PISAU.NET |
- Kementerian Pertahanan hanya membelanjakan kira-kira RM30 juta-Zahid Hamidi
- Lim Guan Eng :Malaysia's Top Land Broker
- Lynas: Skandal Pembohongan Paling Licik Terbongkar
- Scorpene: No Malaysians Are Being Subpoenaed – French Embassy
- Zulkifli : Saya Tidak Boleh Kompromi Status Peguam Diarah Reka Bukti Palsu
- PKR Curi Elektrik,TNB Pejam Mata?
| Kementerian Pertahanan hanya membelanjakan kira-kira RM30 juta-Zahid Hamidi Posted: 20 Jun 2012 08:00 AM PDT ![]() Program Pemasyarakatan Banduan, yang diperkenalkan pada 2010, berjaya mencapai matlamatnya apabila tiada peserta program yang dibebaskan masuk semula ke penjara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata antara faktor utama kejayaan program itu ialah pendedahan kepada orang yang diselia (ODS) mengenai input spiritual dan kursus keterampilan asas membabitkan kemahiran seperti pertanian, perikanan, penyelenggaraan bangunan dan aktiviti yang memberi pendapatan kepada mereka. "Dengan membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tersebut, ODS yang dibebaskan mampu berdikari bagi mencari nafkah hidup," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat, Rabu. Ahmad Zahid berkata seramai 2,713 banduan atau ODS terlibat dalam program itu sejak ia diperkenalkan. Sehingga Mei lalu, 1,827 ODS telah dibebaskan, katanya. Menjawab soalan tambahan Ismail mengenai pembinaan pusat pemulihan pemasyarakatan itu, Ahmad Zahid berkata Kementerian Pertahanan hanya membelanjakan kira-kira RM30 juta bagi lima Pusat Pemulihan Pemasyarakatan yang menyediakan program untuk mengintegrasikan pesalah undang-undang kembali semula ke pangkuan masyarakat. Beliau berkata ia menjimatkan berbanding kos bagi membina lima buah penjara. "Sepatutnya lima penjara yang dibina dengan belanjawan RM50-60 juta bagi tiap-tiap satu penjara, ertinya kita memerlukan RM250 juta. "Tetapi untuk lima pusat tahanan, Kementerian Pertahanan hanya membelanjakan kira-kira RM30 juta. Ini bermakna kita dapat mengurangkan belanja kira-kira RM220 juta," katanya. Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Ahmad Zahid berkata beliau akan menjawab hal-hal berkaitan pembelian kapal selam Scorpene dan inkuiri oleh Mahkamah Perancis di Dewan Rakyat pada 26 Jun ini. – BERNAMA Pisau kata "Zahid bakal hantar torpedo Scorpene ke kem haprak pakatan" |
| Lim Guan Eng :Malaysia's Top Land Broker Posted: 20 Jun 2012 07:03 AM PDT Malaysia Book Of Record hari ini secara rasmi mengumumkan Setiausaha Agong DAP memerangkap Ketua Menteri Pulau Pinang yang turut memegang jawatan sebagai khalifah kepada segerembolan khawarij telah secara rasminya menjadi Broker Tanah Paling Hebat sejak 2008. Kedudukan Lim Guan Eng sukar digugat oleh mana mana pemimpin politik Pulau Pinang apabila pencapaian paling besar menjual tanah Bayan Mutiara dibawah dari harga pasaran. Dengan menggunakan ke pandaian bertaichi dan juga ilmu akauntan hasilnya Ivory Sdn Bhd beroleh keuntungan sebanyak 10billion. Menurut jurucakap Malaysia Book Record salah satu faktor Lim Guan Eng memperolehi mata terbanyak pada tahun ini apabila beliau berjaya membuat silap mata dengan menjual tapak masjid dan juga tapak sekolah yang telah pun digazetkan diatas tanah Bayan Mutiara. Hasilnya tanah tapak masjid dan sekolah yang bernilai lebih 300 juta menurut Ivory hanya akan membina sekolah dan masjid berdasarkan mengikut keperluan sahaja.Jika tidak mendapat persetujuan daripada pihak lembaga pengarah dan juga pembeli maka masjid tidak akan dibina. Tanah fasa 2 yang digazetkan untuk membina rumah orang miskin oleh kerajaan BN di Taman Manggis juga berjaya dijual oleh Lim Guan Eng. Tanah tersebut telah dijual kepada pihak hospital swasta malah menurut sumber DAP hasil komisen lebih dari 6% diperolehi bernilai puluhan juta berjaya diraih oleh pihak broker.Fasa 1 kerajaan BN berjaya membina rumah untuk rakyat miskin. Pisau kata "tahniah ,anda membuat pilihan yang bijak" |
| Lynas: Skandal Pembohongan Paling Licik Terbongkar Posted: 20 Jun 2012 02:43 AM PDT ![]() Di Malaysia hari ini, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan pembangkang, maka ia tidak boleh lari dari pembohongan. Lynas, adalah salah satu pembohongan pembangkang tahap paling memalukan. Ini kerana angka matematik dan fakta saintifik tidak boleh ditipu. Fakta dan angka telah membuktikan bahawa Kilang Lynas adalah selamat. Fakta dan angka ini bukannya direka-reka cipta sepertimana Raja Petra Kamaruddin mereka-cipta kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dari imaginasinya. Ia juga bukan seperti Anwar Ibrahim berimaginasi menjadi Perdana Menteri pada 16 September. Fakta dan angka dari kajian saintifik lengkap yang dikemukakan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dan AELB mengenai Lynas bukannya imaginasi. Justeru, eloklah sekiranya Fuziah Salleh, Tian Chua, Tan Bun Teet (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) berhenti menyalak dan menerima hakikat bahawa Lynas adalah selamat. Belajarlah merasa malu dan bersalah apabila berbohong. Apatah lagi apabila sekutu sendiri iaitu Che' Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis, sendiri mengakui bahawa Lynas adalah selamat. Fuziah, Tian Chua, Bun Tee sebelum ini begitu galak menyebarkan pembohongan bahawa kerajaan cuba 'mengecat-putihkan' apa yang gelap mengenai Lynas. Mereka mengenepikan segala dapatan dari kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang pakar mengenai radioaktif dan nuklear sebaliknya menampilkan pakar-pakar politik serta 'pencinta alam' yang sesetengahnya diimport dari Singapura untuk menguatkan hujah kononnya Lynas adalah merbahaya. Kerajaan bagaimanapun, tetap memberi ruang kepada mereka untuk membangkitkan isu ini sebagai usaha memastikan keputusan yang paling tepat untuk negara. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan panel parlimen untuk mengkaji apa yang dituduh oleh para penentang Lynas ini. Bagaimanapun, pihak yang menentang langsung tidak mampu bercakap dalam bentuk fakta dan angka tetapi semua hujah mereka adalah bersandarkan emosi yang berbekalkan air liur semata-mata. Justeru, panel akhirnya memutuskan bahawa "Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat." Dan, "Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia...Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan... (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP." Jika Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu berhujah dengan fakta yang meyakinkan tentulah keputusan panel akan berbeza sama sekali. Sifat pembangkang yang suka berbohong ini telah merugikan bukan sahaja Lynas, tetapi juga negara dan rakyat yang berpeluang bekerja di sana. Menurut Lynas, penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada "akibat yang sangat serius" untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk "10 tahun yang akan datang". Ini bermakna kerugian juga dialami oleh negara ini selama 10 tahun akan datang kerana pendapatan kilang Lynas juga bermakna pendapatan kepada negara. Apatah lagi dengan nadir bumi menjadi antara sumber penting untuk menampung keperluan dunia yang semakin canggih ini. Oleh itu, kita melihat tindakan menghalang operasi Lynas, adalah umpama menolak rezeki. Nampaknya, dalam isu ini, yang merbahayakan rakyat, negara dan alam sekitar bukanlah Lynas, tetapi Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya. Terbukti radioaktif dari air liur dan hati mereka yang busuk mampu menjejaskan rakyat dan negara. Kita percaya, majoriti rakyat Malaysia mampu membezakan antara fakta dan angka dengan emosi dan air liur. Kedegilan pembangkang untuk terus memainkan isu Lynas dilihat sebagai bukti bahawa mereka amat terdesak kerana ketandusan isu di kala pilihanraya semakin hampir. Pembangkang nampaknya masih tidak sedar bahawa semakin degil sikap mereka untuk menolak Lynas, semakin kuat gelombang penolakan rakyat terhadap mereka. |
| Scorpene: No Malaysians Are Being Subpoenaed – French Embassy Posted: 19 Jun 2012 11:31 PM PDT SUARAM a.k.a the Opposition is doing a very good job in insulting the Malaysians' intelligence by telling stupid and unending lies in their quest to tarnish the PM's image and bring down the government.At first, they claimed that the PM had taken a bribe of EURO 114 million via a company named Perimekar but then it was confirmed that the payment was made to Perimekar for the maintenance, support and management services they provide including the lodging cost for 213 submarine officers, staff and crews for six years. Therefore, should the EURO 114 million be paid to the PM as a bribe, Perimekar would have been providing services for free, which makes no sense at all. Then, SUARAM claimed that it was not EURO 114 million, but instead the PM sent a fax to DCNS asking for a bribe of USD 1 billion or RM3.8 billion or EURO 1.08 billion! To claim that the PM had actually asked for a bribe via a fax can only mean one thing that is SUARAM is downright stupid to come out with the stupidest lie. Then it turned out that the amount EURO 1.08 billion is actually a full amount of the contract of purchase of the submarines plus the support, maintenance and management services. Therefore, should the total EURO 1.08 billion was paid directly to the PM as a bribe as alleged by SUARAM, then it would mean that Malaysia was given the submarines for free – which absolutely makes no sense at all too. In order to add 'spice' to the story, SUARAM claimed that the PM or 'maybe' the PM's assistant, Abdul Razak Baginda had an affair with a Mongolian model, Altantuya Sharibuu, supposedly served as a translator in the submarines dealings who was then, blown up by the PM's wife. But then, it seemed that the dealings were done in English and no translator was needed. And the PM's wife at the time of the murder was attending a 'buka puasa' function with the orphanage with thousands of alibis to confirm her innocence. The PM had never met Altantuya, and the badly superimpose photos of the PM and Altantuya together that was spread around by the Oppositions are evidence in itself that PM is telling the truth and that the Oppositions are in a very desperate situation. With all these lies now widely exposed, it is almost a pity that SUARAM has to continue lying. Just recently, SUARAM made another statement saying "a right hand man of defense analyst Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl, is the first Malaysian to be subpoenaed as witness in the Scorpene case hearing currently underway in France." And yet, the French Embassy in Kuala Lumpur when asked about this is surprised that they have not heard or informed about any subpoena. According to the Embassy, procedures stated that the French Ministry of Foreign Affairs must be informed about any subpoenas served by the French court to the citizens of other countries, and in this case, Malaysia. The Ministry will then inform Wisma Putra accordingly, in order for action to be taken. No subpoenas can be served directly to any citizen of this country without any of these parties knowing. Now that none of these parties ever heard of any subpoenas, it is clear that SUARAM has been lying again, right to our faces. We can see the desperation in the oppositions is getting out of control as the election draws nearer. So, be sure that the lies will only get bigger and spicier. For the Malaysians, let's just sit tight, wait and see how big can it get. Do not worry because as long as the PM is doing a fine job in taking care of us and the country, SUARAM a.k.a the Oppositions can lie all they want but they can be sure that the rakyat will never vote for liars who are continuously insulting our intelligence. |
| Zulkifli : Saya Tidak Boleh Kompromi Status Peguam Diarah Reka Bukti Palsu Posted: 19 Jun 2012 08:00 PM PDT ![]() AIDCNews – 17/06/12 – Pertama kali YB Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu mendedahkan dalam sidang Dewan Rakyat bahawa beliau didesak oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mencipta bukti untuk mengaitkan kes Scorpene dan Altantunya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. "Saya sendiri pernah diminta untuk membabitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan ini. Antaranya saya diminta mendapatkan pengakuan bersumpah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor, terlibat dalam kes pembunuhan tersebut. "Malahan saya sendiri pernah diminta membuat Surat Akuan Bersumpah mengaitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya. Ganjaran yang ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman… [Dewan riuh] "Namun Tuan Yang di-Pertua, saya bersyukur, Allah melindungi saya daripada terbabit di dalam fitnah tersebut… [Tepuk]," dedahnya dalam persidangan Dewan Rakyat pada 24 Mac 2010. Menurutnya, walaupun ketika itu beliau bersama-sama Anwar dalam PKR, namun beliau tidak sanggup mempertaruhkan jawatannya sebagai peguam untuk mencipta fitnah yang tidak berasas, semata-mata untuk menjatuhkan seteru politiknya. Padanya beliau tidak boleh berkompromi dengan penciptaan bukti palsu dan intergritinya sebagai peguam akan tercemar dengan bukti-bukti palsu itu. Ikutilah wawancara Zulkifli bersama Channelone1tv berkaitan dengan isu tersebut. Zulkifli : Tapi yang jadi masalah dalam negara kita, dia dah sampai ke peringkat mencipta fitnah. Mereka fitnah. Ini yang jadi bahaya. Channelone1tv : Fitnah dalam kes yang mana ? Yang saya sebutlah semalam (dalam parlimen). Cubaan untuk membabitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya. Benda tak ada. Daripada benda yang tak ada cuba diwujudkan supaya ada dengan menggunakan surat akuan sumpah, contohnya (pengakuan bersumpah) Bala P. Subramaniam. Yang saya sendiri terlibat. Semasa kes itu, dia tak cakap apa pun. Macam mana tiba-tiba sekarang dia keluar cerita macam-macam. Macam mana boleh timbul pengakuan bersumpah itu (P. Balasubramaniam) ? Saya membela Cif Insepktor Azilah, semasa itu, Bala tak sebut apa-apa pasal apa yang disebut sekarang. Langsung tak ada. Balasubramaniam telah membuat dua pengakuan bersumpah ? Itu maksud saya, tahap fitnah itu sampai ke tahap mereka. Pada saya, kalau masa perbicaraan pun tak sebut, kepada polis pun, masa siasatan pun tak sebut, tiba-tiba sekarang baru sebut. Dan dia pula mengakulah ambil duit dan macam-macam, jadi kita nampaklah modus operandi. Kalau ikut apa yang biasa saya buat, modus operandi itu sama. Sama. Dapatkan seseorang yang boleh dikaitkan dengan kes dan kaitkan. Mekanisme yang terbaik sekarang adalah pengakuan bersumpah lah (SD). Untuk menimbulkan keraguan ? Dua SD yang berbeza. Dan saya tengok, ini…kalau ikut modus operandi dia, sengaja dibuat. Sengaja dibuat seolah-olah menunjukkan bahawa setelah mendedahkan "kebenaran" dia dipaksa oleh polis, dipaksa oleh orang tertentu untuk tukar buat pengakuan, terpaksa pergi luar negeri. Semua ini adalah satu pakej, pada saya satu pakej untuk memberi kredibel SD yang pertama. Dan modus operandi yang sama kalau kita tengok untuk kes-kes yang lain pun, sama saja. Stail dia sama. Apakah tujuan pengakuan bersumpah itu ? Dia target hanya untuk cipta keraguan. Hanya untuk cipta keraguan. Ini bermasalah dalam politik yang bermoral. Ini bahaya. Ini bahaya untuk negara. Siapakah 'dalang' itu ? Orang-orang yang ada kepentingan . Orang kata, awak letak ia bersama. Siapa yang akan dapat keuntungan daripada semua ini. Awak boleh kenal pasti individu itu. Sepanjang pengetahuan anda, adakah saksi pernah menyebut penglibatan Datuk Seri Najib dan isteri dalam pembunuhan Altantuya ? Tidak. Tidak ada. Saksi tidak pernah menyebut sama ada Perdana Menteri atau Datin Seri Rosmah Mansor terlibat, tidak pernah sebut sama sekali. Jadi saya terkejut, saya kata, eh..macam mana dia orang boleh kait.. Bagaimana dengan pengakuan bersumpah Balasubramaniam ? Ya. Pihak polis telah menyiasat dia, sebab itu mereka marah. Saya mahu tahu, jadi saya tunggu polis lengkapkan siasatan terhadap Bala. Jadi, nasihat saya kepada Bala, tampil ke hadapan. Kenapa anda mesti menyorok, tampil ke hadapan, ceritakan kebenaran. Kenapa anda tarik diri menjadi Peguambela kepada tertuduh (Azilah)? Sebab pihak ketiga. Saya percaya pada masa itu, saya tidak boleh teruskan. Jika saya teruskan sebagai peguambela, ia akan mempertaruhkan kedudukan saya sebagai seorang peguam. Sebab saya adalah peguam dia. Jadi saya rasa pada masa itu, saya tidak sesuai untuk saya meneruskan. Sama juga saya tarik diri dalam kes Qazaf yang membabitkan Datuk Seri Anwar. Sebab saya sudah sampai ke satu peringkat di mana saya boleh berkompromi kedudukan saya sebagai peguam jika saya teruskan. Ini tidak bagus untuk anak guam saya. Sebab pada akhirnya, awak akan bercakap mewakili anak guam awak. Jadi tidak baik kepada anak guam saya, jika saya teruskan. Jadi saya tarik diri. Adakah ini bertentangan dengan prinsip anda sebagai peguam ? Itulah sebabnya. Sebab tekanan untuk kaitkan dengan Perdana Menteri, pada masa itu beliau Timbalan Perdana Menteri sebagai seorang pembunuh. Saya fikir saya akan berkompromi dengan kedudukan saya sebagai seorang peguam, jadi saya tarik diri. Lebih baik saya tarik diri. |
| PKR Curi Elektrik,TNB Pejam Mata? Posted: 19 Jun 2012 06:00 PM PDT ![]() Kalau dah ketua menteri pun penyangak dan pencuri apatah lagi yang kat bawah.Ini pusat khidmat JKKK Bukit Gedung Bayan Lepas.Apa yang menariknya pusat khidmat ni adalah sarang PKR. Pusat khidmat ni curi elektrik dari Astaka awam,barangkali geng TNB berpakat dan kawtim dengan PKR kot benarkan elektrik dicuri.. Diharap pihak TNB ambil tindakan yang sewajarnya... Menurut kitab pakatan..katanya mencuri tu halal,sebab Al-Syiekh Anwar Al Jub punyai share antara paling besar dalam IPP,dia tuduh kerajaan BN curi duit subsidi bagi pada kroni,walhal Anwar yang pegang share IPP paling besar,kalau setakat curi elektrik tak menjadi hal lah..Sebab tak ada langsung haprak pakatan bising bising bila dapat tau Anwar pemegang share paling besar dalam IPP. Pisau kata " Lim Guan Eng makan besaq dalam PDC...tunggu lepas ni..ada cerita nak meletup" |
| You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment