PEMIKIR POLITIK JERANTUT

PEMIKIR POLITIK JERANTUT


PANAS!! VIDEO PENGAKUAN ANWAR KENA MAKI DI MT UMNO SEBELUM DIPECAT!!

Posted: 23 Jul 2012 10:14 PM PDT


PANAS!! KENING ABBY PUNYA PASAL USTAZ PAS GERAM!!

Posted: 23 Jul 2012 06:29 PM PDT




Entah kenapa Abby Abadi makin disebut-sebut semenjak kebelakangan ini.

Perubahan yang ditunjukkan oleh Abby disambut dengan positif oleh rata-rata peminat.

Lantaran itu, ada pula peminat yang mula rasa kecewa dengan penglibatan Abby yang begitu 'taksub' dalam bidang politik.

Itu menjadi hak Abby untuk menyertai mana-mana parti politik.

Namun, apabila dia mula mempertikai dan mempersoal golongan wanita yang tidak bertudung, timbul pula persoalan yang mempersoalkan tindakan Abby yang mencukur keningnya.

Mungkin ada yang melatah dengan soalan Abby itu, ataupun mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Abby yang mencukur keningnya.



Ada yang beranggapan Abby sepatutnya bersihkan imej dia sepenuhnya sebelum berceramah dan mempersoalkan orang lain.

Persoalannya, benarkah Abby mencukur bulu keningnya seperti yang didakwa?
Apa pun mari kita lihat isu ini dalam perspektif agama kita.

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik."

Selain itu, terdapat juga fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkenaan isu ini:

"Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah SAW bersabda,

"Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo" (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)

Pada masa yang sama, ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahawa perempuan dibenarkan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan hujung matanya, apabila dengan izin suami, kerana hal tersebut termasuk berhias.

Secara kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan.

Justeru, sebagai wanita Muslimah, serta mereka yang ingin berubah dan mendekatkan diri dengan Allah SWT, haruslah tidak terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias diri.

Semoga bulan Ramadhan yang penuh barakah ini mampu membantu kita dalam mempertingkatkan serta diperkuatkan diri untuk beribadah kepada Allah SWT.



SUMBER

SAKIT!! BLOGGER DOUBLE Y BELASAH BLOGGER APA SEBAR FITNAH!!?

Posted: 23 Jul 2012 04:06 AM PDT


Tuduhan Kononnya Datuk @ahmadmaslan Membezakan Darjat Anak Yatim Keterlaluan!


Baru sehari 'declare' tidak menyokong BN mahu pun PR blogger A.P.A mula membuat tuduhan liar kononnya Datuk Ahmad Maslan membeza-bezakan darjat antara anak yatim dan tetamu yang lain hanya kerana anak-anak yatim yang diraikan dalam Program Nur Ramadhan semalam makan dalam keadaan bersila.

Saya ada dalam majlis tersebut, jadi berani saya katakan tuduhan yang dibuat ke atas Datuk Ahmad Maslan cukup keterlaluan. Benar anak-anak yatim yang diraikan semalam makan bersila di dalam ruangan yang dikhaskan.

Tetapi terdapat petugas-petugas katering yang melayan mereka, malah lauk pauk untuk mereka juga dihidangkan berbeza tetamu-tetamu yang lain kerana mereka terpaksa beratur dan mengambil sendiri juadah buffet untuk berbuka.

Tempatnya pula berdekatan dengan ruangan solat, ianya untuk memudahkan adik-adik ini menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebaik sahaja selesai berbuka.





Lauk-pauk yang dijamah oleh anak-anak yatim ini pula sama dengan apa yang dihidangkan kepada tetamu yang lain. Jadi tuduhan kononnya wujudnya perbezaan darjat di antara anak-anak yatim dengan tetamu yang lain sama sekali tuduhan yang tidak tepat!

Nah ambil petikan sms yang dikirim oleh Datuk Ahmad Maslan  :
"Saya pun duduk makan buka puasa dgn mereka bersila..saya tak makan atas kerusi, meja..nampak lebih mesra begitu hajatnya..bukan hasrat utk merendahkan taraf mereka..makanan anak yatim dihidang..dome itu bukti makan dihidangkan, tak perlu beratur, payah sbhg anak kecil..org lain duduk kerusi, tapi makan buffet..anak yatim dapat duit, org lain tak dapat..anak yatim dapat kurma & air zam zam..org lain cuma kurma sahaja.

Jika anak2 kecil itu duduk atas kerusi & guna dome, ada yg mungkin kena berdiri utk ambil makanan sbb makanan dlm dome agak jauh utk mereka capai..atas sbb yg praktikal sbb ada anak yatim yg umur 3, 4, 5 thn walau tak nafi ada yg besar..jika di bawah senang dicapai tangan lauk2 depan mata mereka..jika blogger berkaitan lihat sendiri, maka nampak rasionalnya..ini pendekatan terbaik (wasatiyyah) melihat situasi begitu..saya juga buat aktiviti mcm pimpinan umno yg lain bukan utk promosi diri..banyak aktiviti tak masuk berita pun..jika buat aktiviti dituduh promosi, maka duduk diam sajalah..bila diam dianggap kalah...
Lain kali tanyalah bro...!

Jangan main tulis saja, tahulah sudah tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Lu puasa tak APA, kalau puasa pergi berbuka sajalah. Sia-sia saja lu berlapar dan dahaga tapi sebar cerita tak betul berunsurkan fitnah!

Tengok sikit sambutan PR kepada blogger 'kuda tua' ini :


Kembali bersama kami?

Tak berpihak kepada mana-mana parti konon...

Tapi hari-hari kritik pemimpin UMNO, tapi anehnya tak pernah dia kritik pemimpin PR. Nak ikut jejak Aspan Alias ke orang tua?

Pirahh...!
-double Y

pssssssT:  Blogger APA ketagih nak fitnah BN ke? haha...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...