yang dibuat pihak atasan JNSB dan Unisel," katanya. - AIDC

HOT NEWS !!! VIDEO PANAS MP KUALA LANGAT DAN ISTERI BARU SUDAH BERADA DALAM PASARAN !!!

Posted: 06 Aug 2012 05:00 AM PDT


Minggu lalu kita didedahkan dengan satu cerita sedih seorang Isteri dihalau oleh suaminya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Langat.Cerita tersebut yang didedahkan oleh blog SEL13.COM telah mengundang reaksi spontan dari rakyat yang mengutuk tindakan Ahli parlimen PKR itu.3 Ogos lalu MP PKR Kuala Langat itu menjawap dalam portal milik pakatan haram bahawa beliau menafikan telah "MENGHALAU ISTERI" adalah satu pembohongan dan laporan Polis yang didedahkan juga adalah satu pembohongan.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA


saya tak nak ulas panjang cerita ini,apa pun,Esok jam 10 Pagi satu video akan dikeluarkan bagi tontonan pembaca Badut Rakyat.Video yang memaparkan satu cerita sedih akan kedajalan MP PKR Kuala Langat ini yang menghalau isteri tua keluar dari rumah.tungguuuu.....

RENUNG-RENUNGKAN

KEPADA JENTERA BN WILAYAH PERSEKUTUAN !!! PERHATIKAN MUKA LELAKI INI !!! NAK TAHU KENAPA ??? TOLONG BACA !!!

Posted: 06 Aug 2012 02:48 AM PDT



Azizul Bin Mamat

Siapa budak ni ???
Apa masalah dia dengan Jentera Barisan Nasional Wilayah Persekutuan ???
Apahal dia plak jadi headline blog REZQEEN HILL ???

Ada cerita di sebaliknya.
Jom lihat di bawah ni.


"..seronok aku dapat potong bena (banner) dan bendera BN nie.. sesuatu perasaan yg tak dapat digambarkan..dan rujuk pada yg pakar potong benar puak munafik dpt pahala kena lak bulan ramadhan lagi berganda2 pahalanya.."

Alhamdulillah, akhirnya.

Teka teki siapakah dalang di sebalik TUKANG POTONG banner dan sepanduk Barisan Nasional (BN) di sekitar Wilayah Persekutuan ni sudah terjawab dan inilah salah seorang mahkluknya bernama Azizul Bin Mamat.

Kepada semua Jentera Pemuda UMNO dan Komponen Parti BN di WP, wajib perhatikan makhluk jahanam yang sakit hati melihat banner dan sepanduk-sepanduk UMNO / BN.

Saya tidak mahu memberi cadangan kepada jentera-jentera BN di WP tapi kalian sudah tahu apa yang perlu dilakukan terhadap makhluk ni. Kalau tak tau nak buat apa, tolong bawak dia mengadap dengan abang-abang UMNO yang berhati mulia di Bandar Tun Razak.

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! RAFIZI DALAM KEADAAN BERSUKA RIA KERANA SELANGOR AKAN TAMPUNG KES PERBICARAAN !!!

Posted: 06 Aug 2012 01:30 AM PDT


Berkokok bagai si Jantan apabila PKR bercerita tentang kronisma dan nepotisma.Seperti mereka itu suci dan terpelihara dari perkara-perkara tersebut.Apa yang berlaku kepada Suhaimi sebelum ini menunjukkan,bagaimana wang rakyat Selangor digunakan untuk "proses menyelamatkan" kroninya yang didakwa di mahkamah kerana hasutan dan menderhaka kepada Tuanku Sultan Selangor Dan "penghalalan wang rakyat" ini dilakukan secara terang dan di depan mata rakyat,demi kroni. Lebih malang,punca kepada permasalahan ini bermula dari sifat kurang ajar dan tak kenang dek untung.Seronoknya menjadi kroni di Selangor,kerana apa juga perlakuan yang melanggar undang-undang akan disokong oleh kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim.Sungguhpun sokongan itu tidak bersifat langsung seperti arahan untuk berbuat demikian,membiayai kos perbicaraan di mahkamah sudah cukup menceritakan pendirian Khalid Ibrahim.

Sekali lagi,PR membuktikan bahawa "matlamat menghalalkan cara" demi keuntungan politik memang dipraktikkan dengan jayanya.Waima ke tahap menghina kedaulatan undang-undang,itu tidak mengapa,kerana wang rakyat Selangor boleh digunakan untuk menampung kos guaman yang mahal.Bagaimanalah majlis peguam tidak gembira dengan PR,kerana stail pengurusan negeri yang "memberi bisnes" kepada mereka dalam kes-kes berat seperti ini,biasa mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit.Dengan cara ini juga,peguam-peguam PR dapat menikmati "sebahagian kek dari proses memfaraidkan harta rampasan perang".Khalid Ibrahim sudah bersetuju untuk menyediakan dana bagi membiayai kos perbicaraan Rafizi Ramli, yang didakwa mencabuli Akta Bank & Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dengan mendedahkan maklumat rahsia kepada umum.

Begitulah cara PR berpolitik,tiada istilah "playing by the rules" Dan itu pun mereka masih lagi bergelar pembangkang di Malaysia.Fikir-fikirkanlah sekiranya mereka pula mentadbir.Sekiranya anda pernah mendengar ceramah dari Ummi Hafilda,bagaimana beliau "dilayan" oleh Anwar Ibrahim sewaktu bergelar Timbalan Perdana Menteri,pasti anda dapat bayangkan maksud penulis Dan selepas ini,sudah tiba masanya untuk rakyat Selangor desak Khalid Ibrahim untuk membiayai semua kos perbicaraan rakyat Selangor yang didakwa di mahkamah.Takkan Suhaimi dan Rafizi sahaja yang dapat nikmat negeri berkebajikan? - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! MANOHARAN MENGHINA KEKALAHAN DATUK LEE CHONG WEI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 05 Aug 2012 09:53 PM PDT



sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei Walaupun Kalah Dengan Lin Dan semalam,semalam di twitter rakyat malaysia bersatu menyokong Datuk Lee Chong Wei dan memberi semangat,termasuk saya,menjerit di restoran sehingga saya lupa nak tweet berapa keputusan semalam.saya akui,saya adalah peminat number 1 Datuk Lee Chong Wei.saya beritahu permainan semalam.Dalam debaran memburu pingat emas Malaysia yang pertama,hasrat Malaysia untuk memperoleh pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik hancur apabila Datuk Lee Chong Wei tewas kepada musuh ketatnya dari China,Lin Dan dengan pungutan mata 21-15,10-21 dan 19-21.Dengan kekalahan itu bermakna Datuk Lee Chong Wei memungut pingat peraknya yang kedua selepas tewas kepada pemain yang sama dalam perlawanan akhir di temasya Beijing empat tahun lalu.Apapun,sekali lagi saya ucapkan tahniah buat Datuk Lee Chong Wei yang berhempas pulas dan berjaya membuktikan dirinya masih mampu memberi tentangan hebat kepada Lin Dan.Semoga kejayaan Lee Chong Wei ini akan memberi semangat kepada atlit lain yang turut beraksi dalam temasya Olimpik kali ini.Tahniah sekali lagi ikhlas dari Badut Rakyat


ini adalah Twitter maaf dari beliau.tetapi ada satu mangkuk.opss,tak baik kata macam ni,tengok dah terlepas cakap.kenapa dengan anda ni manoharan ??? kalau macam tu apa kata anda main badminton ok tak ??? saya nak tengok anda boleh atau tidak ke peringkat dunia !!! nah,ambil dulu tweet dari rakan saya !!!


INI TWEET DARI MANOHARAN !!!


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SEJAK BILA TOK GURU BERTANI ???

Posted: 05 Aug 2012 07:00 PM PDT


gambar di atas adalah papan tanda yang dipasang oleh Adun Pas Wakaf Bharu Kelantan,Che Abdullah Mat Nawi,sempena sambutan Hari guru 2012.maklumat yang saya dapat mengatakan bahawa Adun ini yang juga Exco Kerajaan Kelantan pernah tewas dalam perebutan jawatan YDP PIBG Sek Keb Wakaf Bharu pada tahun 2011.Beliau tewas di tangan calon yang tidak hadir pada mesyuarat berkenaan. Beliau hanya mendapat 17 undi berbanding dengan lawannya yang mendapat 87 undi.Melihat kepada papan tanda yang dipasangnya,adalah sangat-sangat patut ibu bapa pun menolaknya sebagai YDP PIBG kerana tidak mahu mengangkat orang yang tidak cerdik untuk mewakili mereka dalam PIBG.Jika dia cerdik dia akan tahu tugas seorang guru adalah mengajar,bukannya bertani.Bagaimana orang yang tidak cerdik boleh dilantik sebagai Exco ??? saya tak nak ulas panjang-panjang mengenai hal ini.sekiranya anda mengenali beliau tanya lah beliau sendiri.

RENUNG-RENUNGKAN

ISU RAFIZI !!! KETUA PEMUDA UMNO NEGERI SELANGOR MEMBELASAH KHALID GAGAP KERANA GUNA WANG RAKYAT !!!

Posted: 05 Aug 2012 04:00 PM PDT


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor menasihatkan Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak terlalu ghairah menyelamatkan Rafizi Ramli dalam menyelesaikan masalahnya, dengan menggunakan wang rakyat Selangor,sebaliknya menyelesaikan dulu masalah rakyat Selangor.Ketuanya,Ungku Salleh Ungku Jamal berkata,ini bukan perkara baru untuk menyelamatkan individu yang berkepentingan dalam PKR, sebelum ini kerajaan Selangor telah diketahui umum "menyelamatkan" Talam Corporation dan akhirnya duit rakyat telah disalahgunakan.

"Menyelamatkan Talam hingga terlebih dari harga pasaran sebanyak RM40juta,ini gimik politik Tan Sri Khalid yang sedang dilakukannya untuk melihatkan keperihatinan tapi dia terlupa rakyat sedang menderita mengangkut air seperti apa yang berlaku di Taman Putra Idaman, ini tidak pula MB kisah.Dalam masa yang sama, apa istimewanya Rafizi Ramli, dia bukan anak Selangor pun, malah beliau telah melepaskan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Jadi, apa relevannya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan kenyataan bahawa kerajaan negeri akan membiayai sepenuhnya kos guaman Rafizi Ramli menerusi dana khas berjumlah RM5 juta di bawah Geran Selangorku?," ujarnya mengulas tindakan kerajaan negeri yang mahu membiayai kos guaman Rafizi Ramli yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan berkaitan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada dua petugas media pada Mac lalu.

Tambahnya,bagaimana dengan hak rakyat Selangor yang lain, adakah mereka juga berhak dan layak mendapat bantuan atau pembiayaan sepenuhnya kerajaan negeri jika mereka juga menghadapi masalah di mahkamah.Adakah rakyat Selangor juga berhak mendapat pinjaman atau dibantu kerajaan negeri jika mengalami masalah hutang sebagaimana yang dinikmati Talam Corporation?

"Sekarang giliran Rafizi menghadapi apa yang dia sendiri cipta, saranan buat MB, jangan gunakan duit rakyat untuk selamatkan individu istimewa seperti Rafizi, cukup-cukuplah duit rakyat telah digunakan selama ini untuk menyelamatkan mana-mana individu yang berkepentingan dalam PKR mahupun dalam pakatan pembangkang yang lain," ujarnya yang juga Pengerusi Pemuda BN Negeri Selangor.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...