Gelombang Rakyat |
- KAK WAN WARNING LAGI DGN. ANWAR - "AZMIN LAYAN I MACAM SAMPAH.."
- ANWAR MENARI BERSORAK - NAJIB UMUM LETAK JAWATAN SELEPAS PRU13..!!?
- PROJEK LANGAT 2 ISYTIHAR DITUTUP..!!?
- LAGI GAMBAR PANAS - PERTEMUAN DI ANTARA ANWAR IBRAHIM & ROSMAH MANSOR..!!
- TIMBALAN PRESIDEN UPKO UMUM KELUAR BN..!!
KAK WAN WARNING LAGI DGN. ANWAR - "AZMIN LAYAN I MACAM SAMPAH.." Posted: 23 Jul 2012 11:23 PM PDT Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik di Malaysia seorang presiden parti terpaksa merayu untuk mendapatkan kerusi untuk bertanding kecuali dalam PKR. Begitulah yang terjadi kepada Presiden PKR, Wan Azizah Ismail apabila hasrat beliau untuk bertanding di peringkat negeri pada pilihan raya umum akan datang disambut dingin oleh pemimpin-pemimpin partinya sendiri. Bukan sahaja dingin malah ada sesetengah pemimpin PKR seperti Timbalan Presiden menunjukkan sikap antagonis terhadap cadangan presidennya sendiri. Sepatutnya seorang presiden parti politik mempunyai kuasa besar dalam perjalanan organisasinya. Lihat daripada apa yang pernah berlaku di dalam kemelut parti-parti politik di negara ini, presiden mempunyai kuasa untuk memecat anggota parti, mengenakan tindakan disiplin, menentukan calon-calon yang sekepalanya dengannya dalam pemilihan parti dan sebagainya. Bila datang musim pilihan raya, presiden juga punyai kuasai mutlak dan pemutus untuk menentukan siapakah yang bakal menduduki kerusi Yang Berhormat dan senarai calon-calon wajib melalui kelulusan dan tangannya. Sebagai presiden beliau juga berotoriti untuk memilih mana-mana sahaja kawasan yang difikirkan selamat dan sesuai untuk bertanding samada di negeri atau parlimen. Selagi tindakannya berlandaskan peraturan parti dan amalan proses demokrasi, tidak siapa boleh menentang kehendak atau kemahuannya kerana ia adalah presiden yang mempunyai kuasa yang luas. Berlainan pula apa yang berlaku di dalam PKR, sebuah parti yang mendabik dada kononnya membawa 'politik baru' dan 'harapan baru bagi Malaysia' yang berlandaskan nilai-nilai perjuangan 'reformasi jalanan'. Ini kerana kuasa dalam PKR terletak di tangan Anwar sebagai Ketua Umum, sat jawatan yang dilantik dan tidak boleh ditandingi. Wan Azizah sebagai presiden hanya atas nama sahaja dan berperanan lebih kepada tunggul dan boneka yang tidak ada kuasa atau mampu membuat sebarang keputusan. Pengorbanannya selama 14 tahun menerajui PKR seolah-olah tidak dihargai langsung malah peranannya juga dipandang sepi. Beliau mengorbankan kerusi parlimen Permatang Pauh demi suami tetapi Anwar Ibrahim juga tidak memberi sokongan apabila si isteri meluahkan keinginan untuk bertanding semula. Apatah lagi seteru politik Wan Azizah, Azmin Ali siang-siang lagi sudah mengenakan pelbagai syarat kepada presidennya sendiri jika ingin menjejak kaki di Selangor sebagai calon. Malah ada ura-ura dan niat jahat Azmin untuk meletakkan Wan Azizah bertanding di DUN Sementa, sebuah kubu kuat Umno-BN. Mungkin tujuan Azmin mahu menamatkan karier politik bos politiknya kerana tahu Wan Azizah akan diganyang dan dimalukan di Sementa. AMK Pulau Pinang pula bersikap hangat-hangat tahi ayam menunjukkan simpati dengan nasib presiden dengan juga menawarkan kerusi. Ini semuanya adalah permainan silap mata oleh Azmin dan kroni-kroninya. Isu niat Wan Azizah mahu bertanding sebenarnya membongkar konflik amat serius dalam PKR antara dua puak yang bertelagah berebut kuasa. Di satu pihak ialah puak presiden yang didokong oleh anaknya Nurul Izzah serta mendapat sokongan kuat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, Setpol MB Faekah Husin, dan lain-lain pemimpin yang tidak sehaluan dengan Azmin seperti Dr Syed Husin, Tian Chua dan Sivarasa. Puak Azmin pula menjadi golongan majoriti yang memegang kuasa dan jawatan di dalam PKR tetapi mendapat tentangan hebat di Selangor disebabkan halangan oleh Khalid dan Faekah. Selangor satu-satunya negeri yang dikuasai oleh PKR serta diterajui oleh Azmin sebagai pengerusi negeri namun segala kontrak lumayan dan projek berjuta-juta ringgit dinikmati oleh kumpulan MB dan kroni-kroninya. Faekah, seorang kroni rapat Wan Azizah dikatakan mendapat bermacam-macam habuan seperti projek-projek infrastruktur, tanah, pasir, stesen minyak, lesen-lesen, termasuk juga memonopoli penyediaan khidmat guaman kepada anak-anak syarikat di bawah MBI. Azmin yang mengharapkan jawatan sebagai bos PKR di Selangor membolehkan beliau mengaut kekayaan terpaksa berputih mata dan menggigit jari melihat semuanya dibolot oleh kumpulan yang menyokong Wan Azizah. Inilah punca Azmin melayan presidennya macam sampah apabila beliau mahu bertanding di Selangor. Wan Azizah di mata Azmin hanyalah penghalang kepada cita-citanya untuk menguasai PKR dan oleh kerana itu harus dikorbankan walaupun yang hendak dimangsakan itu adalah isteri idolnya sendiri. |
ANWAR MENARI BERSORAK - NAJIB UMUM LETAK JAWATAN SELEPAS PRU13..!!? Posted: 23 Jul 2012 07:22 PM PDT YAB Dato' Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan. Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan. Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato' Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya. Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29 tahun. Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di kalangan belia melalui biasiswa dan dana. Beliau juga berjaya menjana pendapatan negeri melalui sumber semulajadi dan kerjasama dengan FELDA, dengan membuka jalan untuk skim pendudukan tanah baru bagi memberi peluang pendapatan kepada golongan miskin dan tidak memiliki tanah. Selain menyumbang melalui politik, Najib yang dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, telah menggunakan sepenuh peluangnya di sana untuk mencari idea-idea baru bagi membantu para penternak. Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kesungguhan beliau meningkatkan mutu sukan negara ternyata membawa hasil apabila Malaysia berjaya menunjukkan pencapaian terbaik di Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur. Pada tahun 1991, Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan sehingga kini beliau tetap dianggap sebagai Menteri Pertahanan terbaik bagi Malaysia. Beliau memodenkan dan meningkatkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia melalui berbagai latihan dan peralatan terkini. Setelah kementerian tersebut berada di tahap yang membanggakan beliau diberi pula tanggungjawab untuk menerajui Kementerian Pelajaran. Di sini, beliau mengstruktur semula dan mengswastakan universiti awam serta menggalakkan kerjasama dengan universiti luar negara. Antara jasa beliau di kementerian ini yang dapat dinikmati secara langsung oleh para guru hari ini ialah menaiktaraf sijil pendidikan kepada diploma bagi menaikkan tanggagaji guru-guru. Khidmat Najib sebagai Menteri Pertahanan sekali lagi diperlukan pada tahun 1995. Beliau pun mengambil peluang ini untuk meningkatkan moral Angkatan Tentera Malaysia yang telah sedia dihormati dunia, dengan memperkenalkan skim perumahan yang lebih baik, pengstukturan semula elaun dan juga pendapatan mereka. Jelas, jasa-jasa Dato' Seri Najib sebelum menjadi Perdana Menteri juga sudah tidak terhingga banyaknya. Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, dan sejak itu, beliau langsung tidak membuang masa untuk bekerja. Dalam masa hanya 3 tahun, idea transformasinya ternyata berjaya dilaksanakan, malah berjaya membuahkan hasil dan bukannya hanya slogan kosong. Beliau pantas memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketelusan dalam sektor perkhidmatan awam dan kerajaan. KPI diperkenalkan bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi kerajaan. Selain itu, National Key Result Areas (NKRA) diumumkan sebagai garis perancangan untuk menangani 7 perkara yang melibatkan rakyat dan negara, iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar, menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, memastikan bekalan air bersih dan dirawat, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan menangani masalah kos sara hidup. Kesemua ini telah dan sedang berjalan lancar manakala sebahagian besarnya telah pun menunjukkan hasil yang memuaskan. Ternyata, beliau adalah seorang yang mengotakan apa yang dikata dan tanpa membuang masa. Kempen 1Malaysia yang dilancarkan beliau juga mendapat tempat di hati rakyat yang rata-ratanya menyokong perpaduan di bawah nama satu bangsa. Dalam masa tiga tahun pemerintahan beliau juga, Najib berjaya mengekalkan kekukuhan ekonomi Malaysia bermula dengan lonjakan paling tinggi dalam GDP sehingga 5.9% pada September 2009 dari rekod yang rendah pada Mac 2009 iaitu -7.6% sebelum beliau pengambil-alihan tampuk pemerintahan Kestabilan politik dan ekonomi dalam negara hasil dari kepimpinan Najib, telah membolehkan kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan bersifat langsung kepada rakyat, antaranya BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia dan berbagai-bagai lagi. Berdasarkan fakta di atas, pendek kata, sejurus selepas mencapai usia dewasa, iaitu di awal 20-an, Najib telah tidak berhenti-henti menabur jasa kepada rakyat. Namun, di usia 59 tahun hari ini, Najib tidak langsung menganggap kedudukannya sebagai balasan kepada jasa-jasanya tetapi mengambil sikap seolah-olah beliau pula yang terhutang budi dengan rakyat kerana memberi keyakinan kepadanya. Justeru itu, beliau terus tegap bersemangat untuk berkhidmat dan menabur jasa tanpa merasa jemu atau letih. Sesungguhnya tidak seorang pun dari rakyat Malaysia yang mampu menafikan segala jasa-jasa beliau walaupun mereka mungkin merupakan penyokong pembangkang. Tiada siapa boleh menafikan yang mereka menerima wang tunai serta bantuan langsung dari berbagai-bagai program yang diilhamkan Najib. Sememangnya, sudah menjadi tuntutan agama dan moral bagi kita semua untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala jasa yang dicurahkan. Dengan itu, kita mendoakan agar Dato' Seri Najib dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus berkhidmat kepada negara dan juga rakyat. Artikel ini bersempena Ulang Tahun Kelahiran PM semalam. |
PROJEK LANGAT 2 ISYTIHAR DITUTUP..!!? Posted: 23 Jul 2012 04:43 PM PDT Kerajaan Pusat memutuskan bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini, akan diteruskan walaupun tidak disertai oleh Selangor dan tawaran akan dibuka dalam tempoh sebulan akan datang. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Peguam Negara akan mengkaji undang-undang tanah agar Langat 2 yang akan mempunyai kapasiti 1,130 juta liter sehari (MLD) dapat diteruskan untuk membekalkan air kepada penduduk di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. "Mesyuarat hari ini berpendapat walau apa keadaan sekali pun, projek ini (Langat 2) perlu diteruskan. Walaupun kerajaan Pusat telah menyediaka peruntukan, namun sampai hari ini kerajaan negeri (Selangor) tidak memberi kebenaran," katanya dipetik Bernama. "Saya telah mengarahkan Peguam Negara segerakan perkara ini. Peguam Negara akan bermesyuarat petang ini untuk meneliti perkara ini," katanya selepas mempengerusikan Jawatankuas Khas Kabinet mengenai isu air Selangor di sini, hari ini. Selain itu, Muhyiddin berkata, Kerajaan Pusat akan memastikan projek pembinaan Langat 2 ditawarkan kepada syarikat yang berupaya dan berharap ia boleh bermula pada tahun ini. "Jawatankuasa berpendapat ini merupakan satu perkara yang penting dan kalau ia tidak dilaksanakan mengikut pandangan kita (kerajaan pusat), situasi (masalah air) akan bertambah buruk. "Kita mahu menentukan syarikat yang ditawarkan boleh memulakan kerja sebaik kerajaan negeri memberi kebenaran," katanya sambil menambah projek Langat 2 akan mengambil masa tiga setengah tahun untuk siap. Mengenai cadangan Syabas pada 14 Julai lalu untuk mengadakan catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Muhyiddin berkata, ia belum perlu dilaksanakan buat masa kini namun beberapa tempat di sekitar Lembah Klang akan menghadapi masalah air. "Pada masa ini, kawasan-kawasan tertentu yang dikategorikan merah (kawasan yang sering menghadapi masalah air dan bekalan air bersih) akan menghadapi masalah air dan Syabas akan menyediakan bekalan air di kawasan tersebut," katanya sambil menambah, antara kawasan berkenaan termasuk Kapar, Klang, Taman Indah Seputeh, Pandan Indah dan Pandan Perdana di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata, jawatankuasa juga memutuskan Syabas dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menyediakan pelan kontingensi dalam beberapa hari ini sekiranya catuan air perlu diadakan. Sementara itu, ketika ditanya sebab wakil kerajaan negeri Selangor tidak dijemput dalam mesyuarat hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana mesyuarat adalah di peringkat persekutuan dan mahu meneliti daripada "sudut kita." "Perkara-perkara tertentu nanti, kerajaan negeri Selangor akan terlibat. Di peringkat itu, kita akan mengadakan perbincangan dengan mereka," katanya. Paparan Gambar paling Panas Tahun ini (KLIK Pada Tajuk di bawah) :- |
LAGI GAMBAR PANAS - PERTEMUAN DI ANTARA ANWAR IBRAHIM & ROSMAH MANSOR..!! Posted: 23 Jul 2012 07:43 AM PDT Hari ini di bulan Ramadhan.. Satu pendedahan yang membuktikan fitnah pencacai2 Anwar yang cuba 'memperkukuhkan hujah persepsi Pembangkang menggambarkan peribadi yang didakwa kotor berkaitan Isteri PM Rosmah Mansor terjawab. Ianya menerusi Video Pengakuan lelaki yang dikaitkan sebagai bekas suami pertama Rosmah iaitu Penyampai Berita RTM Farid Ismeth yang membuat penafian tegas atas tuduhan seperti yang didakwa. Itu baru satu bukti pertama. Banyak lagi bukti bakal didedahkan yang menyatakan secara jelas serangan persepsi buruk demi menawan Putrajaya. Isunya bukan membela Isteri PM secara khasnya. Ianya adalah salah satu petunjuk kepada masyarakat secara amnya yang sebelum ini mudah mempercayai fitnah Anwar menerusi Road Show Ceramah beliau tanpa perlu menyatakan bukti dan fakta jelas. Semua ini bagi mendapat kuasa 'ekspress' dalam menawan kuasa Perdana Menteri Malaysia setelah gagal dalam mencapai misi yang sama ketika dalam UMNO. Ini dinyatakan menerusi beberapa naskah buku keluaran Ahmad Luthfi Othman. Gambar di atas ini dipaparkan bagi mempamerkan pandangan peribadi Anwar terhadap Najib sekeluarga ketika bersama kerajaan satu ketika dahulu. (Sumber : Arkib Penerangan Malaysia) Mungkin ramai telah lupa. Tatkala Anwar memegang jawatan Ketua Pemuda bersama Najib yang bertindak selaku Naib beliau, Anwar secara terbuka menerusi kenyataan2 beliau mengagumi kepimpinan seorang insan yang mewarisi kepimpinan Tun Abdul Razak. Anwar juga mendakwa Najib seorang Pemimpin Muda yang berprinsip dan berpengalaman luas dalam memimpin Negara selaku generasi baru pada ketika itu. Najib lebih mengambil pendekatan sederhana tidak terlalu memuji secara terbuka dan berlebih2 an kepada mana2 Pemimpin yang bernaung di bawah beliau termasuklah Anwar pada ketika itu kerana dilihat jelas seolah2 apa yang disebut dalam bahasa Anwar 'membodek'. Cukuplah sekadar memegang prinsip menghormati Pemimpin yang diangkat mengikut sistem demokrasi yang dipegang teguh. Bagaimana hubungan Rosmah dan Kak Wan Azizah? Haaa.. Kak Wan mungkin akan malu2 alah jika didedahkan hubungan tersebut. Tonton Video Pendedahan FARID ISMETH yang menafikan Status bekas Suami Pertama Rosmah Mansor DI SINI. |
TIMBALAN PRESIDEN UPKO UMUM KELUAR BN..!! Posted: 23 Jul 2012 05:25 AM PDT Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini meletakan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran. Dalam kenyataan ringkas, Bumburing berkata beliau akan membuat pengumuman penting mengenai hala tuju perjuangan politiknya pada perhimpunan khas di Dalit, Tuaran, pada pukul 1 tengah hari, Ahad ini. "Berkuat kuasa hari ini, 23 Julai, 2012, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi BN bagi P170 Tuaran. Peletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baharu BN Tuaran membuat persediaan bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya dalam surat peletakan jawatannya, yang disediakan kepada media di sini. Sebelum ini, Bumburing, Anggota Parlimen Tuaran dan Anggota Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dari Umno diura-urakan akan meninggalkan BN untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat( PKR). Bumburing, 60, bekas menteri kabinet negeri, turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan BN atas keyakinan mereka terhadap kepimpinan beliau menerajui BN Tuaran selama ini. Surat peletakan jawatannya diihantar kepada Ibu Pejabat BN di Kuala Lumpur melalui faks untuk perhatian Setiausaha Agung BN serta penjabat Pengerusi BN Sabah. Ahli politik veteran berkelulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya itu turut menghantar salinan surat berkenaan kepada Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok dan setiausaha agung parti Datuk Wilfred Madius Tangau. Bagaimanapun, Bumburing tidak menyatakan alasan untuk melepaskan jawatan itu. Pada Pilihan Raya umum 2008, Bumburing dicalonkan sebalik penyandang Madius Tangau untuk kerusi Parlimen Tuaran. Bumburing mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran untuk BN apabila mengalahkan pencabar terdekat Ansari Abdullah dari PKR dengan majorit 6,622 undi manakala calon bebas Ajin Hazin Gagah hilang deposit apabila hanya maampu meraih 879 undi. Bulan lepas, Lajim, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ketika menyambut hari kelahirannya ke-57 pada 15 Jun lepas, telah meletakan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Beaufort dan menyatakan akan bertanding semula untuk jawatan itu. Pada Mac lalu, Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok menyifatkan khabar angin bahawa timbalannnya, Bumburing, sudah keluar dari parti itu hanya spekulasi semata-mata yang direka untuk mengelirukan rakyat menjelang pilihan raya umum. "Beliau adalah kawan saya dan ahli parti serta timbalan saya. Saya baru sahaja bercakap dengannya dan beliau menyuarakan perkara seperti itu sedang disebarkan dan ia tidak benar," katanya. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment