tun faisal dot com

tun faisal dot com


#TukarKedah Kronisme punca `balak habis, pembangunan tak nampak' di negeri-negeri Pas perintah?

Posted: 09 Jul 2012 07:00 PM PDT




PANASS!! Exco Kedah KAYAKAN Adik Beradik dan Kroninya dengan harta Kerajaan Negeri Kedah!! #tukarKedah




Mc baru dapat satu maklumat baru mengenai seorang Exco yang tersangatlah kontroversi. Dia ni, sejak dari awal pemerintahan Pas Kedah, namanya tersangat popular dengan kontroversi, bukan hanya di Kedah, hatta di seluruh Malaysia.

Exco ni pernah bergaduh teruk dengan MB Kedah hingga hampir wujud rampasan kuasa untuk dia dan kroni-kroninya menakhluki takhta Kerajaan Negeri. Namun disebabkan campur tangan pusat, exco ini dan kroninya terpaksa beralah dan memberi ruang kepada Aziazn untuk terus mentadbir Kedah.

Namun..ketika Azizan cuba untuk menyelamatkan Kedah dari terus huru-hara dari pelbagai salahlaku exco-exconya. Exco ini mengambil peluang yang pelbagai bagi mencemar nama Azizan sebagai reputasi MB Kedah yang baik.

Sudahla kes balak belum selesai, ditambah pula dengan kes pusat hiburan dan pub. Kini Mc diberitahu oleh orang Pas sendiri, exco ini menyalurkan projek BALAK KAYU GETAH kepada sepupunya. Tentunya ada persen untuk dirinya juga.

Itulah Pas..kita buat tak boleh, tapi kalau depa buat, boleh selalu.

Dulu mereka marah kita berkenaan dengan hal kroni dan salahgunakuasa, namun setelah menjadi kerajaan, apakah mereka tidak melakukan perkara sedemikian?

Zaman kerajaan lama mungkin kita ada sedikit ketirisan, namun kita beroleh lebih banyak kejayaan untuk dipaparkan. Tapi mereka ini, tidak ada kejayaan, hanya ketirisan yang berulang kali sehingga muak rakyat Kedah melihat mereka bersilat sesama sendiri.

Apakah rakyat Kedah mahu dan terus beri mereka kuasa memerintah Kedah? Ini baru 4 tahun, dah pelbagai perkara menyakitkan mereka buat. Andaikata ditambah 5 tahun lagi, Mc rasa Kedah bakal bankrup dan huru-hara.

Dulu bagi kroni balak, lepas tu rasuah dengan pusat hiburan, kemudian sapu Keli-K, dah sekarang ni masuk pulak Balak Getah.. adehh.. sudah-sudah la..






Blogger Pas mengamuk akibat dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang? @realDrMAZA

Posted: 09 Jul 2012 01:47 PM PDT


Jangan lupa dalam sejarah Islam, 3 orang khulafa' ur-rashidin sahabat Rasulullah saw,  iaitu Khalifah Umar Al-Khattab r.a, Khalifah Uthman Al-Affan r.a dan Khalifah Ali Abi Talib r.a meninggal dunia di hujung mata pedang, baik di tangan Putera Raja Parsi yang termakan hasutan untuk mendapatkan kemewahan dan kuasa, atau hasutan pemfitnah di kalangan umat Islam sendiri ataupun akibat tafsiran hukum yang melampau puak khawarij. 


Umat Islam seharusnya mengambil iktibar dari sejarah ini demi maslahah Islam dan ummah. Namun apabila ada di kalangan orang agama yang menghalalkan penentangan terhadap pemerintah, menghalalkan mufarraqah dan perpecahan di kalangan ummah dan menghalalkan pemerintah digulingkan dengan mata pedang, maka sejarah akan menghukum umat Islam berulang kali. Bermula dengan hasutan untuk membenci pemerintah, diikuti dengan menghalalkan pemberontakan terang-terangan terhadap pemerintah dan seterusnya bibit kebencian yang ditanam melalui fitnah dan hasutan yang berterusan, akhirnya manusia-manusia yang terdidik dengan kebencian ini akan terdorong untuk menghalalkan darah pemerintah demi mendapatkan kuasa.



Video yang merakamkan kejadian amuk

Petunjuk Siapa Penyerang - Yang Juga Blogger - di JPM Sudah Ditemui - Mengaku Imam Mahdi - Benci Polis Tentera - Hina Para Mufti !!!

Sebentar tadi dengan izin Allah panglima sudah temui sedikit info yang dirasakan boleh membantu PDRM untuk mengenalpasti latar belakang si penyerang yang dikatakan bernama Khalil Afandi Hamid berusia 47 tahun. 

Berdasarkan kenyataan pihak berkuasa yang menyebut nama beliau seperti di atas. Namun selepas dicari ada sedikit perbezaan di mana ada tambahan 
'A.Hamid' pada tulisan di blog beliau. Wallahu A'lam.

Didapati beliau menggunakan nama samaran ariff afandi bin khalil afandi hamid dan sejak Mac 2011 beliau sudah mahu melawan kerajaan dengan cara sendiri atas dasar Kerajaan dikatakan zalim.



Lihat persamaan parut di bahagian bahu dan juga sedikit kesan luka di perut antara kedua gambar ini 

Gambar pertama sewaktu muda di atas adalah gambar profile beliau yang ditemui di sebuah blog tanpa posting bertajuk http://gilaapamanusia.blogspot.com/  

Berdasarkan gambar penyerang siang tadi anda boleh kenalpasti wajah tidak berubah dan mungkin gambar ini ketika beliau muda. Turut ditemui ialah akaun FB beliau di sini http://www.facebook.com/khalil.afandi.1

Dipercayai beliau mula menulis blog pertama bermula September 2010. 

Di blog satu lagi ditulis Mei 2012. Dengan lokasi keduanya ditulis Seri Kembangan Selangor. 

No hp beliau ialah 01116342016 manakala no IC ialah : 650724106631 

Di ruang 'about me' beliau menulis : 


Hidup ini bukan untuk diANJINGkan bagai Polis Diraja M'sia dan Tentera

Ternyata si penyerang mempunyai jiwa yang bencikan anggota keselamatan. Selain itu Mufti Perak dan Mufti Johor juga digelar 'pengampu sultan'

Beliau dipercayai kahwin 11 tahun yang lalu dan berasal dari Taman Medan berdasarkan tempat mengundi yang ditemui di dalam rekod SPR. Adakah beliau berasal dari Taman Medan tempat lubuk PAS sejak dahulu hingga sekarang ? 

Jika berdsarkan kisah Zulkifli Nordin diserang seperti artikel AIDC di sini http://www.anwaraidc.com/?p=25395 memang jelas situ adalah lubuk tegar penyokong PAS. Dan tempat ramai 'samseng' yang pernah mencetuskan pergaduhan antara kaum akibat selisih faham ketika kenduri kahwin antara kaum Melayu dan India.



Antara yang ditulis beliau bersandarkan nama gelaran 'ariff afandi bin khalil afandi' :




ariff afandi bin khalil afandi said...

Salam sejahtera,


Aku suruh isteriku buat blog yang baru untuk aku.... aku namakan 



"GILA APA MANUSIA"



Aku akan bicara secara bersemuka pada pemerintah ataupun sesiapa.

Tidak ku peduli nak jadi apa.. Aku akan usaha sampai berjaya. Gila apa manusia.



Tidak aku sombong .... tidak juga bangga... aku juga manusia biasa.



Diusia muda tatkala aku tak kenal aku ini siapa.... kamu penguasa negara hanya mampu membiarkan saja.... kupukul sesiapa ku suka tak ku peduli Neraka. 



Kini diusia tua 47 tahun umurku... sudah aku kenal aku ini siapa... aku adalah Raja Dunia.



Diam semua kamu! Tatkala aku bicara.. hidup kamu ini untuk apa. Susah sengsara manusia kamu biarkan saja..... kamu semua memang celaka. 



Hormat lah kamu pada Raja.... aku peduli apa. Aku datang merampas singgahsana... turun kamu Sultan Gila dari tahta... kini aku nak ambil alih kuasa.



Saat dan tika sempadan takdir dari PEMUNYA... aku pasti datang meregut kuasa dari jantung-jantung setiap yang bernama Raja.



Ikut aku atau kubunuh semua... aku tak peduli kamu siapa.... Kerana apa?



Aku adalah Raja Dunia anugerah dari Allah Tuhan ku.



MAHA SUCI ALLAH
3 March 2012 06:38
Seterusnya antara yang ditulis oleh beliau :
Ketiga-tiga racun ini dimamah oleh Sultan Selangor aka Luncai macam gula-gula. Itu dia Tuhan untuk Ustad Kazim Elias. Shuuut.... taruk jari dimulut. Biarkan... biarkan... biarkan siLuncai terjun labu-labunya. Bukan aku yang kata tapi siKazim Elias. Kalau nak marah..... marahlah siKazim tot tot.
Tentang Mufti Tan Sri Harussani diungkapkan begini : 
Memanglah dari raut wajahnya pun dah tergambar...... cannot be trusted. Dia inilah yang dikata pendusta dalam ugama. Yang peliknya dia ceramah cerita pasal ulama suuk. Habisnya siapa dia yang ulama suuk. Jawapannya semua kamu adalah ulama suuk dan  inilah yang manusia gelarkan Alim-alim kucing. Sana kencing sini kencing habis semua sudah hancing. 
Tentang mantan Mufti Johor Dato Noh Gadut dilabelkan oleh beliau sebagai pengampu Sultan Johor.
Tentang Raja Melayu beliau menulis : 

Semua kerajaan Islam kena beri laluan kepada Imam Mahdi. Mana-mana negara Islam yang tidak berBaaiat dengan Imam mahdi adalah musuh yang akan diperangi. Semua raja-raja Melayu kena turun dari TAHTA mereka. Semua raja-raja akan berada dan hidup dijalanan. Supaya mereka boleh belajar hidup ni apa sebenarnya. 

Hidup macam orang biasa. Semua harta serta emas permata raja-raja Melayu akan ditaburkan dijalan raya. Ambil semuanya apa mau mu. Kita jadikan ia harta rampasan perang. Ambil semuanya.... bergembiralah. Hari ini adalah hari kemenangan untuk semua. 

Dalam analisa hamba lakukan didapati hanya seorang dua sahaja yang memberi sokongan kepada penulisan blogger Imam Al Mahdi ini. Beliau mudah 'terangsang' dengan pujian dan juga permintaan terhadap tajuk tertentu seperti yang ditinggalkan di dalam ruang komen yang ada di blog tersebut.  

Setakat itu dahulu penemuan hamba terhadap penyerang di JPM siang tadi. Semoga ia membantu memahami siapakah diri penyerang dan pemikirannya. Agar jangan ada yang berkata penyerang ini upahan Umno/ BN untuk mencipta gelombang militan dan subversif terhadap PAS. Jelas perkataan yang ditulis mencerminkan ideologi penganut mazhab politik PAS yang kuat menghina para mufti selain polis serta kerajaan yang ada hari ini termasuk Raja Melayu kita.

Bukalah dada dan pasangkanlah telinga serta celikkanlah mata.



selesai tulis jam 12.47 pagi Selasa 10 Julai 2012



#TukarKelantan : Nik Aziz zalim! Negeri berkebajikan Pas tindas rakyat!

Posted: 09 Jul 2012 06:00 AM PDT




Eksklusif #SaveKelantan : Kedaifan Penduduk DUN Chempaka Di Bawah Regim Nik Aziz #MBMalas - Siri 2

http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/07/savekelantan-kedaifan-penduduk-dun.html


Sambung dari [sini]

Kg. Pulau Gajah merupakan sebuah perkampungan pesisir pantai yang mana jarak perkampungan ini dari rumah Nik Aziz Nik Mat lebih kurang 10 kilometer sahaja. Untuk pengetahuan saudara pembaca bukan Mariam Binti Mat Deris sahaja yang tinggal dalam keadaan daif di perkampungan ini.

Hasil tinjauan yang saya lakukan perkampungan ini turut didiami lebih 20 keluarga yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan sedangkan mereka merupakan rakyat Kelantan yang berada di bawah DUN Chempaka yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan sendiri.

Selepas saya melawat rumah Mariam Binti Mat Deris saya mengunjungi sebuah lagi rumah yang mana keadaannya lebih daif selain dipenuhi dengan sampah-sarap. Mungkin ada di kalangan pembaca pernah terdengar kisah seorang ibu dan anaknya dari Kelantan yang tinggal bersama kambing yang diperkatakan media sekitar tahun 2011.

Walaupun ianya telah dipaparkan media sekitar tahun lepas, nampaknya kerajaan PAS Kelantan masih lagi buta perut kerana sehingga kini mereka gagal membela nasib-nasib keluarga yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan walaupun di bawah Dun yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan sendiri.

Saya tidak sempat berbual lama dengan individu kedua yang saya lawati kerana pada waktu itu kelihatan beliau sedang sibuk bekerja di halaman rumahnya. Namun dari perbualan ringkas saya ternyata, wakil rakyat dan kerajaan negeri PAS gagal melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka.

Ibu malang bersama anaknya menceritakan keperitan yang beliau alami kerana tiada wakil rakyat PAS yang membantu.


Di sinilah tinggalnya ibu malang bersama anaknya.
Suasana dari dalam rumah.
Tempat mandi dan mencuci pakaian.
Pandangan dari jauh.
20 keluarga di Kg. Pulau Gajah iaitu sebuah kampung yang berada di bawah DUN Chempaka yang diwakili oleh Nik Aziz Nik Mat bukan sahaja tinggal dalam rumah yang daif malah mereka tinggal bersama sampah-sarap.

Bukankah Islam itu menggalakkan umatnya menjaga kebersihan? Nampaknya selain gagal membela nasib rakyat di DUN yang diwakilinya sendiri. Nik Aziz Nik Mat turut gagal menerapkan nilai-nilai Islam kepada rakyat di sini.

Persekitaran yang kotor.
Daif dan serba kekurangan.

Mana mungkin kerajaan negeri yang diperintah PAS Kelantan tidak mampu untuk membina rumah kos rendah 1 bilik serta memindahkan penduduk di Kg. Pulau Gajah yang dalam keadaan daif ini agar mereka dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa?

Adakah ini konsep 'Negara Kebajikan' yang mereka laungkan?

Bagaimana mereka mampu merealisasikan konsep 'kebajikan' apabila memerintah Malaysia, jika rakyat setempat yang tidak sampai 100 orang dan juga pengundi di kawasan sendiri pun GAGAL dibela oleh seorang yang berjawatan Menteri Besar bernama Nik Aziz Nik Mat?

Ternyata Nik Aziz Nik Mat seorang Menteri Besar yang GAGAL walaupun memerintah Kelantan lebih 20 tahun...

YY : Rakyat DUN sendiri dokleh jago, ado hati nok jago rakyat Malaysia? 



Visual Amuk di JPM - Mengamuk selepas dengar ceramah @abby_abadi112 ?

Posted: 09 Jul 2012 04:08 AM PDT


amukjpm3

Mujurlah kejadian menggunakan pedang samurai. Jika gunakan bom? Mungkin selepas mayat bergelimpangan baru kita boleh tahan pengganas sebegini?

Macam-macam... petang Isnin di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya kecoh seketika selepas seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Kejadia amuk tersebut berlaku apabila seorang lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Utusan melaporkan Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.-9/7/2012 Agenda daily




Terkini Ahli Parlimen Pas, Mahfuz Omar pula tersenarai sebagai #MPmalas

Posted: 08 Jul 2012 11:01 PM PDT


Sebelum ini Azmin, Khalid Samad, Nurul Izzah dan Gobind-Deo juga dikatakan jarang turun padang dan tidak menjaga kawasan parlimen masing-masing dengan baik

TUDIAA!! Orang Pokok Sena HINGAQ Mahfuz Tak Buat Kerja!! #MPmalas
http://kedahkekl.blogspot.com/2012/07/tudiaa-orang-pokok-sena-hingaq-mahfuz.html

Ahli Parlimen yang paling suka komplain pasal orang dalam Malaysia ni, si Mahfuz Omar akhirnya di komplain pulak oleh orang pokok Sena sendiri. Ingat orang yang suka komplain pasal orang ni buat kerja baguih sangat. Rupanya lagi terukkk.. awat la depa ni lupa bagi dia cermin untuk cermin-cerminkan diri dia dari mengata kat orang?

Baru jadi ahli parlimen dah orang bising.. agak-agak la kalau jadi menteri atau Menteri besar.. orang macam dia ni, boleh buat kerja ka?

POKOK SENA Julai – Kira-kira 203 pesawah dari Kampung Banggol Cengal, Kampung Bendang Perang dan Kampung Jabi di sini mengalami kerugian lebih RM160,000 apabila sawah mereka diserang tikus sejak bulan lalu.


Hampir 270 hektar sawah di tiga kampung terbabit diserang haiwan perosak itu dan 77 hektar daripadanya rosak teruk sehingga tiada hasil padi boleh dituai.


Seorang pesawah dari Kampung Bendang Perang, Ahmad Khamis, 61, berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM1,200 pada musim ini apabila satu hektar sawahnya diserang tikus.


"Tikus menyerang padi pada waktu malam dan habis batang padi dimakannya sehingga menyebabkan pokok padi mati. Kami dah gunakan racun untuk mengurangkan jumlah tikus namun masih gagal kerana racun yang digunakan tidak mampu membunuh haiwan perosak ini," katanya ketika ditemui di Kampung Banggol Cengal di sini semalam.


Menurut Ahmad, sebelum ini kawasan sawah di kampung itu pernah diserang tikus, namun kerosakan pokok padi yang dialami hanya sedikit berbanding musim kali ini tikus menyerang dengan pantas dan merosakkan pokok padi dalam tempoh dua minggu sahaja.


"Pokok padi mati dan sepatutnya kami boleh menuai hasil dalam tempoh 20 hari lagi, namun kami hampa kerana pokok padi habis dimusnahkan tikus," jelasnya.


Seorang lagi pesawah, Md. Ali Bakar berkata, kehadiran tikus-tikus yang merosakkan padi di kawasan sawah membuatkan ramai pesawah mengalami kerugian pada musim ini.


"Tikus memang banyak sehingga kami pasang perangkap pun jumlah masih banyak dan sukar untuk kami musnahkan haiwan perosak tersebut" ujarnya.


Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom yang meninjau kawasan sawah di tiga kampung itu berkata, pihaknya akan mengarahkan pesawah dan pegawai-pegawai pertanian yang terlibat mengadakan gotong-royong dengan segera bagi mengurangkan jumlah tikus di kawasan terlibat.


"Saya juga mahu pegawai-pegawai pertanian lebih kerap mengadakan perjumpaan dengan pesawah selepas ini bagi memastikan masalah-masalah yang berkaitan dengan sawah padi dapat diatasi dengan segera," ujarnya. UTUSAN


Laaa... akhirnya menteri jugak yang tolong pesawah ni.. mana depa punya ahli parlimen? Sibuk ceramah kutip duit sana-sini kot.. sampai takdan nak tengok rakyat kawasannya. Suruh si Mahfuz bukak buku balik, apa tanggung jawab paling utama jadi ahli parlimen? hmm..




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...