BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! KANTOI !!! ADA CERITA YANG RAKYAT MALAYSIA TIDAK TAHU DI SEBALIK KISAH BUMBURING,LAJIM DAN ANWAR IBRAHIM ???
- KANTOI !!! BALU BEKAS PEGAWAI KHAS HUSAM MENERIMA RM 400 RIBU DARI KERAJAAN KELANTAN !!! BAGAIMANA BALU YANG LAIN ???
- KISAH BENAR !!! KARPAL SINGH TIDAK TERIMA HUDUD KERANA KUFUR !!!
- KISAH BENAR !!! ORANG MELAYU BERTELAGAH !!! MUBALIGH KRISTIAN MASUK KAMPUNG MENDAKYAH !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KANTOI !!! HADI AWANG KIAN TERPINGGIR !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI BONGKAR ISU HUDUD DAN PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA !!!
| Posted: 31 Jul 2012 08:30 AM PDT ![]() Bagi yang tahu banyak tentang latar belakang kisah drama politik terbaru di Sabah ini tentu gelak besar melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim turun pakai topi koboi di majlis pengumuman keluar Barisan Nasional oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing di Dalit,Tuaran pada Ahad.Segak dan bergaya.Jangan salahkan bos utama pakatan pembangkang itu.Beliau tentu kena tampil gembira kerana ada 'anak ikan' sudah berenang masuk ke dalam kolamnya.Siapa yang tidak seronok…dalam keadaan puluhan pemimpin PKR berbagai jawatan dari MP,ADUN, pemimpin kanan, kiri,tengah, dari Timbalan Presiden sehinggalah ke peringkat rendah meninggalkan PKR,ada lagi yang ' terpaksa' percaya pada percaturan politiknya. Kalau duduk diam-diam dan renung sejenak,apa 'blunder' yang Anwar buat dalam konteks politik Malaysia sejak 2008, kita dengan mudah senaraikan satu persatu.Dari soal, staf sendiri yang buat laporan polis kes liwat,pembohongan maha agung 16 September, kes 'keruntuhan' kerajaan PR di Perak, sampai pemimpin DAP Karpal Singh suruh Anwar bertaubat.Karpal geram kerana Anwar terima ADUN UMNO yang melompat,Datuk Nasarudin Hashim dan kemudian dibalas dengan lompatan lain dari ADUN PR ke dalam UMNO sehingga tumbang Perak Dan yang paling epik adalah kes kantoi video seks dengan amoi China Doll yang sampai hari ini, kita semua percaya 99.99 peratus orang dalam video itu Anwar.Namun beliau relaks buat muka sardin macam tak ada apa-apa. Senang untuk baca pemikiran Anwar…nothing to lose.Untung sabut timbul.Kalau orang tidak percaya pada beliau, itu memanglah sepatutnya, tapi jika masih ada yang percaya, itu bonus beb.Samalah kes dengan Bumburing dan Datuk Lajim Ukim yang tiba-tiba terpaksa percaya dengan segala retorik dan janji politik Anwar.Bagi Anwar, kes Bumburing dan Lajim ini bagai bulan jatuh keriba.Sebab itu penerbangan ke Kota Kinabalu dua tiga hari terakhir ini penuh dengan pemimpin dan petugas PKR.Di Dalit petang dan di rumah Lajim Ukim malam Ahad, boleh kata hampir semua pemimpin kanan PKR ada.Dari Tian Chua, Zuraida Kamarudin, Willion Leong dan ramai lagi, berpusu-pusu ke Sabah untuk menyaksikan sendiri 'detik bersejarah' itu.Anwar dalam ucapannya di Dalit berkata, "ini turning point dalam politik negara." Titik perubahan apanya kalau yang sertai dan percayakan beliau adalah pemimpin-pemimpin yang ada masalah dan takut tidak dicalonkan semula. Sumber memberitahu Agendadaily,dalam kes Bumburing, beliau menjadi calon UPKO untuk kerusi Parlimen P 170 Tuaran pada tahun 2008 menggantikanDatuk Wilfred Madius Tangau dengan persetujuan satu penggal sahaja.Kini ketika penggalnya semakin berakhir, beliau berusaha melobi sana-sini diberi peluang semula, tapi UPKO katanya tetap mahu berpegangkepada perjanjian asal iaitu sepenggal sahaja. "Berikutan itu Bumburing berhajat pula kerusi DUN Tampurali yang kini milik PBS, sudah tentu PBS tidak lepas, dan beliau mula bercakap dengan nada dan retorik pembangkang sehinggalah keluar parti,"kata sumber. Jika kaji sejarah politik Bumburing ini juga berwarna-warni,beliau asalnya ahli parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan kemudiannya menyertai PBS.Ketika PBS hadapi krisis dalaman, beliau dan beberapa yang lain wujudkan UPKO, selepas PBS 'bercerai' dengan BN beberapa hari sebelum pilihanraya umum tahun 1990.UPKO jadi komponen BN dan kekal statusnya sekalipun PBS kembali menyertai BN pada tahun 2002.Pada Ahad beliau keluar UPKO dan mahu menubuhkan Angkatan Perubahan sabah (APS) pulak, parti politik ke empat buat beliau.Sama kes dengan Lajim, yang mengidam kerusi Ketua Menteri Sabah sejak zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi. Beliau mula bertanding pilihanraya sejak tahun 1985,menggunakan tiket PBS, kononnya Lajim mendapat maklumat dalaman tidak akan dicalonkan semula dalam PRU 13 nanti.Selain dari sikapnya yang anti Ketua Menteri Datuk Seri MusaAman, Lajim tidak 'sekepala' dengan Ketua Wanita UMNO Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun yang pernah menjadi ahli Parlimen Beaufort.Lajim diingati dalam sejarah politik Malaysia sebagai ADUN PBS yang berpakat dengan Datuk Rubin Balang serta Datuk Zaini Isa keluar partimen yertai UMNO sehingga tumbang kerajaan PBS hanya selepas dua minggu memerintah Sabah dalam pilihanraya negeri tahun 1994.PBS ketika itu menang tipis 25 kerusi manakala BN 23 kerusi,Pairin kena tunggu sehari lebih depan Istana TYT untuk angkat sumpah Ketua Menteri, sebelum ianya kekal hanya dua minggu berikutan lompatan Lajim dan rakan-rakannya.Lajim,kata orang, merasakan tindakan beliau melompat sehingga tumbang PBS itu itu sungguh besar maknanya kepada BN dan UMNO Sabah, tetapi beliau tidak mendapat 'imbuhan'yang setimpal. Itulah ceritanya, jadi kalau Anwar temberang konon kes Bumburing dan Lajim ini satu 'titik perubahan' besar,maka dia hanya temberang budak-budak muda yang tidak tahu sejarah.Bagi yang mengikuti dengan dekat turbulasi politik Sabah, tiada yang peliknya apa yang berlaku pada Ahad, kecuali ramainya pemimpin PKRdi negeri tersebut, keadaan lain macam biasa.Di Dalit, Tuaran ketika majlis Bumburing umum keluar BN itu jumlah kehadirannya ikut kata wartawan yang bertugas di sana lebih kurang 2000 orang sahaja.Pada sebelah malam,majlis di Kampung Kuando Beaufort jumlah kehadiran lebih kecil, tak sampai seribu.Sebab itu,kita tengok tweet-tweet pemimpin PKR dalam kedua-dua majlis tersebut, hanya cerita apa yang Bumburing, Lajim dan Anwar cakap.Tidak tweet jumlah kehadiran,kerana kalau ikut kayu ukur di Semenanjung, jumlah yang hadir itu 'fail'.Kesimpulannya mudah kisah Bumburing dan Lajim ini sama kes dengan Anwar,orang putih kata 'birds of a feather flock together' atau terjemahannya,burung sebulu terbang bersama. Bagi Bumburing, Lajim dan Anwar,kalau orang tak percaya,mereka tidak rugi apapun, tetapi jika ada lagi yang masih bergantung harap kepada mereka,itu bonus.Manakala bagi BN pula,gabungan politik paling berjaya sejak merdeka,pemimpin datang dan pergi, parti akan kekal dan tiada siapa yang lebih besar dari parti.Pada Bumburing, Lajim dan yang sama waktu dengannya,seperti kata budak-budak muda sekarang ini "you kata hai-hai (pembangkang), ku kata bye-bye Oleh Helmi Hanafi Agenda Daily RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 31 Jul 2012 05:00 AM PDT ![]() Tanggal 11 November 2011 seorang pegawai khas Exco Kanan Kerajaan Kelantan,Husam Musa,yang bernama Kamarulzaman Abdullah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Kelantan.Beliau terbabit dalam kemalangan ketika pulang dari membuat kerja Husam Musa.Berita kemalangan tersebut boleh dibaca di sini. laman rasmi Pas,harakahdaily,melaporkan berita Kerajaan Kelantan melalui agensi serta anak syarikatnya menyalurkan sumbangan kepada enam penerima serentak sempena bulan Ramadhan ini yang membabitkan peruntukan keseluruhan lebih RM640,000.Salah seorang penerima sumbangan tersebut adalah Farawaheeda Binti Matwi,isteri kepada bekas pegawai khas Husam yang meninggal dunia dalam kemalangan seperti laporan diatas.Apa yang mengejutkan sumbangan yang diterima oleh Farawaheeda adalah sumbangan yang tertinggi diterima.Jumlahnya Empat Ratus ribu Ringgit Malaysia (RM 400,000.00). Berikut adalah berita dan gambar yang dilaporkan oleh Harakahdaily KOTA BHARU : Kerajaan Kelantan melalui agensi serta anak syarikatnya menyalurkan sumbangan kepada enam penerima serentak sempena bulan Ramadhan ini yang membabitkan peruntukan keseluruhan lebih RM640,000.Sumbangan diberikan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (Sawit), Kelantan Golden Trade (KGT) termasuk melalui program kebajikan kerajaan negeri sendiri.Antara penerima isteri allahyarham Kamaruzzaman Abdullah (Pegawai Khas Datuk Husam Musa),Farah Mat Wi, isteri bekas Adun Chetok, (Ustaz Hussin Ibrahim), Siti Marjan Salleh. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, di pejabatnya semalam.Turut menerima sumbangan sembilan mangsa kebakaran di Wakaf Che Yeh pada 1 Mac lalu yang melibatkan sumbangan sebanyak RM30,000.Husam berkata,turut menerima sumbangan hari ini Tabung Amanah Tok Kenali sebanyak RM200,000 yang disumbangkan KGT. "Selain itu Baldah Toyyibah turut menerima sumbangan sebanyak RM4,720, lebihan wang bidaan KGT sempena ekspo baru-baru ini,"ujarnya. Katanya, moga sumbangan ini dapat membantu mereka khususnya bulan Ramadan dan Aidilfitri akan datang.Farah ketika ditemui melahirkan rasa syukur di atas keperihatian terhadap keluarganya selepas arwah suaminya meninggal.Bagaimanapun, bagi Farah wang tersebut bukan untuk dirinya,sebaliknya beliau hanya pemegang amanah ke atas yang lebih berhak. "Terima kasih banyak pada semua,"ujarnya. Kamaruzzaman meninggal dunia sewaktu pulang dari program menuntut royalty dari kerajaan Pusat pada 11.11.11 lalu. ![]() gambar dari http://www.husammusa.com/v10/ Adakah kerana beliau isteri kepada bekas pegawai khas Husam maka beliau layak menerima sumbangan yang terlalu istimewa hingga mencecah RM 400,000.00 daripada Kerajaan Kelantan ? Bagaimana pula dengan keluarga-keluarga kakitangan Kerajaan Negeri yang lain yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ? Apakah mereka juga menerima ratusan ribu ringgit ? Jika benar apa yang kami lontarkan,nampaknya amalan kronisme yang melampau yang diamalkan oleh Kerajaan Kelantan.Kami tidak berniat untuk mempertikaikan sumbangan yang diberikan.Namun ianya sesuatu yang tidak patut kerana menjelang Aidilfitri yang tidak berapa lama lagi,masih ramai keluarga yang susah di Kelantan yang patut juga mendapat sumbangan.Balu kepada bekas pegawai khas Husam masih lagi muda dan hanya mempunyai seorang anak berbanding dengan orang susah lain yang mempunyai anak yang lebih ramai.Balu-balu lain di Kelantan mungkin tidak bernasib baik kerana arwah suami mereka bukannya pegawai khas Husam. - SEL13.COM RENUNG-RENUNGKAN |
| KISAH BENAR !!! KARPAL SINGH TIDAK TERIMA HUDUD KERANA KUFUR !!! Posted: 31 Jul 2012 01:30 AM PDT Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus terhadap hudud,Ketua Pemuda PAS,Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur. "(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur.PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin. Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.Kumpulan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal.Ketua Pemuda PKR,Shamsul Iskandar Mohd Akin,telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP.Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR,DAP dan PAS terhadap isu ini telah dibuat. Petikan NST 30.07.12 RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 30 Jul 2012 10:00 PM PDT Beberapa orang mubaligh dilihat menghala ke kawasan perumahan orang-orang Melayu Dalam kita bertelingkah dan enggan berkerjasama demi agama dan bangsa, mubaligh-mubaligh Kristian berkeliaran masuk kawasan penduduk Melayu menyebar dakyah mereka.Ini yang dapat dirakam oleh Pertubuhan Pembela Islam sekitar taman perumahan berdekatan Kampung Pandan yang boleh dikatakan seluruhnya penduduk beragama Islam.Mereka dilihat datang dalam kumpulan lebih 20 orang kemudian berpecah kepada beberapa kumpulan kecil berselerak sekitar kawasan perumahan tersebut. ![]() Dapat dilihat mubaligh ini cuba berdakyah dengan orang Melayu yang kemudiannya tidak melayan mereka Setelah kami pergi bersemuka,mereka cuba mengelak serta berdalih menyembunyi kerja jahat mereka dan kemudian beredar lari. Kumpulan ini akhirnya beredar lari menghala ke tempat mereka meninggalkan kereta mereka (di sekitar Taman Nirwana, Kg. Pandan) yang agak jauh dari tempat mereka membuat dakyah Kristian mereka. ![]() Satu lagi pecahan kumpulan ini turut merasa tidak selesa apabila kami merakam setiap tindak tanduk mereka dan akhirnya beredar dari kawasan itu. Kumpulan lebih 20 orang berbangsa Cina ini dikepalai oleh seorang lelaki Mat Salleh (lihat gambar di atas). Kesemua mereka berjalan membawa beg yang berisi dengan risalah Kristian dan setiap mereka membawa payung.Pantau dan pastikan kawasan anda selamat dari anasir-anasir jahat ini.Bersihkan kawasan anda dari pendakyah Kristian ini. - Membela Islam RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! KANTOI !!! HADI AWANG KIAN TERPINGGIR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 30 Jul 2012 07:00 PM PDT akhirnya,satu cerita terbongkar berkenaan Ustaz Haji Abdul Hadi ni.Bukan satu rahsia lagi,kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti,seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit,sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden,namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.Rentetan dari situ,satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar. Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan,Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Aziz lah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.Impak kemudiannya,Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz. Dalam konteks lain pula,kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi,acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi.Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah,Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang.Sudahlah begitu,isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz. Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR ??? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR,namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS.Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem,walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS,namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13,Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan.Menjelang PRU 13,PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding.Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI BONGKAR ISU HUDUD DAN PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA !!! Posted: 30 Jul 2012 04:00 PM PDT 1. ISU HUDUD Sekali lagi isu mengenai Negara Islam dan perlaksanaan Hudud ditimbulkan dan mendapat liputan media.Dalam debat bersama Ustaz Fathul Bari,Ketua Dewan Pemuda PAS,Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi memberitahu bahawa Karpal Singh dan DAP telah menunjukkan sifat berlembut,mula memahami hasrat menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.Tetapi observasi itu disanggah keras oleh Karpal Singh dengan menempelak Ustaz Nasrudin yang dianggapnya sebagai pimpinan muda dalam ranking yang agak rendah dalam hirarki kepimpinan PAS.Karpal mengulang beberapa kali bahawa beliau dan DAP tidak pernah bersetuju dengan perjuangan PAS itu di mana PAS sememangnya telah menggugurkan sama sekali hasratnya untuk menubuh Negara Islam dan melaksnakan Hudud seperti yang di dakwa oleh Karpal dalam Muktamar PAS tahun lalu. Pemerhati politik ragu dengan dakwaan Karpal tersebut. Mana mungkin PAS meninggalkan terus Negara Islamnya sebaliknya menganjurkan perlaksanaan negara berkebajikan.Mursyidul Am PAS nampaknya terus bertekad untuk melaksanakan Hudud di negeri Kelantan. Seperti yang diketahui,Karpal dan DAP juga menyanggah saranan tersebut.Terakhir Mursyidul Am PAS terus menyuarakan perkara yang sama.Persoalannya ialah,benarkah dakwaan Karpal Singh bahawa PAS telah sama sekali menggugurkan hasratnya untuk menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.Kedua-dua perkara ini sememangnya menjadi tonggak perjuangan PAS sejak parti Islam itu ditubuhkan lebih 60 tahun yang lalu.PKR juga kelihatan konsisten tidak bersetuju dengan matlamat penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS. Ketua Penerangan PKR,Dr Muhammad Nur Manuty menegaskan baru-baru ini bahawa perlaksanaan hudud tidak terdapat dalam Buku Jingga yang menjadi asas persetujuan bersama Pakatan Rakyat.Begitu juga,Ketua Angkatan Muda PKR,Shamsul Iskandar secara terbuka bersetuju dengan pandangan Karpal Singh dan DAP yang tidak bersetuju dengan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud oleh PAS.Saya berpendapat pimpinan tertinggi PAS perlu menjelaskan : a) Sama ada apa yang didakwa oleh DAP itu benar-benar menggambarkan apa yang telah diputuskan dalam muktamar tahun lalu iaitu PAS tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan perlaksanaan hudud; b) Adakah benar negara berkebajikan sememangnya menjadi pengganti kepada negara Islam dan seterusnya akan menjadi agenda utama perjuangan PAS; c) Adakah benar tindakan PAS menggugurkan agenda Negara Islam dan perlaksanaan Hudud itu telah diputuskan dengan persetujuan DAP dan PKR Sebelum kita mendapat jawapan yang pasti daripada pimpinan tertinggi PAS,setakat apa yang dipaparkan di dalam media,jelas kelihatan bahawa pimpinan PAS tidak kira kedudukan mereka,tidak diizinkan sama sekali menimbulkan isu negara Islam dan perlaksanaan Hudud.Negara Islam dan Hudud,daripada muktamar yang lalu sudah menjadi taboo dan digantikan dengan negara berkebajikan yang beroperasi dalam kerangka negara sekular.Jika ini berlaku,saya amat khuatir Malaysia akan menjadi negara sekular yang memberi ruang luas kepada fahaman liberalisme, anti agama, suburnya budaya hedonisme dan terurainya sebarang ikatan agama dalam proses pembangunan negara dan umat.Saya tidak dapat menggambarkan ketika inipun masyarakat sudah konfius dan hilang arah tuju serta jatidiri.Bayangkan apa akan terjadi sekiranya Malaysia menjadi negara yang sekular di bawah telunjuk DAP dan PKR. Sehingga ini,tidak banyak respon daripada pimpinan PAS mengenai isu terbaru ini. Golongan parasit terus membisu.Tidak ada seorangpun di antara mereka,pemuda,muslimat atau pimpinan pusat yang tampil ke hadapan sekurang-kurangnya memberi sokongan moral kepada Ketua Dewan Pemuda PAS yang digasak oleh pengerusi DAP.Begitulah longgarnya ukhuwwah di kalangan pimpinan tertinggi parti Islam itu. Itulah juga bahananya ahli PAS memilih barisan pimpinan dari kalangan parasit-parasit yang kepala mereka hanya terbayang Putrajaya sahaja.Ini jugalah harga yang perlu dibayar oleh ahli dan penyokong parti Islam itu. Harga ini bertambah mahal sekiranya keputusan PRU ke-13 menyebelahi Pakatan Rakyat. 2. ISU KENYATAAN AKHBAR PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia pada 18 Julai 2012 berkaitan PRU ke-13 atas tajuk "UNDILAH DENGAN BIJAK. UNDI SUPAYA NEGARA MALAYSIA LEBIH CEMERLANG". Pada umumnya saya tidak ada banyak masalah dengan prinsip-prinsip bernegara seperti yang digariskan dalam kenyataan akhbar tersebut.Kenyataan tersebut merujuk kepada hasrat mana-mana rakyat dalam mana-mana negara di dalam dunia ini untuk mendapatkan pimpinan negara yang dapat melaksanakan prinsip-prinsip keadilan, ketelusan serta menghormati hak asasi rakyat.Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa keutamaan yang digariskan sebagai visi yang seharusnya dijadikan panduan dalam nation building.Prinsip akhir yang disarankan merujuk kepada kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang batasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.Prinsip ini walaupun diletakkan di akhir daripada 8 prinsip, namun bagi saya inilah satu-satunya tuntutan yang sifatnya keterlaluan dan di luar daripada lingkungan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama sebelum kemerdekaan. Saya beranggapan tuntutan sedemikian bukan sahaja bertentangan dengan semangat perlembagaan tetapi lebih daripada itu ia akan merungkai asas-asas kehidupan 28 juta rakyat Malaysia yang semuanya inginkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan seperti yang telah sama-sama dinikmati hingga setakat ini.Tuntutan sedemikian akan membuka lebih banyak lagi ruang-ruang tuntutan yang mungkin tidak munasabah yang akhirnya akan menghasilkan kekacauan, kehuru-haraan dan ketidakstabilan.Peristiwa hitam yang pernah berlaku mungkin akan berulang lagi.Oleh kerana perkara ini melibatkan kuasa memilih di dalam PRU ke 13 nanti, saya ingin melontarkan soalan berikut : a) Adakah Persekutuan Kristian Malaysia menganggap bahawa kerajaan yang ada tidak mampu memenuhi tuntutan mereka; atau b) Adakah yang dimaksudkan bahawa Pakatan Rakyat lebih bersedia untuk melaksanakan tuntutan yang diutarakan. Saya juga ingin penjelasan selain daripada pihak Persekutuan Kristian Malaysia, adakah pihak Pakatan Rakyat bersetuju dengan tuntutan yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia itu.Sekiranya itulah yang akan dipersetujui oleh Pakatan Rakyat maka saya ingin mengajukan satu lagi pertanyaan : adakah PAS juga sebagai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat bersetuju untuk melaksanakan tuntutan yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia itu yang antara implikasinya ialah pindaan perlembagaan yang akan mengakibatkan keadaan huru hara, ketidakstabilan dan menggugat keutuhan Islam sebagai agama Persekutuan. YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali Kelab Sultan Sulaiman Kg Bharu, KL 28 Julai, 2012 |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.










No comments:
Post a Comment