Status Nik Aziz sebagai 'dewata' Pas seumur hidup semua orang sudah tahu. Kalau tak kerana iman, mahu juga di tengah-tengah Kota Baharu didirikan patung Nik Aziz duduk sambil pakai tongkat.
Dulu khabarnya pernah dicadangkan seseorang, tapi ditolak Nik Aziz mentah-mentah, bukan takut dosa tapi takut undi tak masuk, "nanti orge UMNO canang ambo tuhe, mampuh ambo!!", bunyinya macam itulah.
Tapi sehebat mana pun Nik Aziz seperti diangkat penyokongnya sendiri, otaknya tidaklah sebijak mana. Buktinya bila Nik Aziz tak nampak keperluan mana lebih utama untuk rakyat Kelantan yang dah diperintah Pas selama 22 tahun, air atau lebuhraya?
Yang lebih patut diutamakan ialah menyelesaikan masalah air tapi Nik Aziz, buat highway pulak yang diutamakan dulu.
Dulu, pertengahan 90-an, RM 600 juta dah disumbangkan kerajaan pusat kepada Nik Aziz (pinjaman mudah) tapi masalah air masih tak selesai, ini nak cerita projek lebuhraya yang bernilai RM 1.8 billion pulak lagi?
Dari mana dicekaunya duit sebanyak itu (dalam konteks negeri semiskin Kelantan) dan kalau benar pun ada wang sebanyak itu, kenapa tidak ditumpu untuk menyelesaikan masalah air yang menghambat penduduk Kelantan sejak sekian lama?
Lainlah kalau Nik Aziz dah putus harap dengan rakyat dalam negeri Kelantan itu sendiri, sebaliknya lebih nak jaga hati dan beli jiwa orang Kelantan yang berjuta duduk di luar ni. Sebab itu diutamakan lebuhraya supaya bila puak-puak ini balik negeri, tak ada komplen pasal jem dan sebagainya.
Penolakan rakyat Kelantan terhadap kerajaan Nik Aziz dek masalah air ini bukan rahsia lagi dah, semua orang tahu itu. Nik Aziz berharap undi dari luar Kelantan saja untuk survive berpuluh tahun. Maklum, puak ini minum air keladak sesekali (bila balik bercuti) saja, paling tidak 2 kali setahun.
Yang naya dan sengsara ialah orang yang tinggal duk dalam negeri itu le. Dahlah air keladak, HIV tertinggi pulak. Kalau penulis dalam situasi itu, elok akil baligh saja, cabutlah keluar. Nasib baik bukan asal Kelantan.
Jadi ini kelemahan Nik Aziz sebagai pemimpin. Walaupun Husam Musa yang hebat pukul canang dalam soal highway ini, tapi Nik Aziz ketua merangkap MB, dialah yang layak dipersoalkan kewajaran membina prasarana awam yang tidak selari dengan keperluan rakyat.
Air ini penting. Ada kajian menunjukkan, selain kurangnya peluang pekerjaan, antara sebab ramai orang muda Kelantan lari ke luar ialah kerana masalah air. Mana tahan mandi, minum air keladak berpuluh-puluh tahun.
"Sesekali tahanlah, dah selalu baik aku cabut", katanya.
Jadi kalau RM 1.8 billion ini digunakan untuk menyelesaikan masalah air buat selama-lamanya di Kelantan, penulis percaya pelaburan masuk akan bertumpu di negeri tersebut kerana prasarana sudah lengkap, seterusnya menghalang migrasi PADI (pendatang asing dengan izin), dari Kelantan ke luar ni untuk mencari peluang pekerjaan yang tersangat kurang di negeri yang 'subur' itu (peratus kelahiran tinggi).
Selain menyebabkan masalah sosial, kebanjiran PADI ini semua menutup peluang anak tempatan nak cari makan. Dah tak pasal-pasal anak tempatan pulak terpaksa berhijrah ke tempat lain (selain Kelantan), untuk cari pekerjaan.
Nak bersaing dengan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) lagi, manalah cukup peluang pekerjaan?
Kalaupun ada kesan tidak baiknya dari pengurangan migrasi PADI ini, stadium dimana perlawanan bolasepak membabitkan pasukan Kelantan di luar Kota Bharu diadakan, tak penuh dengan baju merah seperti sekarang.
Tapi takpela kan, asal rakyat gembira, air jernih, air bersih. Ini highway yang diutamakan dulu, bukan boleh minum pun highway tu.
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment