Apakah beliau yang dianggap ulama dan pemimpin berwibawa oleh penyokong mereka Hadi hanya sekadar menjadi tukang angguk atau tukang kerah pengikut serta penyokong Pas untuk memenuhi ceramah atau program yang melibatkan agenda parti pembangkang lain.
Mengulas mengenainya penceramah bebas Ustaz Sulaiman Parsi berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan hari ini seolah-olah Hadi tidak diberikan pengiktirafan sewajarnya bukan sahaja di kalangan pemimpin PKR dan DAP, malah kalangan pemimpin Pas sendiri.
Soal beliau siapakah kalangan pemimpin Pas yang pernah menobatkan Hadi sebagai bakal Perdana Menteri atau pun sekurang-kurangnya bakal Timbalan Perdana Menteri jika mereka berkuasa kelak.
"Yang saya tahu itulah…. Jika ada yang pernah mengutarakan soal ini di luar pengetahuan saya tidak tahulah pula….namun sehingga kini status jawatan Hadi masih menjadi tanda tanya.Yang kita dengar dan diwar-warkan adalah Anwar sebagai bakal Perdana Menteri jika mereka berkuasa.
"Inilah yang menghairankan saya…Takkanlah Hadi tidak ada dalam senarai. Nak harapkan ayam sabung dan panglima mereka, rasanya perkara itu adalah mustahil untuk kita dengar. Bukankah niat saya untuk menjatuhkan air muka Presiden Pas tetapi sekadar ingin tahu apakah status beliau,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas tindak-tanduk pembangkang yang menobatkan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya menubuhkan kerajaan kelak. Namun ada pihak yang bertanyakan status Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kabinet mereka.Mengulas lebih lanjut Ustaz Sulaiman seterusnya menambah selaku parti yang mempunyai jentera di semua peringkat, sewajarnya Hadi mempunyai kekuatan untuk dilonjakkan sebagai bakal Perdana Menteri.
Tambahan pula tegas beliau dengan imejnya yang tidak mempunyai sebarang dakwaan dan pelbagai isu lain, adalah wajar Hadi mendapat tempat yang paling tinggi di kalangan pemimpin parti pembangkang yang lain.
"Saya tidak bermaksud untuk mengapi-apikan sesama mereka…. cumanya mahukan sedikit penjelasan sepertimana pihak-pihak lain khususnya masyarakat di akar umbi termasuklah kalangan penyokong Pas sendiri yang mempersoalkan perkara tersebut.
“Adalah lebih baik pakatan pembangkang jika rasa segan hendak nyatakan kabinet bayangan pun sekurang-kurangnya beritahulah di mana kedudukan Hadi nanti," katanya.
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment