BADUT RAKYAT |
- KISAH BENAR !!! PAS PENTINGKAN POLITIK BERBANDING IBADAH HAJI ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! SETIAUSAHA AKHBAR LEBIH BESAR DARI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR ??? WAJIB BACA !!!
- ZALIAH ZAKARIA HARUS JELASKAN SUMBER KEKAYAAN !!! ADAKAH BENAR ZALIAH TIDAK KENAL ANWAR IBRAHIM ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! USTAZ FATHUL BARI JAWAB ISU EXPO SYIAH DI KELANTAN !!!
- KISAH BENAR !!! LIM GUAN ENG MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! PERTUMBUHAN EKONOMI INDONESIA TERBANTUT KERANA REFORMASI 1998 !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! GERAN SELANGORKU AKAN DI BAYAR UNTUK SIDDIQ FADHIL ??? SIAPA SIDDIQ FADHIL NI ??? WAJIB BACA !!!
KISAH BENAR !!! PAS PENTINGKAN POLITIK BERBANDING IBADAH HAJI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 28 Jun 2012 12:00 PM PDT Dalam perkembangan terbaru untuk menjustifikasikan bahawa soal pilihanraya jauh lebih utama berbanding ibadah haji di Mekah,Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah 'memfatwakan' bahawa "menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya,kerana menunaikan amanah besar memilih pemimpin adalah wajib dan tidak boleh ditangguh kerana dipaksa". Sebegitu mudah sekali pemimpin PAS membuat kesimpulan dan menetapkan keputusan semata-mata untuk mempertahankan keterlanjuran Ketua Penerangan PAS,Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan ahli PAS menangguhkan ibadah haji demi kepentingan menghadapi pilihanraya.Polemik isu pilihanraya di musim haji ini sebenarnya tidakpun menjadi isu dikalangan bakal-bakal haji kerana masing-masing tahu ibadah mengerjakan haji di Mekah Mukarramah sudah termaktud dalam Rukun Islam yang menuntut ianya dilaksanakan bagi orang yang berkemampuan.Malah andai kata pilihanraya umum kelak diadakan juga dalam musim haji,mereka sudah nekad dalam hati untuk memanfaatkan peluang sujud di depan kaabah dan melupakan terus soal pilihanraya serta urusan duniawi yang lain. Soal bila pilihanraya,sempat atau tidak seseorang menyertainya tidakpun termasuk dalam salah satu Rukun Islam mahupun Rukun Imam. Kewajipan memilih pemimpin sebagaimana dihujahkan oleh Presiden PAS sedikitpun tidak berupaya membatalkan suruhan Allah s.w.t yang mengkehendaki umat Islam menunaikan fardhu haji bila tiba saat dan kemampuannya.Lagipun siapa pemimpin PAS yang mahu mendakwa diri sebagai wajib dipilih sebagai pemimpin negara sedangkan mulut dan akalnya asyik mendahulukan kepentingan sendiri berbanding amalan wajib yang diperintah oleh Allah s.w.t ??? Tapi bagi pemimpin PAS tentu sahaja berbeza,dek kerana hati dan nafsu keinginan mereka meletakkan soal pangkat dan kuasa duniawi melampaui kewajipan ibadah,maka kerana itulah sengaja ditimbulkan polemik ini dengan berselindung disebalik hujah agama yang separa masak.Jika Rukun Islam yang menjadi tanda aras ke Islaman seseorang hamba Allah pun sedemikian mudah mahu ditangguh-tangguh demi politik kepartian PAS, jadi tak hairanlah mengapa PAS mudah beralah dalam isu kalimah Allah s.w.t yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.Anda Pelik ??? Apa yang nak peliknya,sejak dulu hingga kini segala polemik isu yang melibatkan agama Islam serta segala label-label islamik yang digunapakai oleh PAS hanya satu saja motifnya demi politik dan kepentingan perut sendiri,itu sahaja tujuannya. RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 28 Jun 2012 08:30 AM PDT Nampaknya pemikiran mantan MB Selangor lebih jauh kehadapan dalam isu yang melibatkan Geran Selangorku yang diumumkan oleh Khalid Ibrahim beberapa bulan lepas.Hampir tiga bulan lepas Dr Khir Toyo telah menulis diblognya tentang keanehan dan perbuatan yang luar biasa apabila Geran Selangorku tidak melalui prosedur kewangan negeri,sebaliknya terletak terus dibawah kelolaan MB.Ianya adalah untuk keuntungan politik MB.Kini apa yang dikatakan Dr Khir menjadi kenyataan.Adun-Adun dan pemimpin-pemimpin PKR mula rasa resah gelisah tentang geran berkenaan yang tidak diuruskan dengan cara yang betul. Langsung tidak ada penglibatan Exco,Adun dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan.Solid RM 300 juta dikendalikan terus oleh Pejabat MB Selangor. Arfa'eza Abd Aziz - S/usaha Akhbar MB Selangor Lebih mengejutkan apabila tiga orang pegawai Khalid Ibrahim diletakkan dalam jawatankuasa berkenaan. Sungguh mengejutkan lagi apabila setiausaha akhbar MB,Arfa'eza Abdul Aziz juga turut diletakkan dalam jawatankuasa berkenaan selain daripada minah yang bermulut jahat,Faekah Husin.Sungguh memelikkan apabila seorang setiausaha akhbar yang tugasnya hanya menjaga media diberikan tugas untuk memutuskan penggunaan peruntukkan RM 300 juta.Setiausaha akhbar dan setiausaha politik lebih penting dari Setiausaha Kerajaan Negeri,Pegawai Kewangan Negeri,Exco dan wakil-wakil rakyat.Penglibatan kakitangan kerajaan dalam jawatankuasa Selangorku juga bukan melibatkan pegawai-pegawai tinggi.Manakala jurutera JKR yang dipilih dalam jawatankuasa berkenaan bukannya Jurutera JKR negeri,sebaliknya Jurutera JKR Daerah Kuala Selangor.Pendek kata pegawai-pegawai kerajaan yang berada dalam jawatankuasa berkenaan semuanya jenis pegawai-pegawai yang boleh disergah serta mematuhi arahan Faekah.Penglibatan kakitangan kerajaan hanya untuk mengabui mata orang ramai.Kini Faekah,Arfa dan Rohani dari MBI berkuasa penuh terhadap Geran Selangorku RM 300 juta.Mereka yang terlibat dari segenap sudut termasuklah melantik kontraktor dari pihak kroni-kroni mereka serta kontraktor yang menjadi proksi mereka. Perkara-perkara inilah yang menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin-pemimpin PKR kerana kuasa yang dimiliki Faekah. - Selangor Daily RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 28 Jun 2012 05:00 AM PDT Menarik sebenarnya bila kita membicarakan mengenai akaun induk RM3 bilion yang agak heboh diperkatakan sejak dulu hingga kini.Surat Akuan Bersumpah (SD) yang Ketua Umum PKR kemukakan nyata tidak berupaya menarik tirai penamat untuk isu kontroversi ini.Apatah lagi bilamana bekas Ketua Pengarah Siasatan BPR,Abdul Razak Idris mengakui SD tersebut dibuat atas permintaan Anwar Ibrahim dan bukannya dilakukan atas sebab terdetik dari kesedaran dirinya sendiri.Tambah menghangatkan keadaan bilamana Ummi Hafilda tampil dengan pendedahan tentang seorang wanita misteri yang dikatakan rapat dengan Ketua Umum PKR itu semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Wanita misteri yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dalam isu RM 3 bilion ini telahpun kita ketahui identitinya,dikenali sebagai Zaliah Zakaria.Menurut pengakuannya,dia pernah memiliki wang tunai dan hartanah bernilai RM100 juta.Zaliah juga mengakui mengenali Wan Azizah sewaktu menjawat jawatan dalam syarikat Wira Tangkis Sdn Bhd tapi di masa yang sama menafikan mengenali suaminya yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan.Mengikut penjelasannya lagi,aset bernilai RM100 juta yang pernah dimilikinya itu diperolehi hasil perniagaan lumba kuda pada akhir 1990-an.Agak-agak siapakah Menteri Kewangan ketika itu yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi lumba kuda tersebut ??? Benarkah Zaliah langsung tidak mengenali Anwar dan hanya mengenali isterinya sahaja ??? Mungkinkah kelulusan lesen judi lumba kuda itu hasil rekomen dari Wan Azizah yang ketika itu adalah isteri kepada Menteri Kewangan ??? Yang Paling penting tentu sahaja khalayak ramai menuntut penjelasan yang lebih ampuh dari Zaliah berkaitan punca dan sumber sebenar kekayaannya.Seseorang yang memiliki aset dan wang tunai RM100 juta tentu sahaja cukainya tidak akan mencecah RM50 juta sebaliknya ia sepatutnya jauh lagi rendah dari angka tersebut. Justeru itu,wajarlah Zaliah mengambil langkah berterus terang kerana ianya lebih baik berbanding penjelasan separa masak yang dilakukannya sebelum ini yang hanya mengundang lebih banyak persoalan dan di masa yang sama makin menjerat tengkuk Anwar Ibrahim. RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! USTAZ FATHUL BARI JAWAB ISU EXPO SYIAH DI KELANTAN !!! Posted: 28 Jun 2012 01:30 AM PDT Ustaz Fathul Bari Menghentam PAS Berkenaan Isu Ekspo Syiah Di Kelantan.tu dia...nampak sangat Dalam PAS ni memang ada unsur syiah.kenapa nak senyap ??? saya bukan nak tuduh.anda lihat sendir Mat Sabu.ada ker sesiapa yang pergi ke ceramah beliau atau program PAS melihat beliau solat bersama ??? soalan ini hanya untuk penyokong tegar PAS.jom lihat jawapan Ustaz Fathul Bari Di bawah RENUNG-RENUNGKAN |
KISAH BENAR !!! LIM GUAN ENG MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! WAJIB BACA !!! Posted: 27 Jun 2012 10:00 PM PDT Lim Guan Eng sekali lagi telah menipu bulat-bulat kepada rakyat.Awal bulan ini,dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai.Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut,Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang,isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu. Dengan itu,blog-blog dan portal Pakatan Haram mula membantu Lim dengan menyebarkan mesej berkenaan.Nampaknya,Lim terlupa tentang rekod dan dokumentasi.Orang politik sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh menipu kerana kini kebenaran boleh dicari di hujung jari.Jawapan PM terhadap perkara tersebut yang telah direkod adalalh seperti berikut : "Walaupunn status pelabuhan bebas cukai tidak lagi wujud,Kerajaan Persekutuan tahu bahawa BN Pulau Pinang telah memberikan cadangan terhadap konsep baru untuk menjana ekonomi di Pulau Pinang,terutamanya dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan.Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan respon dan juga sokongan dari rakyat dan juga cadangan-cadangan inovatif." Di bahagian mana yang menunjukkan bahawa PM tidak bersetuju untuk memberikan status pelabuhan bebas cukai ??? Perkara yang sama telah didedahkan oleh laman web Cina,Souminews.com yang melaporkan oleh NST semalam.Laporan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak menyatakan sepenuhnya teks jawapan yang diberikan oleh PM di Parlimen.Sebaliknya,mereka mengubah segala kebenaran terhadap perkara tersebut.Jadi,tidak banyak yang kita boleh katakan terhadap Lim Guan Eng kerana ini bukanlah kali pertama dia menipu rakyat.Adakah kita mahukan Menteri Besar yang selalu menipu untuk menjaga masa depan negara ini ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KISAH BENAR !!! PERTUMBUHAN EKONOMI INDONESIA TERBANTUT KERANA REFORMASI 1998 !!! WAJIB BACA !!! Posted: 27 Jun 2012 07:00 PM PDT Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nasional Media Group Indonesia,Noor Syamsuddin Chatib "reformasi Indonesia telah menyebabkan rakyat menemui matlamat yang palsu,bukannya matlamat baru, hak rakyat untuk memberi pendapat,bebas berbicara dan ekspresi semuanya dijamin oleh negara". Luahnya lagi,reformasi 1998 di Indonesia telah mengakibatkan lebih banyak peningkatan masalah rasuah yang seterusnya menjejaskan program pembangunan negara.Kewujudan kerajaan pusat yang lemah juga diikuti dengan masalah demonstrasi jalanan yang berterusan pula mengakibatkan pertumbuhan ekonomi terbantut.Terdapat logik di sebalik kata-kata beliau yang diucapkan pada 28 Februari 2012 itu.Sejarah reformasi Indonesia 1998 yang dimulakan oleh gerakan jalanan mahasiswa Indonesia terbukti menyebabkan banyak pelaburan dari luar terhenti disebabkan suasana tidak tenteram dalam negara.Walaupun selepas kejatuhan Suharto,program pembangunan ekonomi Indonesia masih gagal dilaksanakan dengan berkesan oleh pemimpinnya yang turun naik bersilih ganti dalam jangka masa beberapa tahun selepas itu.Manakala ramai golongan peniaga yang terdiri dari kaum Cina Indonesia pula masih ramai yang bermastautin di luar negara gara-gara bimbang peristiwa pembantaian dan keganasan terhadap orang Cina atau Tionghoa pada Mei 1998 berulang kembali. Dalam pada itu,kekecewaan Noor Shamsudin itu turut dikongsi oleh para mahasiswa Indonesia apabila pada 22 Mei 2012 lepas sekumpulan mahasiswa yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Pembebasan Jabar juga meluahkan nada kekecewaan yang hampir sama.Menurut mereka,"masalah KKN di Indonesia masih bermaharajalela. Lebih parah lagi, banyak kes KKN yang sudah di bawa ke mahkamah tapi tidak dapat diselesaikan sebaiknya. Ini salah satu bukti kegagalan reformasi". Jika pada 14 tahun lalu rakan-rakan mereka berbangga seketika kerana berjaya menjatuhkan sebuah pemerintahan secara kekuatan jalanan yang meragut banyak nyawa.Kini mereka berdemonstrasi lagi tapi bukannya untuk meraikan kejayaan 14 tahun lalu,sebaliknya untuk menunjukkan rasa tidak puas hati di atas kekecewaan lampau.Akhirnya,nyawa-nyawa yang melayang dalam pelbagai peristiwa semasa dan selepas reformasi 1998 di Indonesia menjadi sia-sia begitu sahaja.Sekali lagi terbukti,kekerasan dan keganasan jalanan tidak pernah merealisasikan perubahan yang lebih baik.Justeru,kita di Malaysia harus cepat membuka mata dan peka dengan apa yang berlaku di seberang supaya kegagalan di sana tidak berlaku di sini. Terbukti,reformasi yang diceduk dari Indonesia yang memberi aspirasi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim amat tidak sesuai untuk dibiakkan di Malaysia.Dan yang paling penting, sebagai rakyat yang rasional kita perlu mengutamakan keharmonian kaum agar pembunuhan beramai-ramai yang terjadi di Indonesia akibat rasa tidak puashati orang Melayu kerana perbezaan pendapat sessama mereka tidak merebak ke sini suatu hari nanti. http://www.freemalaysiakini2.com/?p=35290 RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 27 Jun 2012 04:00 PM PDT Malam Kelmarin,kebanyakan pimpinan PKR semuanya menerima jemputan pelancaran khas buku baru yang dikemukakan oleh Dr Siddiq Fadhil.Dr Siddiq bukannya baru dalam politik.Dah lama. Dr Siddiq adalah think tank Anwar buat sekian lama.Daripada zaman ABIM, IKD dan sebagainya.Hubungan mereka sangat akrab dan baik.Namun,buat tempoh beberapa ketika Dr Siddiq mengambil keputusan untuk keluar daripada mainstream politik. Sesak dengan kegilaan merampok kuasa dan kedudukan,katanya.Makna kata,Dr Siddiq pun tak seronok dengan budaya politik dalam PKR.Dr Siddiq memang seorang pemidato yang hebat.Sangat menarik.Dengan telo bahasa Indonesia,dia mampu menarik siapa sahaja untuk mendengar dan menghayati ceramah.Sebenarnya,kalau kita ingat istilah MAHAFIRAUN yang diberikan kepada Mahathir pada suatu ketika terma itu adalah sumbangan besar Dr Siddiq kepada Anwar pada suatu ketika.Maka, bertempiaranlah warga PAS,PKR dan DAP menggunakan istilah sama.Mahathir = Mahafiraun. Menurut Rakan Blogger GA,Dr Siddiq kembali dalam kedudukan yang lebih baik.WADAH dan ABIM adalah platfrom yang terbaik bagi meletakkan kembali di dalam sistem 'radar politik' Anwar Ibrahim.Kalau menurut perkembangan dua tiga hari ini,Dr Siddiq akan menjadi insan penting kembali dalam politik Anwar.Wak Jawa ini akan kembali menasihati Anwar untuk tidak mengamalkan politik longkang.Wak Jawa ini juga akan memastikan Anwar tidak 'melampau' dalam usahanya mendapatkan kuasa dan tempat sebagai Perdana Menteri.Wujud perkhabaran di kalangan rakan-rakan PKR sendiri, Wak Jawa ini bakal mendapat dana besar bagi meneruskan usaha mengembang budaya fikir di kalangan rakyat.Geran Selangorku? Mungkin juga.Dengan syarat,Anwar boleh yakinkan Khalid Ibrahim dan Faekah untuk lepaskan bajet. Pelancaran & Wacana buku Islam & Melayu: Martabat Umat & Daulat Rakyat Dato Dr Siddiq Fadhil. Isnin 25 Jun jam 8 pm di Hotel De Palma Ampang. Pidato khas Dato Seri Anwar Ibrahim. Panelis Dato Kamarudin Jaffar , Prof Dr Mohd Nor Nawawi. Moderator Hj Ahmad Azam Abdul Rahman. Deklamasi sajak Rozan Azen Mat Rasip dan wakil Pkpim. Isnin 25 Jun jam 8 pm di Hotel De Palma Ampang. Ramai di kalangan rakan PKR mengatakan ini adalah buku pertama ke arah usaha MEREPUBLIK kan Malaysia.Daulat bukan lagi kepada Raja.Makanya,RAKYAT lah yang lebih perlu didaulatkan.Faham kaitannya? Raja tidak lagi membawa panji daulat.Yang lebih penting adalah rakyat.DEMI Rakyat.Kalau perlu dijatuhkan segala sistem yang sumbang dan tidak mendokong perjuangan rakyat maka RAJA tidak ada relevansinya lagi.Kita tunggu sahaja gegak gempita pemikiran Dr Siddiq. Kembalinya Dr Siddiq ke pangkuan Anwar pasti menyebabkan kumpulan gila kuasa di dalam PKR lebih risau dan takut. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment