PISAU.NET |
- Seminar Fiqh: Sah Malaysia Bukan Negara Sekular
- Sama Tak Serupa
- LAGI KUAT PM BEKERJA, LAGI MENGGELETAR LUTUT ANWAR
| Seminar Fiqh: Sah Malaysia Bukan Negara Sekular Posted: 18 Jun 2012 11:36 AM PDT ![]() PADA sesetengah orang terutama yang berpakaian kerajaan tapi berfahaman pembangkang, menerima pandangan seorang alim ulama lagi professional bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti yang mahu dipercayai oleh semua penyokong pembangkang yang berpegang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1988 yang menyebutkan Malaysia adalah sebuah negara sekular. Inilah kesimpulan penulis melihat dari respon-respon segelintir peserta selepas pembentangan kertas kerja terakhir seminar oleh Dr. Muhammad Uthman El Muhammady semalam. Pada penulis sendiri yang tidak berganjak mendengar pembentangan kertas kerja Dr. Uthman, berpendapat pandangannya itu adalah berasaskan kepada buku-buku dan pandangan para ilmuan Islam dan barat mengenai sekularisme ini, bukan dicipta sendiri oleh Dr. Uthman. Sudah tentu perkataan sekular ini tidak wujud di dalam al-Quran kerana ia adalah satu perkataan yang diperkenalkan barat untuk memudahkan penuturan bagi menggambarkan sistem pemerintahan yang membawa kepada pemisahan agama dan urusan kerajaan. Lagipun seperti yang dijelaskan Dr. Uthman, Ketua Hakim Negara pada ketika keputusan Mahkamah tersebut dibuat, Tun Salleh Abas (yang juga mantan ADUN dan Exco kerajaan PAS Terengganu) tidak menyatakan Malaysia sebuah negara sekular, sebaliknya menyebutkan ada undang-undang negara ini yang bersifat sekular. Satu-satunya yang mengatakan Tun Salleh menyebutkan negara ini sekular adalah Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh. Sudah tentu Karpal mahu percaya dengan perkara tersebut kerana DAP memang menanti kenyataan seperti ini untuk menyokong tujuan dan matlamat agung penubuhan DAP – menubuhkan republik Malaysia. Kepada peminat pembangkang yang gemar menggambarkan Malaysia ini sebagai negara sekular, pandangan Karpal itu adalah satu-satunya kenyataan yang tinggal untuk menunjukkan Malaysia ini sekular, setelah hampir semua perkara yang tertulis dalam perlembagaan kita tidak langsung menjurus ke arah itu. Tidak mungkin sama sekali sebuah negara sekular meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaannya, malah perkataan sekular itu sendiri tidak wujud dalam perlembagaan negara kita sejak dulu hingga sekarang, tak tahulah kalau Anwar dah mengambil alih nanti. Keseluruhannya seminar ini bukan sahaja menafikan pandangan yang mengatakan negara ini adalah negara sekular, malah seminar ini turut mengesahkan bahawa cara negara ini diurus adalah bertepatan dengan Islam dan ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli Feqah. Dari sistem pemerintahan beraja, berkerajaan dan pentadbiran semasa negara, semuanya adalah menepati kehendak Islam, walaupun masih banyak yang tidak lengkap tapi masih lagi tidak salah dari segi syariatnya. Kenyataan ini sudah tentu tidak sahaja mengejutkan penyokong pembangkang malah penyokong kerajaan sendiri kerana dikeluarkan oleh profesional dan ilmuan Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa. Bagi penyokong kerajaan, kita memang yakin sistem berkerajaan kita menepati syariat Islam berdasarkan pandangan ulama tempatan, tak pulak kita sangka, ilmuan dan ulama terkenal dunia Islam turut berkongsi pandangan yang sama. Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Barisan Nasional adalah jawapan terbaik kepada kerajaan mana satu yang sepatutnya memimpin setelah Pilihanraya Umum ke 13 berakhir. Sistem sekarang bukan saja mendaulatkan Islam tapi juga memastikan hak bukan Islam tidak terbiar. Kalau ada yang lebih baik dari ini, penulis suka nak mendengarnya. |
| Posted: 18 Jun 2012 04:21 AM PDT |
