UMNO Online - “Akan Tercapaikah Impian Lajim Ukin Menjadi Ketua Menteri?” plus 9 more | |
- Akan Tercapaikah Impian Lajim Ukin Menjadi Ketua Menteri?
- Makin Nazak…. PKR Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada
- Pelantikan Lajim Ukin Sebagai Timbalan Menteri Dibatal
- Lajim Ukin’s Appoinment As Deputy Minister Revoked
- Lynas Refinery Project In Malaysia Costs Up By A$4 Million
- Pas Sanggup Gadai Maruah Islam Kerana Takut Ancaman DAP
- Pembangkang Iktiraf BN Sebagai Parti Yang Tepati Janji
- UMNO Beaufort Terus Kukuh Walaupun Lajim Letak Jawatan
- Tingkatkan Semangat Patriotisme Cintakan Negara – Timbalan Yang Di-Pertuan Agong
- Cuba Rampas Tanah : Guan Eng Patut Minta Maaf Pada Penduduk Kampung
| Akan Tercapaikah Impian Lajim Ukin Menjadi Ketua Menteri? Posted: 31 Jul 2012 01:55 AM PDT Lumrah kebanyakan orang politik tidak lepas dari menyimpan cita-cita tinggi untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah puas dengan kedudukan serta jawatan sedia ada. Memang diakui ramai yang tak pandai mengukur baju di badan sendiri sebaliknya lebih suka masuk bakul angkat sendiri, lantaran itu pantang dijanjikan atau ditawarkan jawatan yang lebih tinggi segelintir politikus ini akan segera menggapainya. Bekas MT UMNO dari Sabah, Lajim Ukin adalah antara politikus yang memiliki sifat dan sikap yang tidak pernah puas dengan nikmat yang dikecapi dan acapkali terlebih ukur baju di badan sendiri. Rakyat Sabah sendiripun sudah lama sedia maklum dengan impiannya yang membuak-buak begitu berkeinginan sekali untuk menjadi Ketua Menteri malah pernah satu ketika diugutnya PM supaya Ketua Menteri sekarang dilucutkan jawatan dan diganti pula dengan dirinya. Lajim pun tahu untuk naik ke tangga atas dengan menggunakan kemampuannya agak sukar untuknya menandingi kewibawaan dan pengaruh Musa Aman serta seorang lagi pemimpin Sabah, Shafie Afdal sekaligus tidak memungkinkan dirinya untuk menapak ke atas dengan mudah. Jika dia bijak mengukur kemampuan diri dan pandai memakai baju yang sesuai mengikut saiz, selayaknya Lajim patut bersyukur kerana berpeluang juga merasai nikmat duduk di kerusi empuk Timbalan Menteri di peringkat Pusat. Tapi dek kerana nafsu membuak mahu mengutamakan cita-cita peribadi, politik ugut pula yang jadi galang ganti. Mujurlah PM bukannya jenis yang mudah tergugat dengan ugutan, jika tidak, tentu sahaja lama kelamaan amalan ugut mengugut akan menjadi budaya biasa bagi segelintir politikus untuk menggapai jawatan tinggi dan kekayaan peribadi. Lajim tidaklah keseorangan dalam mempraktikkan budaya mengugut pemimpin atasan parti untuk merealisasikan kepentingan dirinya. Beberapa ketika sebelum inipun, rakannya dari Kedah, Kadir Sheikh Fadzir pun pernah cuba kaedah sama namun tetap juga tidak dilayan oleh PM. Manakala beberapa tahun dahulu pula, seorang pemimpin PKR yang sekarang sedang memegang jawatan di sebuah negeri juga pernah berpengalaman melakukan kaedah ugut sedemikian untuk kepentingan peribadi dek kerana tertekan dirinya dikelilingi hutang berpuluh juta dengan bank tempatan. Dan bila permintaan (ugutan) masing-masing enggan ditunaikan oleh PM, akhirnya mereka membawa haluan dengan bersekongkol bersama Anwar Ibrahim selepas dijanjikan jawatan dan kedudukan tinggi.
Pendek kata, sekiranya PM tunduk pada permintaan mereka yang bersifat peribadi dan berkepentingan diri itu, mereka memberi jaminan akan kekal bersama UMNO sedangkan bukan satu kelaziman untuk mana-mana PM mendahulukan kepentingan peribadi segelintir pemimpin tak sedar diri. Mungkin dari segi jangka masa pendek, ketegasan PM tidak melayani tuntutan peribadi segelintir politikus itu boleh memberi sedikit kesan pada parti dan kerajaan. Pun demikian, daripada negara kita terpaksa menghadapi barah penyakit yang sukar diubati lebih baik mencegahnya dari awal. Kecualilah jika negara kita diperintah oleh Anwar Ibrahim tentu sahaja keutamaan dan kepentingan rakyat akan dibelakangkan manakala kepentingan peribadi serta kelompok politikus tak sedar diri pula akan lebih menjadi prioritinya. Soal nanah menjadi barah dikemudian hari tidak pernah pun menjadi perkiraan Anwar lagipun agak serasilah sikap mengutamakan diri itu dengan perwatakan Anwar yang sejak dulu lagi gemar memijak kepala orang lain semata-mata untuk memenuhi hawa nafsu sendiri. Berbalik pada kisah Lajim Ukin yang kepingin menjadi Ketua Menteri, ketahuilah langkahnya takkan sepanjang mana. Lagipun sudah ramai yang menggigit jari selepas tertipu dengan permainan politik janji yang sudah menjadi tabie Anwar sejak dulu lagi. Orang-orang tua selalu berpesan, bila dengan guruh di langit, air dalam tempayan jangan dicurah buang. Hari yang mendung, guruh berdentam dentum belum tentu hujan akan turun. Ramai rakyat Sabah senyum sinis sambil bertanya sesama sendiri, mampukah Lajim menggapai impian untuk menduduki kerusi Ketua Menteri atau penghujung usia politik terbiar dan tidak lagi dipedulikan orang? Melihat pada realiti politik hari ini ditambah lagi dengan laporan temurapat PKR yang menyimpulkan masa depannya dalam PRU 13 kelak agak kelam, tidak sukar untuk kita menjangkakan nasib politik Lajim nanti. Mr Beruang Biru |
| Makin Nazak…. PKR Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada Posted: 31 Jul 2012 01:49 AM PDT Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak 'kecut' untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini. PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja. Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor. Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan. Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini. Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan. Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali. Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu. Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat 'U Turn' dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga Pas, telah 'mempersetankan' sahaja perjuangan demi bangsa Melayu. Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata 'malu menjadi Melayu'. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu. Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini. Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka. Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi 'membela Melayu' ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah. Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal 'Melayu' sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi. Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu: 1. 'working class' yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun, 2. 'golongan muda' yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta 3. 'pengundi India' yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran. Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini. Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian. Dengan itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap 'diberi muka' sekiranya PR menang dalam PRU ini. Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka. Kewujudan beberapa 'kem' dan peningkatan rasa curiga serta 'dingin' di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya. isuhot.com |
| Pelantikan Lajim Ukin Sebagai Timbalan Menteri Dibatal Posted: 31 Jul 2012 01:41 AM PDT KUALA LUMPUR, 31 Juali – Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu. Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersamaFasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta. Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota Umno. Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Najib kemudian pada satu majlis di Pekan dilaporkan berkata kedudukan Lajim sebagai timbalan menteri akan diputuskan pada Isnin. Lajim, 57, dipilih ke Parlimen pada pilihan raya umum 2008 menggantikan penyandang kerusi Beaufort, Azizah Mohd Dun selepas menewaskan Lajim Md Yusof (PKR), dengan majoriti 10,914 undi. Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun 2008 sebelum ditukarkan portfolio kepada Timbalan Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan pada 2009. |
| Lajim Ukin’s Appoinment As Deputy Minister Revoked Posted: 31 Jul 2012 01:28 AM PDT KUALA LUMPUR, July 31 – The appointment of Datuk Seri Lajim Ukin as the Deputy Minister of Housing and Local Government has been revoked with immediate effect. A statement from the Prime Minister’s Office today said that Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah had given his consent to the revocation of the appointment. The revocation was made under Clause (3) Article 43A which was read together with Clause (5) Article 43 of the Federal Constitution. Last Saturday, Lajim announced his resignation as a member of the UMNO Supreme Council (MT), Beaufort UMNO division head, and chairman of the Beaufort Barisan Nasional (BN) with immediate effect. However, he remained as an UMNO member. When announcing his resignation in Likas Jaya, near Kota Kinabalu, Lajim was later reported to have left it to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to decide on his position as Deputy Minister of Housing and Local Government. Later at a function in Pekan, Najib was reported to have said that Lajim’s position as deputy minister would be decided on Monday. Lajim, 57, was elected as a Member of Parliament in the 2008 general election, replacing the incumbent for the Beaufort seat, Azizah Mohd Dun after defeating Lajim Md Yusof (PKR) with a majority of 10,914 votes. He was later appointed as the Deputy Minister of Transport in 2008 before changing portfolio as Deputy Minister of Housing and Local Government in 2009. |
| Lynas Refinery Project In Malaysia Costs Up By A$4 Million Posted: 31 Jul 2012 01:25 AM PDT MELBOURNE, July 31 – Rare earth miner, Lynas Corporation, says the final testing of its rare earth refinery in Pahang was 64 per cent complete at the end of June. It estimated the final cost of the project had increased by about A$4 million because of claims from sub-contractors and additional project management costs, the miner said in its quarterly report released on Tuesday. It said the total cost on the first phase of the Malaysian plant was about A$652.8 million. The company completed building the first phase of the plant in three months to June 30 and is continuing work on the expansion of the project, which is scheduled for completion early next year. It said its “operational preparedness” programme was 97 per cent complete at the end of the quarter. Lynas also said the macroeconomic conditions in China remain relatively subdued as it said the price for rare earth has significantly fallen from last year’s levels. Lynas said Japan, the world’s largest export market for rare earth, had also experienced soft manufacturing conditions, driven by weaker demand in the transport equipment, chemicals and general machinery sectors. Chinese industrial production this year averaged only 10.5 per cent growth, well below the average growth rate of 14.7 per cent over the past 10 years, Lynas said. “This subdued macroeconomic backdrop has led many rare earth-consuming companies to manage their operations on reduced inventories,” the company said. “A recovery in global manufacturing activity and cyclical inventory re-stocking are expected to lead to increased demand for rare earth. However, the timing of this recovery remains uncertain,” it added. |
| Pas Sanggup Gadai Maruah Islam Kerana Takut Ancaman DAP Posted: 31 Jul 2012 01:21 AM PDT KUALA LUMPUR, 31 Julai – Pas sudah terpesong daripada matlamat asal perjuangannya untuk 'membangun bersama Islam' kerana tunduk kepada tekanan DAP, dakwa Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Menurutnya, slogan Pas kononnya perjuangan mereka berteraskan ajaran Islam merupakan satu pembohongan kepada umat Islam di negara ini. "Pas sekarang inilah hanya sebuah parti sekular, tidak berteraskan Islam kerana mereka tergamak gadaikan perjuangan Islam yang selama ini menjadi pegangan mereka kerana takut kepada ancaman DAP," tegasnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com di sini, hari ini.. Oleh sebab itu tegas beliau, Pengerusi DAP, Karpal Singh berani memberi kata dua kepada Pas supaya jangan sesekali cuba memperkenalkan hukum Hudud. "Malah Pas akur apabila Karpal Singh menentang sebarang usaha parti itu untuk membentuk sebuah negara Islam," katanya. Dalam hal ini, beliau mempersoalkan di manakah sebenarnya ‘maruah dan harga diri’ Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Katanya, Pas tidak pernah konsisten dalam perjuangan mengangkat syiar Islam di negara ini, sebaliknya hanya bertindak sebagai 'pengacau' di atas kejayaan UMNO. "Dulu Pas kata mereka berjihad di jalan agama, sekarang Karpal Singh cerca tok guru mereka secara terbuka dan menentang Hudud, mengapa tak teruskan jihad itu," soalnya lagi. Secara tidak langsung kata Syed Ali, pertikaian antara DAP dan Pas membuktikan pakatan pembangkang tidak boleh bersama di atas satu landasan perjuangan. "Masing-masing ada agenda, bagaimana mereka (pembangkang) mampu mentadbir negara jika berkuasa kelak, sedangkan dalam isu Hudud pun DAP dan Pas masih bertelingkah," ujarnya. Dakwa beliau lagi, bukti jelas perjuangan Pas sudah jauh terpesong apabila menukar slogannya kepada 'negara berkebajikan' daripada 'membangun bersama Islam'. Katanya, matlamat Pas menyamai perjuangan PKR dan parti pembangkang yang lain kerana mereka tidak mempunyai asas yang kukuh dalam membangunkan negara bangsa. "Oleh sebab itu, Pas sanggup dan mampu berdusta kepada rakyat terutama di kawasan pedalaman kononnya mereka berjuang untuk kepentingan agama, tetapi di depan bukan Islam terutama DAP cakapnya lain, " katanya. Syed Ali kecewa kerana pemimpin Pas yang mendakwa sebagai golongan ulama termasuk Nik Abdul Aziz tidak sanggup menentang sergahan DAP. Beliau mengulas kenyataan terbaru Karpal Singh yang tetap mempertikaikan sebarang cubaan Pas untuk memperkenalkan hudud di negara ini. Karpal Singh dipetik sebagai berkata Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga sambil menjelaskan Pas kini sudah melupakan matlamat menubuhkan negara Islam, sebaliknya dengan jelas memilih sebuah negara berkebajikan. Menurut Syed Ali lagi, soal pertelagahan antara Pas dan DAP membabitkan mereka dalam pembangkang tetapi yang dikesalinya kerana orang Melayu terus 'tertipu' dengan kepintaran Pas memutarbelitkan agama untuk agenda politik. Sehubungan itu, beliau mengajak orang Melayu supaya berfikiran secara rasional mengenai kemampuan sebenar Pas ke arah negara berkebajikan. "Itu semua slogan retorik Pas yang ciplak daripada hasil kejayaan UMNO mengurus kebajikan untuk rakyat sejak 55 tahun lalu," tegasnya. Oleh sebab itu katanya, Pas lebih rela mengakafirkan orang Islam terutamanya daripada UMNO hanya kerana tidak sehaluan dengan perjuangan politk mereka. Sebalikinya kata beliau, Pas memberi alasan tidak masuk akal matlamat mereka menjadi 'pak turut' DAP selain untuk kepentingan politik, juga untuk kepentingan kegiatan dakwah. "Saya nak tanya tok guru Pas, sudah berapa ramai pemimpin DAP yang telah berjaya mereka Islamkan hasil dakwah pemimpin Pas ,? soal beliau lagi. |
| Pembangkang Iktiraf BN Sebagai Parti Yang Tepati Janji Posted: 31 Jul 2012 01:09 AM PDT
Pengerusi Sekretariat Pemuda BN dan 1Malaysia, Mohd Faizal Ramli berkata slogan janji ditepati umpama bayang-bayang yang menghantui pembangkang kerana ternyata selepas lebih empat tahun pilihanraya umum berlalu banyak janji yang ditaburkan mereka masih belum ditunaikan. Tegas beliau tidak ada masalahnya slogan berkenaan kerana ianya sesuatu perkara yang perlu dilakukan semua pihak dan tidak sepatutnya ia dipertikai melainkan pihak terbabit jenis yang suka mungkir janji. "Slogan berkenaan tidak menjurus kepada mana-mana kepentingan sekalipun. Sesiapa pun yang berjanji mestilah ditunaikan..Tidak tahulah pula saya kenapa pembangkang cukup panas dengan slogan tersebut. "Tetapi kalau kita tengok kepada ungkapan lama siapa yang makan cili dia yang terasa pedas kita bolehlah membuat andaian tersendiri. Kita percaya kerajaan berani menggunakan slogan tersebut kerana apa yang dijanjikan ditunaikan secepat mungkin…..Pendek kata tidak ada sekadar janji semata-mata," katanya kepada UMNO-Online di sini. Tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 Janji Ditepati” menjadi polemik selepas pihak pembangkang mendakwa terdapat unsur-unsur politik dengan tema tersebut. Faizal seterusnya menimbulkan persoalan kenapakah pemimpin pembangkang cukup fobia dan cukup gusar dengan slogan berkenaan. Tegasnya pelbagai alasan dan kenyataan yang diberikan oleh pemimpin mereka hanyalah berkisar kepada persoalan politik dan bukannya mempunyai asas yang kuat untuk mempertikai slogan sambutan hari kemerdekaan 2012 itu. "Sehingga hari ini saya masih tengok dan nilai kenapakah pembangkang begitu marah dengan slogan berkenaan…Sedangkan slogan tersebut tidak ada kutuk sesiapa..tidak ada sindir mana-mana pihak dan sebagainya. "Mungkin rumusannya kita boleh berandaikan kepada perumpamaan diatas…..siapa makan cili dia yang terasa pedas," katanya. -MediaUMNO |
| UMNO Beaufort Terus Kukuh Walaupun Lajim Letak Jawatan Posted: 31 Jul 2012 12:36 AM PDT
Ketua Wanita UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun menyifatkan perletakkan jawatan oleh Lajim adalah suatu perkara biasa dalam politik, kerana ia bukan sahaja berlaku kepada Barisan Nasional malah parti pembangkang juga tidak terkecuali daripada perkara itu. "Letak jawataan atau keluar parti adalah perkara biasa kepada dunia politik dan terpulang kepada individu berkenaan, walau apa alasan yang diberi olehnya itu adalah hak peribadi mereka bukannya mengambarkan senario keseluruhan . "Perletakkan jawatan itu tidak akan menjejaskan persiapan untuk menghadapi pilihan raya, semuanya berjalan seperti biasa, apa yang berlaku itu menguatkan semangat untuk terus bekerja dan tiada sebarang masalah yang timbul," katanya kepada UMNO-Online di sini Azizah tidak menafikan apa yang berlaku itu memberi kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional Beaufort, namun kesannya adalah kecil, tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak kononnya berlakunya perpecahan di kalangan kepimpinan parti. "Semua orang mempunyai penyokongnya, sudah pasti Datuk Lajim juga mempunyai penyokongnya sendiri namun jumlahnya tidak ramai kerana rakyat sekarang sudah bijak untuk memilih pemimpin, mereka bukannnya melihat individu tetapi melihat siapakah yang dapat membantu mereka. "Cerita perletakkan jawatan ini sudah lama didengari sebelum ini, saya juga sudah pun berjumpa dengan petugas-petugas terutamanya di kalangan Wanita UMNO dan mereka menyatakan akan terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak," katanya. Beliau berkata, petugas Barisan Nasional dan Wanita UMNO akan turun padang untuk memperjelaskan kepada rakyat berhubung serta menangkis segala fitnah atau tohmahan daripada apa yang berlaku yang mungkin diperguanakan oleh pembangkang. -MediaUMNO |
| Tingkatkan Semangat Patriotisme Cintakan Negara – Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Posted: 31 Jul 2012 12:18 AM PDT KUALA LUMPUR, 31 Julai – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menyeru semua peringkat rakyat supaya meningkatkan semangat patriotisme yang cintakan negara. Baginda bertitah semangat sedia berkorban demi negara perlu disemai dan disemarakkan sepanjang masa selain tidak melupakan jasa dan pengorbanan pahlawan negara. “Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah berusaha dan berazam untuk terus menyumbangkan sesuatu yang berguna sesuai dengan bidang masing-masing dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara,” titah baginda pada istiadat sambutan Hari Pahlawan 2012 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Baginda bertitah rakyat Malaysia yang berbilang kaum juga harus memelihara hubungan baik dan bersikap toleransi antara kaum selain menjaga sensitivity kaum. “Beta berharap semua rakyat tanpa mengira keturunan, agama dan budaya bersatu padu dan hidup dalam rukun dan damai serta bersama membina negara. “Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah berusaha serta berazam untuk terus menyumbangkan sesuatu yang berguna sesuai dengan bidang masing-masing dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara,” titah baginda. Sultan Muhammad V bertitah sejarah pembinaan dan kewujudan Malaysia amat berkait rapat serta seiring dengan sejarah kepahlawanan pejuang negara bermula dengan perjuangan penuh getir menentang tentera Jepun dalam era perang dunia kedua. “Mengharungi perjuangan menentang pemberontakan komunis pada era darurat, menempuh cabaran pada era konfrontasi dan membanteras serta membersihkan perbatasan negara dari saki baki komunis adalah antara detik-detik penting dalam catatan negara,” titah baginda. Baginda turut melahirkan rasa bangga dengan sumbangan bakti pasukan keselamatan di peringkat antarabangsa khususnya dalam melaksanakan tugas di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). “Setakat ini seramai 21,443 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah terlibat secara langsung dalam mencurah bakti untuk tugas-tugas bersama PBB. “Semangat kental, berani serta gagah telah ditonjolkan oleh kontijen pasukan keselamatan kita yang berjuang walaupun bukan di bumi sendiri, selayaknya mereka juga turut dihargai sama seperti rakan-rakan seperjuangan di tanah air,” titah baginda. Baginda bertitah pembentukan negara dan pembangunan ekonomi banyak bergantung kepada keamanan dan ketenteraman dalam negara. “Pasukan keselamatan telah memainkan peranan penting dalam menangkis anasir subversif yang cuba memporak-perandakan negara serta membantu negara mencapai kemajuan dan kemakmuran,” titah baginda. Bagi mengenang kembali jasa-jasa pahlawan negara, baginda bertitah rakyat perlu prihatin dengan memberikan bantuan serta pertolongan yang dapat meringankan beban hidup mereka. “Waris dan balu pahlawan yang gugur amat memerlukan bantuan serta sokongan padu kerajaan dan rakyat dalam menguruskan kelangsungan hidup, ingatan dan bantuan yang kita hulurkan akan menjadi sumber inspirasi dan dorongan kepada mereka,” titah baginda. Baginda turut mengingatkan kepada para pahlawan yang masih berkhidmat agar meneruskan curahan bakti demi keamanan, kententeraman dan kesejahteraan Negara serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh. “Tingkatkanlah lagi semangat kepahlawanan patriotisme, kesetiaan demi agama, bangsa dan negara, marilah kita sama-sama mempertingkatkan usaha untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian negara yang kita cintai ini,” titah baginda. |
| Cuba Rampas Tanah : Guan Eng Patut Minta Maaf Pada Penduduk Kampung Posted: 30 Jul 2012 11:54 PM PDT PULAU PINANG, 31 Julai – Selepas cuba berlagak hero berhubung kes pengambilan tanah bagi membina Asian Women's Leadership University (AWLU), Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus terus membisu seakan dialah yang berjaya menyelesaikan masalah yang melanda penduduk Kampung Genting. Menurut Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang Nor Hafizah Othman, Guan Eng seharusnya memohon maaf kepada penduduk kampung tersebut kerana cubaan merampas tanah penduduk tersebut. Jelas beliau hanya kerana Pilihan Raya Umum (PRU) sudah semakin hampir dan juga pihak AWLU sendiri tidak menyebelahi Guan Eng dalam cubaan merampas tanah penduduk maka akhirnya Guan Eng 'melepaskan' kampung tersebut namun memberi alasan kononnya kerajaan negeri yang mencadangkan agar pihak AWLU memilih tanah lain bagi pembinaan universiti tersebut. "Hakikatnya sudah dua tahun perkara ini berlarutan dan menyaksikan kerajaan negeri memang bertegas mahu mengambil tanah di Kampung Genting. Sekiranya tidak kerana AWLU sendiri bersependapat dengan penduduk kampung dan tidak kerana PRU sudah semakin dekat, saya pasti kerajaan negeri tetap akan meneruskan niat mengambil tanah kampung ini dan penduduk akan merempat. "AWLU sendiri menolak pengambilan tanah ini atas dasar prihatin tentang kesulitan yang timbul kerana tanah itu adalah milik sah penduduk kampung dan mempunyai geran. Setelah dua tahun berlarutan, Guan Eng pula cuba berlagak hero konon penyelamat kepada penduduk Kampung Genting. Seharusnya Guan Eng memohon maaf kepada penduduk kampung itu kerana telah menyusahkan mereka selama dua tahun," ujarnya kepada UMNO-Online. Tambah Hafizah, ini semua adalah propaganda politik mainan DAP yang cuba mengelirukan rakyat dan secara tidak langsung bertujuan meraih undi. Kononnya dengan memberi alasan kerajaan negeri yang mencadangkan agar AWLU memilih tanah lain dapat menyakinkan rakyat bahawa mereka sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat. Katanya lagi jika dilihat sejak pemerintahan DAP, ramai rakyat Pulau Pinang merintih tertindas dengan sikap 'diktator' Guan Eng. "Banyak contoh boleh kita ambil seperti kes Kampung Buah Pala, premis perniagaan yang dirobohkan termasuklah kes tapak bazaar Ramadan. Belum lagi janji-janji PRU 12 yang tidak tertunai hingga kini. "Cuma kes Kampung Genting ini kerajaan negeri tiada pilihan kerana menyedari rakyat sudah sedar akan putar belit DAP. Sebab itulah kerajaan negeri terpaksa akur dengan kehendak rakyat kali ini," tambahnya lagi. Rentetan daripada surat penolakan AWLU untuk membina universiti di tapak Kampung genting, Guan Eng pada 22 Julai lalu telah mengadakan pertemuan dengan pemilik tanah di Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyatakan bahawa kerajaan negeri telah mencadangkan kepada AWLU supaya memilih tanah yang lain di kawasan Pondok Upeh bagi pembinaan universiti itu. Tindakan Guan Eng ini jelas menunjukkan dia cuba menangguk di air keruh dengan cuba berlagak hero. – MediaUMNO |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.









No comments:
Post a Comment