BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! MASJID DAN SURAU DI SELANGOR BAKAL JADI GELANGGANG POLITIK PADA BULAN RAMADHAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Jul 2012 12:35 PM PDT


Maklumat yang sampai ke Rakan Blogger Selangor Daily cukup menggusarkan.Kerisauan ini berasas,kerana Pakatan Haram,khususnya PAS gemar menjadikan masjid dan surau sebagai gelanggang politik mereka.Jika diteliti,adalah bukan sesuatu yang menghairankan apabila berlakunya demonstrasi aman di hadapan Masjid Al-Husna,Sunway,membantah tindakan JAIS & MAIS menukar jawatankuasa masjid yang dipilih oleh ahli kariah.Tentunya ada motif perkara itu berlaku.Amat malang apabila proses demokrasi yang dipraktikan dinafikan hanya kerana berbeza fahaman politik.Punca utama pastinya kerana ingin menguasai pentadbiran masjid berkenaan, agar mudah agenda politik diselitkan dalam program-program anjuran masjid berkenaan.

PAS memang sudah lama dikenali menjadikan masjid dan surau sebagai medan berpolitik sejak lama dahulu, sungguhpun sewaktu pemerintahan BN di Selangor.Ia sudah menjadi ruji,apabila menggunakan agama untuk kepentingan politik.Apatah lagi,mereka sebahagian dari kerajaan yang memerintah,pastinya mahu penguasaan optima terhadap keseluruhan institusi masjid dan surau di Selangor.Apa yang membimbangkan adalah maklumat yang diterima,iaitu mereka akan menggunakan sepenuhnya bulan puasa ini untuk menyebarkan agenda dan dakyah politik mereka.Kita sedia maklum bahawa masjid dan surau akan dipenuhi oleh umat Islam bagi mengerjakan solat tarawih.Inilah waktu paling menguntungkan kerana jumlah jemaah yang ramai, tanpa perlu sebarang usaha mahupun promosi.

Adalah dipercayai agenda politik itu akan berselindung di sebalik "tazkirah",yang sebenarnya digunakan bagi membenamkan jarum-jarum parasit ke dalam pemikiran ummah. "Ostat-Ostat" mereka,yang dibayar akan berkeliaran di seluruh Selangor bagi melaksanakan misi ini.Difahamkan,apa yang bakal disampaikan adalah proses "pencucian" terhadap imej pemimpin dan sekutu mereka yang tercalar teruk samada akibat dari permasalahan akidah atau moral.Sungguhpun berulang-ulang dibicarakan umum agar tidak menyentuh soal politik di tempat ibadah umat Islam ini,PAS seakan tidak mempedulikannya.Malah,semakin galak tanpa faham dan patuh bahawa masjid dan surau adalah tempat penyatuan ummah dan ibadah,tanpa membezakan fahaman politik.

Itu sanubari PAS, yang semakin hari dilingkari oleh mereka-mereka yang berkepala batu, angkuh dan mengganggap mereka sahaja yang betul. Hati mereka kaku lantaran "syurga" yang dijanjikan. Bukan itu sahaja, parahnya PAS hari ini apabila membiarkan anasir Syiah masuk.Syiah agama politik,itulah yang diceritakan oleh sejarah Islam.saya ingatkan kepada anda wahai pembaca dari Pakatan.ingat tak titah Tuanku Sultan Selangor agar tidak menjadikan rumah ibadah sebagai gelanggang politik.bersiap sedialah sekelian ummah,sesungguhnya Tuanku Sultan sedia mendengar sebarang laporan dengan mengemukakan bukti bahawa titahnya diingkari.Ramadhan Al Mubarak,jangan kotorkan bulan yang mulia ini dengan agenda politik di "rumah-rumah" Allah.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KATA NAK KURANG KAN RUMAH URUT DI SELANGOR !!! APA CERITA NI BERTAMBAH LAGI ???

Posted: 04 Jul 2012 08:25 AM PDT


Nampaknya kegiatan rumah urut seperti sukar dibendung lagi di negeri ini walaupun sebelum ini Kerajaan Selangor mewar-warkan kononnya akan membanteras habis-habisan.Buktinya Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mendedahkan wujudnya rumah urut yang menawarkan perkhidmatan seks di Bandar Baru Bangi.Ketuanya,Ungku Salleh Ungku Jamal berkata Bandar Baru Bangi ini sebelum ini satu kawasan yang suci namun hari ini,didapati sudah terdapat kedai (rumah urut) yang menawarkan perkhidmatan seks.

"Ini satu kejutan kepada masyarakat di Bangi yang kita tahu bahawa rata-rata masyarakat di sana orang Melayu, beragama Islam dan perkhidmatan seks di kedai tersebut sudah menjadi bualan orang ramai.

"Namun tiada apa-apa tindakan dari Pihak Berkuasa Tempatan dan kerajaan negeri untuk menutup atau menyita premis berkenaan.Saya rasa kalau Bandar Baru Bangi pun boleh wujud rumah urut yang menawarkan perkhidmatan seks dibuka dengan sewenang-wenangnya, tidak mustahil di kawasan lain, lebih banyak rumah urut sebegini dibuka dengan lebih mudah," ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO bahagian Serdang.

Jelas tegas beliau kerajaan negeri pimpinan Pakatan Pembangkang seperti menutup sebelah mata kewujudan rumah-rumah urut sebegini.

"Ahli Majlis sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap rumah kedai tersebut kerana perkara-perkara sebegini akan merosakkan minda dan sosial khususnya kepada anak-anak muda di kawasan Bangi ini", katanya.

ADAKAH INI DI KATAKAN NAK HAPUS RUMAH URUT ???

JANGAN PANDAI JANJI KALAU TAK DAPAT DI TEPATI !!!

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! RTM DAN TV3 SABOTAJ DATIN SERI ROSMAH ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Jul 2012 05:01 AM PDT


Apa sudah jadi dengan stesen tv di Malaysia ???

Benarkah RTM dan TV3 cuba mensabotaj Datin Seri Rosmah Mansor ????

Hari ini heboh diperkatakan tentang RTM Sahkan Datin Seri Rosmah PM Malaysia..jom ikuti pendedahan di bawah.sebelum itu,Sila baca Link Di Bawah.satu lagi pembongkaran telah tersebar.

KLIK DI SINI


UNTUK SELANJUTNYA

Isteri PM terus menjadi sasaran fitnah dan tohmahan pemimpin dan pencacai-pencacai pembangkang.Menjelang PRU tidak lama lagi,anda semua percayalah cakap saya serangan terhadap DS Rosmah akan menjadi-jadi.Mereka akan reka-reka apa sahaja cerita atau fitnah untuk menjayakan misi mereka.Nampaknya kini DS Najib,UMNO dan BN bukan lagi ancaman kepada pembangkang. Sebaliknya DS Rosmah yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti dan yang tidak akan bertanding dalam pilihanraya menjadi individu yang paling pembangkang takuti.

Hari ada sebuah blog pro pembangkang yang mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Hot: RTM Sahkan Rosmah Mansur PM Malaysia.


Blogger tersebut menulis berdasarkan kemunculan DS Rosmah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM semalam yang mana dibahagian bawahnya tertulis EKSPRESI REMAJA BERSAMA PERDANA MENTERI.Hanya kerana perkataan itu dan gambar yang memaparkan wajah DS Rosmah, dia terus kata RTM sahkan Rosmah PM.

ANDA NAK LAGI KEBENARAN ???

KLIK DI SINI


UNTUK SELANJUTNYA

sebenarnya Kemunculan Datin Seri Rosmah di TV1 yang mana beliau merupakan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia,adalah untuk bercakap mengenai matlamat dan tujuan perhimpunan antara remaja-remaja yang menganggotai Pandu Puteri dengan PM yang akan diadakan Sabtu ini.

RTM yang jemput beliau selaku YDP untuk bercakap tentang perhimpunan bersama PM yang akan diadakan itu.Topik yang dibincangkan adalah topik perhimpunan yang bakal diadakan itu dan akan dihadiri oleh PM dan RTM pun letaklah tajuk begitu kerana itu topiknya.Tak kan nak bincang pasal perhimpunan remaja bersama PM kemudiannya nak letak tajuk masak-masak....


APA PUN PAKATAN HARAM DAH TERDESAK DAN TIADA ISU !!!

ORANG NAK JADI BLOGGER DIA PUN NAK JADI BLOGGER !!!

KASIHAN PEMBACA PUAK PAKATAN HARAM KENA TIPU OLEH BLOGGER PAKATAN HARAM !!!

GAMBAR DI LINK YANG SAYA SERTAKAN JELAS PENIPUAN BLOGGER PAKATAN HARAM TERSERLAH !!!

APA KATA ANDA MASUK BLOG PAKATAN HARAM DAN SERANG MEREKA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PAS BERANGAN NAK BERTANDING 80 KERUSI PARLIMEN PADA PRU 13 ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Jul 2012 02:00 AM PDT


Buat kali kedua dalam jangka waktu setahun PAS menyatakan keinginannya untuk bertanding di lebih 80 kerusi parlimen untuk PRU 13,peningkatan 25% berbanding pilihanraya sebelumnya.Pertengahan tahun lalu,PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan PKR yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.Menurut Presiden PAS,Hadi Awang,"Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang".

Tinggi nya angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang,padahal situasi sejak dulu hingga sekarang,PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pakatan haram pun tak mampu dilakukan.Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala PAS dan hukum Hudud pun PAS terpaksa digadaikan demi mengikut kehendak DAP dan PKR,agaknya di mana pula logik untuk PAS menjadi tulang belakang pakatan haram ni ???

dalam mesyuarat pimpinan PAS beberapa minggu lalu,satu unjuran telah dibentangkan membayangkan PAS hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan menunjukkan 'kejantanan' dalam pembahagian kerusi dengan PKR khususnya.PAS berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh rakan sebantaln nya PKR,para pengundi Melayu Islam akan melihat PAS 'masih jantan' dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar dan pembangkang.

Himpunan Hijau yang PAS laksanakan di merata negeri di seluruh negara sekarang ini pun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan bagi memberi isyarat pada Anwar,PKR dan DAP konon nya PAS bukannya seekor keldai sebarangan.Walaupun hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan,tapi PAS berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi dengan rakan sepakatan.Namun,melihat pada mentaliti pimpinan PAS yang masih erat dengan pemikiran pak kaduk,keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti pembahagian kerusi tahun 2008.PAS akan terus tunduk pada PKR dan Dap serta kekal menjadi keldai tunggangan Pakatan Haram kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah di penghujung senja.

RENUNG-RENUNGKAN

ADAKAH SUMBER RM300 JUTA GERAN SELANGORKU SAMA DENGAN PENYELEWENGAN RM1 BILLION ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Jul 2012 12:00 AM PDT


Pendedahan Ketua Biro Profesional Muda MCA,Datuk Chua Tee Yon semalam berkaitan dengan dakwaan penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion yang berselindung di sebalik pelan 'menyelamatkan' Talam Corporation Bhd. (Talam) menimbulkan satu misteri,dari manakah kerajaan Selangor mengutip RM300 juta untuk geran Selangorku ???

"Kita mengetahui kerajaan Pakatan Rakyat seringkali mewar-warkan bahawa melalui pengutipan hutang daripada Talam mereka telah berjaya mengutip sebanyak RM300 juta untuk mengadakan program-program di kerajaan negeri.Ini merupakan salah satu pembohongan yang besar kerana transaksi dengan Talam merupakan pembelian aset daripada Talam. Talam tidak membayar wang tunai yang sebegitu besar kepada pihak kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor," katanya dalam sidang media di ibu pejabat MCA semalam.

LIHAT VIDEO DI BAWAH



RENUNG-RENUNGKAN

KHALID GAGAP JUAL TANAH KERANA NAK TUTUP RUGI UNISEL ??? KENAPA TAKUT SAHUT CABARAN @NOHOMAR ???

Posted: 03 Jul 2012 10:00 PM PDT


Cabaran Datuk Seri Noh Omar yang mendesak Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim A.K.A Gagap mendedahkan kedudukan kewangan terperinci UNISEL bagi menjawab dakwaan kedudukan kewangannya yang nazak hingga saat ini masih belum bersahut.Sebaliknya diperlekehkan pula cabaran tersebut seolah-olah Khalid merasakan statusnya sebagai bekas orang korporat telah meletakkan dirinya kelihatan hebat dan lebih bijak daripada orang lain.adakah benar Khalid bijak ??? Adakah si khalid ni bijak kerana mencadangkan penjualan aset UNISEL berupa tanah seluas 500 ekar hanya untuk menampung kos pengajian 1000 orang pelajar baru UNISEL semasa kecoh isu pembekuan sementara PTPTN tempohari ??? Bukankah sepatutnya orang bijak akan mengekalkan aset dan manfaatkannya untuk jana keuntungan berlipat kali ganda dan bukannya menggunakan jalan singkat menjualnya untuk menyelesaikan masalah yang berserabut dalam kepala.betul tak pembaca Badut Rakyat ???

Apabila Datuk Seri Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor mengungkit soal untung rugi UNISEL,asasnya kerana sebelum ini Khalid pernah menutup beberapa pusat kemahiran dan asrama Yayasan Selangor(YS) hanya disebabkan adanya kerugian.Majoriti rakyat Selangor berkongsi satu kerisauan yang sama seperti Noh Omar bimbang sekiranya UNISEL bakal mengulangi sejarah YS sedangkan universiti tersebut baru sahaja di bina oleh BN pada tahun 1999.Tanah tergadai ke tangan orang lain,nasib pelajar terumbang ambing dan pusat pendidikan runtuh menyembah tanah ataupun menjadi gajah putih.Inilah yang berlaku pada pusat pendidikan milik YS dan rakyat tidak mahu ianya berulang kembali.adakah ini menteri besar anda wahai rakyat selangor ??? sebab saya kata dari dulu lagi,jangan ambil orang koperat jadi menteri besar.yang dia tahu untung dan rugi.adakah anda sanggup melihat anak melayu tergadai ??? anda fahamkan apa maksud saya ok.sambung balik,apabila Khalid masih juga beria-ia mahu meneruskan penjualan tanah seluas 500 ekar milik UNISEL yang dikatakan bernilai RM30 juta sekalipun PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman,saat inilah keraguan kian bercambah terhadap kedudukan sebenar kewangan UNISEL.

Rekod sebelum ini pun menunjukkan kemasukan pelajar baru bagi setiap semester juga kian menurun.Pada tahun 2007 lebih 6,000 pelajar telah mendaftar masuk ke UNISEL,tahun-tahun selepasnya bilangan tersebut teramat jauh berkurangan.Manakala itu,pada tahun 2009 UNISEL didakwa telah mengalami kerugian lebih kurang RM20 juta gara-gara kurangnya kemasukan pelajar baru selain faktor bebanan kos pengurusan yang tinggi sejak universiti tersebut dijadikan tempat orang politik menikmati kerjaya dan gaji yang tinggi.Apabila kerajaan negeri dilihat tetap berkeras meneruskan penjualan aset berupa tanah tersebut,bukan salah orang ramai apabila mereka percaya ia sebenarnya berkait rapat untuk menutup kerugian yang sedang ditanggung oleh UNISEL gara-gara kelemahan urus tadbir kerajaan PKR Selangor.Justeru itu,eloklah Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang menikmati kemewahan di puncak menara gading tersebut tampil segera menjelaskan keadaan sebenar.Cukup-cukup harta benda dan aset negeri habis dijual digadai sejak empat tahun lalu.

RENUNG-RENUNGKAN

#BERSIH !!! REFORMASI JALANAN MEMBINASA KAN NEGARA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 03 Jul 2012 07:00 PM PDT



Sehingga kini rakyat Indonesia khususnya masyarakat Tionghoa masih mengenang dan memperingati kejadian berdarah Mei 1998 sewaktu era permulaan gerakan reformasi yang berlaku di Indonesia 14 tahun lalu.Detik cemas dan kekalutan yang berlaku semasa kejadian tersebut, agak sukar untuk dilupakan begitu sahaja apatah lagi tatkala jerit pekik meminta tolong dari gadis-gadis Cina yang dirogol kemudian dikelar kulitnya seakan masih tergiang-giang di telinga para saksi yang masih hidup.Awalnya sebagaimana ramai rakyat Indonesia yang lain, sebahagian besar masyarakat Cina Indonesia turut meraikan gerakan reformasi Indonesia dengan harapan kebebasan dan hak kaum mereka akan lebih terbela sekiranya gerakan jalanan tersebut berjaya menumbangkan Soeharto.Apatah lagi saat tersebut Indonesia dan beberapa negara jiran lain turut terjebak dalam kegawatan ekonomi dek kerana sang penyangak matawang yang mengakibatkan berlakunya kemelesetan ekonomi.

Dianggarkan hampir 50 juta rakyatnya mengalami kehidupan yang tidak menentu kesan dari kegawatan tersebut, ditambah lagi dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan harian, lantas ia menjadi salah satu punca gerakan reformasi jalanan disambut dengan harapan baru.Ahli politik opportunis Indonesia seperti Amien Rais yang juga sahabat baik Anwar Ibrahim adalah antara watak penting yang mengambil kesempatan disebalik keperitan hidup rakyat saat itu.Dengan memanipulasi kemarahan yang membuak dalam hati nurani khalayak, Amien Rais yang turut didukung oleh sebahagian mahasiswa pro reformasi berjaya menyemarakkan lagi gerakan jalanan tersebut saban hari sehinggalah akhirnya mencetuskan suasana yang tidak terkawal.Sebagaimana rakaman sejarah, gerakan reformasi jalanan nyata hanya gah secara teori yang tampak mudah saat dilaungkan di jalanan. Realiti yang berlaku lebih buruk dari jangkaan ramai.

Reformasi yang dicanang bukan sahaja gagal mencapai agenda utamanya untuk menguburkan KKN (korupsi, kronisme dan nepostisme), sebaliknya mengundang gejala KKN yang lebih teruk dalam pemerintahan pemimpin-pemimpin selepasnya.Keganasan jalanan, kebakaran harta benda dan premis berleluasa manakala pemusuhan dan pembunuhan hasil kecurigaan antara pelbagai etnik dan agama menjadi-jadi.Ribuan nyawa melayang sia-sia samada menjadi mangsa kebakaran ataupun dibunuh kejam dek kerana kekalutan di peringkat pemerintahan sehingga dalam apa jua pertelingkahan antara rakyat hanya undang-undang rimba dititik beratkan.Tidak cukup dengan Tragedi Mei 98 yang mengorbankan lebih seribu nyawa etnik Tionghoa Indonesia, datang pula Tragedi Semanggi, Polo dan Ambon yang menyaksikan hubungan antara etnik dan agama kian runtuh.

Akhirnya apa yang berjaya dicapai hasil laungan reformasi jalanan itu yang kelihatan hanya api yang marak membakar bangunan, pembunuhan melata di banyak wilayah dan pengangguran kian meningkat.Kesimpulannya, manfaat yang di kejar jauh dari kesampaian sebaliknya mudarat yang datang bertimpa-timpa sejak 1998 hingga sekarang. Melihat pada liku-liku sejarah ini, tepatlah keputusan rakyat Malaysia menolak acuan reformasi yang diciplak oleh Anwar Ibrahim dari Indonesia.Terbukti, laungan reformasi hanya gah di bibir dengan membawa bersama harapan palsu namun realiti yang terjadi lebih banyak kebinasaan yang terpaksa dilalui.

RENUNG-RENUNGKAN

AZAN ISMAIL MENGAKU DI BERI WANG BERJUTA RINGGIT UNTUK KELUAR PARTI ??? ANDA NAK TAHU SEJARAH AZAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 03 Jul 2012 04:00 PM PDT


saya agak tersentak bila membaca akhbar mengenai Ahli Parlimen Indera Mahkota daripada PKR,Azan Ismail yang mendakwa kononnya pernah ditawar jutaan ringgit oleh BN untuk lompat parti.Katanya,habuan itu ditawar oleh seorang individu yang ditemui di sebuah hotel pada 27 Januari 2010.saya bukan tersentak kerana percayakan berita tersebut tetapi kerana pemikiran saya menjadi kosong bila cuba mengingatkan siapakah Azan Ismail.Jarang sekali didengar namanya,jadi apakah signifikannya personaliti ini dalam politik Malaysia ??? Jika menurut laporan akhbar tersebut,Azan ada mengatakan bahawa ada beberapa lagi ahli parlimen lain yang turut menerima tawaran lumayan yang sama dan mereka terdiri daripada wakil Pakatan Haram yang dianggap berkualiti.Saya ulang,BERKUALITI.Justeru itu,saya tertanya-tanya bagaimana pula saya tidak dapat mengingati seorang pemimpin Pakatan Haram yang berkualiti dan benarkah ada pemimpin Pakatan Haram yang berkualiti ??? Kerana tidak puas hati,apa lagi,saya pun melayari nama Azan di internet.

Antara berita mengenai Azan yang paling popular ialah pada 29 April 2008 apabila beliau telah bertindak biadap apabila dengan sengaja tidak bersalam dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam satu majlis rasmi.saya pun mendapat gambaran bahawa Azan adalah seorang manusia yang tidak dididik dengan adab dan tidak tahu mengenai etika dalam majlis.Berita lain mengenai Azan,saya dapati dari sebuah laman web Suara Kuantan pada 20 May 2010 di mana rakyat Kuantan menyatakan pada Azan bahawa mereka telah bosan dengannya.saya petik sikit kata-kata rakyat Kuantan : "Kepada saudara Azan Ismail,kami pengundi di parlimen Indera Mahkota dah tak tau nak cakap macam mana.Jika saudara tidak boleh membantu kami,elok sahaja saudara letak jawatan sebagai ahli parlimen.Untuk makluman semua rakyat Malaysia,saudara Azan Ismail langsung tidak pernah menunaikan tamggungjawab sebagai ahli parlimen…" Marah benar rakyat kawasannya terhadapnya sehingga melemparkan kata-kata yang tidak enak didengar di mana tak sanggup untuk saya tulis.tapi untuk kebenaran saya keluarkan juga.dah kata blog ini untuk bongkar.saya akan bongkar kan mana yang paling panas buat Pakatan Haram yang selalu nak menipu rakyat malaysia ni.

Satu lagi berita mengenai Azan yang wajib diketahui semua ialah beliau telah ditolak oleh partinya sendiri.Pada 18 Jun lalu,akhbar Sinar Harian melaporkan,Pengerusi PKR Pahang,Datuk Fauzi Abdul Rahman telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau mencalonkan Lee Chean Chung untuk bertanding di kawasan Azan iaitu di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13.Alasan yang beliau beri ialah "Saya bukan penilai prestasi,tetapi menyenaraikan calon berdasarkan kehendak pucuk pimpinan termasuk keperibadian dan akhlaknya." Bukankah ini merupakan isyarat jelas bahawa PKR sendiri menolak Azan dan menganggap beliau tidak mempunyai keperibadian dan akhlak yang 'memuaskan' ???

Maka,inikah Azan Ismail yang kononnya 'berkualiti' sehingga mendapat tawaran lumayan untuk lompat parti ??? Apa kejadahnya BN ingin membeli Ahli Parlimen biadap tidak berguna dan tidak berakhlak seperti Azan ??? Sebenarnya,Azan telah menyedari yang dirinya sudah menjadi barangan yang tidak diperlukan dan kerana itu beliau berusaha menarik perhatian kepimpinan PKR dengan cuba bermain tarik tali.Pesanan saya buat Ahli Parlimen Indera Mahkota ni,jika Anda ingin bermain tarik tali,tak perlulah mengajak BN bermain sama kerana BN tidak perlu membeli sesiapa apatah lagi orang yang tidak berkualiti. Sedangkan semua yang tidak berkualiti di dalam BN pun ramai yang sudah ditendang atau lari keluar dengan sendirinya seperti Kadir Sheikh Fadzir. Justeru ini,anda perlu terima hakikat bahawa orang yang tidak berkualiti adalah tidak laku dan tempat mereka adalah di dalam tong sampah sahaja Dan tong sampah itulah parti PKR yang mana Azan telah pun berada di dalamnya.jangan marah yer Azan Ismail.ini kenyataan !!!

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...