| LAGI KUAT PM BEKERJA, LAGI MENGGELETAR LUTUT ANWAR Posted: 17 Jun 2012 09:48 PM PDT Apabila terdapat cadangan bahawa kerajaan dijangka menambah peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi setiap kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim meloncat dan melenting. Peruntukan tambahan yang membabitkan kira-kira RM200 juta itu dikatakan Anwar satu tindakan terdesak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Tujuan peruntukan itu adalah supaya wakil-wakil rakyat BN boleh melaksanakan pelbagai projek serta program pembangunan rakyat di kawasan masing-masing. Ia bukan dana untuk kempen pilihan raya mahupun bagi kepentingan peribadi ahli-ahli parlimen terbabit kerana kelulusan setiap permohonan untuk menggunakan peruntukan itu perlu mengikut proses yang ketat dan telus, selalunya melalui pejabat daerah. Setiap kali kerajaan memberi bantuan, pembangkang memandang serong dan melempar pelbagai tuduhan kononnya ia bermotifkan politik. Seolah-olahnya tidak ada apa-apa kebajikan yang boleh dilakukan oleh kerajaan kepada rakyat tanpa menerima cacian dan fitnah pihak pembangkang. Anwar juga mengelabah apabila kerajaan juga bercadang untuk meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua. Pada pusingan pertama BR1M, kerajaa Pelaksanaan program BR1M bagi kali kedua ini adalah kerana kerajaan berpendapat masih terdapat ramai keluarga yang perlu dibantu dalam usaha meringankan beban kehidupan mereka. Kemelut ekonomi dunia yang semakin meruncing sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada Malaysia, dan sebagai kerajaan ang bertanggungjawab, kebajikan rakyat perlu didahulukan. Inilah usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang telah melaksanakan banyak program dan dasar yang mementingkan rakyat. Anwar membuat kritikan membabi buta untuk menutup kegagalannya sebagai Ketua Pembangkang dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Yang paling menyedihkan taraf beliau sebagai bekas Menteri Kewangan yang kononnya berpengalaman tidak langsung diberi pengiktirafan oleh Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim. Walaupun jawatan Menteri Besar diungguli oleh PKR, namun semua cadangan Anwar berkaitan ekonomi Selangor, ditolak mentah-mentah oleh Abdul Khalid. Buktinya, tidak ada satu program pembangunan di Selangor pun yang boleh dikaitkan dengan cetusan minda Anwar. Malah boleh dikatakan Anwar tidak membawa apa-apa pembangunan atau perubahan positif kepada kehidupan rakyat Selangor. Beliau lantang bersuara untuk menurunkan harga minyak petrol apabila berjaya merampas Putrajaya pada pilihan raya umum kelak. Sekiranya inilah hasratnya, apa salahnya jika Selangor menggorak langkah dengan memberi subsidi bahanapi di negeri itu? Bukankah itu akan lebih meyakinkan rakyat bahawa pembangkang cakap serupa bikin? Dalam isu PTPTN pula, apabila kerajaan mengambil keputusan membekukan permohonan pinjaman bagi pelajar Unisel, Menteri Besar segera membuat cadangan cetek untuk menjual aset kerajaan negeri untuk menampung dana pelajar. Jika inilah dasar menjual harta benda negeri yang termampu difikirkan oleh pembangkang setiap kali berdepan dengan krisis, besar kemungkinan Selangor akan bankrap belum sempat habis satu penggal mereka mentadbir negeri itu. Hakikatnya pembangkang hanya pandai bercakap dan membuat janji manis yang tidak masuk akal tetapi gagal menggotakan setiap yang dijanjikan kepada rakyat. Umpamanya amaran kerajaan pusat bahawa Selangor bakal menghadapi krisis bekalan air yang serius menjelang tahun 2014 tidak dihiraukan. Pembangkang terus memperjudikan nasib rakyat dan masa depan kemajuan ekonomi negeri dengan mempolitikkan isu projek Langat 2 untuk menyalurkan air Sungai Pahang ke Selangor. Pembangkang lebih rela melihat rakyat Selangor menderita kerana kekurangan bekalan air daripada bekerjasama dengan kerajaan pusat mencari penyelesaian. Anwar dan kuncu-kuncu pembangkangnya hanya mampu menyalak untuk mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan kerana realitinya mereka gagal untuk melakukan satu kebaikan pun untuk rakyat. Bak kata pepatah, pembangkang berlagak seperti tin kosong, lebih bunyi daripada isi. |
| You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.


No comments:
Post a Comment