UMNO Online - “Scorpene : Zahid Ulangi Tak Perlu Tubuh Jawatankuasa Siasatan” plus 9 more |
- Scorpene : Zahid Ulangi Tak Perlu Tubuh Jawatankuasa Siasatan
- Isu Kilang Lynas : Antara Realiti, Fakta Dan Takut Di Makan Sumpah
- 11 Fakta Pas Bukan Mendaulatkan Agama
- Tak Perlu Kaji Semula Pengharaman Buku Anti Hadis, Kata Mufti Dan Aktivis Islam
- Status Bekalan Air Lembah Klang Diumum Setiap Minggu
- 75 Peratus Graduan IPT Dapat Kerja Dalam Tempoh Enam Bulan : Khaled
- DBP Mungkin Ada Kuasa Ambil Tindakan
- Anwar Sues People To Shut Their Mouth, Says Mahathir
- Govt Lines Up 350 Programmes To Train Youths In Sabah To Be Self-Reliant
- Malaysia Contributes RM4 Million To Palestinians
Scorpene : Zahid Ulangi Tak Perlu Tubuh Jawatankuasa Siasatan Posted: 27 Jun 2012 04:46 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Jun – Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengulangi bahawa tidak perlu ditubuhkan jawatankuasa siasatan pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia kerana pembeliannya telah mengikut peraturan dan tatacara pembelian yang ditetap Kementerian Kewangan. Bagaimanapun, katanya terpulang kepada mana-mana pihak lain khususnya pembangkang, jika mahu menubuhkan jawatankuasa siasatan sendiri asalkan bukan di bawah Parlimen. Semalam Ahmad Zahid ketika menggulung ucapan penangguhan oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) di Dewan Rakyat, berkata tidak ada keperluan menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat pembelian kapal selam baru Scorpene kerana pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara. Sebelum itu, Anggota Parlimen Lembah Pantai berkenaan mengemukakan beberapa cadangan termasuk penubuhan suruhanjaya bebas bagi menyiasat isu pembelian perolehan pertahanan negara tersebut. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata tatacara perolehan itu melibatkanpelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian teliti dibuat bagi memastikan perolehan menepati keperluan ATM. Zahid sebelum itu menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM ke-22 di Kementerian Pertahanan di sini, yang turut dihadiri Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Udara Tan Sri Rodzali Daud dan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor. Kewujudan anugerah itu adalah untuk mengiktiraf anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam bidang akademik di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar menjadi satu galakan atau insentif kepada anak-anak anggota ATM. “Pada tahun ini, bilangan pelajar yang cemerlang telah meningkat lagi sebanyak 19.8 peratus dengan 304 pelajar cemerlang dalam SPM dan 651 pelajar cemerlang dalam PMR menjadikan kesemuanya seramai 955 pelajar cemerlang berbanding 797 pelajar cemerlang tahun lepas,” kata Zahid dalam ucapannya. Beliau dalam pada itu menyatakan penghargaan kepada LTAT dan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang sentiasa membantu dan menghulurkan bantuan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan anak-anak ATM dari sekolah rendah hingga ke universiti. “Saya mengharapkan agar LTAT akan terus memberikan sumbangan untuk meningkatkan pencapaian anak-anak warga ATM dalam bidang akademik,” katanya. |
Isu Kilang Lynas : Antara Realiti, Fakta Dan Takut Di Makan Sumpah Posted: 27 Jun 2012 04:42 AM PDT Ogos tahun lalu, Ahli Parlimen Pas Hulu Langat Dr Rosli Che Mat pernah mengakui projek pembangunan kilang Lynas langsung tidak membahayakan kesihatan kerana ianya bukan seperti mana loji nuklear sebagaimana cuba digambarkan oleh propaganda pembangkang. Malah beliau secara terbuka mengecam pendekatan propaganda pembangkang khususnya PKR yang memanipulasi isu Lynas sehingga memesongkan fakta sebenar kepada khalayak umum sekaligus mencetuskan kegusaran segelintir anggota masyarakat. Namun, kini setelah hampir setahun berlalu tiba-tiba beliau dilaporkan berkata tidak menyokong Lynas dan projek tersebut belum tentu selamat sebagaimana disiarkan oleh lidah rasmi Pas dan beberapa portal lain. Bukankah begitu kontradiks dengan kenyataan beliau pada 24 Ogos lalu? Antara kata-kata beliau yang masih tergiang-giang ditelinga kita termasuklah kenyataan berikut;- "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya". "Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan Pas mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah". "Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin. Saya pun malu. Saya orang Pas juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah." Kenyataan tersebut yang diucapkan beliau pada 24 Ogos 2011 yang lalu telah disiarkan oleh TV3 dalam laporan ringkasnya berkaitan isu Lynas. Turut sama mengulas isu tersebut ialah seorang lagi saintis nuklear, Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli. Selanjutnya menurut Dr Rosli lagi, "Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment". Berikutan kenyataan beliau yang disiarkan oleh TV3 itu akhirnya menyebabkan Dr Rosli dipanggil beberapa kali oleh pucuk pimpinan Pas kerana kenyataan tersebut diklasifikasikan sebagai bertentangan dengan dasar Pas yang anti Lynas. Pun demikian, bila kita baca bait demi bait kenyataan Dr Rosli itu jelas sekali beliau tidak bersetuju dengan manipulasi dan penyelewengan fakta oleh pembangkang dalam isu Lynas. Dan beliau sendiri mengakui projek Lynas selamat dan tidak membahayakan kesihatan. Dalam erti kata lain, sebagai seorang saintis nuklear, beliau berkata benar demi mengelakkan orang ramai terus tertipu dengan pemesongan fakta yang di adu domba oleh pembangkang khasnya PKR.
Manakala pada Februari 2012 yang lepas pula ketika diminta mengulas mengenai Himpunan Hijau 2.0, sekali lagi beliau menegaskan Lynas adalah loji yang mengeluarkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear malah ia selamat dan tidak membahayakan selagi adanya pemantauan. Persoalan sekarang, apakah kerana tekanan dari pimpinan Pas menyebabkan beliau kini terpaksa membuat kenyataan yang akhirnya membelit dirinya sendiri? Atau adakah kerana takut dimakan sumpah 'baiah' taat setia, maka kebenaran terpaksa dilacurkan demi mempertahankan dasar haru biru parti sendiri? Dr Ayam Gebeng |
11 Fakta Pas Bukan Mendaulatkan Agama Posted: 27 Jun 2012 04:22 AM PDT Ada 11 fakta Pas bukan mendaulatkan agama, sebaliknya hanya memperkudakan agama untuk mendaulatkan kuasa; 1. Maksud perjuangan untuk dunia dan bukan akhirat. Lisan kata untuk keredhaan Allah, perbuatan lebih menampakkan untuk mencapai keredhaan makhluk. 2. Niat tidak ikhlas kerana Allah dan bertindih-tindih. Untuk Allah ya, untuk kuasa pun ya. 3. Nabi mendaulatkan agama dengan kasih sayang tapi Pas daulatkan agama dengan mengadaikan silaturrahim dan umat Islam berpecah. 4. Nabi tolak tawaran untuk menjadi raja demi kedaulatan agama, tapi Pas memang berusaha untuk jadi penguasa untuk mendaulatkan agama juga katanya. Jadi cara Pas sama sekali bertentangan dengan cara nabi. 5. Nabi tak yakin dengan kuasa, kedaulatan agama boleh tercapai, tapi Pas yakin hanya dengan kuasa kedaulatan Islam boleh terpelihara. Jelas, yakin Nabi dengan yakin Pas sama sekali bertentangan. Jika yakin nabi kepada Allah, yakin PAS pula selain kepada Allah, yakin juga kepada yang selain dariNya. 6. Nabi laksana hudud di atas kerelaan si pesalah, iaitu dengan pengakuan secara rela kerana mengakui kesilapan dan ingin bertaubat seterusnya meminta dia dihukum di dunia lagi sebagai bukti mereka benar-benar bertaubat. Pas pula mahu amal hudud melalui kuatkuasa undang-undang yang perlu diluluskan oleh 2/3 ahli dewan rakyat. Masalah kerelaan dan taubat tidak timbul langsung. 7. Maksud hudud nabi adalah kejayaan selepas mati untuk si pesalah yang bertaubat sebelum mati. Maksud hudud Pas adalah untuk memberitahu rakyat bahawa parti mereka mahu melaksanakan hudud tapi dihalang oleh UMNO. Maknanya, mereka mahu memberitahu rakyat bahawa UMNO tolak agama. Itu saja. Tiada hubung kait dengan “kerana Allah” dan kehidupan selepas mati. Jika pesalah dihukum rejam melalui hudud paksa Pas, belum tentu si pesalah itu bertaubat dan mendapat kejayaan syurga selepas mati. 8. Bagi Pas, perjuangan yang dibawa oleh UMNO, salah dari sudut agama dan tidak boleh dikompromi, tetapi perjuangan mereka menggunakan landasan demokrasi berparlimen dan sistem undi juga jelas bukan datang dari Islam. Boleh pula dikompromi dan tidak salah. 9. Perjuangan nabi adalah untuk memastikan setiap dari umatnya beriman dengan Allah dan bersaksi bahawa Muhammad itu utusanNya. Seterusnya setiap manusia akan mendapat kejayaan di alam yang kekal abadi. Perjuangan islam Pas, perjuangan berpilih-pilih ibarat kasih bertompok-tompok, benci melata-lata. Yang patut dikasihi, dibenci. Yang patut dibenci dibuat kawan. Yang patut disokong, ditentang. Yang patut ditentang, dia subahat pula. 10. Nabi tidak pernah menjatuh hukum seseorang itu kufur dan jatuh kafir, walaupun baginda tahu ada 83 orang munafik di kalangan sahabat ketika itu. Baginda hanya memberi senarai munafikun ini kepada penyimpan rahsia baginda, Huzaifah r.a dan tidak menghebahkannya kepada umum. Tapi Pas, hari-hari ceramah menjatuh hukum kepada sesiapa saja yang tidak sealiran dengan perjuangannya. 11. Perjuangan Islam Pas tidak dapat bebas dari sifat yang dibenci nabi, iaitu bohong, fitnah dan dusta, sombong, riak dan takabbur. Jika tak percaya selalu-selalulah pergi dengar ceramah Pas. Kesimpulannya, Perjuangan Pas bukan perjuangan untuk mendaulatkan Islam. Realitinya, Pas hanya menjadikan Islam sebagai perkakas untuk menyempurnakan cita-citanya untuk berkuasa. Kononnya hanya dengan cara melalui kuasa saja Islam boleh didaulatkan di negara ini. Pas menjatuhkan hukum syirik kepada UMNO, apabila ada kalangan pemimpin UMNO berkata, “hanya UMNO yang mampu memimpin negara ini”. Bagaimana pula hukumnya, apabila Pas berkata, “hanya dengan cara mendapat kuasa terlebih dahulu, barulah Islam dapat didaulatkan”??? kkamdias.blogspot.com |
Tak Perlu Kaji Semula Pengharaman Buku Anti Hadis, Kata Mufti Dan Aktivis Islam Posted: 27 Jun 2012 03:54 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Jun – Beberapa orang mufti dan aktivis Islam menolak desakan supaya pengharaman buku “Hadis: Satu Penilaian Semula” tulisan Kassim Ahmad yang dikaitkan dengan anti-hadis, ditarik balik. Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata usaha Kassim supaya kerajaan menarik balik pengharaman itu adalah sia-sia. “Para ulama hampir seluruhnya menolak pandangan ganjil beliau. Debat dan jawapan kepada pandangan pelik beliau telah lama direkod dan sudah menjadi bahan sejarah. “Jadi kita tidak perlu membuang masa melayan perkara yang sia-sia seperti ini dan beliau sepatutnya mengkaji semula pandangannya itu,” katanya kepada Bernama dalam satu SMS di sini hari ini. Semalam, sebuah portal berita melaporkan Kassim Ahmad menuntut kerajaan menarik semula pengharaman itu dan beliau mendakwa sudah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkenaan perkara itu tiga bulan lepas. Kerajaan pada 10 Julai 1986 mengharamkan buku itu manakala Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat buku itu mengandungi fahaman bertentangan dengan akidah. Antara kandungan buku itu ialah penyelewengan dari sudut akidah iaitu menolak hadis secara total sebagai sumber akidah dan perundangan Islam, menolak dua kalimah syahadah, menolak Qada' dan Qadar (satu daripada Rukun Iman), dan memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran. Percanggahan dari sudut syariah pula ialah menolak pensyariatan sembahyang, menolak ketetapan hukum Fiqh Islam mengenai aurat wanita manakala percanggahan dari sudut akhlak ialah menghina peribadi dan kedudukan Rasulullah dan mencerca dan memfitnah para ulama. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata buku itu tidak perlu kajian semula. “Nak kaji buat apa. Tidak perlu lagi. Semua tindakan sudah diambil. Dan hanya dia seorang yang mempertikaikan tindakan ke atas buku yang diharamkan itu,” katanya kepada Bernama. Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Nakhaie Ahmad menasihatkan mereka yang mahukan pembaharuan dalam Islam agar terlebih dulu mendalami Islam, al-Quran dan hadis. “Faham betul Islam itu dan jangan buat perkara-perkara yang mengarut. Jangan buat kajian mengikut kehendak dan fahaman kita sahaja. Faham tradisi ilmu, pengajian, intelektual Islam dan kemudian menguasainya,” katanya. Beliau berkata pembaharuan adalah baik tetapi sekiranya membawa idea yang cetek ia akan hanya menghabiskan masa orang lain untuk membincangkannya. |
Status Bekalan Air Lembah Klang Diumum Setiap Minggu Posted: 27 Jun 2012 03:49 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Jun – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan mengumumkan status bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya setiap Jumaat, kata Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som. Syabas melakukan demikian menerusi media massa selepas menerima aduan dari orang ramai mengenai gangguan bekalan air yang kerap kali berlaku di sekitar Lembah Klang sejak 17 Mei lepas. “Kawasan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Klang yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah bukan disebabkan oleh cuaca panas tetapi permintaan air yang semakin meningkat dari pengguna sejak akhir-akhir ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Eco Challenge Kelab Briged Penyelamat Sungai anjuran Syabas dan Puncak Niaga Sdn Bhd di Nur Laman Bestari Eco-Resort di Hulu Yam dekat sini, Rabu. Turut hadir Pengarah Urusan Puncak Niaga Sdn Bhd Datuk Syed Danial Syed Ariffin dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Nor’ Aini Abdul Wahab. Abdul Halem menafikan bahawa gangguan bekalan air itu adalah disebabkan oleh penyusutan paras air di kolam simpanan utama ekoran cuaca panas dan kering. Faktor utama menyumbang masalah itu adalah permintaan air dalam beberapa minggu ini mencecah kadar maksimum pengeluaran dan menjangkaui kapasiti pengeluaran loji. Dalam pada itu, Syed Danial menasihati orang ramai mengguna air secara berhemah dan menyimpan bekalan air yang mencukupi sebagai persediaan awal sekiranya berlaku gangguan bekalan. Mengenai program Eco Challenge, beliau berkata ia adalah program kesedaran menjaga sungai dan alam sekitar membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah. “Program hari ini membabitkan sejumlah 150 pelajar sekolah menengah dan rendah dari empat buah sekolah iaitu Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Baharu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Baharu, SMK Darul Ehsan dan Sekolah Kebangsaan Gombak Utara,” katanya. Sehingga kini, seramai 4,630 pelajar dari 218 buah sekolah rendah dan menengah dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, menyertai program itu, katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha KeTTHA, Nor’ Aini Abdul Wahab berkata orang ramai perlu bekerjasama dalam memelihara sungai-sungai agar ia tidak tercemar dan kotor kerana ia merupakan sumber air utama negara. |
75 Peratus Graduan IPT Dapat Kerja Dalam Tempoh Enam Bulan : Khaled Posted: 27 Jun 2012 03:45 AM PDT PUTRAJAYA, 27 Jun – Kajian Pengesanan Graduan 2011 mendapati 75 peratus graduan institusi pengajian tinggi (IPT) memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kajian yang bermula pada 2007 hingga 2011 itu juga menunjukkan berlaku peningkatan peratusan graduan yang mendapat kerja dalam tempoh berkenaan. “Trend graduan universiti penyelidikan mendapat pekerjaan (termasuk bekerja, melanjutkan pengajian, menunggu penempatan pekerjaan, meningkatkan kemahiran) meningkat dari 71.3 peratus pada 2007 kepada 77.4 peratus tahun lepas,” katanya. Bagi universiti komprehensif, angka meningkat daripada 67 peratus kepada 72.2 peratus manakala peratusan graduan universiti berfokus yang mendapat kerja pula meningkat kepada 74.2 peratus berbanding 69.8 peratus pada 2007. Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan kementerian Datuk Omar Abd Rahman pada majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) dan pelancaran Inisiatif Pembangunan bagi universiti penyelidikan Modal Insan antara kementerian dan Might-Meteor Advanced Manufacturing Sdn Bhd, di sini hari ini. Mohamed Khaled berkata MoU itu bertujuan meningkatkan keberkesanan pembangunan bakat negara dengan menubuhkan pangkalan data graduan bagi membolehkan kementerian menyalurkan data graduan kepada Might-Meteor. Sementara itu, seramai 24 graduan IPT awam (IPTA) tempatan menerima sijil tamat kursus selama 16 bulan dalam program Leader Aerospace dan mereka kini kompeten dalam reka bentuk, analisis struktur dan keupayaan pembuatan komposit. Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi Advanced Manufacturing Institute Jasmin Baba berkata program itu bertujuan mewujudkan pemimpin teknologi masa depan dalam kalangan graduan IPTA tempatan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan di syarikat berteknologi tinggi yang melabur di Malaysia. Lima daripada mereka sudah mendapat pekerjaan di luar negara dan selebihnya bekerja dalam negara yang kebanyakannya sebagai jurutera, katanya pada sidang akhbar kemudian. “Antara universiti yang menyertai program ini ialah Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Malaya. Industri berpuas hati dengan bakat-bakat dari university tempatan ini,” katanya. |
DBP Mungkin Ada Kuasa Ambil Tindakan Posted: 27 Jun 2012 03:41 AM PDT KUALA LUMPUR:, 27 Jun – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengambil tindakan terhadap sebarang kesalahan penggunaan Bahasa Melayu dalam iklan di tempat awam, persidangan Dewan Rakyat diberitahu. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pada masa ini kuasa memantau kesalahan penggunaan Bahasa Melayu dalam iklan di tempat awam terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). “Penasihat undang-undang (kementerian) sedang jalankan kajian sama ada DBP akan diberi kuasa untuk ambil tindakan. Pada masa ini, kita masih mengharapkan kerjasama PBT untuk memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan terutama oleh pihak swasta,” katanya pada sesi soal jawab. Katanya pendekatan DBP adalah lebih kepada menegur, menasihat dan mendidik dalam memartabat Bahasa Melayu berbanding menghukum pihak-pihak yang tidak menggunakannya dengan betul. Menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang ingin tahu sama ada DBP mempunyai kepakaran untuk melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu dalam semua aspek, Mohd Puad berkata DBP mempunyai satu unit yang sentiasa membuat teguran dalam memastikan tahap dan mutu penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan tepat oleh semua pihak. Katanya, sehingga kini lebih sejuta istilah dalam kira-kira 60 bidang ilmu dalam 289 judul daftar istilah, glosari dan kamus dihasilkan oleh DBP sejak penggubalan istilah dibuat pada tahun 1956. Justeru, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik tidak boleh diajar dalam Bahasa Melayu. “Saya yakin Bahasa Melayu boleh jadi bukan sahaja bahasa ilmu, tetapi bahasa perpaduan. Bahasa Melayu yang moden ini mampu bersaing dan tanggungjawab kita untuk pertahankannya agar tidak hilang di dunia,” katanya. Menjawab soalan asal Salleh Kalbi (BN-Silam) mengenai penggunaan istilah bahasa dalam Melayu yang dilihat semakin berleluasa, Mohd Puad menjelaskan bahawa perkataan yang berasal dari bahasa asing tetapi disesuaikan bentuk dan ejaan sebenarnya telah menjadi kata bahasa Melayu bukan lagi bahasa asing. “Pengambilan istilah dari bahasa asing boleh dibuat jika sudah tiada lagi sumber dalam Bahasa Melayu baku, dialek atau bahasa serumpun,” katanya. |
Anwar Sues People To Shut Their Mouth, Says Mahathir Posted: 27 Jun 2012 03:29 AM PDT PUTRAJAYA, June 27 – Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad says the “suing spree” of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is his customary approach in shutting other people’s mouth. “This is because when a matter is referred to court, it can no longer be discussed, otherwise it will be subjudice. “He sued me, as you know, and for four years I could not open my mouth. So, that is his way of campaigning; stop people from talking and yet he believes in freedom of speech and things like that,” he told reporters at the Perdana Leadership Foundation building, here, today . Dr Mahathir was asked to comment on a newspaper report of a former associate of Anwar, Senator Datuk S. Nallakarupan, accusing the opposition leader of going on a “suing spree” to prevent his misdeeds from being exposed to the public. The former premier had earlier received a courtesy call from Guinea President Alpha Conde, who is on his first official visit to Malaysia. On the meeting which took about half an hour, Dr Mahathir said the president wanted to know more about Malaysia and to learn how the government developed the country which could help him develop his. Earlier, Conde had a meeting with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, where both parties agreed to look into new areas of bilateral relations. Najib and Conde also witnessed the signing of a memorandum of understanding on higher education collaboration between Malaysia’s Higher Education Minister Datuk Seri Khaled Nordin and Guinea’s International Cooperation Minister Prof Datuk Koutoub Moustapha Sano. Najib also hosted lunch for the president at the prime minister’s official residence, Seri Perdana, here. |
Govt Lines Up 350 Programmes To Train Youths In Sabah To Be Self-Reliant Posted: 27 Jun 2012 03:26 AM PDT KUNAK, June 27 – The Youth and Sports Ministry has lined up 350 programmes to train the underprivileged people in Sabah, especially youths, to be self-reliant and able to get out poverty. Its deputy secretary-general (Youth) Awang Damit Awang Anak said the programmes would be implemented under the four components of poverty eradication programme (1Azam) with an initial target of about 1,300 participants. “Participants from the poor and hardcore poor households will be identified and helped based on their interests and skills under the four 1Azam components, namely job-placing, service enterprises, small business and farming.” He said this at the closing of the 10-day tailoring course organised by the ministry with the cooperation from Kota Kinabalu Tailoring Academy and Skill Development Department of Human Resources Ministry here today. Meanwhile, Kunak assemblyman Datuk Nilwan Kabang who officiated the closing of the course, said through the course, the participants would not only learn new skills, but could also earn more income which would eventually help them in getting out of poverty. He said a multipurpose hall for youths or to be known as Youth Arena would also be build in Kunak soon at an estimated cost of RM1.5 million to enable the youths to organise their activities. |
Malaysia Contributes RM4 Million To Palestinians Posted: 27 Jun 2012 03:23 AM PDT MELAKA, June 27 - Non-governmental organisation (NGO) Aqsa Syarif has channelled nearly RM4 million contributions for the people and development in Palestine, for the past two years. The secretary of its Board of Trustees, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman said the contributions had funded about 30 projects, including the basic requirements, education, socio-economy, medical and humanitarian aid in Palestine. “The development projects aimed to ease their sufferings, besides redeveloping the Palestinian economy that had been oppressed by the Israeli regime,” he said at a press conference in conjunction with the Arts For Palestine programme, at the Melaka Chief Minister’s Gallery, here today. The three-day programme, beginning Friday, aimed to raise funds for Palestine through the sale of art works produced by Polytechnic students nationwide. Mohd tahir said the organisation would organise a charity night at Telekom Malaysia Tower in Kuala Lumpur on July 14, which aimed to collect RM500,000, for contribution to the Palestinians. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment