KUALA LUMPUR 9 Julai – DAP dilihat akan menjadi dominan berbanding sekutunya Pas dan PKR jika benar dakwaan parti tersebut bakal bertanding di 90 kawasan parlimen pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim.
Namun beliau meminta semua pihak tidak terlalu cepat menghukum sebaliknya memerlukan penjelasan lanjut daripada parti berkenaan termasuklah dalam soal nisbah kaum yang akan mewakili mereka.
"Ini masih berasaskan kepada andaian…. saya tidak tahu ianya betul atau tidak tetapi yang pertama disentuh tidak menolak kemungkinan bahawa jumlah kerusi yang ditandingi agak logik kerana kawasan majoriti kaum Cina yang biasa mereka bertanding ditambah dengan kawasan kerusi bercampur membolehkan jumlah berkenaan dicapai.
"Kita jangan terlalu cepat menghukum tetapi saya nak tahu 90 kawasan itu berapa ramai kaum Melayu, Cina dan India yang akan mewakili DAP. Mungkin 90 itu dibahagikan secara rata atau pun 80 Melayu dan 10 Cina saya tidak tahu.
"Tetapi apa yang penting mereka berideologikan DAP, maka DAP akan menjadi parti yang dominan dalam pakatan mereka dan yang paling saya nak tahu apa reaksi Pas dan PKR kerana mereka juga mendakwa yang mereka sebenarnya menjadi ketua pakatan tersebut.
"Kalau ikut komposisi kerusi jelas DAP yang menguasainya dan Pas serta PKR yang kurang kerusi makin terus mengecil selepas menang nanti. Bagaimana kumpulan kecil mahu menguasai kumpulan yang besar. Jadi ini satu perkara yang sangat menarik untuk ditunggu dan selebihnya dasar negara akan bergantung lebih kepada perjuangan DAP," katanya kepada UMNO-Online.
Akhbar hari ini melaporkan DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.
Maklumat mengenai perkara itu didedahkan oleh sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com dan kemudian disokong dengan maklumat serupa oleh blog www.mykmu.net serta pisau.net.
Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah jika itulah realitinya kelak, Pas dan PKR boleh melupakan perjuangan mereka termasuklah buku yang diagung-agungkan oleh parti pembangkang iaitu Buku Jingga.
"Dasar negara akan jadi dasar DAP jika mereka diberikan mandat untuk menjaga negara. Pas dan PKR sekadar cukupkan jumlah……Lupakanlah tentang perjuangan Pas dan lupakanlah perjuangan PKR yang tidak berapa ada itu kerana yang akan menentukan coraknya nanti adalah DAP. Apa juga falsafah perjuangan DAP akan jadi teras kepada pentadbiran Malaysia pada ketika itu. Itu yang kita cuba nafikan.
"Sebab itu kita kena ingat dasar negara hari ini adalah dasar BN. Kita tentukan kerusi bertanding bawah tiket BN walaupun mereka cuba mengelirukan rakyat dengan membuat tohmahan UMNO sebagai "big brother", tetapi UMNO tidak bertanding pilihan raya. Yang bertanding pilihan raya adalah BN.
"Berbanding dengan mereka yang akan menentukan dasar adalah DAP kerana mereka bertanding di bawah tiket DAP. Buku Jingga hanyalah untuk dapatkan sokongan dan bila dah jadi kerajaan belum tentu akan diikut. BN belum pernah bentangkan apa juga buku atau dasar yang berbeza sebelum pilihan raya sebab kita mesyuarat daripada awal," katanya.
Razali seterusnya percaya DAP tidak mahu kepada Buku Jingga kerana buku berkenaan tidak lengkap dan tidak tepat.
"Mereka bersetuju dengan Buku Jingga tetapi komposisi waktu bertanding tidak bermakna buku itu menjadi kenyataan dan saya percaya DAP tidak mahu Buku Jingga sebab buku itu tidak lengkap dan tidak tepat. DAP pun tahu. Kalau kita tengok di dewan rakyat saya tidak nampak DAP mempertahankan Buku Jingga…..apatah lagi bila mereka berkausa nanti. Dia boleh ubah," katanya.
Terdahulu sebelum itu beliau yang juga Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO menyaksikan majlis penyerahan pelatih MANTAP II (Mahasiswa Turun Bersama Ahli Parlimen) yang dirasmikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Dewan Sri Endon, PWTC.
Menurut Razali seramai 70 mahasiswa terlibat menjayakan program tersebut yang mana mahasiswa berkenaan akan berkhidmat dengan Ahli Parlimen BN daripada UMNO selama sebulan.
"Mereka ini terdiri daripada kumpulan kedua dan mereka akan diberi ruang dan peluang untuk menilai serta melihat tugas-tugas wakil rayat dalam melaksanakan tugas mereka terhadap rakyat.
"Ini sekaligus memberi peluang kepada mahasiswa untuk mencari pengalaman dan mereka diberikan tugas sebagai penilai kepada Ahli Parlimen dan begitulah sebaliknya. Pada kali ini mereka akan ditempatkan di pusat khidmat wakil rakyat," katanya.
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment