KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pakatan pembangkang khususnya kerajaan tadbiran Pas di Kedah dianggap tidak tahu malu dan sememangnya bermuka tebal apabila menganggap tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) kononnya diakibatkan oleh kegagalan pegawai terbabit dalam memahami keputusan politik dan parti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaakob membidas kenyataan tersebut yang dianggap tidak berpendirian dan tidak berpegang kepada prinsip sebenar.
"Inilah pemimpin dalam pakatan pembangkang yang akan menyalahkan pihak lain dan tidak mahu mengakui apa yang dilakukan biarpun telah nyata bahawa mereka menjilat ludah sendiri tetapi terang-terangan masih enggan mengakuinya," katanya.
Dilaporkan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan perbadanan itu membeli 500,000 unit saham FGVH di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera.
"Apabila tindakan sedemikian terkena pada mereka maka ia boleh digunapakai sebaliknya apabila ada pegawai kerajaan yang membuat keputusan menyebelahi kerajaan pusat maka macam-macam dakwaan mereka sehinggakan ibaratnya apa saja yang dilakukan apabila membabitkan kerajaan Barisan Nasional (BN) maka akan salah semuanya.
"Apa yang berlaku dalam kerajaan tadbiran Pas di Kedah ini telah mengesahkan bahawa pembangkang ini selalu menukar-nukar pendirian dan prinsip mengikut keadaan yang berpihak kepada mereka sendiri," katanya kepada UMNO-Online.
Jelasnya, biarpun pakatan pembangkang menolak penyenaraian FGVH tetapi alasan yang diberikan adalah tidak relevan malah mereka sanggup menjadi penganjur Himpunan Oren atas alasan untuk menyelamatkan Felda dengan Setiausaha Agung Pas sendiri mengerahkan ahli-ahlinya untuk turut serta dalam himpunan tersebut.
"Sebenarnya mereka sendiri sedar bahawa penyenaraian FGVH adalah peluang terbaik untuk membuat untung dan mereka membelinya tetapi apabila perkara tersebut terbongkar walhal baru saja mereka nyatakan bantahan dengan Himpunan Oren maka alasan lain diciptanya.
"Kepimpinan Pas cuba menafikan dalam senyap apa yang telah mereka lakukan sedangkan dalam masa yang sama mereka juga mendapat imbuhan dan keuntungan atas apa yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sebagaimana penyenaraian FGVH.
"Biarpun mereka kata akan menjualnya secara berperingkat namun apa yang penting mereka telah membuat untung."
Tegasnya lagi, kepimpinan pakatan pembangkang telah menunjukkan ketidakmatangan mereka sebagai kerajaan negeri dan pemimpin kerana telah terbukti apa yang dibantah bukanlah untuk kepentingan rakyat secara umum tetapi mempunyai agenda tersendiri.
"Mereka tak berpolitik secara matang kerana sewajarnya mereka membuat bantahan kepada apa yang sememangnya benar-benar memberi keburukan kepada rakyat tetapi dasar mereka adalah membangkang apa saja yang dilaksanakan oleh kerajaan BN biarpun dalam masa yang sama mereka turut mengutip dan mendapat untung atas apa yang dilaksanakan."
Tambah beliau lagi, pelbagai isu yang timbul membabitkan kerajaan Negeri Kedah sejak kebelakangan ini sebenarnya berlaku atas sebab yang sama iaitu tidak berlandaskan kepada asas utama dan prinsip sebenar.
"Inilah juga yang berlaku ke atas KUIN, pembinaan kuil dan kawasan seluas 300 hektar yang menjadi ladang rakyat berhampiran kawasan Empangan Pedu yang mana ia berlaku sebab konsepnya berkepentingan sendiri," ujarnya lagi.

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment