UMNO Online - “RON97 Down 20 Sen From Tomorrow” plus 9 more | |
- RON97 Down 20 Sen From Tomorrow
- Delay In Services Might Result In Corruption – Tun Mahathir
- Keputusan Kes Liwat II, Bukti Anwar Tidak Layak Jadi Ketua Pembangkang
- Cukup-cukuplah Balun, Gadai Harta Benda Negeri…
- Janji Pakatan Pembangkang Adalah Janji Bermusim Untuk Pancing Undi
- Pas Terus Dimalukan Lagi! Hasrat Tanding 80 Kerusi Gagal Dapat Simpati DAP, PKR
- Jangan Main Silap Mata, Kerajaan Selangor Dituntut Perjelas Keraguan Skandal RM1 Billion
- Najib Hails Taxi Drivers As Nation’s Image Ambassadors
- Tiba-tiba Cadang Bina Rumah Kos Rendah, DAP Terdesak Pasang Umpan
- Projek Lebuh Raya Kuala Krai – Kota Bharu Sudah Seperti Projek Asal Boleh Lancar
| RON97 Down 20 Sen From Tomorrow Posted: 04 Jul 2012 04:56 AM PDT KUALA LUMPUR, July 4 – The government today announced that the retail price of RON97 would cost 20 sen less at RM2.60 per litre from tomorrow. In a statement today, Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said the lower price was in line with the dip in average global crude oil prices in June. He said the retail price of RON97, in principle, was fixed based on a managed float whereby the monthly price was determined according to market forces. |
| Delay In Services Might Result In Corruption – Tun Mahathir Posted: 04 Jul 2012 04:17 AM PDT PUTRAJAYA, July 4 – Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has cautioned that a delay in services provided by the government might invariably, result in corruption. He said all departments should give specific time to officers to complete a job because only the time taken would determine whether it was done well or otherwise. “No delays. I am afraid, delays invariably result in corruption. If a thing can be done in one day, let it be done in one day. “If it can’t be done, call up the officer and ask him why he can’t do it in one day,” he said at a luncheon talk, ‘In Person with Tun Dr Mahathir Mohamad’, in conjunction with the National Digital Conference 2012 here today. Dr Mahathir was asked by Multimedia Development Corp chief executive officer Datuk Badlisham Ghazali on what his dream services were, as a private citizen in the country. The former prime minister also advised civil servants to love the country more than they loved themselves. “When you love your country, you will provide good services. But, if you love yourself, you are thinking, ‘what do I get for this’, (and) you will become corrupt. “So, love your country more than yourself,” he said. On another question raised by representatives of the Malaysian Anti-Corruption Commission pertaining to its problem in obtaining data-sharing information from other goverment agencies to facilitate investigations, Dr Mahathir said: “Data in the government cannot always be freely shared. There must be some classification of data which can be shared, and those which cannot be shared. “Most countries have classified information which they would not share with anyone. “But, between government departments, if there is a case for sharing, then it must be cleared that this kind of information can be shared…but not all information can be shared because it will cause a lot of problems for a lot of people.” |
| Keputusan Kes Liwat II, Bukti Anwar Tidak Layak Jadi Ketua Pembangkang Posted: 04 Jul 2012 04:12 AM PDT SHAH ALAM, 4 Julai – Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Zulkifli Noordin hari ini mengulangi pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi ketua pembangkang dan ahli parlimen. Menurutnya, walaupun Anwar bebas dari segi undang-undang di dalam kes dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, tetapi dari segi moral jelas beliau tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen. "Dia (Anwar) sepatutnya letak jawatan kerana jelas dari penghakiman bahawa liwat berlaku, cuma Anwar bernasib baik dengan sistem keadilan jenayah Malaysia meletakkan beban bukti terlalu tinggi kepada pendakwaraya iaitu melampaui keraguan menasabah. "Anwar patut berterima kasih kepada sistem yang kita amalkan yang membebaskan dia atas 'kekhilafan teknikal'", kata Zulkifli yang juga ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu lapor laman web antarapos.com Menurut bekas 'orang kanan' ketua umum PKR itu dan peguam yang pernah mewakili Anwar dalam kes liwat I, penghakiman ini sama seperti penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dalam kes liwat pertamanya di mana mahkamah menyimpulkan 'mahkamah percaya liwat berlaku tetapi tidak selamat untuk sabit kesalahan kerana teknikaliti'. "Apa pun saya mendesak Peguam Negara supaya membuat rayuan segera," katanya. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam alasan penghakiman penuh kes liwat melibatkan Anwar dan Mohd Saiful, menyatakan bahawa ada keterangan berlakunya penetrasi dubur bekas pembantu peribadi ketua pembangkang itu. Ia berikutan keterangan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memberi pandangan berlakunya penetrasi tersebut berdasarkan rumusan pakar kimia, Dr Seah Lay Hong yang menjumpai sampel-sampel diambil daripada dubur Mohd Saiful Bukhari mengandungi sperma 'Lelaki Y'. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bagaimanapun berkata, disebabkan tiada bukti sokongan, adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan ahli parlimen Permatang Pauh itu dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel yang diambil telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia. |
| Cukup-cukuplah Balun, Gadai Harta Benda Negeri… Posted: 04 Jul 2012 04:06 AM PDT Cabaran Datuk Seri Noh Omar yang mendesak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terperinci UNISEL bagi menjawab dakwaan kedudukan kewangannya yang nazak hingga saat ini masih belum bersahut. Sebaliknya diperlekehkan pula cabaran tersebut seolah-olah Khalid merasakan statusnya sebagai bekas orang korporat telah meletakkan dirinya kelihatan hebat dan lebih bijak daripada orang lain. Betulkah Khalid bijak? Adakah bijak bilamana Khalid mencadangkan penjualan aset UNISEL berupa tanah seluas 500 ekar hanya untuk menampung kos pengajian 1000 orang pelajar baru UNISEL semasa kecoh isu pembekuan sementara PTPTN tempohari. Bukankah sepatutnya orang bijak akan mengekalkan aset dan manfaatkannya untuk jana keuntungan berlipat kali ganda dan bukannya menggunakan jalan singkat menjualnya untuk menyelesaikan masalah yang berserabut dalam kepala. Apabila Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor mengungkit soal untung rugi UNISEL, asasnya kerana sebelum ini Khalid pernah menutup beberapa pusat kemahiran dan asrama Yayasan Selangor(YS) hanya disebabkan adanya kerugian. Majoriti rakyat Selangor berkongsi satu kerisauan yang sama seperti Noh Omar bimbang sekiranya UNISEL bakal mengulangi sejarah YS sedangkan universiti tersebut baru sahaja di bina oleh BN pada tahun 1999. Tanah tergadai ke tangan orang lain, nasib pelajar terumbang ambing dan pusat pendidikan runtuh menyembah tanah ataupun menjadi gajah putih. Inilah yang berlaku pada pusat pendidikan milik YS dan rakyat tidak mahu ianya berulang kembali. Sementelah lagi apabila Khalid masih juga beria-ia mahu meneruskan penjualan tanah seluas 500 ekar milik UNISEL yang dikatakan bernilai RM30 juta sekalipun PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman, saat inilah keraguan kian bercambah terhadap kedudukan sebenar kewangan UNISEL. Rekod sebelum ini pun menunjukkan kemasukan pelajar baru bagi setiap semester juga kian menurun. Pada tahun 2007 lebih 6,000 pelajar telah mendaftar masuk ke UNISEL, tahun-tahun selepasnya bilangan tersebut teramat jauh berkurangan. Manakala itu, pada tahun 2009 UNISEL didakwa telah mengalami kerugian lebih kurang RM20 juta gara-gara kurangnya kemasukan pelajar baru selain faktor bebanan kos pengurusan yang tinggi sejak universiti tersebut dijadikan tempat orang politik menikmati kerjaya dan gaji yang tinggi. Apabila kerajaan negeri dilihat tetap berkeras meneruskan penjualan aset berupa tanah tersebut, bukan salah orang ramai apabila mereka percaya ia sebenarnya berkait rapat untuk menutup kerugian yang sedang ditanggung oleh UNISEL gara-gara kelemahan urus tadbir kerajaan PKR Selangor. Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang menikmati kemewahan di puncak menara gading tersebut tampil segera menjelaskan keadaan sebenar. Cukup-cukup harta benda dan aset negeri habis dijual digadai sejak empat tahun lalu. Beruang Biru |
| Janji Pakatan Pembangkang Adalah Janji Bermusim Untuk Pancing Undi Posted: 04 Jul 2012 03:46 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Jul – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa, Seriwani Sabtu menyifatkan janji-janji pakatan pembangkang hanyalah janji bermusim yang tidak boleh dipercayai. Jelasnya janji pakatan pembangkang hanya mengandungi niat tersembunyi memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 sudah semakin hampir. "Sekarang ni PRU dah dekat, jadi mereka mula mengeluarkan kembali janji lama dan tambah lagi janji baru. Tapi kebanyakannya janji hanya tinggal janji. Janji mereka ni bermusim seperti musim durian. Kalau mereka nak serang Selangor, maka keluarlah janji untuk negeri Selangor… kalau mereka nak serang negeri Johor maka keluarlah janji untuk rakyat Johor. "Semua ini hanyalah tipu daya mereka untuk mempengaruhi rakyat semata-mata ingin menang PRU. Ini jauh berbeza dengan kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) dan UMNO sebagai tunjangnya. Kita lihat bagaimana kerajaan sentiasa memelihara dan menjaga kebajikan rakyat malah sentiasa menghulurkan bantuan yang diperlukan secara berterusan. Tidak secara bermusim," ujarnya kepada UMNO-Online. Tambah Seriwani, di antara contoh jelas kerajaan sentiasa menepati janji dan mendahulukan rakyat adalah bantuan BR1M, KR1M, bantuan untuk ibu tunggal, golongan asnaf termasuklah bantuan sewa rumah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menawarkan harga yang amat murah. Malah tambahnya, apa yang selama ini dilaung-laungkan oleh pembangkang melalui janji mereka adalah perkara-perkara yang telah lama dilakukan kerajaan. "Apa yang mereka janjikan untuk memberi bantuan kepada rakyat contohnya bantuan kewangan untuk ibu tunggal, kita sudah lama melakukannnya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitumal. "Oleh itu rakyat sebenarnya perlu menilai dan jangan mudah terpengaruh dengan janji bermusim pembangkang. Lihat apa yang selama ini kerajaan lakukan demi rakyat dan negara. Apa sahaja yang kita lakukan adalah berterusan dan bukan kerana ada kepentingan tertentu atau hanya kerana PRU dah dekat. Tidak sama sekali. "Kita sedar masih terdapat kekurangan dan kekurangan itu sentiasa kita perbaiki dari semasa ke semasa. Apa yang pasti janji kita adalah janji dikota. Inilah perbezaan antara BN dan pakatan pembangkang," jelasnya lagi. Kenyataan ini turut disokong oleh Ketua Puteri UMNO Selangor Suhaila Md. Zin yang menjelaskan janji pakatan pembangkang semasa PRU yang lalu masih banyak tidak tertunai dan ternyata hanya sekadar retorik contohnya janji Pas yang ingin menutup kilang arak sehingga kini tidak tertunai. “Selain itu saya sendiri mempunyai bukti di mana janji pakatan pembangkang yang membantu pelajar-pelajar masuk universiti tidak ditunaikan. Saya sendiri menerima panggilan telefon dan mereka mengadu kepada kita dan mengharapkan bantuan. Semua ini adalah bukti jelas bahawa hanya BN dan UMNO yang mampu mengotakan segala janji. Kita tidak pernah omong kosong kepada rakyat,” ujarnya. Suhaila amat berharap agar rakyat sedar bahawa selama ini pakatan pembangkang hanya bermulut manis semata-mata untuk meraih undi dan setelah berjaya di PRU yang lalu, mereka gagal menunaikan segala kata-kata mereka. “Empat tahun dah berlalu dan mereka gagal menunaikan janji. Jangan kata janji besar, keperluan asas juga mereka tidak mampu penuhi seperti masalah air baik di Kelantan ataupun di Selangor. Mereka tidak layak untuk kita sandarkan harapan untuk membela nasib rakyat,” tambahnya lagi. – MediaUMNO |
| Pas Terus Dimalukan Lagi! Hasrat Tanding 80 Kerusi Gagal Dapat Simpati DAP, PKR Posted: 04 Jul 2012 03:30 AM PDT KUALA LUMPUR 4 Julai – Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya berhasrat bertanding di 80 kerusi untuk menjadi tunjang kepada pakatan pembangkang dengan sendirinya memberikan gambaran bahawa parti dengan sendirinya mengakui hakikat bahawa selama ini mereka bukan parti utama dalam pembangkang. Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan kenyataan itu bahawa Pas selama ini hanya menjadi minoriti dalam pakatan pembangkang dan suara mereka tidak diberi perhatian oleh rakan sekutunya terutama DAP. "Kenyataan Haji Hadi itu tidak lebih daripada usaha menutup atau menjawab beberapa persoalan yang timbul di kalangan rakyat yang rata-rata bercakap Pas hanya berangan angan kosong untuk membuat itu dan ini. "Rakyat tahu mereka tidak mampu berbuat apa apa dalam pakatan pembangkang, mereka akui dengan jumlah kerusi yang mereka tandingi sekarang mereka hanya menjadi minoriti, suara mereka tidak diberikan perhatian oleh sekutu mereka terutama DAP. Persoalannya mengapa PKR dan DAP tidak memberi reaksi terhadap apa yang dinyatakan oleh Haji Hadi, justeru itu saya lihat sekutunya berhati- hati dalam soal ini dan saya yakin mereka tak akan setuju dengan rintihan permintaan Pas," katanya kepada UMNO-Online di sini. Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Presiden Pas itu ibarat seperti meminta belas ikhsan agar diberikan tambahan kerusi pada pilihan raya akan datang dan persoalannya siapa atau parti mana yang rela berkorban untuk Pas. "Saya tidak fikir DAP bermurah hati melepaskan kerusi mereka pada Pas kerana akan mengundang kemarahan dan penyokong kepada pengundi Cina kerana dilihat DAP akan dilihat tunduk kepada Pas. "Mungkin dalam hal ini, PKR akan bermurah hati dan jika ini berlaku sudah pasti memperlihatkan kelemahan PKR, apa yang pasti sehingga kini tiada sebarang respon daripada kedua-dua parti terhadap hasrat Pas,"katanya. Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong, menyifat apa yang dinyatakan oleh Hadi adalah untuk memperlihatkan Pas mampu menjadi parti alternatif yang kononnya boleh menganti UMNO sebagai mana yang sering diuar-uarkan. "Pas nampaknya cuba mengelirukan rakyat dengan cadangan itu sedangkan ia tidak mungkin berlaku kerana terlalu berbeza berbanding UMNO. Sejak dulu, hasil muafakat antara komponen parti Barisan Nasional, UMNO diberikan lebih 117 kerusi untuk ditandingi, ini persefahamam yang telah lama wujud, jika Pas penting dan berpengaruh tentu ia boleh menentukan berapa kerusi yang patut ditandingi, bukannya meminta-minta. "Saya cabar Anwar atau mana mana pemimpin kanan DAP agar membuat kenyataan menyokong cadangan Haji Hadi serta membuat pendirian bersetuju atau dalam erti kata lain bersedia menjadikan Pas parti utama dalam pakatan pembangkang sekiranya mereka berkuasa dan bersedia menerima Hadi atau mana mana pimpinan Pas menjadi Perdana Menteri," katanya. Menurutnya, rakyat tidak akan terpengaruh cubaan apa yang dilakukan oleh Hadi itu kerana sudah mengetahui bahawa Pas tidak akan diterima oleh DAP untuk menjadi tunggak kepada pakatan pembangkang. -MediaUMNO |
| Jangan Main Silap Mata, Kerajaan Selangor Dituntut Perjelas Keraguan Skandal RM1 Billion Posted: 04 Jul 2012 03:20 AM PDT SHAH ALAM, 4 Julai – Barisan Nasional Selangor (BN Selangor) hari ini melihat pendedahan mengenai skandal dalam urusan penyelesaian hutang (bail-out) TALAM Corporation Berhad yang berjumlah RM392 juta, membuktikan Kerajaan Pakatan Negeri Selangor tidak mampu mengurus tadbir kewangan dengan baik malah lebih teruk dari itu, mereka bertindak secara tidak beretika dan penuh tanda tanya. Koordinatornya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata persoalan pertama, kenapa wang kerajaan negeri digunakan untuk 'membeli' hutang TALAM? Jelas beliau rakyat Selangor pastinya ingin tahu adakah pembelian hutang ini juga mungkin mempunyai tujuan lain yang cuba disembunyikan oleh pihak PKR? Tambah beliau lagi jika sebelum ini Kerajaan Negeri memberi alasan tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk membantu Yayasan Basmi Kemiskinan dan Yayasan Selangor, namun kenapa kali ini ratusan juta boleh digunakan hanya untuk menyelamatkan syarikat kroni? “Adakah ini sikap pemimpin yang sanggup menipu rakyat Selangor? Pendedahan ini mungkin sebenarnya mempunyai kaitan juga dengan kenyataan saya sebelum ini iaitu punca Geran Selangorku yang bernilai RM300 juta. Sehingga kini, Menteri Besar Selangor mahupun Setiausaha Politik beliau, Faekah masih lagi berdolak dalih dalam isu tersebut. “Saya percaya, pendedahan mengenai berlakunya penyelewengan RM 1 billion dalam urusan 'bail-out' TALAM akan mendedahkan lebih banyak salah laku yang diamalkan oleh pentadbiran Pakatan. Proses pembelian hutang TALAM bukan sahaja merupakan proses yang tidak beretika tetapi berniat untuk mengelirukan rakyat. Skandal melibatkan wang rakyat yang berprofil tinggi ini tidak boleh dipandang ringan oleh kita semua," ujarnya a dalam satu sidang media di Ibu Pejabat BN Selangor, di sini hari ini. Tegas beliau Menteri Besar Selangor pada tahun 2009 telah mendapatkan bajet tambahan dalam sidang DUN bagi pembelian hutang ini dan Menteri Besar sendiri berjanji akan mengeluarkan Kertas Putih (white paper) mengenai hutang ini pada penghujung 2010. “Namun selepas hampir dua tahun berlalu, sehingga kini tiada sebarang KERTAS PUTIH atau laporan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor untuk pengetahuan awam khususnya rakyat Selangor. “Adakah ini hanya janji kosong atau sebenarnya Menteri Besar takut untuk mendedahkan perkara sebenar? Kenapakah Khalid masih belum mengotakan janji beliau?” soal Mohd Zin. Tegasnya lagi pengambilalihan hutang TALAM oleh Kerajaan Selangor, seperti yang didedahkan oleh Chua semalam, melibatkan wang rakyat Selangor yang bukan sedikit. “Adakah ianya untuk kepentingan kroni dan orang-orang tertentu sahaja? Jika benar, inikah nilai accountability dan transparency yang dilaungkan oleh pihak Pakatan? Saya juga ingin membangkitkan beberapa persoalan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor terutamanya Menteri Besar sendiri. “Pertamanya, bolehkah Khalid Ibrahim menyediakan satu laporan terperinci setiap bentuk tanah atau asset yang dibeli oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan pengambilalihan hutang TALAM? Berapakah harga pembelian setiap tanah atau aset, apakah asas kepada penilaian (assessment) tersebut dan perbandingan dengan harga pasaran semasa?," tambahnya lagi. Persoalan seterusnya, apakah status pembangunan yang telah dilakukan ke atas setiap tanah atau aset yang telah dibeli tersebut? “Adakah benar kos pembelian tanah dan aset syarikat TALAM berjumlah RM 676 juta seperti yang didedahkan? Jika benar, ini merupakan satu nilai yang jauh lebih tinggi dari hutang sebenar iaitu hanya RM 392 juta. Bagaimanakah jumlah itu diperolehi? “Bagaimanakah proses rundingan pembelian tanah dan aset yang terlibat? Kerana rakyat perlu tahu harga tawaran dan bagaimana persetujuan ini dicapai”, ujarnya. Mohd Zin juga mempersoalkan berapakah jumlah wang yang diterima oleh agensi yang dihutang oleh TALAM seperti Unisel, PNSB dan Kumpulan Hartanah Negeri Selangor (KHSB). Ini kerana beliau difahamkan menurut KHSB, hutang masih belum lagi dibayar dan jika UNISEL telah menerima hutang itu, maka soal penjualan aset UNISEL tidak timbul. "Nampaknya, segala skandal kewangan yang berlaku di Selangor adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Perkara ini akan kita dedahkan dari masa ke semasa. Gesaan ini perlu dijawab dengan terperinci kerana transaksi ini begitu meragukan. “Bagaimana kerajaan negeri membelanjakan sejumlah wang yang begitu besar sekali untuk 'membeli' hutang TALAM melalui kaedah round-tripping sedangkan amalan ini hanya bertujuan untuk mencantikkan akaun sahaja tanpa memberikan keuntungkan kepada Kerajaan Negeri”, katanya. Rentetan daripada itu, demi kepentingan rakyat Selangor, pihak BN Selangor tegasnya akan membuat laporan kepada SPRM dan menggesa pihak SPRM melakukan siasatan menyeluruh agar pihak yang bertanggungjawab dalam skandal ini dapat disiasat. “Jika perlu, laporan kepada Bahagian Jenayah Kormesil PDRM juga akan turut dilakukan dalam masa terdekat ini. Sikap Menteri Besar yang bermain silap mata dalam soal kewangan negeri adalah tidak menghairankan kerana beliau sendiri menanggung hutang jutaan ringgit dengan sebuah bank bagi tujuan pelaburan saham. “Akibatnya, kewangan negeri yang dipertanggungjawabkan kepada beliau juga turut diperjudikan. Adakah ini sikap yang bertanggungjawab selaku ketua negeri?," ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor. Pendedahan demi pendedahan menunjukkan persoalan yang dilontarkan sebelum ini terutamanya mengenai sumber kewangan Geran Selangorku yang meragukan mungkin berkaitan dengan pendedahan skandal RM 1 billion ini. "Sikap angkuh Menteri Besar yang masih cuba untuk berlagak tenang dan mencabar pihak BN supaya mendedahkan lebih banyak bukti hanya akan memakan diri. Kami akan membuat lebih banyak pendedahan pada masa akan datang. “Saya berharap agar Menteri Besar dapat memberikan jawapan yang meyakinkan terhadap persoalan yang saya lontarkan. Sesungguhnya rakyat Selangor tidak mahu lagi diperbodohkan oleh pentadbiran Khalid Ibrahim dan sekutu Pakatan yang lain," tambahnya lagi. -MediaUMNO |
| Najib Hails Taxi Drivers As Nation’s Image Ambassadors Posted: 04 Jul 2012 02:10 AM PDT PUTRAJAYA, July 4 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today hailed taxi drivers as an important group which can portray a good image of the country. He said they could form in the public, particularly foreign tourists, a perception of the country they visited. The perception, either good or otherwise, was formed when these people used taxis and interacted with the drivers, he said when launching the Tourism Taxi Ambassador Programme, which saw almost 2,000 taxis at Dataran Putra, here. Najib said that when tourists received satisfactory service, they would feel they were in a country of friendly people prepared to do their best to raise the nation’s image. The prime minister also said that the close to RM35 million in incentives for taxi drivers under the Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) announced recently was preliminary assistance because the government was striving to provide a new development model for the taxi industry. Najib said the new model would enable the government to better handle the welfare of taxi drivers. The Tourism Taxi Ambassador Programme, which was started in March, is initially targeted at taxi drivers in the Klang Valley, and is intended to inculcate in them ethical values. The selected taxi drivers would have to undergo a six-month course which would also incorporate information on Malaysia and the National Tourism Policy. It is targeted that 4,000 taxi drivers would be appointed as the tourism ambassadors, and up to last month 2,315 taxi drivers had been selected to undergo the course. |
| Tiba-tiba Cadang Bina Rumah Kos Rendah, DAP Terdesak Pasang Umpan Posted: 04 Jul 2012 01:58 AM PDT PULAU PINANG, 4 Julai – Cadangan kerajaan Pulau Pinang untuk pembinaan empat blok unit rumah kos rendah dan sederhana di Jalan Chelliah, George Town, dianggap sebagai satu lagi janji pilihanraya DAP untuk memperlihatkan bahawa kerajaan Pulau Pinang hari ini adalah sebuah kerajaan yang prihatin terhadap nasib penduduk miskin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa, menyifatkan pengumuman untuk membina rumah kos rendah di Jalan Chelliah itu hanyalah sebagai satu janji piliharaya yang akan berterusan sehinggalah tibanya pilihanraya kelak. "Persoalannya, mengapa sudah lebih empat tahun kerajaan DAP memerintah Pulau Pinang, mengapa hari ini baru mencanangkan pembinaan kos rumah rendah untuk rakyat berpendapatan sederhana di negeri ini? "Mereka kata mereka ialah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat, tetapi prihatin apa macam ini? Selama empat tahun mereka memerintah, tidak ada satupun dalam pengetahuan saya, kerajaan membina rumah murah untuk membantu rakyat miskin dan golongan sederhana di sini," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Katanya lagi, mengapa sudah dekat-dekat dengan pilihanraya, baru nak umum itu dan ini konon-kononnya untuk rakyat kebanyakkan yang miskin dan sederhana. Walhal kata beliau, sepanjang empat tahun pemerintahan DAP di Pulau Pinang, kerajaan negeri lebih menumpukan kepada projek-projek pembinaan rumah-rumah mewah yang harganya ratusan ribu, yang pastinya tidak mampu dibeli oleh rakyat di negeri itu. "Apakah kerajaan DAP mahu menjadikan Pulau Pinang ini sebagai pulau untuk orang-orang kaya saja? Hari ini, rakyat sudah jadi semakin kurang jelas dengan dasar kerajaan negeri yang konon-kononnya mahu menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat marhain yang di bawah? "Dulu, sebelum memerintah, pelbagai janji ditabur oleh DAP umpamanya negeri ini akan menjadi negeri yang mudah untuk rakyatnya meniaga, terutama peniaga-peniaga kecil. Tetapi hari ini realitinya sudah berlainan. "Sudah berapa banyak gerai-gerai peniaga kecil dirobohkan? Berapa ramai penjaja dan peniaga kecil sudah dihalau dari tempat perniagaan mereka di mana sebelum ini tiada sebarang masalah mereka berniaga di situ?," ujarnya. Ini musibahnya kata beliau, apabila melantik orang luar sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Sepatutnya ketua pentadbiran negeri mestilah diberi kepada anak jati Pulau Pinang, barulah pemimpin itu faham akan masalah dan keadaan sosiologi di negeri ini. "Ini pergi lantik pemimpin dari negeri lain untuk jaga Pulau Pinang. Sebab itulah keadaan jadi caca marba seperti yang kita lihat hari ini. Lim Guan Eng lebih kepada berpolitik saja dan bukannya benar-benar mahu menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat" "Mereka lebih sibuk berunding dan berbual dengan pemaju-pemaju perumahan untuk berbincang tentang projek-projek rumah mewah, berbanding dengan turun padang berjumpa dengan rakyat marhain di bawah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Inilah realitinya apabila kuasa pemerintahan berada di tangan pemimpin tangkap muat. Lain yang dijanji, lain yang dibuat," akhiri beliau. -MediaUMNO |
| Projek Lebuh Raya Kuala Krai – Kota Bharu Sudah Seperti Projek Asal Boleh Lancar Posted: 04 Jul 2012 01:30 AM PDT KOTA BHARU, 4 Julai – Projek Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu bukan sahaja dianggap sebagai salah satu lagi 'projek lancar' oleh kerajaan Pas Kelantan, malah dilihat cukup meragukan. Naib Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Ahmad Rosmadi Ismail berkata keraguan itu timbul setelah kerangka projek berkenaan khususnya dalam soal asas dilihat masih lagi samar-samar dan rata-rata menjadi topik bualan hangat di negeri itu. Menurut beliau kerajaan negeri sewajarnya menyelesaikan perkara asas terlebih dahulu dan bukannya ghairah mengumumkan kepada umum kerana pembinaan projek berkenaan bukanlah satu perkara yang main-main. "Tidak tahulah pula saya jika kerajaan negeri cukup bijak dalam menyelesaikan perkara asas sebegini. Ramai yang bertanyakan soal pelan, pengambilan tanah jika ada dan hubungkait dengan jabatan alam sekitar dan sebagainya lagi. Tidak masuk lagi benda-benda lain. "Tetapi yang paling menghairankan saya, projek tersebut sudah pun dilancar dan adanya kutipan derma bagi menjayakan projek lebuhraya berkenaan sedangkan projek itu masih lagi belum dilluluskan oleh mesyuarat kerajaan negeri. Bagaimana mereka boleh buat perkara sedemikian," katanya kepada UMNO-Online. Jelas beliau banyak pihak yang menimbulkan persoalan tentang sejauh mana keserisuan kerajaan negeri dalam menjayakan projek tersebut yang rata-rata mengharapkan ianya tidak menerima nasib sepertimana projek lain sebelum ini. "Ada yang bertanya apakah ini sekadar gimik pilihan raya semata-mata…Saya nak jawab pun susah sebabnya pertanyaan itu ada asasnya kerana segalanya masih samar-samar," katanya. Beliau seterusnya menimbulkan persoalan kenapakah kerajaan negeri cukup ghairah meletakkan batu asas selain melancarkan kutipan derma sedangkan projek berkenaan seolah-olah belum ada hitam putihnya. "Saya bukannya membantah pembinaan projek tersebut malah jauh sekali untuk memperlekehkan kutipan dan sumbangan oleh orang ramai tetapi apa yang ingin ditekankan di sini kerajaan negeri perlu komited dan serius melaksanakannya. "Nyatakan secara terperinci butiran projek berkenaan selain menyatakan kepada umum segala pelan jajaran dan sebagainya lagi dan bukannya sekadar ghairah lancar dan kutip derma. "Kalau orang kata itu hanya sekadar alat kempen pilihan raya dan mempertikaikan soal kutipan derma tersebut, nanti ada pula melenting…Jadi sebab itulah saya minta kerajaan negeri betul-betul serius bagi mengelakkan persepsi yang tidak baik berlaku. Itu sahaja," katanya. -MediaUMNO |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.





No comments:
Post a Comment