Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Lagi Tragedi Kubur Cina Kaya Di Sungai Kob, Kulim. Kedah.
- EKSKLUSIF!! Pertumpahan Darah di Kampung Sungai Kob, Kulim, Kedah??!!
- VIDEO EKSKLUSIF!! Hassan Basri 'TALKIN'KAN Pakatan Rakyat!! #AntiPR
- PANASS!! KBS Menjadi Punca Pakatan Gagal Pengaruhi Belia!! #1M4U
- PANASS!! Abby Abadi kena belasah pengacara TV??
PANASS!! Lagi Tragedi Kubur Cina Kaya Di Sungai Kob, Kulim. Kedah. Posted: 15 Jul 2012 06:56 AM PDT Benarkah ada rusuhan di Sungai Kob, Kulim ? This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | ||
EKSKLUSIF!! Pertumpahan Darah di Kampung Sungai Kob, Kulim, Kedah??!! Posted: 15 Jul 2012 12:16 AM PDT
Semalam gempar di Kulim dan kawasan sekitarnya. Apabila dikatakan berlaku pertumpahan darah dan kekecohan yang amat sangat di Kampung Sungai Kob tempat kontroversi Kubur Cina Kaya yang direstui oleh Pas Kedah. Cerita sebenarnya, penduduk kampung Sungai Kob hanya membuat kenduri dan gotong royong kecil. Namun khabar angin yang menakutkan itu telah membuatkan IPD Kulim menghantar beberapa trak FRU dan juga beberapa anggota polis untuk memantau keadaan. Mc tak kisah bab diatas tu, cuma apa yang peliknya.. ialah.. khabar angin yang disampaikan tu begitu cepat dan pantas. Malah khabar angin yang buruk-buruk saja mengenai penduduk Kampung disekitar Sungai Kob. Bahkan mereka dikatakan sedang bersiap sedia mahu berperang! Sebenarnya mereka tidak begitu, itu hanya khabar angin.. siapa agaknya dalang yang selalu membuat dan menyebarkan khabar angin buruk mengenai penduduk Kampung sekitar Sungai Kob? Mc sendiri pernah dihidang dengan cerita-cerita seperti penduduk kampung dah angkat bendera merah untuk berperang, penduduk kampung dah berjihad sanggup mati untuk pertahankan tanah kubur tu dan pelbagai lagi cerita cucuk-cucuk jahat yang mencemar nama penduduk kampung disekitar Sungai Kob. Penduduk Kampung di Sekitar Sungai Kob perlu mencari dalang dan berjaga-jaga mengenai perkara ini. Kerana ramai yang telah diUPAH untuk memburukkan nama penduduk kampung. Akibatnya ia boleh menyebabkan orang Kedah didaerah lain menjadi benci dengan penduduk Kampung Sungai Kob yang dikatakan keras kepala dan tidak mahu memberi kerjasama dengan pihak berkuasa. Hakikatnya penduduk Kampung sekitar Sungai Kob begitu sabar dan masih lagi berharap ada pihak yang datang membela mereka, lebih-lebih lagi dari UMNO. Jika kepada Pas mereka sudah tidak lagi percaya! UMNO seharusnya menghantar wakil rasmi untuk membantu penduduk kampung sekitar Sungai Kob yang sedang kesusahan dan dilema. McTheory: Itu permintaan mereka.. Mc hanya menyampaikan.. | ||
VIDEO EKSKLUSIF!! Hassan Basri 'TALKIN'KAN Pakatan Rakyat!! #AntiPR Posted: 14 Jul 2012 09:16 PM PDT Hassan Basri menerangkan kenapa beliau menentang Pakatan Rakyat walau pun hingga ke hari ini masih menjadi ahli PAS Hassan Basri membuktikan PAS Zalim terhadap Islam dengan membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat oleh Kerajaan Malaysia Hassan basrri menceritakan bagaimana penipuan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat di negeri Selangor This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | ||
PANASS!! KBS Menjadi Punca Pakatan Gagal Pengaruhi Belia!! #1M4U Posted: 14 Jul 2012 07:12 PM PDT Semenjak akhir akhir ini Kementerian Belia dan Sukan dibawah pak menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah banyak menimbulkan masaalah.Pelbagai isu cuba dibangkitkan dan diterangkan agar para golongan beliau mengikuti arus kebangkitan orang muda bersama perjuangan revolusi dan reformasi.Orang muda bersama PKR,Orang muda geng kita(PAS) dan juga pelbagai macam lagi jenama orang muda yang diguna pakai oleh gerembolan pakatan. Semua ini gagal,ya gagal sama sekali untuk mempengaruhi golongan belia.Apa yang menjadi halangan dan masaalah kepada para reformis dan juga aparat revolusi. Belia diseluruh negara benar benar menerima gagasan 1Malaysia,Belia menyambut seruan Perdana Menteri agar menolak politik kotor pakatan,Belia juga menolak rusuhan ganas.Belia juga menolak politik murahan yang meremehkan minda mereka. Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya menjadi bukti apabila jutaan belia berkumpul menolak politik gampangan pakatan. Ahad ini satu lagi gagasan yang murni dan baik di kendalikan oleh Kementerian Belia Dan Sukan . 1M4Youth adalah satu program untuk menarik golongan belia menjadi sukarelawan didalam pelbagai bidang.Daripada menjadi sukarelawan alam sekitar hinggalah sukarelawan . Kenapa korang patut sertai 1M4Youth dan kenapa ia diwujudkan... Korang tengok,berdasarkan laporan 'World Giving Index 2011' atau Indeks Memberi Sedunia tahun 2011 yang dikeluarkan Charities Aid Foundation menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-87 berbanding 153 negara yang dinilai. Bukan untuk mempertikaikan keikhlasan pelbagai pihak,namun dikatakan ramai rakyat Malaysia kononnya begitu berbangga kononnya mereka adalah rakyat paling pemurah ada yang berasakan apa yang mereka lakukan sudah memadai. Realitinya rakyat Malaysia seharusnya berasa malu kerana negara jiran kita iaitu Thailand berjaya meletakkan dirinya jauh ke hadapan sebagai masyarakat pemurah iaitu di tempat ke-9. Dilaporkan bahawa 85% rakyat Thailand membuat sumbangan wang secara berkala sepanjang tahun. Berkemungkinan ia ada kaitan dengan ajaran agama mereka yang amat menitik beratkan praktik memberi sedekah dalam kehidupan mereka. Dilaporkan juga bahawa hanya 37 peratus rakyat negara kita sanggup menyumbangkan wang untuk keperluan orang lain. Hanya 20 peratus rakyat sanggup menyediakan masa untuk kerja sukarela dan 30 peratus sanggup membantu orang asing yang kesusahan. Penilaian berdasarkan tingkah laku serta sikap rakyat kita terhadap tiga elemen iaitu menyumbang wang, menyediakan masa untuk kerja sukarela serta membantu orang asing. Hasil laporan tersebut juga menunjukkan bahawa kejayaan mana-mana negara mencapai tahap paling banyak memberikan sumbangan bergantung kepada nilai asas terbentuk dalam masyarakat negara itu. Sifat mengambil tahu dan sanggup membantu orang lain secara mendalam sememangnya diakui amat tebal bagi warga Amerika Syarikat, Ireland, Australia dan United Kingdom yang semuanya berada pada kedudukan tertinggi sebagai masyarakat pemurah. Amat membanggakan apabila masyarakat di United Kingdom tidak menjadikan alasan kemelesetan ekonomi dihadapi blok Eropah sebagai alasan untuk mengurangkan jumlah wang dan masa untuk membantu orang lain. Dah nampakkan kenapa diwujudkan 1M4Youth, kalau yang berminat nak join jadi sukarelawan korang klik sini Ahad ni akan berlangsung pelancaran 1M4Youth, ada kejutan dan paling menarik akan diadakan flashmob terbesar di Malaysia apabila akan disertai oleh ribuan sukarelawan. Pelancaran '1MALAYSIA FOR YOUTH' bermula jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam bertempat di Esplanade Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Majlis Pelancaran ini akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada jam 4.00 petang. Oleh itu sempena pelancaran ini Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan persembahan flash mob terbesar di KLCC bagi memeriahkan majlis. Sumber asal Mc ambil kat SINI.. Jangan lupa untuk turun ke KLCC pada hari ini untuk melihat perasmian 1M4Youth!! Meriah dan pelbagai acara akan diadakan untuk tatapan semua. McTheory: Bangunlah Belia Untuk Negara!! | ||
PANASS!! Abby Abadi kena belasah pengacara TV?? Posted: 14 Jul 2012 05:46 PM PDT Seorang ahli syurga selebriti PAS Abby Khawarij ditempelak oleh Finaz Yunus, Pengacara TV Al-Hijrah apabila tindakan Abby yang baru sehari dua menyertai PAS dah pandai mula memaki hamun orang lain. Tarbiah PAS cukup menjadi apabila Abby yang dijanjikan tiket syurga kelas pertama oleh wali selipar sedaya upaya mahu membuktikan dakwah khawarij sudah terkesan didalam hatinya maka caci maki dan hamun harus dijadikan zikir harian.
Korang tengok Finaz Yunus dilihat lebih berakal apabila persoalkan tindakan Abby yang serang,hina,keji orang lain dan stop keji orang Umno. Katanya dah bertudung labuh,masuk Parti Islam bukan lesen untuk menghina orang lain.Tak boleh ke berceramah politik tanpa menghina orang lain.Tolonglah,nampak sangat menyimpang niat dalam hati tu... Sumber Mc ambil dari Pisau.Net Namun selepas Finaz mengeluarkan ayatnya itu di FB. Beliau pula diserang teruk oleh penyokong Pakatan Haram dengan pelbagai kata-kata cacian. Akibatnya Finaz pulak yang terpaksa memohon maaf. Adehh.. puak sebelah sana memang tak boleh ditegur.. kalau tegur terus jadi gila dan sawan walaupun perkara yang ditegur tu baik untuk dorang. Sabar la Finaz.. jangan dilayan sangat puak gila sebelah sana. Kalau layan susah nanti.. abaikan je la.. McTheory: Orang gila.. buat taktau saja patutnya.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment