UMNO Online - “Penyokong Pas Mengamuk Sebab Tidak Dapat Terima Kebenaran – Zulkifli” plus 9 more

UMNO Online - “Penyokong Pas Mengamuk Sebab Tidak Dapat Terima Kebenaran – Zulkifli” plus 9 more

Link to UMNO Online

Penyokong Pas Mengamuk Sebab Tidak Dapat Terima Kebenaran – Zulkifli

Posted: 18 Jun 2012 10:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun –  Apakah ini demokrasi Islam…. Mungkin Pas boleh jawab.  Apakah ini demokrasi tulen yang diperjuangkan PKR dan apakah ini demokrasi ala-ala DAP?

Pertanyaan ini mungkin boleh dirungkaikan oleh parti pembangkang berhubung kekecohan yang berlaku ketika Ahli Parlimen Kuli Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mengadakan ceramah di Kg Medan, Petaling Jaya Utara baru-baru ini.

Bagi Zulkifli Noordin, apa yang diungkapkan semasa ceramah berkenaan adalah berhubung kait dengan kebenaran dan bukannya kepalsuan semata-mata.

"Mereka (penyokong Pas) tahu apa yang mereka buat ini salah, menjual kalimah Allah, gadai anak bini dalam politik, buat sumpah talak tiga, sanggup cerai isteri disebabkan parti, sanggup menukar perjuangan dari Negara Islam kepada Negara berkebajikan, bila ditanya kebajikan macam mana sedangkan kebajikan Memali yang kononnya mati syuhada ini pun tidak dijaga, sebab tu mereka tak boleh jawab.

"Sekarang ini mereka nak tukar pula Islam sebagai Ad-Din, Islam cara hidup. Saya persoalkan cara hidup Islam, semua orang nak. Tapi saya tanya soalan mudah, cara hidup Islam macam mana yang kamu (Pas) gunakan untuk pecat Hassan Ali?.

"Tak bagi tunjuk sebab, tak bagi peluang bela diri, tak bagi pertahan diri, tak panggil mesyuarat, tahu-tahu sahaja Hassan Ali telah dipecat. Apa dosa Hassan Ali? Di mana bukti nak jadikan Islam sebagai Ad-Din?," ujarnya mengulas tindakan segelintir penyokong Pas yang telah cuba menyerangnya di Kg Medan baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan penyakit pluralism yang semakin menular dalam pakatan, dibawa oleh Anwar Ibrahim, menyamakan semua agama. Kesan kepada pluralism ini, dan kesan yang boleh dilihat di Indonesia.

"Di Indonesia, banyak orang yang tak tahu bahawa perbuatan liwat dan hubungan lesbian dibenarkan. Di sana, homoseks dan lesbian adalah perbuatan seks yang tidak dihalang. Dibenarkan oleh undang-undang, ianya bukan satu perlakuan jenayah. Saya beritahu mereka kesannya.

"Kesan terbesar Anwar Ibrahim. Bila ditanya kepadanya mengenai undang-undang liwat, dia kata akan mansuhkan, ini undang-undang lapuk. Wall Street Journal tanya padanya, apa pendiriannya terhadap mereka yang melakukan hubungan seks bebas, homoseksual dan lesbian, dia kata bukan kerja dia tangkap orang yang melakukan homoseksual dan lesbian ini," tambahnya.

Dalam masa yang sama, jelas beliau rakyat boleh lihat sendiri perbuatan ini berlaku dalam pakatan bagaimana Ustaz boleh beri kaunseling kepada isteri orang pada jam 3 pagi, boleh makan aiskrim dalam jamban malah isu Anwar sendiri sudah terpampang video satu dunia.

"Ini bukti bahaya fahaman pluralism yang sudah menular ke dalam pakatan dan sudah meracuni Pas. Jadi Pas sudah diresapi parasit-parasit ini.

“Saya kata kenapa ahli Pas tak bangkit, bukan suruh pertahankan UMNO, bukan suruh bersama dengan UMNO tetapi mempertahankan parti sendiri yang sudah hancur yang disebabkan oleh parasit-parasit ini. Ini yang mereka tak tahan ini. Benda tu benda fakta, bukan saya cakap benda yang teori," ujarnya ketika ditemui di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

*** Sila ikuti wawancara UMNO-Online bersama Datuk Zulkifli Noordin dalam Youtube MediaUMNO.

Sokong Pembangkang Bererti Sokong 5H

Posted: 18 Jun 2012 04:12 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Jun – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan mana-mana pihak yang menyokong pihak Pakatan  Pembangkang sebenarnya menyokong 5H iaitu Huru Hara, Haru Biru, Hantu Raya, Hina Dina dan Hancur Luluh.

"Mengapa saya katakan begitu? Ini disebabkan pihak pakatan pembangkang telah mencetuskan Huru Hara di negara ini dengan penganjuran perhimpunan Bersih bermula dari 1,2 dan 3. Kerajaan mencadangkan empat tempat untuk mereka berhimpun termasuk Stadium Merdeka, namun mereka tetap mahu mengadakan demonstrasi jalanan.

"Mereka juga mengatakan bahawa Dataran Merdeka ialah Medan Tahrir mereka. Jelas apa yang berlaku, perhimpunan yang dikatakan akan berlangsung sebagai perhimpunan aman, akhirnya telah mencetuskan huru hara yang telah melibatkan kecederaaan anggota penguatkuasa dan juga orang awam," kata beliau kepada UMNO Online ketika ditemui d selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Penerangan UMNO Malaysia.

Manakala Haru Biru pula menurut beliau  adalah berdasarkan dari perkembangan yang berlaku di dalam parti Pakatan Pembangkang terutamanya dalam PKR di mana ramai ahli-ahli biasa, mahupun yang berjawatan tinggi telah keluar meninggalkan parti tersebut.

"Macam PKR, ada 11 ahli yang berjawatan akhirnya meninggalkan parti tersebut. Biar saya senaraikan satu persatu. Lima Adun PKR telah meninggalkan parti. Dua adun dari Perak, dua adun dari Kedah dan satu Adun dari Selangor yang akhirnya menjadi Adun bebas.

"Manakala, ada enam ahli Parlimen mereka yang keluar dari parti menjadi bebas ialah dari Wangsa Maju,  Bagan Serai, Bayan Baru, Kulim Bandar Baru, Nibong Tebal dan Padang Serai.  Bukan itu saja, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, Setiausaha Agong juga turut keluar dari PKR. Macam mana saya tidak kata bahawa mereka ini sebuah parti pakatan yang haru biru,"ujarnya.

Selain itu, faktor yang ketiga pula ialah Hina Dina. Apa yang beliau maksudkan hina dina ini ialah ekoran pendirian para pemimpin pakatan pembangkang yang menyokong  Ambiga dalam isu-isu LBGT dan seksualiti Merdeka.

"Begitu juga dengan kes-kes skandal seks seperti liwat dan sebagainya yang masih lagi tidak selesai  dan masih lagi dalam kes perbicaraan dan yang terbaru, pembongkaran video Timbalan Presiden PKR yang dikatakan terbabit dalam skandal seks yang juga masih belum dijawab," jelas beliau.

Beliau juga turut menyelar  sikap para pemimpin parti Pakatan Pembangkang yang sesuka hati mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun fatwa yang berubah-rubah, yang menimbulkan kekeliruan rakyat.

"Sikap mereka ini seperti Hantu Raya. Bercakap dengan tidak berfikir terlebih dulu.  Bahkan mereka tergamak mengkritik dan menghina Sultan dengan cara yang biadap, minta ahli tangguhkan haji demi kepentingan politik. Memberikan fatwa yang berubah mengikut kepentingan politik mereka. Bagi saya sikap seperti ini seperti perangai hantu raya. Bebas dan sesuka hati untuk berbuat apa saja," beritahu beliau lagi.

Manakala yang terahir ialah Hancur Luluh. Jelas beliau, pentadbiran Pakatan Pembangkang hari ini lebih banyak menuju kehancuran apabila prinsip perjuangan yang kabur dalam menentukan hala tuju negara terutamanya tentang Islam dan bangsa Melayu.

"Prinsip perjuangan Pakatan Pembangkang tidak jelas terutama  tentang hak-hak bangsa Melayu dan lain-lain, hak-hak agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu, dan kemasukan dana asing yang menaja segala gerakan politik parti di dalam pakatan Pembangkang.

"Dari sudut penguasaan dan hirarki antara parti-parti itu juga kita kurang jelas,siapa sebenarnya yang menguasai dan siapa yang dikuasai, kita sendiri tidak jelas dan tidak tahu tentang perkara itu. Sebab itu saya mahu ingatkan bahawa, sesiapa yang memberikan sokongan terhadap pembangkang, maka secara tak langsung, mereka juga menyokong tentang 5H ini yang boleh menganggu gugat dan menghancurkan keamanan  serta kemakmuran negara," akhiri beliau. -MediaUMNO

Kestabilan Politik, Keamanan Negara Bolehkan Sabah Terima Pelaburan RM10 Bilion

Posted: 18 Jun 2012 03:56 AM PDT

SANDAKAN, 18 Jun – Kestabilan politik dan keamanan di Negara ini membolehkan Sabah menerima pelaburan berjumlah RM10 bilion daripada pelabur luar negara dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata faktor tersebut menjadi kayu pengukur utama bagi pelabur luar negara datang dan menaruh keyakinan untuk membuat pelaburan di negeri ini.

“Pelaburan itu juga membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini dan memantapkan lagi ekonomi negeri Sabah,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Ketua-Ketua Masyarakat Zon Sandakan di sini hari ini.

Beliau berkata antara projek yang melibatkan pelaburan tinggi dan berskala besar ialah Projek Sabah Ammonia Urea di Sipitang, Pusat Ternakan Bersepadu di Keningau dan rojek menternak udang Kara di Semporna.

Menurutnya keindahan alam sekitar, flora dan fauna di negeri ini juga menarik minat pelabur datang ke Sabah.

Musa berkata nikmat keamanan yang terhasil daripada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak lebih 50 tahun bersandarkan keikhlasan pucuk pimpinan dalam membantu rakyat dan mencari pendekatan terbaik mengatasi masalah yang dihadpai rakyat.

Katanya kerjasama padu dan usaha pemimpin akar umbi yang bertindak sebagai mata, telinga dan lidah kepada kerajaan dalam menyampaikan dasar-dasar membolehkan kefahaman yang lebih jelas dan betul mengenai perkembangan semasa senario di negara ini.

“Ia juga membantu kepada usaha menyampaikan maklumat secara keseluruhannya dan terus kepada penduduk di luar bandar yang tidak mempunyai akses surat khabar atau media lain,” kata Musa.

Skandal RM3 Bilion Anwar : Murad Khalid Sedia Beri Kerjasama Untuk Siasatan

Posted: 18 Jun 2012 03:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun -  Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Murad dalam satu kenyataan pada Isnin yang diperolehi Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.

Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata : “Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.

“Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki.”

Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu.

Rupa-rupanya Selama Ini Anwar Bercakap Depan Cermin

Posted: 18 Jun 2012 03:09 AM PDT

Pakatan sedang berhempas pulas mempertahankan pengaruh dan sokongan rakyat sedia ada. Keadaan tidak menyebelahi mereka lagi. Banyak faktor yang menyebabkan pakatan pupus sokongan baru.

Pengaliran keluar sokongan ini adalah disebabkan kesilapan bertimpa-timpa yang dilakukannoleh para pemimpin pembangkang. Hampir setiap hari ada saja kesilapan berlaku yang menyebabkan pakatan semakin terhimpit.

Tindakan bengong “Nizar Ngonan MB” yang mencari hal dengan raja-raja melayu tidak mungkin akan menambah sokongan kepada pembangkang.

Pakatan makin hilang punca. Ia semakin jelas kelihatan, apabila ceramah Zul Nordin yang cukup memeningkan puak pakatan digangggu dan diserang.

Anwar semakin “tak ketawan”. Apa yang dicakap sewaktu ceramah seolah-olah seperti orang sudah hilang iman dan roh islam. Desperado sungguh. Macam orang mabuk bawak kereta. Jumpa selekoh dia tekan minyak. Jumpa lampu hijau dia berhenti. Jumpa lampu merah dia jalan. Semua perbuatannya nampak serba tak kena. Mungkin sinar petunjuk dan hidayah sudah semakin jauh.

Rupa-rupanya segala pembongkaran yang dilakukan oleh Anwar selama ini, bukan penyelewengan orang lain, tapi adalah penyelewengan yang dilakukannya sendiri sewaktu dalam UMNO.

Patutlah dia asyik tuduh UMNO UMNO UMNO. Rupanya semua ini kerja kotor yang dilakukannya semasadia berkuasa dalam UMNO.

Dia bongkar isu IPP, rupanya dia adalah penerima komisyen pertama sewaktu IPP diperkenalkan. Tanya Dato Astaman anak Aisyah Ghani. Padanlah pandai sangat tuduh Najib minta komisyen kapal selam. Rupanya dia yang lebih cekap cari duit pakai sistem komisyen melalui projek.

Dia bongkar isu kroni yang berleluasa dalam UMNO, adalah berdasarkan amalan yang dilakukannya sendiri sewaktu berkuasa.

Dia bongkar isu skandal seks Rahim Tambi Chik adalah berdasarkan kelakuannya sendiri juga sewaktu berkuasa.

Dia tuduh pemimpin UMNO fabricate segala bukti untuk mensabitkan dia bersalah. Rupa-rupanya kerja-kerja fabrikasi bahan bukti dan mengada-ngadakan cerita yang tiada, adalah profesyen dia sendiri.

Tuduhan polis bersubahat mencipta bukti selama ini rupa-rupanya adalah berdasarkan pengalaman sebenar dia sendiri yang mengarahkan polis mengugut Umi Hafilda supaya tarik balik akuan bersumpah yang dibuatnya.

Rupa-rupanya tektik mengguna Akuan Bersumpah palsu untuk mensabitkan Najib dengan pelbagai cerita busuk selama ini memang profesyen dia juga.

Sekarang semua kelakuan Anwar sudah semakin terbongkar dan para pendokong Anwar sendiri sudah hilang punca bagaimana mahu mempertahankan Anwar.

Itu sebab sekarang mereka guna tektik serang ceramah dan majlis pihak yang membongkar segala tektik dan pembohongan yang dilakukan oleh Anwar.

Kita tunggulah keputusan PRU13 nanti, baru kita tahu di antara parti pembangkang ini, siapa yang bodohkan siapa dan siapa yang gunakan siapa. Siapa yang untung dan siapa yang rugi. Pas, Dap guna Anwar ke atau Anwar guna Pas, Dap. Anwar kuda Nik Aziz ke atau Nik Aziz kuda Anwar. Dap kaut untung dari batang tubuh Anwar ke atau Pas yang kaut untung, atau pun Anwar yang kaut segalanya.

Atau pakatan keseluruhan yang tertipu dengan segala tektik dan jerat yang dipasang sendiri.

Pengundi majoriti senyap akan menentukan kejayaan atau kegagalan semua percaturan ini.

kkamdias.blogspot.com

FGVH Yakin Penyenaraiannya Akan Berjaya

Posted: 18 Jun 2012 02:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun –  Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yakin penyenaraianya di Bursa Malaysia akan berjaya kerana memiliki model perniagaan yang kukuh meski pun berhadapan dengan ketidaktentuan global.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata pelabur institusi bagi tawaran awam permulaan (IPO) yang terdiri daripada 1.92 bilion mencatatkan lebihan langgan sebanyak 45 kali.

“Ini satu petunjuk yang baik kepada FGVH yang akan disenaraikan di Pasaran Utama pada 28 Jun,” katanya  di majlis Penganugerahan Biasiswa FGVH di sini, Isnin.

Sementara itu, satu kenyataan Malaysian Issuing House Sdn Bhd (MIH) berkata bahagian pelabur runcit yang terdiri daripada 72.963 juta saham juga terlebih langgan sebanyak 6.75 kali.

Bagaimana pun, Mohd Isa berkata FGVH menerima hakikat bahawa keadaan ekonomi dunia tidak begitu baik sekarang disebabkan masalah yang melanda zon Eropah, yang bermula dengan Greece serta beberapa negara lain.

“Kita sedar perkara ini, cuma kita rasa yakin kerana FGVH mempunyai kekuatan tersendiri dan kita ambil langkah-langkah sewajarnya.”

“Kalau FGVH tidak disenaraikan sekarang, kita juga tidak pasti bila masalah ekonomi dunia ini akan selesai, malah tidak ada siapa yang dapat meramalkan kedaaan ekonomi,” katanya.

Selain itu, Mohd Isa berkata bentuk kerjasama antara FGVH dan syarikat gergasi komoditi Louis Dreyfus sedang giat dirundingkan dan akan diputuskan sebelum penyenaraian di Bursa Malaysia.

“Perkongsian usaha niaga strategik ini bukan saja mampu untuk mengukuhkan aktiviti hiliran malah mengurangkan kebergantungan terhadap kegiatan huluan,” katanya.

Presiden FGVH Group Datuk Sabri Ahmad berkata langkah pengukuhan aktiviti hiliran akan mengukuhkan sumber pendapatannya dan menyediakan pendapatan stabil bagi para peneroka Felda kerana harga Minyak Sawit Mentah (MSM) secara relatifnya adalah turun naik.

“Harga MSM ialah RM3,500 setan metrik dalam tempoh tiga minggu lepas tetapi kini berharga RM2,900 setan metrik,” katanya.

Beliau menjangka harga itu akan meningkat dan terus kukuh pada separuh kedua tahun ini berikutan pengeluaran yang rendah.

Sabri berkata pusingan pengeluaran yang rendah, pengeluaran kacang soya yang rendah di Brazil dan Argentina serta permintaan yang stabil dari India dan China membantu menaikkan harga MSM.

Penyenaraian FGV akan menjadikannya IPO terbesar di Asia pada tahun ini, IPO terbesar di dunia pada tahun ini selepas penyenaraian Facebook dan IPO terbesar di Malaysia sejak penyenaraian Petronas Chemical Group pada November 2010.

Dengan mengandaikan harga runcit RM4.55, tawaran itu akan mengumpulkan kira-kira RM10.5 bilion.

Politik Pembohongan Anwar Sudah Jadi Rahsia Umum

Posted: 18 Jun 2012 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Jun – Pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru,  Datuk Zulkifli Nordin bahawa beliau diarah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereka cerita bagi memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suatu perkara biasa dalam agenda politik Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari menyifatkan pendedahan yang dibuat oleh Zulkifli bukanlah suatu yang memeranjatkan kerana seperti diketahui umum bahawa Anwar akan sanggup melakukan apa sahaja bagi merealisasikan cita-citanya politiknya.

"Cita-cita uatama Anwar adalah untuk menjadi Perdana Menteri, untuk itu beliau perlu mendapatkan sokongan dan simpati rakyat terhadapnya, dan antara kaedahnya ialah membuat cerita yang memburukkan pihak lain dan memberi keuntungan kepadanya.

"Dalam perkara ini, Anwar bijak mengatur strategi, beliau menggunakan orang lain supaya rakyat tidak menuduhnya, sedangkan itu semua adalah perancangannya dan akhirnya rakyat akan mempercayai perkara itu.

"Apa yang penting bagi Anwar adalah untuk mendapat sokongan, dan Datuk Zulkifli Nordin antara orang dipergunakan oleh Anwar," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurutnya, apa berlaku itu telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif rakyat terhadap Datuk Seri Najib walaupun kesahihan mengenai perkara itu belum terbukti dan akhirnya memberi kesan kepada kerajaan.

"Pendedahan semula Datuk Zulkifli berhubung perkara itu adalah tepat pada waktunya walaupun perkara itu pernah didedahkan sebelum ini,  tetapi tidak ramai yang perasan mengenai perkara itu kerana diperkatakan di Dewan Rakyat.

"Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan, ia boleh merosakkan negara bukan sahaja di kalangan rakyat malah nama negara juga boleh tercemar jika perkara itu membabitkan negara luar seperti apa yang didedahkan," katanya.

Anuar berkeyakinan bahawa pendedahan demi pendedahan yang dilaporkan kebelakangan ini akan dapat memberi gambarn sebenar siapakah insan yang bernama Anwar Ibrahim dan seperti biasa beliau akan mengatakan bahawa itu semua adalah satu konspirasi untuk memburuk-burukkan dirinya.

Menurutnya, adalah tidak mustahil Anwar akan mengalihkan apa sahaja pendedahan yang dibuat terhadap dirinya itu kepada perkara lain bagi mengelak perkara ia terus diperkatakan seperti isu kekayaannya yang dianggarkan bernilai RM3 bilion. -MediaUMNO

DAP Tak Perlu Pakai Kuntau Lagi Serang Musuh Mereka

Posted: 18 Jun 2012 02:23 AM PDT

Saudara Pengarang,

Sejak berkongsi katil dan bantal dengan DAP nampaknya pemimpin Pas begitu galak menyerang siapa saja yang sebelum ini adalah musuh utama DAP. Tidak perlu lagi DAP bersusah payah pakai kuntau untuk menyerang musuh mereka cukup dengan menggunakan pemimpin Pas untuk membuat serangan kepada musuh mereka.

Siapa musuh utama DAP?… seperti yang kita sudah lama tahu DAP cukup tidak senang dengan orang Melayu, Islam kerana keistimewaan yang diberikan, malah DAP juga sejak dulu lagi sememangya mengeluarkan kata-kata biadap terhadap Raja-Raja Melayu hingga pernah seorang pemimpin utama mereka ditampar seorang kiyai kerana kata-kata “kurang ajar” yang dikeluarkan.

Kini DAP bukan saja dapat perlindungan Pas malah pemimpin DAP juga telah diangkat setaraf dengan ulama-ulama Pas kerana kononnya bertaraf Saidina Umar Aziz.  Upah untuk pemimpin Pas hanyalah janji ke Putrajaya.  Demi Putrajaya Pas sanggup lakukan apa saja untuk DAP termasuk bertakbir bila pemimpin-pemimpin DAP melafazkan ayat-ayat Al Quran.

Semua tindakan pemimpin DAP untuk menghina pemimpin Melayu lain dihalalkan Pas.  Semua tindakan DAP untuk menyerang, biadap terhadap pihak berkuasa yang kebanyakannya orang Melayu direstui Pas.  Semua tindakan DAP untuk kurang ajar terhadap penjawat awam yang kebanyakannya orang Melayu dibenarkan Pas.  Semua tindakan DAP untuk menghimpit orang Melayu terutama di Pulau Pinang hanya dipandang sebelah mata oleh Pas.  Buatlah apa saja, DAP tidak perlu risau lagi kerana telah diberikan perlindungan 100 peratus oleh Pas.

Dengan memutarbelitkan ayat Al Quran dan hadis, semua perbuatan dan tindakan DAP itu diberikan cop halal oleh Pas.

Tapi rakyat sebenarnya terutama orang Melayu tidak lagi hairan dan pelik dengan tindak tanduk Pas ini kerana kalau prinsip perjuangan Islam mereka sendiri pun mereka boleh gadai kepada DAP, inikan pula hal-hal orang Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu yang bagi Pas tidak mendatangkan kudis pun.

Elfira Hj Muin

AirAsia M’sia’s New CEO Vows To Maintain 60 Pct Domestic Market Share

Posted: 18 Jun 2012 01:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 18 – Profit-making budget carrier AirAsia’s newly appointed chief executive officer for Malaysia’s operations Aireen Omar aims to maintain 60 per cent domestic market share.

“I know I have a big shoe to fill and I am confident to keep the target alive. Everyone can fly not only now but forever.

“We have 60 per cent domestic and 40 per cent international market share. We intend to maintain that and grow it,” she told reporters after being named AirAsia’s chief executive officer for Malaysia’s operations.

Aireen said AirAsia Malaysia would continue to be creative and innovative.

She said maintaining market leadership, cost discipline and increasing revenue would be among the main challenges helming the post.

Aireen, former AirAsia’s Regional Head of Corporate Finance, Treasury and Investor Relations, succeeds Group Chief Executive Officer Tan Sri Tony Fernandes, who will move to Jakarta to oversee the airline’s expansion plans in the Asean region, effective July 1.

AirAsia has set up a regional office in Jakarta, AirAsia Asean.

Fernandes said that it had become clear that as AirAsia entered its second decade, there need to be a major shift in the group’s perspective, strategies and operstions to sustain its trajectory.

“She (Aireen) might look sweet but she’s aggressive, tough as me with different approaches. She’s no little red riding hood and don’t be fooled by her exterior.

“Malaysia has grown to be profitable, from a baby to a teenager, So, we are now leaving our teenager to Aireen and heading to become an adult,” he said, adding that the 38-year-old Aireen will report directly to him.

Meanwhile, AirAsia co-founder Kamarudin Meranun said Aireen kept AirAsia “ahead of the curve” during the credit crisis.

“While other airline companies got into trouble when they failed to secure any financing at all, Aireen was able to lock up financing at very competitive rates for two years to buy aircraft for AirAsia,” he added.

Human Factor Among Reasons For Insufficient Teachers In Some Schools : Muhyiddin

Posted: 18 Jun 2012 01:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 18 – Tan Sri Muhyiddin Yassin says human factor is among the reasons why some schools are lacking in teachers.

The deputy prime minister explained that the education ministry had a dilemma in fulfilling the demand for teachers in some schools because of appeals against transfer or relocation directives, and at times political interference via a letter of support to set aside the directive.

“We face a dilemma with teachers who have served in an area for a long time, who eventually settled by getting married and starting a family there,” he said in reply to a supplementary question by Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) in the Dewan Rakyat today.

Dr Tan had asked what the education ministry was doing to overcome the shortage of teachers in some schools.

Admitting that the problem still existed, Muhyiddin who is also the education minister, assured that the ministry was looking at long-term measures.

According to him, a review of the education system including at the administration level was currently being conducted.

To a supplementary question from Teng Boon Soon (BN-Tebrau), he said the ministry had implemented the transformation programme at vocational schools to produce more semi-skilled manpower from among the students.

He said the ministry would also introduce courses to match market demands.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...