Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


OTAK GILA!! - KHALID GAGAP ARAH GADAI TANAH TUTUP KERUGIAN UNISEL.

Posted: 03 Jul 2012 07:18 PM PDT




Cabaran Datuk Seri Noh Omar yang mendesak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terperinci UNISEL bagi menjawab dakwaan kedudukan kewangannya yang nazak hingga saat ini masih belum bersahut.

Sebaliknya diperlekehkan pula cabaran tersebut seolah-olah Khalid merasakan statusnya sebagai bekas orang korporat telah meletakkan dirinya kelihatan hebat dan lebih bijak daripada orang lain.

Betulkah Khalid bijak? Adakah bijak bilamana Khalid mencadangkan penjualan aset UNISEL berupa tanah seluas 500 ekar hanya untuk menampung kos pengajian 1000 orang pelajar baru UNISEL semasa kecoh isu pembekuan sementara PTPTN tempohari.

Bukankah sepatutnya orang bijak akan mengekalkan aset dan manfaatkannya untuk jana keuntungan berlipat kali ganda dan bukannya menggunakan jalan singkat menjualnya untuk menyelesaikan masalah yang berserabut dalam kepala.

Apabila Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor mengungkit soal untung rugi UNISEL, asasnya kerana sebelum ini Khalid pernah menutup beberapa pusat kemahiran dan asrama Yayasan Selangor(YS) hanya disebabkan adanya kerugian.

Majoriti rakyat Selangor berkongsi satu kerisauan yang sama seperti Noh Omar bimbang sekiranya UNISEL bakal mengulangi sejarah YS sedangkan universiti tersebut baru sahaja di bina oleh BN pada tahun 1999.

Tanah tergadai ke tangan orang lain, nasib pelajar terumbang ambing dan pusat pendidikan runtuh menyembah tanah ataupun menjadi gajah putih. Inilah yang berlaku pada pusat pendidikan milik YS dan rakyat tidak mahu ianya berulang kembali.

Sementelah lagi apabila Khalid masih juga beria-ia mahu meneruskan penjualan tanah seluas 500 ekar milik UNISEL yang dikatakan bernilai RM30 juta sekalipun PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman, saat inilah keraguan kian bercambah terhadap kedudukan sebenar kewangan UNISEL.

Rekod sebelum ini pun menunjukkan kemasukan pelajar baru bagi setiap semester juga kian menurun. Pada tahun 2007 lebih 6,000 pelajar telah mendaftar masuk ke UNISEL, tahun-tahun selepasnya bilangan tersebut teramat jauh berkurangan.

Manakala itu, pada tahun 2009 UNISEL didakwa telah mengalami kerugian lebih kurang RM20 juta gara-gara kurangnya kemasukan pelajar baru selain faktor bebanan kos pengurusan yang tinggi sejak universiti tersebut dijadikan tempat orang politik menikmati kerjaya dan gaji yang tinggi.

Apabila kerajaan negeri dilihat tetap berkeras meneruskan penjualan aset berupa tanah tersebut, bukan salah orang ramai apabila mereka percaya ia sebenarnya berkait rapat untuk menutup kerugian yang sedang ditanggung oleh UNISEL gara-gara kelemahan urus tadbir kerajaan PKR Selangor.

Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang menikmati kemewahan di puncak menara gading tersebut tampil segera menjelaskan keadaan sebenar. Cukup-cukup harta benda dan aset negeri habis dijual digadai sejak empat tahun lalu.


GAMBAR BUKTI JELAS PKR AMAL RASUAH KUKU BESI..!!

Posted: 03 Jul 2012 04:41 PM PDT




Laporan insiden pergaduhan 2 puak dari PKR gara2 penambahan 'Pengundi Hantu' pada Pemilihan PKR 2012 laporan Sinar Harian.

"Rakyat mesti bangkit turun menyokong BERSIH 3.0 yang mendesak kebebasan SPR yang tidak telus terutamanya menerima sogokan wang dari Pemimpin UMNO untuk kekal sebagai Kerajaan pada PRU13. Pakatan Rakyat berjanji pada rakyat akan melahirkan sebuah kerajaan yang bebas dari amalan rasuah dan politik wang." Anwar Ibrahim





"Mengapa mesti kita menolak UMNO dan Barisan Nasional? Kerana UMNO parti Rasuah. Kerana UMNO Parti Korup. Kita dalam Pakatan bakal melahirkan Pemimpin yang bersih dari semua amalan kotor ini." Anwar Ibrahim






"DAP memang menolak Hukum Hudud kerana bertentangan dengan prinsip masyarakat Majmuk di Negara ini. Tetapi mengapa DAP tidak memilih bekerjasama dengan UMNO yang tidak melaksanakan Hudud dan tetap memilih bekerjasama dengan PAS? Kerana UMNO amal rasuah dan korup sebaliknya PAS parti politik yang bersih dari amalan kotor itu." Lim Guan Eng






Adilkah melabel UMNO Parti Rasuah? Adilkah melabel UMNO Parti Korup? Sedangkan Pemimpin PKR dan PAS secara jelas dibongkar  beberapa individu dalam Parti mereka sendiri mengamalkan budaya tersebut. 

Lebih jijik apabila Pimpinan atasan menutup segala siasatan ke atas pimpinan dalaman parti sendiri lantas terus menerus mencerca menimbulkan persepsi buruk terhadap sebuah Kerajaan yang jasanya mentadbir Negara lebih dari 50 tahun.


Semua ini adalah agenda meruntuh kekuatan politik Islam dan Melayu dengan menggunakan Anwar sebagai individu menarik pengaruh sokongan. Lagi Bukti Penjelasan dan Pendedahan,  KLIK DI SINI.




ANWAR PIMPIN MISI MCA & DAP BERSATU TOLAK HUKUM HUDUD..!!?

Posted: 03 Jul 2012 07:41 AM PDT




Kelihatan isu Hukum Hudud kembali gamat susulan kenyataan ADUN UMNO dari Johor mencadangkan agar ianya dilaksanakan di Negeri tersebut. 

Apapun alasannya, ianya membuktikan UMNO sama sekali tidak menolak Hukum Islam itu akan tetapi berpendirian ianya masih mesti direalisasi secara toleransi di samping menghormati Agama2 lain yang juga merupakan warganegara Malaysia.







Pendirian tersebut kini diperakui PAS malah dicanang di setiap Ceramah2 mereka walhal satu ketika dahulu Puak2 PAS sanggup Mati Syahid dalam memastikan Hukum tersebut dilaksanakan. Apa yang berlaku kini adalah disebabkan penglibatan besar pengaruh2 Anwar yang digelar Parasit PAS menyebabkan maruah PAS tenggelam dalam perjuangan sebenar Islam.

UMNO dan PAS sebenarnya mampu bersatu demi perpaduan Ummat berdasarkan respons yang diberikan Pimpinan Ulama' Parti tersebut. Hudud yang membolehkan bersatunya kedua2 Parti mewakili pengundi Melayu dan Islam.






Pendirian UMNO mengamalkan rasuah dan korupsi yang cuba dijadikan slogan PKR wajar dibuang. Ini kerana ianya bukan sekadar tuduhan malah penglibatan rasuah itu bukannya menjadi simbolik dalam mana2 parti politik akan tetapi melibatkan individu yang menceburi bidang tersebut.

Mengapa UMNO sahaja dijadikan sasaran? Kerana UMNO Pemerintah. Walhal dalam PKR dan PAS sendiri berlaku gejala ini. Akan tetapi pimpinan tertinggi kedua2 Parti ini yang dikuasai Puak2 Pro Anwar yang menjadi tulang belakang merealisasi impian Ketua Pembangkang itu memegang takhta Perdana Menteri Malaysia.

Muzakarah PAS dan UMNO untuk bekerjasama dalam soal perlaksanaan Hukum Hudud mesti diadakan. Fokus utama dalam melaksanakan di beberapa buah Negeri yang majoriti penduduknya adalah Islam. 

Setelah dipersetujui bersama, ianya disusuli dengan perbincangan bersama komponen masing2. Dalam soal ini, UMNO dan PAS mesti tegas dalam menyatakan pendirian tersebut.







"Mengapa baru sekarang nak bincang? UMNO sebenarnya anti Hudud? Lihat Kelantan?" Sejarah lampau dijadikan serangan Parasit2 PAS menidakkan kerjasama ini berlaku. Jika betul mereka berpendirian dalam merujuk sejarah politik, mengapa mesti diterima individu seperti Anwar Ibrahim. Bukan sahaja diterima malah dipuja diangkat bakal Perdana Menteri Malaysia.

 Anwar sekadar Pemimpin berbangsa Melayu yang tidak berpendirian teguh dalam memperjuangkan hala tuju politik. Ini fakta yang jelas dapat dilihat mengikut sejarah politik beliau sendiri.

Sekitar 1970an beliau menjadi ekstrimis Islam. 1980an dan 1990an menjadi Ekstrimis Melayu. Hari ini pula bertukar menjadi Liberal Islam dan Melayu. Belum dibuka kisah sejarah politik peribadi Anwar. PAS tahu akan hal ini. Malah serangan ini dilakukan dalam memastikan Anwar tidak diangkat menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Kini?

Hendak bicara soal kepentingan politik tidak salah. Akan tetapi salah jika Islam dicanang bertopengkan matlamat agenda politik kotor akibat dari pengaruh luar yang dahulu dipandang sebagai pemusnah masa depan Agama seperti Anwar ini.






Lihat video di atas. Lihat bukti video tersebut yang mempamerkan persahabatan dan kasih sayang Hadi Awang terhadap Najib. Mengapa Hadi Awang mesti memberi respons sedemikian terhadap seorang yang dituduh terlibat dalam pembunuhan Antaltuya dan merancang tuduhan2 seks Anwar? Atau Hadi Awang antara pimpinan Ulama' yang tidak percaya akan tuduhan tersebut?


Hentikanlah serangan lampau wahai puak2 PAS. Ianya boleh berlaku.  Malah ianya sendiri dicadangkan Pimpinan Parti tersebut. UMNO balas dengan hati terbuka. Buang kepentingan politik peribadi. Kerana objektif utama pelan ini adalah lebih besar dari itu. Jadi jadi bacul Wahai puak2 Pro Ulama' PAS.

Mungkin hari ini kita tidak nampak kesan besar negatifnya pengaruh Politik Islam dan Melayu. Mungkin hendak tunggu hari 'bersejarah' tumbangnya Kerajaan dimonopoli Islam dan Melayu berlaku, baru hendak bicara soal Kerajaan Perpaduan.







Dan mengapa perbincangan ini dilihat Rasis Ekstrim? Kerana Islam bukan Agama Ekstrim. Pentadbiran yang diketengahkannya juga tidak ekstrim. Cina dan India tidak perlu gentar akan pengaruh Islam dan Melayu. Kerana Malaysia berbeza dengan Negara2 di luar sana. Dan menjadi peranan Kerjasama UMNO/PAS ini dalam membuat rundingan perbincangan menerangkan isu ini kepada Parti Politik Cina.

Disini nampak DAP agak sukar menerima perlaksanaan ini. Dari dulu, kini dan akan jadi selamanya.

MCA tidak dilihat sedemikian sebelum ini. Kini baru dilihat agak keras dibawah kepimpinan pimpinan Chua Soi Lek. Kenapa? Faktor kepentingan politik semasa. Kepimpinan MCA mesti ditukar sebelum melarat.

Hanya Pemimpin yang 'lahir' dari kekuatan pengaruh Negara luar seperti Anwar sahaja yang bakal mencetuskan ketegangan ini.

Maka? Singkirkan sahaja pengaruh Anwar. Dengan strategi hasil rundingan 2 Parti yang memegang kuasa besar pengaruh masyarakat Islam dan Melayu.

 PS : Tidak terkejut apabila MCA dan DAP bersatu dalam menolak Hukum Hudud. Kerana pengaruh dan kuasa politik Cina bakal mengatasi kita. Salah siapa? Salah Pemimpin Cina atau salah Pimpinan Islam/Melayu?




TERKINI - DAP 'UGUT' HASAN ALI HENTIKAN DAKWAH MURTAD..!!

Posted: 03 Jul 2012 05:16 AM PDT




Presiden NGO JATI, Datuk Dr Hassan Ali menyifatkan penyebaran risalah mengaitkan DAP dan penyebaran agama Kristian pada ceramah JATI sebagai cubaan sabotaj pihak tertentu terhadap pertubuhan itu.

Menurutnya, beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana ahli JATI menerbit atau mengedarkan risalah sedemikian rupa pada mana-mana acara anjurannya.

NONE"Jika benar ia berlaku, ini adalah satu cubaan sabotaj JATI yang dibuat pihak tertentu," kata bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau mengulas dakwaan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berhubung kewujudan satu risalah yang antara lainnya menuduh DAP cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Ng mendakwa risalah yang ditujukan kepada orang Melayu Islam itu diperoleh dari satu majlis anjuran JATI di Meru, Selangor.

Ng dalam sidang medianya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengedar risalah sedemikian.

Mengulas lanjut, Hassan Ali berkata JATI adalah pertubuhan yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja sahaja dan tidak pernah memperkecilkan agama lain atau menimbulkan kekacauan.

"JATI hanya menegakkan prinsip kehidupan bersendikan Islam, Melayu dan Raja. Kita tidak pernah memperkecilkan mana-mana agama lain," katanya.


KECOH - PEKERJA MOGOK DEMO DESAK REKTOR KUIN LETAK JAWATAN..!!

Posted: 03 Jul 2012 03:09 AM PDT




Kira-kira 200 warga kerja Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hari ini membuat demonstrasi aman mendesak Rektornya, Prof Datuk Dr Jamil Osman, meletak jawatan.

Demonstrasi yang dinamakan "Himpunan Aman Bersih Kuin 2.0" itu berlangsung di hadapan pejabat rektor kolej itu kira-kira 1.30 tengah hari tadi dengan semua peserta berpakaian putih sebagai tanda protes.

Muhammad Azki Hafizi Ibrahim yang mewakili kumpulan tersebut, dalam ucapannya, berkata mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Jamil kerana mengabaikan kebajikan mereka dan pelajar.
Beliau mendakwa krisis kewangan KUIN yang berada di bawah kerajaan negeri, sangat kritikal kerana anak syarikat KUIN tidak mampu beroperasi sendiri sehingga terpaksa bergantung kepada kewangan KUIN.

Katanya, desakan itu yang pertama kali dibuat pada 19 Februari lalu akan berterusan jika Jamil enggan meletak jawatan, selain memanjangkan perkara tersebut kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mereka yang yakin kemelut KUIN akan selesai jika tidak lagi diterajui Jamil, turut berharap Azizan segera mengambil tindakan memecat rektor kolej tersebut jika beliau enggan melepaskan jawatan.

Masalah warga kerja KUIN itu timbul apabila pihak KUIN gagal membuat pembayaran pemotongan gaji mereka kepada bank dan syarikat insurans walaupun gaji sudah dipotong sehingga ada antara mereka dikenakan tindakan mahkamah, penarikan kereta dan polisi insurans mereka ditamatkan.
Mereka yang menghadapi masalah tersebut sejak Januari tahun ini berharap masalah pembayaran kepada pihak bank dan lain-lain melalui potongan gaji dapat diselesaikan dengan segera.

Selain itu, pengurusan KUIN turut membuat beberapa keputusan yang boleh dipertikaikan seperti menaikkan yuran secara mendadak daripada RM60 kepada RM200 satu kredit, mengenakan caj pemeriksaan kesihatan kepada pelajar baru antara RM150 hingga RM250, menaikkan yuran asrama dan mengenakan caj untuk menyemak status kemasukan pelajar, selain beberapa tindakan rektor sendiri.


HUDUD DI JOHOR - PERTEMUAN SULIT KERAJAAN GABUNGAN PIMPINAN PAS & UMNO..!!?

Posted: 03 Jul 2012 02:03 AM PDT




Pas sedia bantu Umno jika parti itu bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hudud.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib berkata, jika Umno bersungguh- sungguh, tidak timbul masalah di pihak Pas kerana parti itu hanya mahu melihat perintah ALLAH ditegakkan.

"Sudah cadang, kenalah bersungguh-sungguh, jangan hanya cakap kosong. Kalau mereka bersungguh-sungguh, kita pun akan bantu," katanya ketika diminta mengulas cadangan seorang wakil rakyat Umno Johor yang mahu negeri itu jadi negeri pertama di negara ini melaksanakan undang-undang hudud.

Cadangan itu disuarakan Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat pada sidang Dun Johor 20 Jun lalu.

Gesaan tersebut disambut baik Mursyidul Am PAS Nik Aziz semalam malah sanggup bermuzakarah dan bekerjasama bagi merealisasi perlaksanaan tersebut.

Akan tetapi, PKR, MCA dan DAP lantas membantah keras malah mencerca cadangan Datuk Ayub.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...