UMNO Online - “RM14 Million Allocated For KAFA Teachers In Penang” plus 9 more |
- RM14 Million Allocated For KAFA Teachers In Penang
- FGV’S Strong Debut Signals Long-Term Confidence In Oil Palm Industry, Says Dompok
- Dakwa Dibeli : Azan Guna Taktik Basi Promosi Diri Untuk Jadi Calon PKR
- Tangguh Haji Demi Pilihan Raya Tidak Tepat – Ustaz Dr. Fadlan
- Dalam PKR Pemimpin Terlibat Skandal Seks Dijamin Selamat – Zahid
- Rafizi Dicabar Pulangkan Semula Wang Rakyat – GPRS
- Usul Tangguh Sidang Dewan Rakyat Turut Ambil Maklum Tindakan Pihak Yang Dirujuk – Pandikar Amin
- UMNO Cheras Bidas Pas Memainkan Isu Pilihan Raya Musim Haji
- SPR Minta Maklumat Dan Bukti Dikemukakan, Bukan Dakwaan Melalui Media
- Mohamad Aziz Tarik Balik Kenyataan Atas Semangat BN
RM14 Million Allocated For KAFA Teachers In Penang Posted: 28 Jun 2012 04:01 AM PDT BUKIT MERTAJAM, June 28 – The federal government has allocated RM14 million for payment of allowances to religious teachers (Kafa) in Penang, this year. State Development Officer, Datuk Nik Ali Mat Yunus said through the allocation, each Kafa teacher would receive an allowance of RM800 per month. “We hope that the allowance will increase enthusiasm in teaching,” he told reporters at a Kafa teachers assembly, here today. A total of 1,389 Kafa teachers received their allowances at the ceremony. |
FGV’S Strong Debut Signals Long-Term Confidence In Oil Palm Industry, Says Dompok Posted: 28 Jun 2012 03:55 AM PDT SERI KEMBANGAN, June 28 – The overwhelming response towards the listing of Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) today clearly signalled the long-term confidence of locals in Malaysia’s oil palm industry, says Tan Sri Bernard Dompok. The Minister of Plantation Industries and Commodities said the reception that FGV received showcased the vibrancy of the plantation sector as well as the confidence in the palm oil crop. “It shows the confidence in the crop despite its flattish prices lately,” he told reporters after closing the 2012 Commodities Industry Consultation session today. FGV shares closed the day on a bullish note at RM5.30 per share after making an impressive debut on Bursa Malaysia at RM5.39 when it chalked up a premium of 84 sen over its offer price of RM4.55. The listing of the world’s second largest initial public offering after Facebook Inc’s float raised US$16 billion and attracted global attention. It also marked an important milestone for the nation especially for Felda settlers. |
Dakwa Dibeli : Azan Guna Taktik Basi Promosi Diri Untuk Jadi Calon PKR Posted: 28 Jun 2012 03:37 AM PDT KUANTAN, 28 Jun – Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Kuantan, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman menganggap dakwaan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang mengatakan dia pernah ditawarkan jutaan ringgit untuk melompat parti, hanyalah merupakan satu kenyataan publisiti murahan untuk melonjakkan namanya kembali di dalam PKR. Ini memandangkan sudah terbukti setakat hari ini, Azan dilihat gagal dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang ahli Parlimen, sehingga menyebabkan ketua ranting PKR Indera Mahkota dan ramai ahli bertindak keluar dari parti tersebut, dan ramai rakyat bersungut mengenai kelemahan pentadbiran di bawah kawal selianya. "Bahkan PKR sendiri seolah-olah tidak yakin dan ragu-ragu dengan kemampuan Azan untuk mengawal dan mentadbir ahli-ahli PKR di kawasannya, adalah antara sebab dia dihantar ke Terengganu menjadi Pengerusi PKR di negeri tersebut. Tetapi di Terengganu juga Azan bermasalah kerana tidak diterima oleh ramai ahli-ahli dan kepimpinan PKR di sana. "Dalam senario ini, kita boleh membuat perbandingan dengan jelas, sekiranya ahli-ahli PKR, malah pucuk pimpinan PKR sendiri tidak yakin dengan kemampuannya, adakah munasabah ada pihak lain, ataupun UMNO yang tiba-tiba merasa yakin dengan beliau, sehingga sanggup menawarkan jutaan ringgit untuk beliau melompat parti," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Tajuddin juga percaya, bahawa isu ini akan dimanfaatkan oleh Azan sebaik mungkin sebagai batu loncatan untuk kembali mempromosikan dirinya, setelah kepercayaan kepimpinan pusat dan ahli PKR dikawasannya sudah mulai pudar. "Dah berapa lama perkara ini berlaku, mengapa baru hari ini nak dihebohkan? Sepatutnya Azan sejak dari dulu lagi telah mendedahkan perkara ini. Ini dekat-dekat pilihanraya baru nak bercakap, bagitau pada umum. "Sepatutnya dari dulu lagi beliau ketengahkan perkara ini sejak dari awal-awal lagi dan bukan hanya timbulkan isu ini dekat-dekat pilihanraya, baru nak beritahu semua orang yang ada pihak lain yang cuba sogok beliau dengan jutaan ringgit untuk lompar parti. "Kenyatan beliau hari ini, saya sifatkan hanyalah sebagai kenyataan seorang ahli politik menjelang pilihanraya yang bertujuan tidak lain hanyalah untuk memburuk-burukkan UMNO dan kerajaan BN. Saya berkeyakinan, sekiranya beliau bertanding sekali lagi di Indera Mahkota, kemenangan tidak akan berpihak kepada beliau," ujar beliau. -MediaUMNO |
Tangguh Haji Demi Pilihan Raya Tidak Tepat – Ustaz Dr. Fadlan Posted: 28 Jun 2012 03:29 AM PDT KUALA LUMPUR 28 Jun – ”Amirul Mukminin kedua, Saidina Umar ak-Khattab (RA) pernah berkata, mereka yang mampu mengerjakan ibadat haji tetapi tidak melaksanakannya maka dia boleh pilih untuk mati sama ada Yahudi atau Nasrani,” kata Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Fadlan Mohd. Othman yang memetik kenyataan Saidina Umar yang begitu tegas dalam soal menunaikan ibadat haji. Justeru beliau yang juga Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) melihat bahawa keperluan menunaikan ibadat haji walaupun ianya 'fleksibel' tetapi jika ada kemampuan pada tahun berkenaan, maka wajib melaksanakannya pada tahun tersebut. "Sebelum ini pun saya telah tegaskan mengenai perkara berkenaan. Dan hari ini saya ingin berkongsi lagi dengan ilmu yang ada pada saya untuk berkongsi dengan masyarakat umum mengenai polemik tersebut. "Dalam soal kewajipan umat Islam untuk menunaikan haji yang merupakan rukun Islam kelima, ianya adalah lebih utama kedudukannya berbanding pilihan raya seperti mana yang diperkatakan oleh beberapa pihak khususnya Pas. "Bukanlah hasrat saya untuk mengajar mana-mana pihak tetapi itulah realitinya dan perkara itu telah diputuskan melalui nas-nas serta dalil-dalil yang telah ditetapkan oleh syarak berhubung pelaksanaan ibadat haji bagi mereka yang mampu," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyebut bahawa menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihan raya, kerana menunaikan amanah besar memilih pemimpin adalah wajib dan tidak boleh ditangguh kerana dipaksa. Sambil tidak menafikan memilih pemerintah melalui pilihan raya itu wajib, Ustaz Fadlan seterusnya menegaskan ia tidak boleh mengambil kedudukan kefarduan melaksanakan ibadat haji. "Saya merasakan hujah yang dikeluarkan berhubung perkara ini adalah tidak kena pada tempatnya dan berharap umat Islam dapat membuat penilaian sebaik mungkin dalam isu berkenaan berdasarkan nas dan dalil-dalil yang ada," katanya. Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan kepada semua jemaah haji terbabit bahawa besar dosanya bagi mereka yang berkemampuan menunaikan Rukun Islam tersebut tetapi sengaja melewat-lewatkannya. ”Sepatutnya Pas yang dikenali Parti Islam Se-Malaysia lebih mengutamakan perlaksanaan Rukun Islam atau amalan fardu ain dan bukannya memberi penekanan terhadap soal berkaitan fardu kifayah. Sesungguhnya adalah tidak wajar ibadah haji ini dilewat-lewatkan jika ada kemampuan untuk menunaikannya dengan segera," katanya. -MediaUMNO |
Dalam PKR Pemimpin Terlibat Skandal Seks Dijamin Selamat – Zahid Posted: 28 Jun 2012 03:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Jun – Sejak isu membabitkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkenaan penghantaran surat sokongan bagi membantu saudaranya mendapatkan projek dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC), ramai pihak di dalam pakatan pembangkang sendiri yang mendesak agar tindakan segera diambil termasuklah memecat Faekah. Namun apa yang menyedihkan, penyokong pakatan pembangkang memperbesarkan isu Faekah tetapi tidak pula melakukan desakan agar tindakan tegas diambil terhadap BadrulAmin dan Azmin Ali berikutan isu kelakuan seks mereka. Menurut Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) Zahid Md Arip, kegagalan PKR mengambil tindakan terhadap kedua-dua individu ini sebenarnya adalah satu isyarat yang amat jelas kepada rakyat bahawa mereka sememangnya menyokong perlakuan seks bebas. "Rakyat perlu faham isyarat yang dihantar oleh PKR. Setiap individu di dalam pakatan pembangkang yang terlibat dalam skandal seks termasuklah Badrulamin, Azmin Ali, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim sendiri sedikitpun tidak dikenakan siasatan apatahlagi tindakan. "Bagaimana mereka ingin mengambil tindakan sedangkan 'kepala' mereka sendiri dikaitkan dengan skandal seks. Anwar tidak mungkin sama sekali mengambil tindakan terhadap mereka di dalam PKR yang terbabit masalah seks kerana sudah pasti ianya akan terpalit ke mukanya sendiri. Sebab itu itu dia tidak ada keberanian dan kekuatan untuk buka mulut," ujarnya kepada UMNO-Online. Tambah Zahid, PKR yang bermaksud Parti Keadilan Rakyat sebenarnya juga sudah tidak relevan untuk menggunakan perkataan 'keadilan' kerana mereka tidak sama sekali pernah berlaku adil dalam sebarang tindakan mereka terutamanya terhadap mereka yang 'sekapal' dengan Anwar. "Oleh itu rakyat perlu faham dan teliti mengenai sikap pakatan pembangkang. Mereka hanya mengambil tindakan terhadap orang yang tidak menyokong mereka seperti contoh Datuk Hassan Ali. Tetapi sekiranya orang itu adalah penyokong tegar Anwar ataupun terlibat dengan skandal seks, tidak mungkin akan ada sebarang tindakan tegas diambil. "Ini berlainan sama sekali dengan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah memilih bulu. Sesiapa sahaja yang salah akan diambil tindakan tegas. Di antara mereka yang pernah dikenakan tindakan adalah Chua Soi Lek, Datuk Seri Khir Toyo, Datuk Abu Hassan Omar dan Datuk Harus Idris. "Adakah rakyat masih mahu terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada pakatan pembangkang dengan sikap mereka yang sebegini… Oleh itu saya amat berharap agar rakyat buka mata dan fahami siapakah pakatan pembangkan sebenarnya. Fikirlah semasak-masakanya…" tambahnya lagi. – MediaUMNO |
Rafizi Dicabar Pulangkan Semula Wang Rakyat – GPRS Posted: 28 Jun 2012 02:33 AM PDT SHAH ALAM, 28 Jun - Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini mencabar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memulangkan semula wang rakyat yang digunakan untuk membayar gajinya sepanjang bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Rafizi perlu rasa berdosa kerana menggunakan wang rakyat tetapi gagal berbuat sesuatu untuk meningkatkan lagi ekonomi negeri Selangor kerana lebih gemar berpolitik. "Rafizi tidak perlu putar belit kenyataan. Beliau letak jawatan kerana mahu tumpu pilihan raya, bukan kerana ikhlas mahu melepaskan jawatan itu. Jika memang duit rakyat, saya cabar Rafizi pulangkan kembali elaun diterima sepanjang menjawat jawatan berkenaan," ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online mengulas kenyataan Rafizi yang melepaskan jawatan ketua eksekutif kerana tidak selesa menerima gaji daripada tabung rakyat apabila tumpuannya cenderung kepada aktiviti politik. Sohaimi berkata, Rafizi dilihat gagal dalam meningkatkan ekonomi negeri Selangor sejak menyandang jawatan berkenaan pada tahun 2009. Rafizi menyandang jawatan berkenaan sejak 2009. Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -MediaUMNO |
Usul Tangguh Sidang Dewan Rakyat Turut Ambil Maklum Tindakan Pihak Yang Dirujuk – Pandikar Amin Posted: 28 Jun 2012 01:45 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Jun – Setiap usul penangguhan sidang di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) yang dikemukakan oleh anggota Parlimen akan disemak, diteliti dan diambil maklum daripada pihak yang dirujuk sebelum diputuskan sama ada akan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat atau sebaliknya. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata walaupun ada perkara tertentu yang berhubung dengan kepentingan awam di dalam usul berkenaan, pihaknya akan terlebih dahulu menghubungi pihak berwajib berkaitan yang dirujuk di dalam usul bagi memastikan sama ada perkara itu telah diambil tindakan. “Di bawah peraturan 18 (1), apabila kita membawa usul untuk merundingkan sesuatu hal yang berlaku melibatkan kepentingan orang ramai, yang mana antara lain tujuannya untuk mengambil minat kerajaan membuat tindakan segera. “Di dalam hal ini apabila saya hubungi pihak berwajib, saya dimaklumkan bahawa pihak daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah pergi dan menemu bual pihak-pihak berkenaan…bermakna tindakan telah pun diambil,” katanya dalam penjelasan kepada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) berhubung penolakan usul beliau pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini. Usul Er bagi membincangkan dakwaan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) didera dan mahu sebuah suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi menyiasat kes itu serta mengapa mereka tidak dibebaskan apabila ISA dimansuhkan, telah ditolak di dalam kamar. Pandikar Amin berkata selain itu, keputusan beliau menolak usul tersebut dibuat memandangkan tahanan berkenaan masih tertakluk di bawah Akta ISA walaupun akta tersebut telah dimansuhkan. Beliau berkata di bawah Akta Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 yang diluluskan, Seksyen 32 (a) akta itu jelas membenarkan tahanan terus ditahan dan tertakluk kepada undang-undang terdahulu sehingga Menteri Dalam Negeri memutuskan tempoh tahanan dipendekkan. “Jadi tidak logik bagi saya membahaskan sesuatu perkara yang mana ia juga tidak membawa kepada kesampaian tujuan sesuatu usul…itu sebab mengapa saya tolak usul berkenaan kerana tiada keperluan untuk disegerakan,” katanya. Pandikar Amin berkata alasan yang sama juga digunakan dalam menolak usul Er untuk membincangkan mengenai isu pemindahan kubur-kubur Cina yang terlibat dalam pengambilan tanah bagi Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor. Beliau berkata jika dibahaskan sekalipun, isu itu tidak akan sampai kepada maksudnya kerana ia melibatkan hal tanah yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sama ada untuk memindahkan penduduk atau sebagainya. Saya juga telah menghubungi tiap-tiap yang berwajib dalam hal ini, jawapan yang diperoleh ialah pada ketika saya bercakap ini masih lagi perundingan dibuat di antara pihak-pihak terlibat iaitu kerajaan negeri Johor, Petronas dan keluarga si mati. “Jadi bukan bermakna tidak ada tindakan, ia masih lagi dibincang…jadi tujuan yang berhormat untuk membawa usul rayuan di bawah peraturan mesyuarat ialah supaya kerajaan atau pemaju mengambil tindakan dan ternyata tindakan sedang diambil,” katanya. RAPID yang melibatkan pelaburan RM60 bilion mempunyai kapasiti untuk menapis 300,000 tong minyak mentah import sehari melibatkan pengambilan tanah seluas 32,000 ekar. Dalam perkembangan berkaitan, Pandikar Amin turut menasihatkan Anggota Parlimen agar memahami serta faham tiga syarat utama dalam mengemukakan usul berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18 (1) serta syarat-syarat lain dalam peraturan itu supaya tidak berterusan memberi tekanan kepada dewan sekiranya ia ditolak. Beliau berkata selain Peraturan Mesyuarat 18 (1), kaedah lain yang boleh digunakan dalam menyatakan isu adalah melalui ucapan penangguhan kerana mereka perlu sedar tidak semestinya setiap usul yang dikemukakan akan diterima untuk dibentang. “Seharusnya ahli Yang Berhormat apabila sampai akhir penggal ini faham kategori mana hal-hal boleh dibawa bawah 18 (1). Macam sekarang pun saya terpaksa `explain’ (beri penjelasan) banyak yang akan menghabiskan masa. “Saya tidak mengatakan bahawa apa yang berlaku itu tidak perlu disegerakan tetapi apa yang saya katakan apabila kita kesampingkan agenda yang tersedia (Aturan Urusan Mesyuarat) untuk membahas dan berunding sesuatu yang juga tidak mempunyai keputusan,” katanya. |
UMNO Cheras Bidas Pas Memainkan Isu Pilihan Raya Musim Haji Posted: 28 Jun 2012 01:36 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Jun – UMNO Cheras hari ini membidas Pas kerana sengaja menggembar-gemburkan pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan diadakan pada musim haji dengan bertujuan memburukkan reputasi dan imej UMNO. Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO, tidak pernah membayangkan PRU ke-13 akan diadakan sewaktu umat Islam mengerjakan rukun Haji di Mekah, tetapi yang sibuknya pula adalah pembangkang. “Pembangkang sibuk pasal apa, jaja cerita jika buat pada musim haji bercanggah dengan Islam dan tangguh haji adalah wajib kerana mahu mengundi, ini semua dakyah kotor Pas,” dakwanya di dalam entri terbaru blog UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini. Syed Ali juga menyifatkan Pas hanya mengutip cerita-cerita di tepi jalan untuk dijadikan modal politik. Katanya, pembangkang tidak perlu gusar bila pilihan raya umum akan diadakan kerana keputusannya dibuat oleh kerajaan yang memerintah. Syed Ali bagaimanapun yakin Najib akan mengambil kira pelbagai aspek termasuk melihat kepentingan rakyat sebelum menetapkan tarikh PRU ke-13, malah BN pun belum lagi membuat keputusan bila tarikh PRU ke-13 dan adalah tidak rasional jika pembangkang mula ‘sibuk’ mereka-reka cerita yang bukan-bukan. “Pemimpin UMNO tidak pernah pun kata akan buat pilihan raya pada musim haji, tetapi Pas yang menjaja cerita tersebut kononnya untuk menunjukkan kepada umum bahawa Pas lebih Islam,” katanya. Beliau mendakwa provokasi itu sengaja dilancarkan oleh Pas untuk memberi gambaran kononnya UMNO tidak mengambil kira kepentingan umat Islam yang bakal menunaikan haji musim ini. “Mereka (Pas) mahu mengatakan UMNO tidak ikut Islam, hanya Pas sahaja yang betul dan berpegang kepada Islam, ini semua dakyah karut untuk menyesatkan pemikiran umat,” katanya. Beliau mendakwa, isu PRU ke-13 akan diadakan pada musim haji sengaja diperbesar-besarkan bagi meraih sokongan pengundi dan berharap Pas menghentikan cerita-cerita karut itu demi perpaduan umat Islam. |
SPR Minta Maklumat Dan Bukti Dikemukakan, Bukan Dakwaan Melalui Media Posted: 28 Jun 2012 01:27 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta maklumat dan bukti dikemukakan kepada suruhanjaya itu berhubung Daftar Pemilih SPR dan bukannya membuat pelbagai dakwaan melalui media. Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata mana-mana pihak yang mahu memastikan Daftar Pemilih SPR bersih, tepat dan kemas dengan cara membuat semakan di lapangan supaya berbuat demikian. “Jika ada apa-apa perkara yang kurang jelas mengenai Daftar Pemilih, boleh tampil ke SPR dan SPR ada penjelasan kepada sesuatu perkara itu. “Memang menjadi hasrat SPR untuk melihat Daftar Pemilih yang ada adalah bersih, tepat dan kemas dan SPR amat memerlukan kerjasama semua pihak dan bukannya sekadar membuat dakwaan melalui media semata-mata,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Katanya pemilih berdaftar turut dinasihatkan supaya membuat semakan maklumat pendaftaran mereka bagi membolehkan sebarang pembetulan dilakukan, jika berlaku kesilapan. Kamaruddin berkata ini kerana hanya pemilih itu sahaja yang mengetahui mengenai butiran maklumat peribadi mereka termasuk alamat bermastautin mereka yang sebenar. “Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang SPR di www.spr.gov.my, melalui sms dengan menaip SPR Mengulas dakwaan-dakwaan dalam sebuah akhbar propembangkang bahawa terdapat 6,164 nama dalam Daftar Pemilih Suku Tahun Ketiga 2012 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves adalah pengundi hantu, beliau berkata dakwaan itu menjadi persoalan kepada SPR berikutan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun 3/2012 tidak wujud lagi. Katanya ini kerana urusan pendaftaran pemilih bagi tempoh tersebut hanya akan bermula pada 1 Julai dan berakhir pada 30 September 2012. Kamaruddin turut menafikan dakwaan bahawa SPR membuat sempadan sesuka hati kerana tindakan suruhanjaya itu membetulkan lokaliti yang salah menurut subperaturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 tidak sama sekali melibatkan apa-apa perubahan sempadan seperti yang dilaporkan. Katanya ini kerana kedudukan asal di muka bumi bagi lokaliti yang berkenaan sememangnya berada dalam sempadan bahagian pilihan raya yang hanya boleh diubah melalui proses urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri. Selain itu, dakwaan 497 nama dikesan dalam satu lokaliti di Jalan Sungai Tua (Jalan SG Tua) tetapi hanya empat nama sahaja yang dikenal pasti, Kamaruddin berkata bagi lokaliti tersebut, ia merangkumi pelbagai nama alamat dalam satu lokaliti. Katanya semakan SPR mendapati terdapat 214 alamat dalam lokaliti tersebut dan ia pula pelbagai seperti menggunakan nombor lot, nama kampung, nama batu, nama jalan, kuarters JBA, kuarters JKR. Beliau berkata di lokaliti itu juga terdapat 28 alamat menggunakan awalan Jalan Sungai Tua seperti Jalan SG Tua BT 10 Batu Caves, Jalan SG Tua Laksamana dan sebagainya. Sehubungan itu, katanya secara logiknya memang terdapat jumlah pemilih yang ramai di lokaliti berkenaan kerana ia dihuni oleh ramai penduduk dalam pelbagai alamat. Berhubung dakwaan yang dibuat oleh Izwan Sazali bahawa tiada individu yang bernama Arumugan di rumahnya, Kamaruddin berkata SPR telah mengenal pasti punca berlakunya perkara itu dan didapati berlaku kesilapan pendataan boring pendaftaran pemilih (Borang A) yang dilakukan oleh Penolong Pendaftaran Pemilih (wakil Pejabat Pos). “Semasa proses pengesahan dan menandatangani borang permohonan di Pejabat Pos, Arumugan a/l G.Amirthalingam juga tidak menyedari kesilapan nombor jalan tersebut,” katanya. |
Mohamad Aziz Tarik Balik Kenyataan Atas Semangat BN Posted: 28 Jun 2012 01:09 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Jun – Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz menarik balik kenyataannya di Parlimen pada Selasa lalu yang telah mencetuskan isu dan dikelirukan oleh pihak pembangkang. Kenyataan asal Mohamad di dalam Dewan Rakyat menyatakan 'Apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agung dan hukum gantung kepada dia? Beliau memberitahu bahawa kenyataan tersebut ditarik balik atas semangat Barisan Nasional (BN) yang mendukung Perlembagaan Malaysia dan menghormati prinsip keluhuran undang-undang selain kenyataannya telah diputarbelit oleh DAP untuk mengelirukan rakyat. Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Pindaan Jalan Raya di Parlimen hari ini. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment