BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR BELASAH ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Jun 2012 12:00 PM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Rabu berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang "begitu galak" memfailkan saman sekarang sebenarnya merupakan pendekatan kegemaran Ketua Pembangkang itu untuk menutup mulut orang lain.Kata beliau,ini kerana,apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah,ia tidak lagi boleh dibincang secara umum untuk mengelak berlaku subjudis.

"Seperti yang anda tahu,beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut.Itulah cara beliau berkempen,menyekat orang daripada bercakap,sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya.Tapi,apabila orang bersuara,beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut bahawa bekas rakan Anwar,Senator Datuk S. Nallakarupan,menuduh Ketua Pembangkang itu menggunakan saman untuk menyekat perbuatan buruknya didedah kepada umum – Bernama

BONGKAR !!! SKANDAL DAN POLITIK KOTOR GERAN SELANGORKU BERNILAI RM300 JUTA DI DEDAHKAN !!!

Posted: 27 Jun 2012 08:30 AM PDT


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

1.Parti PKR Selangor sekarang berada diambang perpecahan yang paling kronik sekali sekarang ini.Seperti kata pepatah,'bangkai gajah tidak boleh ditutup',satu demi satu kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin oleh PKR semakin terdedah.

2.Mereka semasa sendiri dalam diam saling bercakaran.Bukan lagi rahsia apabila kita semua sedia maklum Azmin Ali tidak mempunyai hubungan baik dengan Khalid Ibrahim.Malahan kesan dari hubungan yang goyah ini,pentadbiran kerajaan Negeri Selangor berada dalam keadaan terumbang-ambing.Kesannya,rakyat Selangor terpaksa menanggung akibat pergeseran politik mereka ini.

3.Dalam diam,Setiausaha Politik MB Selangor,Faekah Husin yang merupakan antara punca pergeseran politik ini dilihat terus mengukuhkan kuasa beliau.Malah ada desas-desus mengatakan,banyak keputusan Faekah dibuat tanpa langsung merujuk kepada MB sendiri.

4.Isu Geran Selangorku bernilai RM 300 juta merupakan contoh paling sesuai untuk menggambarkan betapa kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR ini mengamalkan politik kotor.

5.Sehingga kini,Menteri Besar masih lagi berdolak dalih dalam menyatakan sumber sebenar wang RM 300 juta itu.Mereka mengaku ianya adalah dari hutang yang dikutip namun dalam kenyataan lain,MB sendiri mengaku bahawa RM 300 juta ini tidak termasuk hutang Talam yang dikutip oleh kerajaan negeri.Persoalannya,kenapa berdolak dalih?

6.Pokoknya,tiada sebarang data terperinci yang menjelaskan mengenai menghairankan,kelulusan sejumlah besar wang ini langsung tidak melibatkan pegawai Kewangan Negeri tetapi hanya melalui beberapa individu dalam Menteri Besar Incoperated dan juga termasuk Faekah sendiri.

7.Perbelanjaan wang yang kononnya dikatakan akan dibuat secara tender terbuka tidak berlaku seperti yang dinyatakan.Berdasarkan maklumat dalaman yang kami terima,pengagihan RM 300 juta ini adalah untuk tujuan infrastruktur yang akan dibuat dalam empat fasa.

8.Kami percaya,ini sebenarnya merupakan dana khas Pilihanraya ke-13 yang cuba disembunyikan oleh Kerajaan Negeri dan MB sendiri.Tambah menghairankan,kenapa perlunya kuasa mutlak MB untuk menentukan kepada siapa peruntukan ini disalurkan jika kaedah tender terbuka digunapakai?

9.Berdasarkan makluman dalaman,Faekah Husin sebenarnya yang mengawal pengagihan wang ini.Perkara ini berlaku diluar pengetahuan MB sendiri.

10.Persoalan yang ditimbulkan dalam Dewan Undangan Negeri mengenai ke mana wang itu sebenarnya dibelanjakan tidak dijawab dengan baik oleh MB Selangor.Sehingga kini,masih belum ada sebarang maklumat rasmi mengenai angka-angka ini selain hanya pengumuman demi pengumuman yang dibuat sekadar untuk mengaburi mata rakyat.

11.Strategi Kerajaan Negeri membentangkan budget kononnya secara seimbang kerana mengamalkan perbelanjaan berhemah hanyalah wayang semata-mata kerana setiap kali Sidang DUN diadakan,kerajaan negeri akan memohon budget tambahan.Adakah ini sikap berhemah kerajaan negeri?

12.Tindakan MB mendedahkan butiran sumber wang ini kepada Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran Selangorku ini.Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang?

13.Contoh lain yang menunjukkan bahawa Faekah sebenarnya merupakan pentadbiran Kerajaan Negeri ialah tindakan beliau menggunakan kepala surat pejabat MB untuk memberikan surat sokongan untuk syarikat guaman keluarga beliau kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebuah GLC milik kerajaan Negeri.duri dalam daging yang mengucarkacirkan pentadbiran Kerajaan Negeri ialah tindakan beliau menggunakan kepala surat pejabat MB untuk memberikan surat sokongan untuk syarikat guaman keluarga beliau kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebuah GLC milik kerajaan Negeri.

14.Tindakan Faekah ini diakui sendiri oleh MB,malah MB dengan bersahaja megatakan ianya tidak menjadi satu kesalahan.Ini merupakan satu percanggahan amalan paling terang dilakukan oleh MB.Jika saudara masih ingat,pada tahun 2008,Khalid Ibrahim menggantung tugas Pegawai Khas beliau, Mohd Yahya Sahri kerana menyalahguna kepala surat Pejabat MB Selangor untuk tujuan mengutip derma dari syarikat swasta bagi sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor.

15.Saya mencabar Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan ke atas Faekah seperti yang pernah dilakukan ke atas Yahya Sahri sebelum ini.Kita sama-sama nantikan apakah yang akan dilakukan oleh MB Selangor kepada Setiausaha Politik kesayangan beliau itu.

16.Sikap 'double standard' mempertahankan Faekah sehingga sanggup melepaskan jawatan Ketua PKR Selangor kepada Azmin Ali begitu mencurigakan.Rakyat Selangor memandang sinis slogan good governance yang dilaungkan oleh pemimpin Pakatan di Selangor.Hakikatnya,satu demi satu kepincangan pentadbiran dan salah laku pemimpin mereka terserlah.

Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed

Koordinator BN Selangor

HOT NEWS !!! @NAJIBRAZAK DALAM BAHAYA !!! ALTANTUYA MEMANG BERADA DI PERANCIS ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Jun 2012 05:04 AM PDT



"Jika anda layari laman web Asia Sentinal,anda boleh saksikan dengan mata kepala anda sendiri bahawa dia (Altantuya) berdiri di hadapan kedai Louis Vutton,Buddha Bar,Notre Dame Cathedral,Berthelsen memberitahu Malaysiakini".itu statement yang Anwar Ibrahim berikan dalam blog.alamak..dah kantoi.macam mana ni ???? apa pun kita lihat kebenaran di bawah.Datuk Seri Najib.nampaknya Datuk Seri Najib Kena Bersedia !!! belasah sikit Pakatan Haram ni...dah terdesak sangat Pakatan Haram ni.kononnya nak sangat Putrajaya.dulu kata Nak kena lelong,bla bla bla....



Surprise,Surprise,Surprise ...

Begitu terdesaknya Anwar Ibrahim mahu mengaitkan DS Najib dengan Altantuya sehingga mengambil sepenuhnya berita dari Malaysiakini untuk dimuatkan dalam blog beliau Dan bahagian yang disukai oleh GWM adalah petikan artikel dalam blog Anwar Ibrahim ini..."If you go to the Asia Sentinel site,you will see pictures of her standing in front of a Louis Vuitton store,the Buddha Bar,Notre Dame Cathedral and a whole flock of other locations in Paris," Berthelsen told Malaysiakini.Dibawah ini adalah gambar-gambar Altantuya yang didakwa berada dihadapan kedai Louis Vutton, Buddha Bar, Notre Dame Cathedral... di Paris.





Rakyat mula terpana dan percaya sememangnya Altantuya berada di Paris. Rakyat juga mula mempercayai sememangnya ada kaitan di antara DS Najib dan Altantuya.DS Najib pula pernah bersumpah bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya. Parah ...keadaan kini semakin parah.Bagaimana jika GWM boleh mebuktikan gambar-gambar di atas adalah rekaan dan mainan politik persepsi (political perception), malah diantaranya 'superimposed'.Menarik bukan ...

FITNAH PERTAMA - Notre Dame Cathedral,Berthelsen


Gambar ini didakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral.Perhatikan kepada tanda-tanda yang telah dibulatkan sebagai rujukan struktur, ikon kononnya Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral.Lihat dengan teliti gambar-gambar sebenar bangunan Notre Dame Cathedral di bawah ini dari pelbagai posisi.







Lakukan perbandingan tanda-tanda yang dibulatkan ...bagi melihat benar atau tidak persamaan gambar yang didakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral.Cukup berbeza struktur dan ikon bangunan sebenar Notre Dame Cathedral dari apa yang didakwa oleh laman web Asia Sentinel.Persoalan ... Altantuya berdiri dihadapan bangunan mana sebenarnya?

FITNAH KEDUA - Eiffel Tower


Gambar ini didakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan Menara Eiffel Tower.Namun sebelum itu,GWM mahu paparkan gambar dibawah ini bagi menunjukkan teknik superimposed,sebagaimana dilakukan ke atas gambar Altantuya yang didakwa berdiri di hadapan Menara Eiffel Tower.




Mampukah dibezakan gambar Raja Petra Kamaruddin ini dengan gambar asal commentator Miss Finland? Bersambung dalam siri seterusnya,fitnah gambar-gambar di laman web Asia Sentinel. - Gelombang Wangsa Maju @ GWM

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! PENIPUAN DAN SKANDAL DAP SELANGOR DI DEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Jun 2012 01:30 AM PDT


Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

1.Selama ini,DAP cuba menonjolkan imej parti yang lebih bersih dan telus berbanding PKR dan PAS. Pemimpin-peimpin DAP sedaya upaya mengekang berita-berita buruk dan salah laku pemimpin mereka dari tersebar kepada rakyat.

2.Namun begitu, ini tidak bermakna DAP merupakan sebuah parti yang bersih.Hakikatnya, campur tangan DAP dalam pentadbiran kerajaan Tempatan (PBT) adalah begitu teruk dan memalukan sekali.negeri terutamanya diperingkat Pihak Berkuasa

3.Saya mengambil kesempatan ini untuk mendedahkan satu kes salah laku yang begitu serius sekali beserta dengan bukti dan laporan audit yang akan dibekalkan kepada saudara-saudari.

4.Isu ini melibatkan pemberian kontrak kepada firma peguam untuk menguruskan kes melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).Firma peguam ini dimiliki oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.

5.Apa yang ingin saya bangkitkan ialah mengenai campur tangan ahli majlis MBPJ dari DAP iaitu Saudari Tiew Way Keng menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak ini kepada firma peguam dengan kos sebanyak RM 55,000 sedangkan kontrak awal telah pun diberikan kepada pihak guaman yang lain dengan kos hanya sebanyak RM15,000 sahaja.

6.Menurut Penolong Pengarah Undang-Undang (Kanan) MBPJ,Ahli Majlis,Tiew Way Kheng mempengerusikan mesyuarat pada 16 Jun 2010 dan mencadangkan supaya Stella,Lim & Co diberikan kesmembabitkan kutipan hutang MBPJ.Stella, Lim & Co menawarkan harga sebanyak RM 55,000 untuk tujuan tersebut.Sebenarnya, kes kutipan hutang itu mulanya diserahkan kepada Firma Daim & Gamany dengan kos sebanyak RM 15,000.Tetapi keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tiew Way Kheng telah memutuskan untuk memberikan kepada Firma Stella, Lim & Co yang juga dimiliki oleh Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng.

Walaupun jawatankuasa mesyuarat itu mempunyai 17 ahli,namun hanya tiga ahli majlis yang hadir iaitu Tiew Way Kheng,Chan Chee Kong dan Derek Fernandez. Derek mengakui bahawa beliau terpaksa meninggalkan mesyuarat kerana urusan lain dan Chan Chee Kong pula mengakui bahawa beliau tidak tahu Stella,Lim & Co mempunyai hubungan dengan DAP.Bersama-sama ini juga saya akan mengedarkan laporan audit yang dibuat oleh pihak Audit Dalaman MBPJ.Ini merupakan contoh salah laku yang timbul setelah didedahkan oleh sumber dalaman sendiri.Saya percaya jika sumber dalaman tidak mendedahkan mengenai isu ini,maka kes ini akan dibiarkan berlaku tanpa ada pihak yang akan bertangungjawab.Saya juga yakin bahawa DAP sebenarnya tidaklah bersih seperti yang disangka. Penglibatan DAP dalam beberapa salahlaku oleh pemimpin DAP sendiri menyebabkan ahli DAP mula hilang kepercayaan kepada parti itu.Sikap Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok yang tidak boleh bekerja dalam satu pasukan bersama-sama pemimpin DAP lain telah menjadi buah mulut ahli DAP khasnya dan rakyat Selangor amnya.

12.Bersama ini juga saya akan edarkan surat dari ahli DAP yang kecewa dengan kepimpinan DAP sendiri terutamanya di Selangor.Fakta-fakta yang dikemukakan dalam surat ini masih belum dijawab sehingga kini oleh kepimpinan DAP.Mereka malah cuba menutup salah laku ini dan lebih suka menonjolkan kelemahan PKR dan PAS.

13.Saya suka ingin mengingatkan kepada Rakyat Selangor bahawa jangan sekali lagi kita tertipu dengan lakonan pemimpin-pemimpin Pakatan ini terutamanya dari parti DAP.

14.Lakonan-lakonan dari pemimpin DAP sudah tidak dapat ditutup lagi.Kami akan mendedahkan sedikit demi sedikit kepincangan dan sikap berpura-pura pemimpin DAP yang berselindung disebalik slogan accountability itu.

Sayangi Selangor,Yakini BN

Saudara Ching Eu Boon

Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor/Penyelaras DUN Pandamaran

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! KENAPA SYIAH DALAM PAS DI DIAM KAN ??? - USTAZ FATHUL BARI !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 26 Jun 2012 11:14 PM PDT


Bukti jelas dah banyak dalam PAS ada syiah.kenapa PAS tak nak cerita ini ??? itu lah hakikat PAS.sikit-sikit nak salahkan UMNO kononnya UMNO ni Kafir dan sebagainya.bagaimana pulak dengan PAS ???

LIHAT VIDEO DI BAWAH



ANDA INGIN MELIHAT USTAZ FATHUL BARI HENTAM NIZAR KAW-KAW ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

#BERSIH !!! API REFORMASI DI INDONESIA SUDAH MENYALA DI MALAYSIA ???

Posted: 26 Jun 2012 07:30 PM PDT



Krisis kewangan yang melanda beberapa buah negara di benua Asia pada tahun 1997 meninggalkan banyak detik hitam yang hingga kini masih memberi kesan psikologi terhadap rakyat negara-negara tersebut.Thailand,Filipina,Indonesia dan Malaysia adalah antara negara yang terawal dilanda krisis tersebut rentetan dari serangan spekulator kewangan antarabangsa,George Soros pada pertengahan tahun 1997.Menjelang awal 1998,kesan kegawatan ekonomi mula terasa di kebanyakan negara yang terdedah pada serangan spekulator matawang.Suasana ekonomi makin tidak menentu berikutan kejatuhan berterusan nilai matawang masing-masing.

Di Indonesia,kehidupan rakyatnya kian terhimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan yang juga dikenali sebagai sembako (sembilan bahan pokok – beras, minyak goreng,terigu,minyak tanah,gula,susu, ikan kering, telur dan garam).Berikutan itu,protes-protes kecil oleh mahasiswa mula mengambil tempat di jalan-jalan raya yang kemudiannya menjadi besar menuntut perubahan dasar pemerintahan negara yang tika itu di terajui oleh Presiden Soeharto.Pemimpin-pemimpin politik terkemuka Indonesia seperti Gus Dur, Megawati, Amien Rais dan Sri Sultan turut sama menyemarakkan kehangatan khalayak umum menuntut reformasi total dalam negara Indonesia.Demonstrasi jalanan yang pada mulanya aman mula bertukar ganas dan tak terkawal apabila kelompok mahasiswa universiti bertembung dengan pasukan keselamatan Indonesia menyaksikan banyak korban dan kecederaan yang berlaku.

Di antara Mac hingga Mei 1998,beberapa rusuhan besar berlaku. Antaranya rusuhan di Medan dan Yogjakarta yang berlaku hampir serentak bermula 4 Mei hingga 8 Mei 1998. Beberapa korban nyawa melayang dan banyak harta benda musnah terbakar.Hampir seminggu kemudian,Tragedi Trisakti pula berlaku hampir serentak dengan peristiwa pembunuhan besar-besaran terhadap kaum Tionghoa Indonesia pada tanggal 12 Mei hingga 15 Mei 1998.Gedung beli belah,kedai dan kediaman kaum Tionghoa di ceroboh kemudian dibakar manakala gadis-gadis di perkosa dan dibunuh kejam. Dianggarkan lebih seribu nyawa melayang dan ribuan lagi cedera sewaktu konflik itu berlangsung.

Berpuluh ribu lagi kaum Tionghoa meninggalkan Indonesia menyelamatkan diri dari amukan dan keganasan tika itu. Pembaharuan dan perubahan politik yang dituntut secara gerakan jalanan nyata tidak seindah yang diangankan oleh ramai pihak.Ramai yang lari ke Malaysia dan Singapura dengan membawa banyak barangan berharga di samping kisah-kisah sedih yang berlaku.Mereka ini kemudiannya menyebarkan cerita yang berlaku secara lisan kepada orang Cina di Malaysia dan Singapura sehingga menimbulkan rasa gerun di kalangan penduduk negara jiran.Walaupun demikian keributan yang berlaku, penggerak reformasi dari kalangan pemimpin politik dan mahasiswa Indonesia terus menerus mengadakan rapat umum besar-besaran di Surakarta,Medan,Bandung,Monas,Yogjakarta dan Jakarta mendesak Presiden Soeharto segera mengundur diri.

Pada tanggal 21 Mei 1998,Presiden Soeharto membuat pengumuman mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan.Penggantinya,Prof. Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) akhirnya mengambil alih jawatan tersebut sekalipun menerima bantahan dari ramai kelompok mahasiswa.Biarpun umumnya kejatuhan Soeharto dianggap kejayaan penting hasil gerakan reformasi jalanan yang dipelopori golongan mahasiswa,natijahnya selepas itu pucuk pimpinan bersilih ganti dan terpalit dengan pelbagai cabaran.Pertembungan dan pergeseran antara etnik dan agama kian memuncak.Tunjuk perasaan dan gerakan jalanan masih berterusan, korban sengketa dan ledakan bom bertukar ganti saban bulan.Kelihatannya,sinar kedamaian dan perubahan indah yang diimpikan kian jauh sayup mata memandang.Kini,14 tahun berlalu rata-rata rakyat Indonesia seia sekata gerakan reformasi telah mengalami kegagalan total.Dan ramai berpendapat, reformasi hanya indah dari rupa. Kerana kebodohan dan kerakusan pihak tertentu yang berkuasa, beribu nyawa melayang tanpa sebab dan ada antaranya di penggal kepala mereka hanya kerana perbazaan agama dan kaum.Mahukah kita melihat api reformasi gila ini menyala di Malaysia?

http://www.freemalaysiakini2.com/?p=35093


RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ALTANTUYA MEMANG BERADA DI PERANCIS ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 26 Jun 2012 04:51 PM PDT


1 lagi bukti penipuan pakatan haram mengatakan Altantuya berada di perancis.kenapa beria-ia sangat pakatan haram ni ??? semua blog Pakatan Haram pun main isu yang sama.tapi,harus di ingat,jangan suka sangat bro kononnya anda dah menang.kita saksikan dulu.betul ker Altantuya berada di perancis ??? mari kita lihat sama ada Altantuya memang berada di perancis atau tidak.kepada anda yang faham bahasa inggeris,cuba faham kan cerita ini

FMT reports here.

As anticipated,the spinning wheel continue to spin the improbable probables.In the words of a political analyst in Hong Kong the late Altantuya was airdrop into Paris under the cover of darkness,that's why there was no record of her entry into the country.Speaking on condition of anonymity, a political analyst pointed out that just because the records do not show her entering France, it did not mean that she was not there.

So! Who is this freaking political analyst who suddenly become an expert in criminology?

Malaysiakini reported that in 2007 news portal Asia Sentinel had published a series of photographs depicting Altantuya in Paris,among others,posing in front of the Notre Dame Chatedral.The one below certainly looked like her,the head only,the body belong to someone else.


Don't believe?

Remember the haughty Raja Petra Kamaruddin and his bevy of beauties.The doctored photograph below.Well crafted, isn't it?



Can you spot the difference?

Remember Tian Chua,the moronic PKR half-baked forger with his shoddy handiwork below.


With today's technology switching different heads onto different bodies is as simple as ABC.

Would some of you ladies like you head on the body of a porn star,a really beautiful body? - Hantu Laut

APA MACAM ???

PAKATAN HARAM SEBENARNYA DAH TERDESAK !!!

PIHAK PERANCIS PUN DAH SAH KAN ALTANTUYA TIADA DI PERANCIS !!!

APA CERITA NI BRO ???

NAK KENCING RAKYAT MALAYSIA KER ???

5 JAM DARI SEKARANG SATU LAGI RAKAN BLOGGER AKAN MENUNJUKKAN BUKTI BAHAWA SEMUA GAMBAR ALTANTUYA DI PERANCIS ADALAH BOHONG SEMATA-MATA DAN SEMUA GAMBAR ITU SUPER IMPOSE !!!

SIAPA BLOGGER TU ???

TUNGGU !!!

JOM LAYAN VIDEO DI BAWAH



RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

1 comment:

  1. With the ability to actually alter the texture and condition of the hair with clever and fashion-forward hair
    styling products, Rusk Being products are sure to intrigue the hair product lover in all of
    us. Before you go for them, try products at Keranique for hair
    care. Both brands are popular in known hair salons and spas.


    my webpage :: hair products

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...