BANGI, 8 Julai- Kejayaan Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008 hanya setakat menabur janji dan memasang papan tanda untuk mencari publisiti, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk
Seri Noh Omar.
Seri Noh Omar.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata kegagalan kerajaan negeri itu menunaikan janji dan tanggungjawab telah membuka mata rakyat mengenai kredibiliti dan kebolehan mengurus negeri itu, berbanding Barisan
Nasional (BN) yang memajukan negeri itu selama 50 tahun lalu.
Nasional (BN) yang memajukan negeri itu selama 50 tahun lalu.
Noh berucap pada majlis Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor, di Padang Kawad Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini hari ini. Program edisi ke-6 itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Razak.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapha Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Presiden Parti
Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas; Ahli Parlimen Sepang merangkap koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin; dan timbalan-timbalan menteri.
Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas; Ahli Parlimen Sepang merangkap koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin; dan timbalan-timbalan menteri.
Katanya, dalam tempoh tiga tahun Najib menerajui negara ini, pelbagai janji diisytiharkan dan disusuli dengan pelaksanaan berkesan demi menjamin kesejahteraan dan masa depan rakyat.
Antaranya ialah Klinik 1Malaysia, bantuan pelajar RM100, baucer buku RM200, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia, Program Perumahan Nelayan, Kedai Rakyat 1Malaysia dan yang terbaru bantuan Teksi Rakyat
1Malaysia.
1Malaysia.
"Tak ada dalam dunia ini dimana kerajaan sanggup memberi penghormatan kepada pemandu-pemandu teksi…bagi membela nasib pemandu-pemandu teksi," katanya.
Jelasnya, kerajaan di bawah pimpinan Najib benar-benar membela nasib semua
lapisan rakyat di negara ini dengan mempunyai agenda dan hala tuju terancang.
lapisan rakyat di negara ini dengan mempunyai agenda dan hala tuju terancang.
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment