BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! KETAKUTAN DAN PENIPUAN OLEH PAKATAN HARAM DI SELANGOR TERSERLAH !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 18 Jun 2012 05:00 AM PDT


Dua hari sudah,pada jam 4:00 pagi,pasukan Gerak Gempur Pemuda UMNO DUN Meru telah memasang 2 banner tentang manifesto Pakatan Rakyat, 2 banner tentang premis urut dan sehelai banner ZON BN di laluan masuk ke Kampung Perepat yang mana Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dijangka hadir untuk Solat Jumaat di Masjid Umariah Kampung Perepat.

Bagaimanapun, tidak sampai tiga jam kemudian,Majlis Perbandaran Kelang (MPK) telah mencantas 4 banner kecuali banner ZON BN. Itu pun setelah diberikan amaran oleh penduduk setempat.


Kes ini sebenarnya amat menarik,memandangkan kalau mengikut jumlah banner, pemidang, bunting dan apa-apa sahaja penayang setaraf dengannya,Pakatan Rakyat jauh lebih juara kerana di seluruh Selangor,Pakatan Rakyat telah memasang alat-alatan promosi itu dengan penuh meriah.


Tidak cukup dengan banner,papan tanda sebesar-besar alam dan sebanyak-banyaknya didirikan di seluruh Selangor, hanya untuk menyatakan TERIMA KASIH kepada Pakatan Rakyat. Sekaligus menggambarkan sikap rakus Pakatan Rakyat Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim. Dan yang paling menariknya ialah apabila Pakatan Rakyat menggunakan wang kerajaan negeri untuk dibelanjakan bagi pemidang-pemidang dan bahan-bahan promosi berkenaan… bukan untuk rakyat, tetapi untuk Pakatan Rakyat semata-mata.

Perangai sakit hati Pakatan Rakyat terhadap banner dan bunting yang melibatkan UMNO dan Barisan Nasional begitu jelas dan ketara. Di sebalik keaktifan mereka sendiri menaikkan pelbagai alatan promosi di seluruh Selangor menggunakan wang rakyat, Pakatan Rakyat tersangat bimbang dengan PEMBIRUAN di seluruh Selangor yang sedang aktif dilaksanakan oleh rakyat Selangor sendiri !!! - SEL13.COM

HOT NEWS !!! MULUT CELUPAR KHALID SAMAD MENJADI-JADI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 18 Jun 2012 01:30 AM PDT


Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam meminta agar UMNO dan Barisan Nasional menerima kekalahan pada PRU13 sekiranya rakyat ingin membuat perubahan dengan memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman.Alasannya ialah,kebelakangan ini ramai pemimpin UMNO-BN yang memberikan reaksi bahawa pilihanraya umum kali ini akan berlangsung dengan sengit.Sama ada adik kepada bekas Menteri KPDNKK, Shahril Samad itu seorang yang bodoh, atau terlalu yakin mahupun sudah dapat meramal kekalahan yang akan menimpa dirinya serta Pakatan Rakyat di Selangor, sehingga mendorong dia mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa, sebenarnya menggambarkan ketakutannya yang sangat luar biasa.Kemenangannya di Parlimen Shah Alam pada tahun 2008 merupakan sesuatu yang tidak diduga sama sekali.Bahkan kemenangan Pakatan Rakyat menguasai Selangor pada PRU ke-12 itu juga, mungkin langsung tidak terlintas di fikirannya.

Peralihan kuasa daripada UMNO-BN kepada Pakatan Rakyat yang sebenarnya merupakan sebuah entiti haram, tidak berdaftar serta sebenarnya tidak wujud pun, telah dibuat secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah. Sebaliknya yang berlaku ialah, pengaktifan gelagat-gelagat serta tindakan-tindakan subversif oleh Pakatan Rakyat selain keterujaan mereka kerana telah berjaya menjadi kerajaan di Selangor, seringkali menjadikan UMNO sebagai bahan untuk memulakan pertumpahan darah.Perhatikan sahajalah bagaimanan Khalid Samad sendiri yang terlibat secara langsung dalam kemelut kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam,dengan sengaja mencabar ahli-ahli UMNO dan orang Melayu di kawasan berkenaan untuk bertindak sehingga mewujudkan kontroversi KEPALA LEMBU. Apa yang dilakukan oleh Khalid Samad selepas itu ialah menghasut penganut agama Hindu agar menyerang dan menimbulkan pertumpahan darah dengan orang Melayu dengan alasan, kontroversi tersebut telah dimulakan oleh UMNO.

Begitu juga dengan kontroversi kalimah ALLAH. Sekali lagi Khalid Samad cuba menimbulkan kemarahan ahli-ahli UMNO dan orang Melayu secara keseluruhannya agar bertembung dan kemudian bergaduh dengan penganut-penganut agama Kristian apabila di dalam sebuah gereja, dia mengatakan kalimah ALLAH dikongsi oleh semua agama.

Apakah sekarang ini, nyawa Khalid Samad terancam kerana Pakatan Rakyat sedang menjadi kerajaan di negeri Selangor? Adakah Khalid Samad dan rakyat Selangor terpaksa berkurung kerana ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO tidak berpuas hati kerana kehilangan Selangor sehingga menimbulkan rusuhan dan perang saudara?Kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid Samad itu sebenarnya langsung tidak berasas. Sebaliknya yang kelihatan cenderung untuk melakukan kejahatan, keganasan dan huru-hara adalah para pengikut Pakatan Rakyat, bahkan Khalid Samad sendiri.

Tentunya kita masih ingat peristiwa bagaimana pengikut Pakatan Rakyat terlentang di atas jalan untuk cuba menghalang kenderaan DYMM Raja Muda Perak selepas Perak jatuh semula ke tangan Barisan Nasional selepas tiga orang ADUN Pakatan melompat parti?

Tentunya kita masih ingat juga bagaimana DYMM Sultan Selangor diserang oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat selepas ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafie bersikap biadap terhadap baginda. Begitu juga dengan sikap biadap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menganggap perbuatan mendahului bidang kuasa sultan adalah PERKARA BIASA.Meletakkan kesalahan kepada UMNO adalah perkara rutin dan satu kewajipan kepada mana-mana ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat. Menariknya, setiap kali mereka menyalahkan UMNO, ianya berlaku selepas mereka melakukan onar dan perbuatan jahat.

Itu sebenarnya Khalid Samad. Selepas begitu banyak dosanya kepada rakyat Selangor, khasnya dan rakyat Malaysia amnya, dia cuba menggambarkan yang UMNO akan melakukan keganasan sedangkan selama empat tahun, yang paling banyak melakukan onar dan kejahatan di Selangor adalah Pakatan Rakyat sendiri, dengan Khalid Samad sendiri adalah salah seorang pencetusnya yang mempunyai peranan terbesar.Biarpun menyatakan, Pakatan Rakyat sedia menerima kekalahan, tetapi perkembangan mutakhir menunjukkan Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kekal berkuasa, termasuklah mendapatkan bantuan dari pihak luar, terutama sekali dari segi kewangan dan khidmat nasihat! - SelangorDaily.Com

BONGKAR !!! ANWAR IBRAHIM MAKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA SEMATA-MATA KE LUAR NEGARA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 17 Jun 2012 10:00 PM PDT


Sebagai menyambut perang psikologi Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amat yakin dapat menawan Putrajaya dan berjaya menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-13, soalan pertama yang perlu rakyat tahu adalah, berapakah kos perbelanjaan yang akan diambil dari tabung negara untuk menampung kos perbelanjaan beliau ke luar negara?. Pertanyaan ini amat relevan kerana semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid membuat pengakuan berkanun bahawa Anwar Ibrahim telah mengawal 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion.Daripada RM3 billion itu,bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu berkata Anwar telah mengarahkan membayar USD 1O Million kepada sebuah badan pemikir Asia Pasific Policy Centre (APPC) milik Douglas H. Paal untuk melobi imej Anwar di Amerika Syarikat (AS).

Berikut petikan kenyataan berkanun Abdul Murad tentang badan pelobi APPC :

"Saya mesti membuat pendedahan khas tentang sebuah Pertubuhan Amerika yang dipanggil Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas Pengarah Kanan untuk Hal Ehwal Asia (1989 hingga 1993) Majlis Keselamatan Negara (NSC) Amerika Syarikat. Douglas H. Paal meninggalkan Majlis Keselamatan Negara untuk memulakan APPC pada tahun 1993 yang dibiayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bertanggungjawab untuk mengatur sumbangan sebanyak USD IO Million kepada APPC dan Douglas. H. Paal atas arahan Datuk Seri Anwar".Saya percaya bahawa kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lain juga membuat sumbangan besar kepada APPC dan Douglas H. Paal. Walaupun saya tidak dapat memastikan jumlah sumbangan mereka secara tepat, saya yakin jumlahnya juga mencecah berjuta-juta dolar AS".

"APPC dan Douglas H. Paal adalah salah satu daripada jentera utama yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan imej beliau di negara-negara Barat, terutamanya di Washington, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain. APPC juga pelobi utama untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan organisasi media antarabangsa".APPC menganjurkan "Dialog Pasifik" iaitu satu persidangan di bawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang pada November 1994. Dialog Pasifik Kedua telah diadakan pada bulan Januari 1996, Dialog Pasifik Ketiga pada bulan November 1996 dan Dialog Pasifik Keempat pada bulan Januari 1998. Sepatutnya akan dibuat Dialog Pasifik Kelima yang dirancang pada bulan Disember 1998 tetapi telah dibatalkan kerana penaung persidangan itu tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Semua persidangan Dialog Pasifik telah diadakan di Malaysia kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sumber utama pembiayaan untuk APPC".

"Dalam apa yang saya percaya seperti yang dianggap sebagai pengkhianatan kepercayaan orang ramai, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa APPC harus menguruskan rizab BNM sebanyak RM50 Bilion dan dana KWSP sebagai balasan untuk perkhidmatan yang telah diberikan. Alternatif yuran besar sebanyak USD 3 Juta akan dibayar setiap tahun kepada APPC untuk kos menjalankan Pusat di Washington. Nasib baik ini arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk APPC menguruskan dana di atas tidak dapat dikuatkuasakan".Apa yang saya telah saya nyatakan di atas tanpa keraguan membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang bersedia mengorbankan tabung-tabung negara untuk faedah cita-cita politik dengan bantuan elemen-elemen asing".

"Perkembangan semasa yang sedang berlaku di negara ini yang mengancam ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat untuk melanjutkan cita-cita politik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti yang mencukupi bagi menyokong dakwaan ini".

Bacaan lanjut,

KLIK DI SINI

DAN

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Kenyataan Abdul Murad berkenaan dengan kecenderungan Anwar sujud ke AS terbukti setelah beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, beliau mengambil keputusan untuk berhijrah dan menetap di AS selama dua tahun sebelum kembali semula aktif sepenuh masa dalam politik negara pada tahun 2008.Ketika menetap di AS, di antara tahun 2005 hingga 2007, Anwar juga sering berulang alik dari Washington ke Kuala Lumpur untuk membantu kempen-kempen parti naungannya, PKR.

Sudah tentu, proses ulang alik itu menelan kos yang tinggi yang mungkin tidak mampu ditampung oleh seorang pensyarah pelawat biasa yang pernah bekerja di AS.Berikut disertakan beberapa dokumen berkenaan butiran perbelanjaan tiket penerbangan Anwar sekitar tahun 2006 hingga 2007.Sekiranya Anwar berada di AS,beliau menggunakan agensi pelancongan 'Dollar Wise Travel' dan 'Sultan Travel Inc' untuk urusan tempahan tiket ke Tokyo, Honolulu, Los Angeles, Washington, New York, Amman dan lain-lain.

Manakala, jika Anwar berada di Malaysia, beliau menggunakan agensi pelancongan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd, Ampang untuk urusan tempahan tiket ke Washington (IAD), Singapura (SIN), Dubai (DXB), Heathrow (LHR), Brussels (BRU), Jeddah (JED), Bangkok (BKK), Vancouver (YVR), Toronto (YYZ), Riyadh (RUH), Itali (MXP), Amsterdam (AMS), Bahrain (BAH), Abu Dhabi (AUH), Istanbul (IST), Amman (AMN), dan lain-lain.Terdapat satu dokumen yang dikeluarkan oleh Center for Advanced Orthopedics yang mencadangkan Anwar hanya menaiki penerbangan kelas bisnes atau kelas pertama kerana rekod kesihatan sakit tulang belakangnya.Terdapat dua dokumen lain yang menunjukkan arahan pembayaran daripada Anwar Ibrahim kepada Brenda Martin dari Old Line Bank, sebuah bank yang berpangkalan di Clinton, Maryland, AS.

Anwar menggunakan kepala surat Anwar Ibrahim & Associates yang mengarahkan Brenda membayar melalui akauan Anwar Ibrahim Consulting Associates LLC kepada YHA Travel & Tours (M) Sdn. Bhd di Ampang, Selangor.Dokumen bertarikh 17 Mei 2007 bernilai $18,000.00 dan dokumen bertarikh 17 Jun 2007 bernilai $14,620.00.Butiran perbelanjaan ini dilakukan Anwar ketika beliau belum lagi dilantik sebagai Ketua Pembangkang dan Penasihat Ekonomi Selangor.Selain itu, butir perbelanjaan itu hanya melibatkan kos tiket penerbangan dan tidak termasuk kos penginapan, makan minum dan kos-kos lain yang sudah tentu menelan perbelanjaan yang lebih besar.

ANDA NAK LIHAT BUKTI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

EKSKLUSIF !!! VIDEO KEJADIAN SEBELUM DAN SEMASA PUAK PAKATAN HARAM KECOH DI CERAMAH DATUK ZULKIFLI NOORDIN TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 17 Jun 2012 09:05 PM PDT


Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M,Taman Petaling Perdana,PJS1 berakhir dengan kekecohan.YB Zulkifli Nordin selaku penceramah tunggal dalam progam Debat Rakyat itu diserbu oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab.Salah seorang daripada mereka dilihat menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan .

Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali.Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam.



Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu. Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli Nordin menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'.Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama.Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah,Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian.



Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab.Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah. -Kl Pos

INI LAH PUAK PAKATAN HARAM TAK NAK TERIMA KENYATAAN !!!

ANDA LIHAT SENDIRI !!!!

SIAPA LEBIH GANAS ????

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! AL IKHWAN DI MESIR KENA TIPU KAW-KAW ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 17 Jun 2012 04:00 PM PDT


Abu Zain,Kajang – Pentagon telah menipu proksi mereka al-Ikhwan al-Muslimoon di Mesir! Pada minggu lepas 15 Jun 2012, Mahkamah Tinggi Mesir telah membubarkan Parlimen!. Perlembagaan sementara akan ditukar juga untuk menjadi pro kuasa sebalik tabir di Militari Kompleks Pentagon.PAS dan PKR perlu ambil ikhtibar daripada apa yang terjadi di Mesir. Bersatulah. Negara akan terselamat,Rakyat akan terbela.

Egypt uprising 'overturned'

Court ruling to dissolve parliament leads Brotherhood to warn of "dangerous days" such as those under Mubarak regime.

Evan Hill Last Modified: 15 Jun 2012 13:49

Egypt's Muslim Brotherhood has warned that a court ruling to dissolve parliament and let Hosni Mubarak's former prime minister run for president is a move toward reversing the gains of last year's revolution.The group, which held the most seats in parliament,said in a statement on Friday that the decision will lead to more dangerous days than those under the Mubarak government.The Brotherhood statement said progress made since Mubarak was ousted is being "wiped out and overturned".

"Back to where you were," read a huge red headline in the Friday edition of independent daily Al-Shorouk.

Egypt's Supreme Constitutional Court ruled on Thursday in two unprecedented same-day decisions that the Muslim Brotherhood-dominated parliament must be dissolved and that former officials in the previous Mubarak government be allowed to hold political office.The rulings were a harsh blow to the Brotherhood and effectively approved the candidacy of presidential hopeful and former prime minister Ahmed Shafik.The verdicts were quickly followed by an announcement that Egypt's ruling Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) would now oversee the writing of a new constitution.

Mohammed el-Beltagy, the vice-president of the Muslim Brotherhood's Freedom and Justice Party (FJP), called the sequence of events a "fully fledged coup" in a post on his Facebook page.But Mohammed Morsi, the Muslim Brotherhood's presidential candidate, said in an interview with Egyptian channel Dream 2 that the constitutional court's decision to dismiss the entire parliament did not amount to a military coup.

"I love the military forces," he said, adding that the court rulings indicated "there [are] some who seek, strive for, and plan ill against the people".

There are signs from the Brotherhood and the Salafi Nour Party, the legislature's other main power broker, that parliament may refuse to dissolve itself.

No authority

Deputy speaker and Nour MP Ashraf Thabet told local media on Thursday night that parliament would continue with its usual session on Tuesday.Last week,Saad el-Katatni, an FJP member and speaker of parliament,said that Egypt's interim constitution gave no institution the authority to dissolve parliament.At issue in the rulings on Thursday was the way in which the People's Assembly was elected,which involved a hybrid ballot, two-thirds of which was meant for political parties and one-third for independents.

The Brotherhood pushed the military to change the rules at the last moment, opening the independent seats for parties, and hemming in the right of former regime elites to run for election.That push now seems to have backfired, with the court ruling that the change to the hybrid system unfairly discriminated against independents.

Although Egypt's judiciary was long respected as a bulwark of independence, and one of the only checks on the Mubarak government, analysts say the court was stacked with Mubarak sympathisers in recent years.Many viewed the Supreme Constitutional Court's decision on Thursday as deeply political.

On the three previous occasions the court has dissolved parliament, it never made such a speedy same-day ruling, sometimes taking years to decide, wrote legal scholar Nathan Brown, an expert of the Egyptian judiciary at George Washington University.Exacerbating the perception were remarks made last week by Ahmed el-Zend, the head of the Judges Club, who declared that judges would not have overseen elections if they had known the kind of representatives who were going to win.

Ruling 'legal'

The Brotherhood's success in pushing through what was known as the Political Isolation Law was also reversed on Thursday.The law,passed by parliament and approved by SCAF in April, banned Shafik and others who had held high-level positions in Mubarak's government from holding office for the next decade.

Shafik continued to run after the presidential election commission, filled with some of the same judges who sit on the Supreme Constitutional Court, decided to allow him in. The court has now officially approved that decision.The ruling, analysts agree, is legal, since the law was poorly tailored to target only a select group of individuals.But the way in which it was reached, with conflicts of interest and last-second timing,make the court appear to be on the side of the military and the state.

'Historic verdict'

When state television announced that the court had decided to allow Shafik to stay in the race while also dissolving parliament, word spread through the crowd, who were reading Twitter and receiving text messages.Some protesters surged toward the barbed wire, and a military armoured personnel carrier and two Central Security Force armoured vans moved into position on the other side.The crowd soon thinned, however, leaving a few dozen people shouting at the police on the other side and leading anti-military chants.Hours later, Shafik held a triumphant press conference and declared that the era of "tailoring laws" had ended.

He promised a civil state and return of stability.

"The message of this historic verdict is that the era of political score settling has ended," Shafik told supporters.

"I'm not surprised," said 18-year-old Mohammed Maher, an engineering student at Helwan University who had carried a revolutionary socialists flag to the court protest.

"But I think all the judges they don't rule from their heads, they rule from the head of the army."

Maher said everyone expected the judiciary to rule in favour of the establishment.

"The son of a rich man becomes rich and the son of a poor man stays poor," he said. -AIDC

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...