PISAU.NET

PISAU.NET


Lagi Kes Seleweng Guan Eng Kantoi ,DAP untung 9juta?

Posted: 24 Jul 2012 11:41 AM PDT

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang pada Selasa mendakwa kerajaan negeri telah memutar-belit fakta dan menipu rakyat berhubung penjualan tanah di Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin di sini kepada sebuah syarikat swasta bagi pembinaan hospital swasta.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow mendakwa kerajaan negeri pimpinan DAP itu didapati mereka cerita untuk menyembunyikan fakta sebenar dengan mengatakan permohonan lesen untuk pembinaan hospital swasta itu telah ditolak oleh Kementerian Kesihatan pada 22 Oktober 2010.

Bagaimanapun, beliau berkata rekod yang diperoleh daripada One Stop Centre (OSC) menunjukkan syarikat swasta, Kuala Lumpur International Dental Corporation Sdn Bhd, telah mengemukakan pelan perancangan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada 23 Disember, 2011.

"Tidak masuk akal kalau pemaju masih mahu mengemukakan pelan perancangan jika permohonan lesen mereka ditolak satu tahun lebih awal daripada tarikh mereka mengemukakan permohonan merancang.


"Kenapa kerajaan negeri apabila isu ini pertama kali dibangkitkan tidak mendedahkan bahawa permohonan lesen daripada Kementerian Kesihatan telah ditolak pada 22 Okt 2010? Jika kita tidak mendedahkan perkara ini, masyarakat umum masih lagi berada dalam kegelapan," katanya pada sidang media.


Pada Jun lepas, BN negeri mendedahkan tanah seluas 0.45 hektar yang sepatutnya dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) fasa kedua itu dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat yang mengandungi 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat tempat letak kereta.


Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini berkata kononnya tanah itu terpaksa dijual kerana keluasannya tidak mencukupi untuk membangunkan projek perumahan.

Teng mendakwa beliau juga mendapat maklumat daripada pejabat Menteri Kesihatan yang mengesahkan bahawa lesen untuk pembinaan hospital itu telah diluluskan kepada Victoria Specialist Hospital iaitu hospital kepunyaan Kuala Lumpur International Dental Corporation Sdn Bhd.


"Unit Perancang Ekonomi Pulau Pinang telah dimaklumkan mengenai kelulusan tersebut pada 5 Jun 2012. Macam mana kerajaan negeri mengatakan pelan ini telah ditolak. Kita dapati kerajaan negeri memutar belit dan mereka cipta cerita untuk menyembunyikan perkara-perkara yang masih tersirat," katanya.


Beliau berkata dakwaan kerajaan negeri bahawa Kementerian Kesihatan tidak meluluskan pembinaan mana-mana hospital swasta di Pulau Pinang selepas pakatan pembangkang mengambil alih negeri itu, adalah tidak benar.

Teng berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, Kementerian Kesihatan telah meluluskan sebanyak lima projek pembinaan hospital swasta di Pulau Pinang iaitu di Jalan Kedah, Kepala Batas pada 2008, Jalan Perda Utama, Bandar Perda (2008), Jalan Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya Sungai Jawi (2011), Jalan Masjid Negeri (2011) dan Jalan Zainal Abidin (2012).


Katanya kesemua maklumat yang diperoleh jelas menunjukkan terdapat usaha oleh kerajaan negeri menyembunyikan fakta yang sebenar dengan memutar-belit fakta.


Beliau berkata BN negeri tidak akan berhenti untuk meneruskan usahanya dalam mendedahkan fakta sebenar apabila lebih banyak bukti akan didedahkan kelak.-BERNAMA


Pisau kata " khabarnya..sumber dalaman DAP kata ada yang makan komisen..9juta beb.."

Adakah Kit Siang jujur mahu elak 13 Mei?

Posted: 23 Jul 2012 06:00 PM PDT


Lim Kit Siang mahukan jaminan dan mencabar TPM Tan Sri Muhyiddin agar bertanggungjawab apabila mengungkit kembali kisah rusuhan 13 Mei,dakwa Kit Siang kononnya Umno BN mengamalkan politik perkauman dan taktik menakut nakutkan rakyat.


Dalam konvensyen pemuda kebangsaan baru baru ini Muhyiddin menekankan generasi muda Malaysia supaya bersatu padu untuk memastikan yang negara ini kekal stabil dan aman tenteram untuk mengelakkan pengulangan tragedi 13 Mei.Deklarasinya "Kami tidak mahu tragedi 13 Mei berulang.


Paling melucukan Kit Siang dalam responnya secara rasmi bagi pihak DAP dan Pakatan juga tidak mahu akan peristiwa hitam rusuhan 13 Mei berlaku.
Ultrakiasu chauvanis rasis Kit Siang juga memberi jaminan akan melakukan segala yang perlu untuk memastikan peristiwa ini tidak berlaku lagi.


Katanya lagi DAP dan Pakatan memberi kerjasama penuh bersama dengan Umno dan BN untuk menjamin tiada pengulangan semula peristiwa tragedi 13 Mei dalam pilihan raya umum yang akan datang.Bolehkah anda percaya kata kata Lim Kit Siang yang seluruh negara tahu beliau adalah salah seorang dalang yang terbabit secara langsung didalam peristiwa hitam tersebut.


Pisau perhatikan semenjak sebelum 2007 hinggalah sekarang,secara konsisten DAP menghasut kaum cina dengan pelbagai dakyah,kononnya bangsa cina tertindas dan dalam masa yang sama turut mencabar apa yang termaktub didalam perlembagaan.


Bukan itu saja DAP turut berperanan memainkan sentimen kebencian agama dan juga kebencian kaum. 2 resepi ini diguna pakai sejak dari dulu lagi dan sekarang ini amat berjaya.


Artikel 153 iaitu hak istimewa orang Melayu, Artikel 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Artikel 181 tentang raja-raja Melayu dan keempat, perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948 yang sekarang ini sudah ditukar kepada Akta Keharmonian Nasional hampir kesemuanya dilanggar ,dipijak dan juga dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.


Kesemua ini pada anggapan DAP dan pakatan adalah tuntutan hak yang mereka kira asas perjuangan mereka. Dalam pada itu mereka juga turut menguris perasaan bangsa melayu dengan pelbagai tindakan yang membabitkan kepentingan agama Islam.


DAP dan pakatan mendesak,pijak dan momomkan apa yang termaktub didalam perlembagaan dan mengharapkan pihak yang lain tidak bangkit bersuara dan membantah? Ibarat DAP mahukan keistimewaan menghina orang lain dan mengharapkan tidak ada tindak balas? Begitu!?Apakah DAP dan Kit Siang mengharapkan majoriti kaum yang dominan dinegara ini berpeluk tubuh apabila diasak dan dihina?


Kepada siapa Lim Kit Siang mahu berbohong? Pisau pernah dedahkan bahawa pecah dan perintah adalah sebahagian agenda utama hagemoni DAP dalam melaksanakan Malaysian Malaysa yakni dakwah mereka sudah pun berjaya dianuti oleh PAS .PKR dengan liberal dan pluralnya kesemua ini asakan kepada apa yang menjadi asas keharmonian sesama kaum dinegara ini yang merdeka sejak 50 tahun yang dahulu.


Pisau pernah dedahkan keadaan suasana politik pada masa sekarang tak ubah sepertimana berlakunya pasca 1969, Skrip 1969 dikitar semula pengarahnya sama (Kit Siang)cuma pemainnya adalah berbeza ...

anda boleh rujuk artikel disebalik rahsia besar "Asal Bukan Umno"

Pisau menekankan agar anda faham apa yang sebenarnya berlaku dan akan kegagalan kita sendiri mempelajari daripada sejarah.

rujuk siri artikel Pisau sebelum ini

DAP Anti Umno,Rahsia Di Sebalik Kempen "Asal Bukan Umno" :klik sini

DAP Anti Umno:Rahsia Di Sebalik Kempen "Asal Bukan Umno" Pt2 Klik sini

Rahsia Terbongkar ! Agenda DAP PAP Penyatuan Malaysia Singapura
::Klik sini

Malaysia dikuasai oleh DAP dan PAP. Melayu & Bumiputra Majoriti menjadi minoriti.Raja Melayu di Singkirkan .Lahirnya sebuah negara Republik Bersatu Rakyat Malaysia :KLIK SINI



Lim Kit Siang sebolehnya tidak mahu rakyat mengingati sejarah penglibatan secara langsung DAP dan PAP dalam kejadian rusuhan paling buruk. Mereka tahu generasi sekarang berjaya dimomokkan dengan pelbagai dakyah agar terpengaruh akan ideologi politik mereka.

Natijahnya daripada itu kita dapat lihat bagaiman kelompok melayu liberal yang kononnya meletakkan diri mereka sebagai lebih terbuka memomokkan akan hak kepentingan kaum yang dominan dinegara ini sedangkan mereka sendiri adalah produk DEB.

Kelicikan Kit Siang yang saling tak tak tumpah seperti anaknya Lim Guan Eng yang anda harus tahu..

Perhatikan kenyataan Lim Kit Siang dan seluruh pemimpi pakatan dan bandingkan pepatah arab ini.

Ingat pepatah arab "Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia"

Kata Kit Siang sekarang ini zaman sudah berbeza dan beliau secara terbuka mahukan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja terhadap sebab tercetusnya kejadian ini, dakwanya lagi keadaan dewasa ini jauh berbeza berbanding dengan apa yang berlaku 43 tahun lalu.

Jika dibandingkan suasana politik sekarang ini apa yang berlaku 43 tahun lepas tidak jauh bezanya . Kit Siang awal awal lagi cuba menutup kerja jahat DAP dengan menuduh hanya puak yang tidak bertanggungjawab, antinasional dan pengkhianat akan cuba memutarbelitkan kemenangan Pakatan dalam PRU13 sebagai satu kemenangan antara satu kaum terhadap kaum yang lain, untuk memberi justifikasi kepada idea liar rusuhan 13 Mei, di mana apa-apa kemenangan rakyat Malaysia berbilang kaum.


Kononnya pakatan akan memperolehi kemenangan pada PRU13,bagaikan ahli nujum Kit Siang seolah memberi isyarat bahawa kemenangan BN pada PRU13 nanti adalah berdasarkan penipuan.Isyarat ini kita harus jelas bahawa sejak dari awal lagi BERSIH yang dilaungkan sebenarnya adalah satu tindakan preamptive untuk mengharamkan setiap keputusan pilihanraya ke 13 nanti.


Apa akan terjadi? Sudah pasti gerembolan pakatan akan dihasut untuk turun dijalan raya membantah kononnya kemenangan BN pada PRU13 nanti adalah satu penipuan.


Anda harus faham , Yang pertama kononnya jika PRU13 Pakatan menang tuduhan kalangan pro BN akan merusuh semasa berlakunya transisi dari BN ke Pakatan ia adalah satu tindakan preamptive pakatan sedangkan ketika 5 negeri tumbang ke tangan pakatan jelas tidak ada apa apa yang berlaku.

Yang kedua ,Jika PRU13 BN menang ,BERSIH akan turun dijalan raya melakukan revolusi menolak bulat bulat setiap keputusan pilihanraya sedangkan mereka sejak dari awal lagi sedar bahawa pakatan tidak akan menang PRU13.Yang terkini dalam satu forum di Permatang Pauh,Chegu Bard dan A Samad Said melaungkan agar rakyat turun kejalan raya jika pakatan kalah semasa PRU13 nanti.

(Pisau pernah lapurkan mesyuarat sulit pakatan para pemimpin akui mereka gagal ke Putrajaya Pru13 nanti):klik sini , sini dan sini , Malah baru baru ini Lim Guan Eng dalam satu mesyuarat turut mengakui amat sukar mempertahankan momentum sokongan rakyat terhadap BN.

Pakatan sekarang ini memainkan persepsi mereka akan menang pada PRU13 untuk mempengaruhi akan kegagalan pakatan ke Putrajaya hanya disebabkan penipuan sedangkan realitinya mereka menyedari tidak akan sama sekali berjaya meraih undi berbanding 2008.

Anda lihat bagaimana persepsi ini digarap dan dimainkan..

"Lim Kit Siang seolah mahu mengikat tangan dan menutup mulut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Kit Siang mencabar agar Najib harus berani mengambil risiko dan menjawab satu soalan yang telah lama di tujukan berulang kali dalam tempoh tiga tahun ini - sama ada beliau akan membuat satu pengumuman deklarasi akan menerima kata putus rakyat jelata dalam PRU13, termasuklah kerajaan baru Pakatan yang akan menggantikan BN di Putrajaya.


Dan beliau sendiri akan menjamin dan memastikan peralihan kuasa persekutuan secara aman untuk kali pertamanya dalam sejarah negara ini, untuk memaklumkan kepada warga dunia bahawa Malaysia menjadi negara dengan "sistem demokrasi yang terbaik di dunia"! "


Soalnya apakah Pakatan berani membuat pengumuma deklarasi yang sama menerima kekalahan mereka tanpa melakukan rusuhan dan revoulusi dijalan raya dan menghapuskan pertubuhan haram Bersih? Sudah pasti tidak.


Berdasarkan pengamatan Pisau sejak 2008 sehinggalah sekarang yang pasti PRU13 adalah satu pilihanraya terburuk apabila perancangan sudah pun dibuat untuk menimbulkan kekacauan pada setiap peti undi DUN dan Parlimen.


Pergaduhan dan pertumpahan darah pasti akan berlaku apabila penyokong pakatan dihasut kononnya berlaku penipuan semasa pembuangan undi, kemudian dibantah sebelum tempoh pembuangan undi habis. Selepas pengumuman dibuat, kemenangan pihak lawan tidak akan diiktiraf. Dan bantahan besar besaran akan dibuat hinggalah mencetuskan rusuhan besar besaran diseluruh negara.


Jom Baca artikel bersiri Pisau : Klik Sini

Pisau kata "DAP sesuka hati boleh menghina bangsa melayu,agama Islam tapi jika kita pertahankan hak bangsa,agama akan dituduh rasis.. boleh macam tu?"

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...