UMNO Online - “Penderitaan Pesakit Kanser Darah Dapat Perhatian Kerajaan Terengganu” plus 9 more

UMNO Online - “Penderitaan Pesakit Kanser Darah Dapat Perhatian Kerajaan Terengganu” plus 9 more

Link to UMNO Online

Penderitaan Pesakit Kanser Darah Dapat Perhatian Kerajaan Terengganu

Posted: 20 Jun 2012 04:22 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 20 Jun – Penderitaan Ismaliana Ismail, 20, yang menghidap penyakit kanser darah mendapat perhatian Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang melawat keluarga gadis itu di Kampung Pulau Musang di sini hari ini.

Walaupun Ismaliana tiada di rumahnya ketika kunjungan tersebut kerana mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kota Baharu, Kelantan, kehadiran Ahmad sangat bermakna buat keluarga pesakit itu.

Bapanya, Ismail Omar, 62, berkata sehingga kini keadaan penyakit anak ketujuh daripada lapan beradik itu masih tidak stabil dan sejak lebih sebulan  dimasukkan di HUSM, beberapa suntikan ubat dilakukan termasuk dua rawatan kimoterapi, namun tiada perubahan positif.

Ismail yang bekerja sebagai tukang rumah berkata sebelum ini Ismaliana dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, namun keadaannya yang semakin kritikal menyebabkan doktor merujuknya ke HUSM.

“Terima kasih atas kunjungan Menteri Besar pada hari ini. Walaupun Ismaliana tiada di sini, kehadiran beliau memberi semangat untuk kami sekeluarga agar terus tabah dengan ujian ini.

“Sebagai bapa, harapan saya hanya satu agar Ismaliana dapat sembuh seperti biasa dan kembali menjalani kehidupannya yang ceria sebelum ini,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya.

Bagi ibu Ismaliana, Aminah Abdullah, 55, beliau tidak menyangka demam yang dihidapi anaknya sebelum ini adalah petanda buruk terhadap kesihatan Ismaliana.

“Sebelum ini, kami hanya membawanya untuk mendapatkan rawatan di HSNZ, namun doktor mula mengesyaki Ismaliana menghidap penyakit lain apabila demamnya tidak pulih.

“Ismaliana juga selalu pengsan di sekolah dan setelah melakukan pemeriksaan rapi, barulah doktor mengesahkan bahawa anak saya menghidap penyakit kanser darah,” katanya.

Aminah yang bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, di sini redha dengan ketentuan yang bakal dihadapi Ismaliana, apatah lagi doktor memaklumkan bahawa penyakit anaknya itu di tahap kritikal dan peluang untuk hidup sangat tipis.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan Terengganu melalui Dana Tabung Penyakit Kronik akan membantu memberi sumbangan kepada keluarga berkenaan yang kini terpaksa berulang alik ke HUSM untuk melawat Ismaliana.

“Pejabat Pembangunan Daerah kawasan Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam akan melihat jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga ini secepat mungkin,” katanya yang turut memberi sumbangan wang tunai kepada Ismail sekeluarga.

Vernacular Schools Will Keep People Apart, Says Mahathir

Posted: 20 Jun 2012 04:03 AM PDT

PUTRAJAYA, June 20 – Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said vernacular schools would keep people apart and hamper unity among the different races.

He said the proposed setting up of a new Chinese independent high school in Kuantan might have a similar effect.

“We have accepted from the very beginning that vernacular schools could be set up by the different communities, which has resulted in our young people not being together.

“If we recognise Chinese education and their certificates, etc, we will have three different people, each talking in a different language. I think we will not be able to even live together if we don’t understand each other.”

Dr Mahathir said this after launching the Perdana Leadership Foundation-Maybank Foundation Essay Competition 2012, here, today.

MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek was recently reported to have said that he hoped the school would get the approval to be set up within two weeks.

Dr Chua said he had met Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin with other top party leaders over the Kuala Lumpur Chong Hwa Independent High School’s application to build the school.

On another issue, Dr Mahathir questioned why opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim did not sue former Bank Negara Malaysia assistant governor Datuk Abdul Murad Khalid who gave a statutory declaration alleging, among others, that Anwar held 20 master accounts.

“I think he should sue Abdul Murad. He should also sue Ummi Hafilda Ali, the Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) team and its mursyidul am Zahid Md Arip.

“He should sue them because that is the way he can keep their mouths shut, like he kept my mouth shut for five years (referring to a RM100 million defamation suit filed against him by Anwar),” he added.

The media have reported that Anwar allegedly controlled 20 master accounts managed by his cronies, which involved assets, shares and cash amounting to more than RM3 billion.

UMNO Kelana Jaya Tumpu Ceramah Berkelompok Dekati Pengundi

Posted: 20 Jun 2012 03:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Jun – UMNO Bahagian Kelana Jaya kini sedang giat menjalankan program ceramah berkelompok yang mensasarkan kumpulan-kumpulan kecil sekitar 20- ke 30 orang yang melibatkan pengundi-pengundi di kawasan Parlimen tersebut.

Menurut  Timbalan Ketua UMNO Kelana Jaya, Datuk Yahaya Bujang, program ceramah berkelompok yang sedang dijalankan ini bertujuan untuk mendekati pengundi dengan pendekatan yang agak santai dan berkomunikasi secara dua hala

"Bagi saya lebih mudah kita membuat penerangan mengenai isu-isu semasa di dalam kumpulan-kumpulan kecil seperti ini kerana fokus kita tidak lari.

“Setiap topik perbincangan yang diadakan dalam program-program tersebut diperbincangkan dengan serius. Malah dalam program itu, kita adakan sesi dialog dan soal jawab mengenai sebarang isu-isu semasa dari pelbagai topik di negara kita hari ini," jelasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Menurut pemerhatian beliau, program ceramah kelompok yang dijalankan setakat ini mendapat respon yang baik daripada pengundi-pengundi di sekitar kawasan Parlimen itu.

"Program ceramah berkelompok ini akan kami teruskan sehingga tibanya PRU ke 13 nanti. Begitu juga dengan program wanita UMNO yang kini sedang giat berjalan bagi mengenal pasti dan mendekati pengundi-pengundi khususnya golongan wanita di kawasan Parlimen ini," ujar beliau.

Manakala katanya lagi, program-program berkala turut diadakan seperti Sambutan Hari Ibu, Israk Mikraj, tahlil dan solat hajat.

"Program tahlil dan solat hajat kini kami adakan selang dua atau tiga minggu sekali di pejabat UMNO bahagian Kelana Jaya. Solat hajat ini antara tujuan diadakan adalah untuk memohon kepada Allah, agar perjuangan ahli-ahli UMNO hari ini diberkati, diredhai serta diberi petunjuk dan kekuatan oleh-Nya.

"Selain itu, UMNO Kelana Jaya turut mengadakan beberapa program penerangan kepada masyarakat pengundi di sekitar kawasan ini dan yang terbaru, kami menjemput Datuk  Zulkifli Nordin dan Zahid Mat Arif sebagai penceramah jemputan dalam program yang diadakan di Bandar Sunway baru-baru ini," jelas beliau. -MediaUMNO

Samakan Demonstrasi Jalanan Dengan Perarakan Maulidur Rasul Memalukan

Posted: 20 Jun 2012 03:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Jun – Kenyataan Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub yang cuba menyamakan demonstrasi jalanan dengan perarakan sambutan Maulidur Rasul dianggap memalukan.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata perbandingan antara demonstrasi jalanan dan perarakan sambutan Maulidur Rasul adalah dua perkara yang cukup berbeza.

"Tidak tahulah saya kalau mereka ingin membuat perbandingan yang sama dengan tujuan kepentingan politik masing-masing dan ini boleh dianggap cubaan untuk mengelirukan pandangan umum. Atau pun mereka cuba menghalalkan apa yang mereka buat.

"Bagi sayalah……Demonstrasi dan perarakan Maulidur Rasul cukup berbeza….Adakah ada pada waktu dan ketika demonstrasi segala pujian dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sedangkan pada sambutan Maulidurasul kita berselawat mengingati junjungan besar Muhammad s.a.w….Adanya ceramah yang mengingati sirah Rasulullah dan lain-lain lagi. Senarionya cukup berbeza," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Salahudin yang menyamakan perarakan agama seperti Maulid Nabi sebagai demonstrasi jalanan dalam Debat Sinar Harian malam semalam  antara Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Pas Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

Pada masa yang sama Ustaz Hj Mohd Afandi turut mengingatkan Salahudin  bagaimana negeri Kelantan sendiri yang digelar negeri Serambi Mekah tidak ada perarakan berkenaan.

"Begitu juga di Pulau Pinang yang menimbulkan kontroversi apabila kerajaan negeri itu  pada tahun 2010 didakwa membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang sebelum itu diadakan setiap tahun.

"Namun akibat dikritik hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, kerajaan negeri kemudiannya membuat keputusan untuk mengadakan perarakan itu yang mengikut program asal dibatalkan. Jadi apakah Salahudin lupa atau buat-buat lupa,"  katanya.

"Saya tidak berniat untuk mengkritik beliau cumanya tersentuh dengan apa yang diungkapkan oleh beliau berkenaan dengan perarakan sambutan Maulidur Rasul. Jadi saya ambillah kesempatan ini untuk berkongsi pandangan perkara yang sama untuk renungan bersama, " katanya. -MediaUMNO

Bantah Lynas… Dulu Pun Pembangkang Tolak Proton, Putrajaya, KLIA

Posted: 20 Jun 2012 02:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Apa yang dihairankan dengan sikap pakatan pembangkang apabila seringkali mencari keburukan dan memutarbelit fakta sebagaimana projek kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang kerana selama ini pun projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan sentiasa dipolitikkan.

Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Seri M. Kayveas mengimbas semula pembangunan negara yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sejak puluhan tahun lalu yang mana ia sentiasa mendapat tentangan dan komen negatif dari parti-parti pembangkang.

"Dulu semasa Tun Dr. Mahathir melancarkan projek kereta pertama Malaysia pun ia turut mendapat tentangan dan dianggap sebagai sesuatu yang tidak berpijak pada realiti tetapi kita lihat bagaimana hasilnya setelah lebih 20 tahun ia dibangunkan yang mana semua rakyat negara ini mampu berkereta termasuklah pembangkang juga," katanya kepada UMNO-Online.

Tambahnya, pelbagai projek mega yang dilaksanakan kerajaan dalam Rancangan Malaysia untuk jangka masa panjang turut dijadikan bahan propaganda oleh pakatan pembangkang sedangkan telah terbukti bahawa kemajuan Malaysia adalah berdasarkan impian yang direalitikan.

"Apabila pembinaan Menara Kuala Lumpur dilancarkan, projek Koridor Raya Multimedia (MSC), bandar terancang Putrajaya, litar lumba antarabangsa Formula-1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), projek LRT, monorel, lebuh raya dan macam-macam lagi pembangunan mahu dilakukan maka pembangkang inilah yang membantah dengan pelbagai manipulasi.

"Mereka menuduh kerajaan membazir, salah guna duit rakyat, tidak amanah dan macam-macam lagi tetapi kita lihat hari ini mereka pula yang mahu menawan Putrajaya, pakatan pembangkang yang memandang serong pembinaan KLIA ini jugalah yang kerap menggunakan KLIA sebagai kemudahan terus apabila ke luar negara dan berceramah dari Perlis hingga ke Sabah dengan prasarana yang disediakan oleh kerajaan sendiri."

Tegasnya, sebagaimana rentetan daripada semua projek pembangunan yang dilaksanakan maka begitulah juga Lynas dipolitikkan sedangkan ia telah diperhalusi dengan kajian terperinci, laporan diteliti, mengambil pandangan masyarakat dan ada jawatankuasa khas.

"Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) telah dibentangkan di Dewan Rakyat malah ia telah dipersetujui oleh pakar nuklear daripada anggota mereka juga yang sememangnya tahap radiasi projek kilang adalah rendah dan tidak berbahaya.

"Ini bukanlah perkiraan politik atau atas kepentingan peribadi sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang tetapi ia dilaksanakan dengan tahap profesionalisme, ada kajian, ada pandangan dan ada penilaian tetapi malangnya pakatan pembangkang jadikan ia sebagai bahan putar belit yang tidak berfakta."

Tambah beliau lagi, bagi mencapai tahap sebuah negara maju, projek pembangunan mestilah dilaksanakan dan ia sentiasa diseimbangkan dengan kepentingan masyarakat yang mana jika apabila ia dijalankan kelak ada mengundang bahaya maka tentunya ia boleh dihentikan.

"Kita lihat bagaimana Jepun yang menjadi antara negara termaju mempunyai kilang nuklearnya dan apabila berlaku bencana alam maka serta merta ia dihentikan tetapi apabila tahap keselamatan terkawal maka projek kilang terbabit telah diteruskan.

"Ini adalah keputusan dari komuniti jawatankuasa dan bukannya parti-parti politik saja jadi sepatutnya anggota pakatan pembangkang bersikap profesional, matang, tahu berfikir dengan bijak dan tidak membuat tuduhan-tuduhan tanpa asas."

Ujar beliau lagi, sebagai pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pastinya kerajaan memikirkan yang terbaik malah beliau sendiri sanggup berdiri bersama-sama para demonstran sekiranya Lynas diteruskan jika keputusannya adalah benar berbahaya.

"Sikap pembangkang ini sebenarnya menunjukkan tahap minda mereka yang tertutup dan tidak layak bergelar pemimpin apatah lagi untuk membantu dalam proses memajukan negara," katanya.

Semalam, anggota PKR, Tian Chua telah mengkritik perjalanan jawatankuasa khas terbabit dengan hujah yang menyimpang dan tidak berasaskan kajian sains walhal hasil laporan terbabit memaklumkan bahawa tahap daripada segi radiasi kilang tersebut memang rendah.

Pada Ogos tahun lepas, saintis Pas, Dr Che Rosli mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat adalah tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik. - MediaUMNO

Malaysia Biaya Pembinaan Kolej Sains Kesihatan QII Di Baitulmaqdis

Posted: 20 Jun 2012 01:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Kerajaan Malaysia akan membiayai pembinaan sebuah kolej sains kesihatan dengan kos US$5 juta di Institut Antarabangsa Al-Quds (QII) di Baitulmaqdis.

Ketua jawatankuasa Hubungan Luar Palestin/Lubnan QII, Dr Moh’d Akram Al-Adlouni mengumumkan perkara itu selepas satu perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di pejabatnya di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Menyifatkan pembiayaan itu sebagai satu sumbangan luar biasa oleh rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin, Dr Moh’d Akram berharap ia akan dilaksanakan segera.

“Kami mengadakan perbincangan panjang lebar dengan Perdana Menteri, berbincang mengenai keadaan rakyat di Palestin terutama di Baitulmaqdis. Beliau sangat sedar mengenai kebimbangan dan penderitaan di sana.

“Selain itu, Perdana Menteri juga berjanji untuk berkongsi dengan anggota Kabinetnya dan beberapa rakyat Malaysia terutama ahli perniagaan bagi menyokong pembinaan sekolah-sekolah yang berbeza di kawasan Baitulmaqdis kerana kami menghadapi kekurangan kelas-kelas di sekolah-sekolah di Baitulmaqdis,” katanya.

Sebelum itu, Dr Moh’d Akram, yang mengetuai delegasi terdiri daripada wakil-wakil QII dan Yayasan Al-Quds Afrika Selatan, mengadakan perjumpaan hamper sejam dengan Najib.

Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Pengerusi Yayasan Al-Quds Malaysia Nasharudin Mat Isa.

Pada Isnin, lapan anggota delegasi mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena pelancaran Yayasan Al-Quds Malaysia oleh Muhyiddin di Putrajaya, pada hari yang sama.

Yayasan Al-Quds Malaysia merupakan satu yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin dan antara aktivitinya ialah mendidik masyarakat mengenai isu di Negara bergolak itu selain membantu rakyat Palestin.

Dr Moh’d Akram berkata mereka juga berbincang mengenai isu pembiayaan dan Perdana Menteri berjanji beliau akan membincangkannya dengan anggota Kabinetnya terutama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengkaji projek itu.

Sementara itu, Nasharudin, bagi pihak QII yang berpangkalan di Beirut dan Yayasan Al-Quds Malaysia, berterima kasih kepada Perdana Menteri atas komitmen kerajaan dalam membiayai pembinaan kolej sains kesihatan.

Beliau berkata mereka akan mengatur supaya Dekan kolej itu untuk datang dan menerima cek itu secepat mungkin.

Sebelum itu, delegasi itu juga mengadakan kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya.

20 Pakatan Rakyat Members Return To UMNO

Posted: 20 Jun 2012 12:53 AM PDT

DENGKIL, 20 June  - Twenty Pas and PKR members from Kampung Dato Abu Bakar Baginda in Dengkil returned to UMNO after losing faith in the opposition coalition, Pakatan Rakyat.

Former Pas member, Akhiah Samidin, 57, said Pakatan Rakyat leaders made empty promises to deceive the voters during the 12th General Election but did not fulfill any of them for the villagers.

“We were deceived by the opposition’s political propaganda at the time. We have returned to UMNO willingly. We realise that Pakatan Rakyat has no clear plans for the people and only Barisan Nasional can ensure the future of our younger generations,” he told reporters last night.

The group of former Pas and PKR members handed their UMNO membership forms to Dengkil state assemblyman Datuk Marsum Paing, who reminded voters not to fall for the opposition’s short-term plans at every general election.

“Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s leadership places “People First, Performance Now”. BN fulfills all its promises and we only promise what can be delivered. We don’t promise the moon and the stars,” he added.

Perang Azmin – Khalid Ibrahim Sudah Makin “Membusuk” Di Selangor

Posted: 20 Jun 2012 12:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Ketidaksefahaman dan gerakan untuk saling jatuh menjatuhkan antara Timbalan Presiden PKR,  Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, kini bukan sudah menjadi satu' rahsia umum' yang tersebar luas di Selangor malah makin membusuk, khususnya di kalangan ahli-ahli PKR sendiri.

Perkara ini diakui oleh bekas  Ketua Penerangan PKR,  Haji Ruslan Kassim yang berkata bahawa konflik atau perang besar antara Azmin Ali dan  Khalid Ibrahim ini sudah lama bermula dan ianya diketahui umum  oleh rakyat, khususnya di kalangan ahli-ahli PKR.

"Perkara ini sudah diketahui umum, terutama mereka yang bersama PKR. Ini saya ibaratkan seumpama peperangan gajah sama gajah. Dan hari ini, banyak pelanduk yang sudah mati akibat peperangan gajah-gajah itu, " kata beliau sini kepada UMNO Online ketika mengulas isu konflik di antara dua pemimpin tertinggi PKR itu di sini hari ini.

Jelas beliau, konflik antara Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim bermula apabila Timbalan Presiden PKR itu meletakkan jawatannya sebagai lembaga pengarah di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di mana Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi pengerusinya.

Tindakan Azmin meletakkan jawatan tersebut menurut Ruslan  adalah sebagai tanda protes kerana tidak bersetuju dengan cara dan corak pentadbiran Khalid sebagai pengerusi PKNS dan Menteri Besar.

"Kemudian, Azmin mengarahkan anak-anak buahnya agar mengusulkan undi tidak percaya kepada Khalid di Cabang Kuala Selangor, di mana Khalid menjadi ketuanya. Begitu juga di Ranting  Ijok, yang diketuai oleh Khalid, turut diserang oleh anak-anak buah Azmin dengan mengusulkan undi tidak percaya kepada beliau," ujar beliau.

Seterusnya kata beliau, apabila melihatkan Azmin mula memberikan ancaman terhadap kedudukan beliau bukan sahaja di Cabang, malah di cawangan Ranting sekaligus, Khalid kemudiannya bertindak memecat anak-anak buah Azmin yang memegang jawatan di Cabang Kuala Selangor dan Ranting Ijok.

"Bukan itu saja,  Azmin Ali juga dalam satu kenyataannya secara terbuka mengkritik dan menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh exco-exco negeri Selangor yang dilantik oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Malah ada pelbagai lagi gerakan yang dijalankan oleh Azmin dalam usahanya menjatuhkan Khalid. Kalau nak bercerita, panjang berjela nanti," jelas beliau.

Justeru itu kata beliau lagi, apabila timbul isu skandal seks dan rasuah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau hanya mengatakan 'no komen' dengan nada yang sinis ketika diminta oleh para wartawan mengulas isu tersebut, tanpa langsung membela anak didik kesayangan Anwar itu.

"Sebab itu jika kita perhatikan, sejak timbulnya dua isu yang membabitkan beliau, tidak ada seorang pun pemimpin dari Pakatan Pembangkang, terutamanya dari PKR yang tampil membela Azmin, kecuali Anwar Ibrahim. Ini ekoran sikap Azmin dan juga tindak tanduknya yang tidak begitu digemari oleh ramai ahli Pakatan Pembangkang, khususnya pemimpin dan ahli PKR sendiri," jelas beliau. -MediaUMNO

Lebih 67,000 Permohonan Saguhati Khas Anggota Bekas Polis Bantuan Diterima

Posted: 20 Jun 2012 12:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Jun  - Sehingga semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima serta memproses 67,540 permohonan saguhati khas RM3,000 kepada anggota-anggota bekas polis bantuan di negara ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 64,592 permohonan diluluskan manakala 58,830 pemohon telah menerima cek masing-masing dan bakinya seramai 5,762 pemohon sedang dalam proses penyerahan cek berkenaan.

“Pemberian saguhati khas ini diberi kepada anggota-anggota bekas polis bantuan yang berkhidmat semasa zaman darurat itu telah dibuat berdasarkan Belanjawan 2012 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 23 Nov lepas,” katanya.

Saguhati khas ini diberikan kepada anggota bekas polis bantuan terdiri daripada pasukan ‘Special Constabulary, Auxiliary Police, Home Guard, Extra Police Constable, Border Scout, Jungle Scout/Squad, Police Field Force Reservist serta Sarawak Constabulary’ yang berkhidmat pada zaman darurat iaitu antara 1948 hingga 1962 (Semenanjung) manakala bagi Sabah dan Sarawak antara tahun 1962 hingga 1974.

Abu Seman berkata demikian menjawab soalan Tan Ah Heng (BN-Gelang Patah) yang meminta kementerian menyatakan jumlah penerima Bantuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) dan jumlah permohonan yang ditolak serta punca utama kegagalan permohonan.

Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan 67,540 permohonan yang diterima serta diproses, sebanyak 2,948 permohonan ditolak berikutan beberapa faktor.

Katanya antara faktor berkenaan adalah pemohon adalah waris kepada anggota, pemohon berkhidmat bukan semasa zaman darurat dan pemohon tidak termasuk dalam kategori layak menerima saguhati.

Abu Seman berkata KDN telah mengadakan beberapa program serahan cek saguhati khas dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Katanya KDN masih lagi memproses permohonan TAWP ini dan pembayaran akan dibuat kepada pemohon yang layak dengan kadar segera.

Perlekeh Pandangan Tokoh Al Azhar : Penolakan Pas Tidak Bersandarkan Ilmu

Posted: 19 Jun 2012 11:56 PM PDT

KUALA LUMPUR 20 Jun –  Tindakan Pas memperlekehkan pandangan ulama dan cendekiawan agama daripada Timur Tengah termasuk Al Azhar yang lain pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin baru-baru ini boleh disifatkan sebagai perbuatan bongkak dan angkuh.

'Kita sudah menjangkakan perkara ini kerana apa jua perkara kebenaran walaupun ia dinyatakan oleh individu yang bebas termasuk para akademik dan ulama tersohor dunia sekalipun jika ia tidak menyebelahi kepenting politik Pas maka mereka seperti wajib menolaknya dalam apa jua keadaan.

“Bagi Pas mereka mengamalkan kebenaran terpilih iaitu jika perkara itu benar tapi ia tidak memihak kepada mereka maka mereka akan tolak tapi sebaliknya jika perkara itu tidak benar namun memberi keuntungan politik kepada mereka maka mereka akan menjajanya ke pelosok negara… itulah pegangan politik Pas”, kata bekas Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulama Pas, Prof Madya Mohd Noor Deris.

Tegas beliau lagi amatlah malang penolakan Pas terhadap pandangan ulama dan para akademik antarabangsa ini bukanlah bersandarkan fakta atau dalil dari Al Quran dan Hadis tapi hanya sekadar penafian politik semata-mata.

"Kita boleh menerima perbezaan pendapat tetapi biarlah ia bersandarkan ilmu, pembuktian fakta bersandarkan tuntutan Islam itu sendiri bukan ungkapan politik yang sekadar untuk menegakkan benang yang basah. Sebab itu kita sentiasa tekankan bahawa Pas itu bukan Islam dan Islam itu bukan Pas sebab matlamat utama Pas hanya mahukan kuasa dengan apa cara sekalipun termasuk menjual agama”, ujarnya.

Prof Mohd Noor seterusnya menambah sebagai sebuah parti yang dijaja berjuang untuk Islam, sepatutnya Pas menghormati pandangan  ulama berkenaan dan bukan memperlekehkan pandangan mereka ikut kaca mata politik.

Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin baru-baru ini berkata kerajaan Malaysia, yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam, telah banyak melakukan kebaikan kepada masyarakat serta berusaha membangunkan (mendaulatkan) Islam dan ia seharusnya perlu terus disokong.

Beliau turut  menekankan bahawa dalam memperjuangkan Islam, nama tidak penting, sebaliknya isi perjuangan lebih penting.

Namun bagi  Pas, seminar berkenaan menujukkan UMNO terpaksa menggunakan khidmat 'bomoh' (ulama)  luar setelah 'bomoh' dalam tidak boleh pakai.

Menurut Pas lagi pembentang yang dijemput kebanyakan  daripada negara Timur Tengah, memang bertujuan untuk mengeluarkan pandangan supaya rakyat menyokong kerajaan BN pada hari ini. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...