tun faisal dot com |
- Kebajikan Pas : Selepas `Teh Susu', `Skim Perumahan Kota Batu Rakyat Kelantan' #TukarKelantan
- Syabas vs TonyPua : Dap petik, Khalid buat?
- Ranking Terkini Blog Pro-BN: APA no 1 sekarang?
Kebajikan Pas : Selepas `Teh Susu', `Skim Perumahan Kota Batu Rakyat Kelantan' #TukarKelantan Posted: 17 Jul 2012 05:30 AM PDT #SaveKelantan : Tinggal Dalam Kubu British Gara-Gara Pemerintahan Regim Nik Aziz!Beginilah keadaan daif tiga beradik Zaini Kasim, 43,Zami, 42, dan Zafni, 41 di Kelantan yang kematian ibunya Halimah Othman akibat kemalangan maut empat tahun lalu, hidup melarat di mana Zaini yang hanya berkerja mengambil upah turun kelaut menangkap ikan dikatakan tidak mampu untuk menyara adik mereka yang menghidap batuk kering manakala adiknya Zafni mengalami penyakit mental apatah lagi untuk menyewa sebuah rumah yang sempurna.
Di sebalik retorik negeri berkebajikan yang mereka laungkan, sebenarnya masih ramai rakyat Kelantan hidup dalam keadaan daif. Malah penemuan tiga beradik yang tinggal dalam kubu peninggalan British yang telah berusia 70 tahun sebagaimana disiarkan Sinar Harian amat mengejutkan kita semua. Sebelum ini saya turut menyiarkan kisah kedaifan rakyat Kelantan yang berada di bawah Dun yang diterajui oleh Nik Aziz sendiri. Dua hari lepas pendedahan yang dibuat oleh Sinar Harian dan beberapa rakan bloggers dari Kelantan membuktikan lagi bahawa Nik Aziz Nik Mat sebenarnya telah GAGAL menunaikan tanggungjawab beliau sepanjang mentadbir negeri Kelantan. Siang hari tiga beradik ini akan menggunakan ruang dalaman kubu peninggalan British untuk meneruskan kehidupan harian, manakala sebelah malamnya mereka tidur di khemah yang dibina di atas pokok berhampiran kawasan kubu :
Malam hari di sinilah tempat tiga beradik ini bermalam, sanggupkah Husam Musa mahu pun Nik Aziz serta anak beranak tidur di atas khemah sebegini setiap hari? Dalam kita meniti zaman yang penuh dengan kecanggihan teknologi ini, rupanya masih ada rakyat Kelantan yang tinggal dalam keadaan daif malah sekali pandang kehidupan tiga beradik ini umpama kehidupan manusia di zaman batu. Inikah kebajikan yang PAS Kelantan lakukan? YY : Tukar kepada BN! | ||||||
Syabas vs TonyPua : Dap petik, Khalid buat? Posted: 17 Jul 2012 03:00 AM PDT Dalam keadaan Khalid Ibrahim berhadapan dengan krisis dalaman PKR, adakah jalan keluar utama adalah dengan mendapatkan sokongan DAP? Perang Terhadap Syabas Untuk Selamatkan @tonypua ?SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengorak langkah pertama untuk mengambil alih pengurusan air di negeri itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd atau Syabas apabila ia mengambil keputusan untuk mengenepikan kuasa Syabas dalam memberikan kuasa kelulusan pembangunan kepada projek baru dan juga kilang. Menteri Besar,Tan Sri KhalidIbrahim berkata, berdasarkan perjanjian konsesi, Pengawal Air Negeri Selangor yang juga Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Datuk Noordin Sulaiman, mempunyai kuasa untuk mengenepikan ataupun menolak sebarang keputusan yang dibuat oleh Syabas. Kata Khalid, setakat ini Syabas telah menolak 60 permohonan daripada pekilang. "Dalam proses untuk memperolehi kelulusan pembangunan, setiap jabatan kerajaan yang berkaitan diperlukan memberi keputusan sama ada setuju, tidak setuju atau wajar dipertimbangkan. "Syabas akan memberi komen sama ada cadangan itu tidak disyorkan atau disyorkan. Kini kita telah mengarahkan supaya pengawal air Selangor melihat akan keputusan yang dibuat oleh Syabas kerana Syabas bukanlah pihak berkuasa terakhir yang menentukan keputusan muktamad," katanya kepada para pemberita hari ini. Semalam Khalid telah mengumumkan hasrat kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan Syabas dengan syarat ia diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Adakah tindakan MB selangor itu hasil desakan Tony Pua yang terdesak seperti artikel yang ditulis di laman Blog Keris7lok ? Artikel yang dipetik dari blog berkenaan :- Lihat sendiri bagaimana Tony Pua dan DAP mempergunakan rakyat untuk mengumpul wang sedangkan Tony sendiri dah kaya dan dia boleh minta mana-mana syarikat berkaitan DAP namun inilah masanya dia nak tunjuk dia mampu kawal dan mempergunakan rakyat. Ini merupakan jemputan yang dibuat khas untuk mengumpul dana. Jika pembaca perasan tiba-tiba ada Dr Dzulkefly dalam list VIP. Kenapa? Sebab nanti orang-orang PAS akan datang dan DAP tahu orang PAS memang mudah dipergunakan untuk derma ini. Sebab itu wujud tabung DAP dimana dahulu mereka tak pernah pun menggunakan modus tersebut. Beberapa hari yang lepas ini wang yang berjaya dikumpulkan dengan menggunakan wang rakyat. Sebenarnya ramai tidak tahu selain pakar dalam bermain dengan helah, Tony Pua juga bijak memanipulasikan keadaan. Dia ada skill yang sama seperti Tian Chua. Kini wang yang dikumpulkan telah mencapai angka 100,000. Bayangkan bagaimana dia yang sepatutnya bayar sendiri sebab dia yang buat hal dengan SYABAS. Sekarang dia gunakan rakyat untuk bayar atas kesalahan dia. Teruk kan? Tapi inilah sifat sebenar mereka. Mereka akan manipulasi dan mempergunakan rakyat hanya untuk kepentingan diri mereka sahaja. Senantiasa punya agenda tersembunyi dalam setiap perbuatan. | ||||||
Ranking Terkini Blog Pro-BN: APA no 1 sekarang? Posted: 17 Jul 2012 01:01 AM PDT TOP 10 PRO BN TOP 10 BN VS PR Semalam sahabat KLXpress ada mengeluarkan ranking terbaru blog PRO BN.Terima kasih KLXpress kerana bukan mudah menyediakan senarai panjang 170 bloggers semuanya dalam ranking.Tapi kalau KLXpress tunggu sehari lagi mungkin blog APA akan tercatit disitu sebagai BLOG NO 1 PRO BN,tapi tidak mengapalah kerana disini aku update kedudukan terkini 17/7 sehingga jam 2 petang tadi.Memandangkan Pakatan Rakyat pun keluarkan ranking terkini bloggers mereka hari ini maka aku siarkan sekali senarai TOP 10 KESELURUHAN BLOG POLITIK MALAYSIA. Baca artikel penuh di http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/07/blog-apa-no1terima-kasih-allah-swt.html UPDATE : Ranking Semasa Blog Pro Kerajaan (16/7/2012) Edisi IVPublished On Monday, July 16, 2012 By klxpress-admin. Under: Ranking Blog. Berikut adalah kedudukan terkini blog Pro-Kerajaan sehingga 16 Julai 2012. Jika terdapat mana-mana blog yang masih belum tersenarai , sila tinggalkan nama blog anda pada ruangan komen untuk dimasukkan ke dalam ranking edisi yang akan datang. *Bagi blog yang disenaraikan sebagai 'no data', terdapat masalah bagi pihak kami untuk mengesannya di Alexa. |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment