UMNO Online - “Perbezaan Pendapat Pas, DAP Tanda Pembangkang Tak Mampu Tadbir Negara – Khairy” plus 9 more |
- Perbezaan Pendapat Pas, DAP Tanda Pembangkang Tak Mampu Tadbir Negara – Khairy
- Pegang Teguh Prinsip ’1BN’ Jika Ingin Menang Semua Kerusi Parlimen – Rundi
- JMM Desak PKNS Jelaskan Isu Ambil Alih Hutang Talam
- Pahang Allocates RM80 Million To Increase Water Supply Capacity
- Federal Govt Should Be Firm On Langat 2 Project – GPRS
- Najib Beri Sumbangan Ramadan Kepada 943 Masjid Di Sabah
- Hutang Malaysia Masih Terurus – Idirs Jala
- 30 Rumah Program Bantuan Rakyat Siap Di Putatan
- GPRS Jelajah Seluruh Selangor Perjelas Isu Air
- Negara Islam : Pas `Syok Sendiri’ Dalam Pakatan
Perbezaan Pendapat Pas, DAP Tanda Pembangkang Tak Mampu Tadbir Negara – Khairy Posted: 24 Jul 2012 11:15 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Julai – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menyifatkan perbezaan pendirian antara Pas dan DAP dalam pakatan pembangkang memberi mesej ketidakmampuan mereka mentadbir negara sekiranya mendapat peluang itu. Beliau berkata perkara asas seperti soal perlembagaan, yang sepatutnya tidak menjadi masalah, dilihat masih menjadi isu kepada kedua-dua parti. “Ini adalah peringatan atau ‘reminder’ kepada pengundi bahawa walaupun perkara asas, masih tidak ada persetujuan antara mereka (PAS dan DAP), dan bagi saya, ini boleh memudaratkan negara sekiranya mereka diberi peluang memerintah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di sini malam ini. Khairy mengulas polemik terbaru antara PAS dan DAP, yang menyaksikan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan membuat kenyataan berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi mengenai hukum hudud, yang dinafikan Pengerusi DAP itu. Terdahulu sebelum itu beliau meraikan kalangan petugas media pada majlis berbuka puasa di Bangsar yang turut disertai beberapa Exco Pemuda UMNO yang lain. Mengenai keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, Khairy berkata keputusan itu membuktikan sistem kehakiman negara adalah bebas. “Kita hormati keputusan mahkamah, inilah sistem kehakiman Malaysia yang bebas, namun pembangkang sentiasa kata tidak bebas,” katanya.
|
Pegang Teguh Prinsip ’1BN’ Jika Ingin Menang Semua Kerusi Parlimen – Rundi Posted: 24 Jul 2012 02:12 AM PDT KUCHING, 24 Julai – Pemimpin serta anggota komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu berpegah teguh pada prinsip ’1BN’ jika mahu memenangi semua 31 kerusi parlimen yang ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kelak. Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata komponen BN di Sarawak perlu mengambil pengajaran daripada kekalahan beberapa kerusi ke tangan pembangkang, termasuk dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya kerana kurangnya semangat 1BN, selain faktor dalaman parti masing-masing. “Bagi saya pembangkang tidak kuat di Sarawak, mereka menang (kerusi Parlimen dan DUN) sebab berlaku pertelagahan sesama sendiri dalam beberapa komponen BN,” katanya ketika menyampaikan mesej kepada barisan Pemuda komponen BN di sini hari ini. Beliau yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam berkata banyak kelebihan boleh digunakan anggota BN untuk meyakinkan rakyat, khususnya pengundi atas pagar terhadap prestasi pembangkang sama ada di negeri-negeri yang diperintah mereka atau di kawasan yang ditawan. Menurutnya, jika setiap anggota dalam komponen BN dapat bekerjasama sebagai satu pasukan, pastinya beberapa isu yang membabitkan parti luar yang mendakwa ‘mesra BN’ tidak akan timbul. Daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak, hanya dua kerusi dikuasai DAP iaitu Bandar Kuching dan Sibu. Pada pilihan raya umum lalu, 14 kerusi Parlimen diperuntukkan untuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tujuh kerusi untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), enam kerusi bagi Parti Rakyat Sarawak(PRS) dan empat kerusi diperuntukkan kepada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP). |
JMM Desak PKNS Jelaskan Isu Ambil Alih Hutang Talam Posted: 24 Jul 2012 02:03 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Julai – Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah mendesak Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Omar menjelaskan isu pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) oleh perbadanan itu. Azwanddin mendakwa PKNS yang sebelum ini berperanan membantu golongan miskintelah mengambil alih hutang Talam sebanyak RM392 juta daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad(PNSB), Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan Universiti Selangor (Unisel). “Saya meminta Othman jelaskan sebab kenapa dia meluluskan resolusi pengambilalihan hutang ini. Adakah dia rela atau dipaksa oleh mana-mana pihak untuk setuju dengan pengambilalihan ini,” katanya di sini, hari ini. |
Pahang Allocates RM80 Million To Increase Water Supply Capacity Posted: 24 Jul 2012 01:43 AM PDT MARAN, July 24 – The Pahang government has allocated RM80 million to increase water supply capacity for 35,000 residents in Jengka this year. Kuala Krau Member of Parliament Datuk Ismail Mohamad Said said implementation of the project involved replacing of old pipes with pipes made of fibre and building of new water treatment plants. He said the water supply disruption which often affected residents in Jengka and the surrounding areas was due to leaked and burst pipes because the pipes were old. The problem would be overcome with the use of fibre pipes which would also overcome the problem of low water pressure, he told reporters here today. Ismail said the water supply disruption in Jengka was also because the water treatment plant at Batu Sawar could not operate at optimum level due power supply problem. |
Federal Govt Should Be Firm On Langat 2 Project – GPRS Posted: 24 Jul 2012 01:40 AM PDT KUALA LUMPUR, July 24 – The Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) and 20 other non-governmental organisations (NGO) hope that the federal government will be firm and proceed with the Langat 2 Water Treatment Plant Project. GPRS chairman Datuk Sohaimi Shahadan said the construction of the Langat 2 plant should proceed immediately as the project was already half completed. “We do not want the project to be abandoned and become a white elephant as the project is very important to the people especially in the Klang Valley so that they do not have to face a water crisis in future,” he told reporters after a meeting with the management of Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) here today. He said GPRS would be distributing 500,000 leaflets throughout Selangor to explain to the people on the real issue of Langat 2 plant. The Langat 2 Water Treatment Plant is part of raw water channelling project from Pahang to Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya. However, the project could not proceed without the agreement of the Selangor government. |
Najib Beri Sumbangan Ramadan Kepada 943 Masjid Di Sabah Posted: 24 Jul 2012 01:29 AM PDT KOTA KINABALU, 24 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberikan sumbangan berupa air zam-zam, buah kurma dan jubah kepada 943 masjid yang meliputi 25 kawasan di seluruh Sabah, sempena bulan Ramadan ini. Sumbangan kepada setiap masjid di Sabah yang mempunyai purata 16 ahli jawatankuasa (AJK) itu disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Bangunan Umno di sini, hari ini. Dalam ucapan ringkasnya, Musa berkata sumbangan itu membuktikan keprihatinan Perdana Menteri bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat termasuk imam dan AJK masjid di negeri ini. “Sesungguhnya, ia jelas membuktikan penghargaan dan pengiktirafan tinggi daripada kerajaan khusus Perdana Menteri kepada peranan, tanggungjawab dan sumbangan selain memastikan kelancaran program murni yang dijalankan sempena bulan Ramadan ini,” katanya. Musa yang juga Pengerusi UMNO Sabah berkata imam dan AJK masjid sebagai pemimpin agama dan penggerak institusi masjid di peringkat akar umbi memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan syiar Islam di negeri ini terutama menghadapi bulan yang mulia ini. Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Musa berkata:”Bagi pihak kerajaan negeri dan Barisan Nasional, kita mengucapkan terima kasih banyak dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menderma buah kurma dan juga air zam-zam kepada masjid-masjid seluruh negeri Sabah”. Katanya, sumbangan itu sebagai satu penghargaan dan pemberian yang amat bermakna kepada para imam dan AJK masjid di seluruh negeri. Najib semasa berucap di Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara bersama Perdana Menteri di Dewan Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) baru-baru ini mengumumkan pemberian kain kepada 14,254 imam serta 138,746 anggota jawatankuasa masjid di seluruh Negara untuk dibuat jubah, di samping dua tong air zam-zam kepada semua masjid di seluruh negara. |
Hutang Malaysia Masih Terurus – Idirs Jala Posted: 24 Jul 2012 01:23 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Julai – Hutang Malaysia masih terurus kerana ia berada di bawah 55 peratus berbanding nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala. Katanya hutang negara 53.8 peratus bagi tahun lepas berada pada jajaran apabila kerajaan meneruskan usahanya menurunkan paras defisit fiskal. “Dengan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), kita berada pada trajektori yang betul dan terus mengurangkan paras defisit setiap tahun. Bagi 2012, kami menyasar mengurangkan lagi defisit fiskal kepada 4.7 peratus daripada 5.0 peratus daripada KDNK tahun lepas,” katanya kepada pemberita di luar jadual Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0 di sini, Selasa. Sambil memberi contoh projek Transit Pantas Massa, Idris berkata walau pun kerajaan perlu mengumpul dana bagi projek itu, ia masih berupaya memastikan paras hutang berada di bawah 55 peratus. “Kita pinjam bagi melaksanakan pelaburan (bermatlamat) untuk mengembangkan KDNK dan ekonomi. Paras hutang itu akan secara langsung dikurangkan. Tidak seperti Greece, mereka meminjam banyak wang tetapi ekonominya mengecut,” katanya. Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), berkata KDNK Malaysia 4.7 peratus pada suku pertama masih mengembang manakala KDNK Singapura hanya berkembang 1.4 peratus berikutan kemelesetan di dalam ekonomi global. “Ini baik…dengan lebih banyak pelaburan mengalir masuk dan petunjuk yang positif,” katanya. Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu bermatlamat mengumpul maklum balas dari orang ramai dan menyediakan asas bagi dilakukan semakan semula bagi Pemandu. GTP Roadmap 2.0 digubal selepas Pemandu melakukan satu siri makmal, yang diadakan selama enam minggu pada April dan Mei, bagi mengenal pasti isu-isu dan peluang bidang pertumbuhan baharu, yang boleh dilaksanakan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA). |
30 Rumah Program Bantuan Rakyat Siap Di Putatan Posted: 24 Jul 2012 01:21 AM PDT KOTA KINABALU, 24 Julai – Tiga puluh rumah di bawah Program Bantuan Rakyat (PBR) di Putatan siap dibina, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin hari ini. “Kami juga masih menunggu cadangan-cadangan pihak kerajaan khususnya daripada pihak persekutuan untuk menambah jumlah unit rumah PBR ini,” katanya selepas melawat projek pembangunan dan PBR di Putatan dekat sini. Yahya, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Petagas, berkata 10 lagi unit rumah di daerah itu sedang dalam pembinaan. “Jika rumah PBR ini telah siap dibina, penduduk rumah setinggan dapatlah berpindah ke rumah baharu kerana ini adalah peluang yang diberikan kepada mereka,” katanya. Yahya turut mengumumkan peruntukan RM36,000 untuk pembinaan parit sepanjang 100 meter di Kampung Teguli di daerah itu. |
GPRS Jelajah Seluruh Selangor Perjelas Isu Air Posted: 24 Jul 2012 01:12 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Julai – Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) dan rakan-rakan NGO di Selangor akan melancarkan dan bergerak mengadakan road show ke daerah-daerah dalam negeri Selangor untuk memberi penjelasan apa sebenarnya krisis air di Selangor yang diperkatakan sekarang ini. Pengerusinya, Datuk Shohaimi Shahadan berkata, dalam masa yang sama, GPRS juga akan menyebarkan flyer berkaitan dengan isu air ini selain banner dan bunting dalam usaha kita memberi penjelasan kepada seluruh rakyat Selangor mengenai isu ini. "GPRS turut menyelar satu demonstrasi haram yang dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam, yang jelas tidak faham dan tidak tahu prosedur selain tidak membuat kajian yang terperinci. Memorandum yang mereka serahkan kepada pihak Syabas tetapi dihantar ke pihak Puncak Niaga dan sebahagian besar kandungan memorandum yang mereka hantar ini, sebenarnya mereka tidak faham isu sebenar. “Siapa operator air, lojinya, mereka tidak faham tangki, kolam tadahan dan prosedur proses-proses entity yang terlibat dalam menguruskan dari air mentah dari yang disedut atau ditakung sehinggalah sampai ke rumah-rumah," ujarnya pemberita selepas taklimat GPRS bersama pihak pengurusan Syabas di Ibu Pejabatnya di Lembah Pantai. Justeru tegas beliau pihak GPRS juga mendesak kerajaan Persekutuan untuk lebih tegas dan lebih serius untuk melaksanakan Langat 2 kerana loji Langat 2 ini harus segera dilaksanakan setelah kerja-kerja peringkat awal dibuat dari Pahang untuk mengambil air di Sungai Semantan. “Ia perlu dilaksanakan kerana kalau loji ini tidak dilaksanakan, setelah siapnya saluran pembekalan air ini, ia akan jadi satu lagi projek 'gajah putih'. "Akhirnya isu air ini akan berterusan, dan perancangan harus dibuat mulai hari ini walaupun kita difahamkan bahawa perancangan ini telah dibuat beberapa tahun yang lalu tetapi dibatal dan ditangguhkan oleh kerajaan negeri hari ini di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim ini adalah atas agenda politik," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang. Sebelum itu, GPRS dan beberapa lagi pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan pertemuan dengan dan sesi dialog bersama pihak pengurusan SYABAS di ibu pejabat syarikat berkenaan di Lembah Pantai. Difahamkan, sejak 2005 SYABAS sudah mengemukakan 48 cadangan kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan beberapa projek baru termasuk pembinaan loji bagi menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat. Selain itu, akibat kekangan daripada kerajaan negeri, SYABAS juga tidak dapat melaksanakan beberapa projek CAPEX yang tertunda sejak Julai 2008 iaitu penggantian aset lama termasuk menggantikan paip lama dan paip pecah. -MediaUMNO |
Negara Islam : Pas `Syok Sendiri’ Dalam Pakatan Posted: 24 Jul 2012 01:07 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Julai – Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan boleh ibaratkan sebagai syok sendiri apabila menyatakan DAP sedia berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud serta Pas adalah parti tunjang dalam pakatan pembangkang. Kenyataan itu dibuat oleh Nasrudin ketika berdebat dengan Pengerusi, Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia, (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya baru-baru ini sedangkan apa yang dinyatakan itu adalah sekadar tanggapannya sendiri. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari menyifatkan apa yang dinyatakan oleh Nasruddin bukan sahaja syok sendiri tetapi untuk menutup kelemahan Pas yang semakin ketara mengikut telunjuk DAP. "Macam mana Nasrudin boleh menyatakan DAP sudah bersedia untuk melaksanakan hukum hudud, sedangkang pengerusinya , Karpal Singh menyatakan beliau dan partinya tidak pernah berkompromi berhubung perkara itu. "Mengapa kita perlu menipu, Nasrudin perlu menerima kenyataan bahawa Pas belum lagi dapat menawan DAP, tidak perlu berbohong hanya untuk mendapatkan sokongan, beliau sepatutnya sedar Pas masih belum diterima sepenuhnya oleh DAP dan mereka hanya dipergunakan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. "Tidak perlulah menegakkan benang basah, Karpal sudah pun buat kenyataan dan menafikan apa yang dinyatakan Nasharudin, ia adalah suatu tamparan kepadanya kerana apa yang dinyatakan itu disanggah oleh tuan punya badan," katanya kepada UMNO-Online di sini. Mazlan berkata, nampaknya sejak kebelakangan ini pemimpin-pemimpin Pas nampak lebih cenderung bercakap sesuatu yang tidak ada kepastian atau bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang. "Dulu Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) terpaksa memohon untuk bertanding 80 kerusi kerana nak jadi tunjang kepada pembangkang, tetapi perkara itu nampaknya tidak dilayan oleh DAP mahu pun PKR. "Kini, Nasrudin pula mencuba nasib tetapi tidak kesampain , kononnya DAP sudah berkompromi dengan Pas tetapi disanggah oleh Karpal sendiri, dari apa yang berlaku itu menunjukkan Pas kini terpaksa bertindak sendirian untuk dapat sokongan walaupuan tiada restu daripada rakan-rakan sekutunya," katanya. Beliau berkata, semakin hampir dengan pilihan raya, semakin banyak kenyataan mengelirukan dan tiada kepastian yang hanya bertujuan untuk menarik balik sokongan rakyat kepada mereka yang semakin tersasar berikutan perjuangan Pas yang dilihat tidak seperti dahulu sejak bersama DAP dan PKR. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment