BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! PERGOLAKAN PENTADBIRAN PKR DI SELANGOR TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! VIDEO DATUK ZULKIFLI NOORDIN MENCERITAKAN BELIAU DI SERANG TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!
- KISAH BENAR !!! SUARAM DAN #BERSIH DIBIAYAI DANA ZIONIS-YAHUDI ??? WAJIB BACA !!!
- HOT VIDEO !!! PAKAR NUKLEAR PAS MEMBELASAH PAKATAN HARAM DALAM ISU LYNAS !!! WAJIB LIHAT !!!
- KISAH BENAR !!! KALAU PAS MENANG PRU 13 APA CERITA DENGAN HUDUD ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR DI SEBALIK DESAKAN AZMIN ALI PECAT FAEKAH TERBONGKAR !!!
| BONGKAR !!! PERGOLAKAN PENTADBIRAN PKR DI SELANGOR TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 20 Jun 2012 08:30 AM PDT ![]() KEPIMPINAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikatakan kembali bergolak berikutan tindakan Pengerusi PKR Negeri, Azmin Ali menerusi laporan sebuah portal berita propembangkang,13 Jun lalu yang menggesa supaya Setiausaha Politik Menteri Besar,Faekah Husin dipecat.Dalam laporan itu,Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dinyatakan menerusi twitter minggu lalu menerbitkan semula tulisan di laman sosial menggesa Faekah dipecat daripada jawatannya sejak mengambil alih daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 2010.Tulisan Azmin itu disiarkan menerusi kempen 'Kami Sayangkan PKR' yang dihebahkan melalui laman maya.Tindakan Azmin seperti yang dilaporkan media itu bukanlah perkara yang menghairankan kerana dia sebelum ini pernah dikatakan tidak sehaluan serta tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mentadbir kerajaan negeri. Ini kerana, Abdul Khalid dikatakan sering menolak permintaan orang parti itu khususnya dari golongan 'oportunis' untuk mendapat manfaat daripada sebarang pelaksanaan projek daripada kerajaan negeri.Keadaan inilah yang barangkali memaksa Azmin memberi tekanan kepada Abdul Khalid sebelum ini sehingga membawa kepada perletakan jawatan Pengerusi PKR Selangor oleh Abdul Khalid dan digantikan oleh Azmin sendiri pada 2010. Begitu juga dalam soal gesaan Azmin agar Faekah dipecat daripada jawatannya yang didakwa mempunyai kaitan yang serupa.Menurut sumber dari pihak kerajaan negeri, difahamkan tulisan twitter Azmin itu dibuat sebagai mewakili 'orang PKR' yang tidak setuju dengan tindakan Faekah tidak menyalurkan projek-projek di bawah Geran Selangorku kepada mereka. Ini kerana menurut sumber itu,Faekah dikatakan merupakan salah seorang daripada ahli jawatankuasa merangkap wakil parti politik dalam pengurusan geran berkenaan yang mempunyai peruntukan keseluruhan RM300 juta menerusi Bajet Selangor 2012.Apa pun,senario itu dilihat antara pergolakan yang berlaku dalam PKR yang menjadi-jadi pada hari ini dan boleh dikatakan ia bukanlah rahsia bagi kebanyakan orang dan penganalisis politik di negara ini.Apa tidaknya,umum di negara ini dari peringkat orang muda hinggalah kepada orang tua sememangnya mengetahui dakwaan melibatkan kepimpinan tertinggi parti pembangkang itu dari segi moral khususnya. Daripada dakwaan melibatkan isu seks,salahguna kuasa sehinggalah yang paling terbaru pemimpin tertinggi parti itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion susulan daripada akuan berkanun bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sebelum ini.Begitu juga dengan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR yang turut didakwa bersama isterinya,Shamsidar Taharin memiliki aset dipercayai bernilai lebih RM30 juta sepanjang 1992 hingga 1994. Dalam tempoh itu,Azmin dikatakan bekerja sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dengan menerima gaji sebanyak RM2,442 sebulan manakala Shamsidar hanyalah seorang suri rumah yang tidak bekerja. Itulah realitinya PKR,mereka tidak pernah terlepas daripada apa jua dakwaan melibatkan masalah pemimpinnya meskipun sering menyalahkan pihak lain khususnya parti lawan mereka dengan ungkapan fitnah dan konspirasi.Semua dakwaan itu dilihat lebih menjurus kepada peribadi individu dalam parti pembangkang itu.Namun,di peringkat kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR, Pas dan DAP di Selangor ini lain pula keadaannya apabila dikatakan menjalankan tadbir urus kononnya untuk manfaat seluruh rakyat tetapi hakikatnya,pentadbiran mereka penuh dengan kecelaruan sehingga menyusahkan rakyat. Tidak hairanlah apabila Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini dengan sinis menggelarkan pentadbiran negeri sebagai 'tikus membaiki labu' yang mana gelaran itu amat tepat berdasarkan perbandingan apa yang dilakukan pakatan pembangkang sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini bermula Mac 2008.Gelaran sedemikian sebenarnya satu refleksi bahawa kerajaan negeri pada hari ini boleh dilihat sebagai 'kerajaan tikus' kerana banyak perkara yang dilakukan kerajaan negeri pada hari ini yang bukan hanya tidak membawa sebarang manfaat,bahkan memburukkan lagi jaminan keselamatan sosial rakyat pada masa depan. Ambil sahaja isu bekalan air terawat sebagai contoh,kerajaan negeri sehingga hari ini masih enggan memberikan persetujuan untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang sebenarnya untuk menampung keperluan bekalan air bersih baik kepada rakyat serta industri di negeri ini selain sebagai langkah untuk menangani krisis sumber itu yang dijangka berlaku 2014 di seluruh Lembah Klang termasuk Putrajaya.Namun,alasan yang diberikan kerajaan negeri menolak pembinaan loji itu berdasarkan kenyataan Abdul Khalid menerusi laporan akhbar tempatan pada 30 Mei lalu adalah pembinaan loji berkenaan kononnya menyebabkan rakyat akan membayar kenaikan kadar tarif yang tinggi, selain terus mengatakan Selangor masih mempunyai bekalan air mentah yang banyak. Sebenarnya isu bekalan air yang kritikal di negeri ini adalah air terawat dan bukannya air mentah seperti mana yang ditegaskan oleh Noh pada 25 Mei lalu bahawa dua buah loji rawatan air (LRA) Semenyih dan Langat berada dalam keadaan yang 'sarat' ekoran beroperasi melebihi kapasiti yang sepatutnya. Ini termasuklah dua lagi LRA iaitu di Sungai Batu dan Sungai Selangor Fasa 2 juga berisiko menghadapi situasi sama.Inilah kesannya akibat sikap 'kerajaan tikus' negeri ini yang mana mereka kononnya mahu melakukan sesuatu untuk perkhidmatan air tetapi pada masa sama rakyat dan industri negeri ini terpaksa menerima kesan daripada sikap mereka dalam menguruskan isu itu.Situasi sama juga dilihat berlaku dalam soal pendidikan di Selangor apabila kerajaan negeri ini dikatakan menjadikannya sebagai komoditi untuk meraih sokongan politik. Pandangan itu diakui sendiri oleh Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi yang menyatakan apa yang dilakukan kerajaan negeri dalam soal itu tidak memberikan manfaat kepada rakyat di negeri ini.Mengambil contoh tindakan kerajaan negeri menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) serta tidak membenarkan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah sebelum ini, beliau menyatakan ia jelas memperlihatkan betapa ruginya anak-anak rakyat Selangor dari segi peluang pendidikan pada masa depan.Begitu juga jelasnya dengan tindakan kerajaan negeri sebelum ini yang dilihat hanya mementingkan keuntungan apabila mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan untuk dibangunkan projek komersial. Justeru,apa yang berlaku di bawah kepimpinan pakatan pembangkang sejak mentadbir Selangor adalah peluang pendidikan untuk rakyat begitu banyak diabaikan hanya kerana mahu menjaga survival politik mereka.Dalam tempoh empat tahun mentadbir Selangor, kerajaan negeri di bawah pentadbiran PKR,DAP dan PAS juga dilihat langsung tidak mempunyai sebarang inisiatif dalam melaksanakan pembangunan pendidikan termasuklah tidak mempunyai pelan khusus untuk tujuan itu.Kepada rakyat Selangor,cuba kita fikir sejenak dan namakan sebuah institusi pendidikan yang telah dibangunkan atau pelan pembangunan jangka panjang atau pendek yang dirangka oleh kerajaan negeri, nampaknya tidak ada langsung. Apa yang pasti,semua kemudahan dan pembangunan pendidikan di Selangor yang ada pada hari ini hasil daripada usaha pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini termasuklah Universiti Selangor (Unisel) yang sebelum ini dikenali sebagai Universiti Industri Selangor.Sebenarnya,banyak lagi tindakan kerajaan negeri yang boleh disebut menjejaskan kehidupan rakyat di Selangor seperti isu perkhidmatan kutipan sampah yang gagal dilaksanakan kontraktor dilantik.Akhirnya,kerajaan negeri terpaksa menggunakan wang rakyat untuk membeli 50 buah lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta yang seolah-olah untuk menutup kelemahan mereka menguruskan perkhidmatan itu. - Utusan |
| Posted: 20 Jun 2012 05:00 AM PDT ![]() Datuk Zulkifli Noordin menjelaskan sebab-sebab beliau diserang oleh penyokong PAS dalam ceramahnya di Taman Medan 15 Jun Yang Lepas.Menurutnya,walaupun beliau tahu Taman Medan merupakan kubu kuat PAS dan berjaya menawan masjid di kawasan itu,namun beliau tetap hadir memberi ceramah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat setempat. "Kebetulan saya pergi,imam baru habis sembahyang,setelah mereka mengadakan ceramah kuliah Maghrib,daripada Maghrib sampai 9.30 malam.dilambatkan supaya orang tak boleh datang ceramah.Saya tengah lalu di masjid itu,saya dengar doa (imam itu).'Ya Allah berikan kami kebaikan dalam kematian'.Saya ambil itu sebagai soalan (ceramah saya).Saya tanya soalan..kita semua akan mati.malaikat akan tanya siapa Tuhan kamu ??? Jawapannya mudah.Allah.cuma saya tanya soalan kepada mereka semalam.kalau kamu jawab Allah.maka malaikat akan tanya balik Allah yang mana satu kerana di dunia dulu Allah Islam ada dan Allah Kristian ada," katanya. Selain itu,Datuk Zulkifli Noordin dalam ceramah di Taman Medan turut membangkitkan tentang 'Amanat Hadi Awang 1982′ yang mengkafirkan umat Islam selain dari penyokong PAS. Kerana terpengaruh dengan amanat itu Ibrahim Libya sanggup bertempur dan mati dalam kes Memali. ANDA LIHAT PERANGAI SEBENAR PUAK PAS ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| KISAH BENAR !!! SUARAM DAN #BERSIH DIBIAYAI DANA ZIONIS-YAHUDI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 20 Jun 2012 01:30 AM PDT ![]() Tidak sesiapa menafikan hak,Suaram sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia,untuk membuat pengaduan berkaitan isu urusan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia kepada pihak pengadilan Perancis.Yang dipertikaikan ialah motif sebenar Suaram melakukan tindakan membawa satu isu yang berkaitan negara sendiri untuk diadili oleh negara luar.Apatah lagi kini Suaram bukan lagi dilihat sebagai sebuah organisasi bebas yang berpegang kepada prinsip keadilan sejagat tetapi telah bertindak melebihi peranan sebenarnya.Suaram tidak lagi berpuas hati dengan fungsinya sekadar pihak pengadu tetapi mahu melebihi batas tersebut dengan cuba menjadi pendakwa dan juga hakim dalam isu tersebut. Malah Suaram dengan beraninya telah mengatakan bahawa Perdana Menteri akan disepina di mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.Belum lagi mahkamah Peranicis mencapai sebarang keputusan mengetahui hasil penyiasatannya, Suaram seolah-olah telah mengetahui lebih awal.Apabila Suaram bertindak sedemikian,sudah tentu rakyat akan terfikir apakah tujuan sebenar pertubuhan itu membuat pengadua berkenaan isu Scorpene ??? Yang lebih penting pihak berkepentingan manakah yang mengarahkan Suaram berbuat demikian ??? Suaram berjuang untuk agenda siapa - rakyat ??? Pakatan Haram ??? atau lebih bahaya lagi,kuasa asing ??? Suaram mengguna khidmat dua peguam Perancis untuk membantunya dalam isu Scorpene,seorang bernama Joseph Breham dan seorang lagi peguam yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia,William Bourdon.Bourdon merupakan pengasas sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sherpa yang memperjuangkan isu-isu ketidakadilan ekonomi di negara-negara miskin seperti di Afrika.Sherpa pula dibiayai oleh dua yayasan antarabangsa yang mempunyai dana yang cukup besar iaitu Open Society Foundations (sebelum ini dikenali sebagai Open Society Institute) dan Tides Foundation.OSF dibiayai sepenuhnya oleh penyangak matawang, George Soros yang hampir sahaja menjahanamkan ekonomi Malaysia semasa krisis kewangan 1997/1998. Ketika itulah Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim yang menjadi Menteri Kewangan menunjukkan belang sebenarnya untuk menyerahkan kedaulatan Malaysia kepada Bank Dunia dan tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF). sebelum berjaya dihalang oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.OSF merupakan antara penyumbang terbesar kepada dana Tides Foundation,pembiaya Sherpa.Tides Foundation pula pernah menyumbang sejumlah dana sebanyak AS$15,000 kepada Suaram untuk menjalankan aktivitinya beberapa tahun lalu.Menurut keterangan laman sesawangnya, Tides Foundation adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mempromosi agenda golongan berhaluan kiri. Oleh kerana Suaram dilihat sebagai pertubuhan yang menggerakkan aliran pemikiran sayap kiri seperti sosialisme, maka atas dasar itu ia menerima geran dari Tides Foundation.Antara agenda yang diperjuangkan oleh Tides Foundation ialah "radical gay,lesbian,bisexual and transgender advocacy (LBGT)" atau perjuangan golongan gay,lesbian,biseksual dan transgender yang radikal atau ekstrim.Maka tidak hairanlah apabila Pengerusi Bersih,Ambiga Sreenevasen membuat pengakuan bahawa penganjuran Bersih menerima bantuan kewangan daripada dua pertubuhan Amerika Syarikat (baca pertubuhan didalangi Zionis-Yahudi) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan OSF.Ambiga juga adalah pendokong kuat program tahunan Seksualiti Merdeka yang bertujuan mempromosi budaya dan gaya hidup LBGT di negara ini. Perhimpunan Bersih yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan sah yang dipilih rakyat diberi sokongan kuat dan padu oleh pakatan haram yang diketuai oleh Anwar.Pada tahun 2007, Anwar pernah menjadi ahli panel pada majlis mengutip derma anjuran pertubuhan radikal neocon, National Endowment for Democracy (NED) yang juga menjadi pembiaya NDI.Jika dikaji dengan teliti, pembabitan Suaram dalam isu Scorpene,Ambiga sebagai pejuang Bersih serta Anwar sebagai ketua pembangkang bukanlah satu perkara yang harus dilihat secara berasingan malah sebenarnya mereka saling kait mengait.Tindakan Suaram membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis bukanlah satu kebetulan dan perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu bukan pula disengajakan.Dalang terbesarnya ialah manusia yang bernama Anwar Ibrahim dan taukenya pula ialah gerakan Zionis-Yahudi antarabangsa. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT VIDEO !!! PAKAR NUKLEAR PAS MEMBELASAH PAKATAN HARAM DALAM ISU LYNAS !!! WAJIB LIHAT !!! Posted: 19 Jun 2012 10:00 PM PDT Dewan Rakyat menyaksikan drama yang buat pembangkang pengsan habis semasa kehangatan perbahasan mengenai laporan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas yang dibentangkan pagi Semalam.Ia berlaku semasa para Ahli Parlimen pembangkang sedang berbahas membantah Lynas dan berlagak macam mereka profesor serba tahu mengenai soal radiasi dan keselamatan kepada orang ramai.Tanpa diduga Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat,Selangor yang merupakan seorang pakar nuklear bangunan mencelah di tengah perbahasan untuk menyampaikan pandangan profesionalnya.Suasana dalam Dewan Rakyat terdiam sejenak bila Ahli Parlimen pembangkang itu 'kepak habis' gelagat rakan-rakannya dengan menyatakan bahawa beliau berpendapat tahap radiasi kilang berkenaan adalah selamat. LIHAT VIDEO DI BAWAH RENUNG-RENUNGKAN |
| KISAH BENAR !!! KALAU PAS MENANG PRU 13 APA CERITA DENGAN HUDUD ??? WAJIB BACA !!! Posted: 19 Jun 2012 07:00 PM PDT ![]() Pada Julai 2011,PAS menyatakan hasratnya untuk bertanding di 80 kerusi parlimen dengan mengambil alih beberapa kerusi milik PKR bagaimanapun tentangan keras dari PKR memungkinkan impian PAS itu tidak akan tercapai.PKR terutama Anwar Ibrahim melihat sebarang cubaan PAS mahu merampas kerusi milik PKR sebagai satu ancaman terhadap penguasaannya dalam Pakatan Haram.Mengikut maklumat dalaman PAS yang terbaru,dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) akan datang,PAS dijangkakan hanya akan bertanding di 67 kerusi parlimen.Walaupun ia belum muktamad disebabkan isu perebutan kerusi di antara PAS dan PKR masih belum diselesaikan bagi kerusi campuran,namun keputusan akhir tidak akan jauh berbeza dari angka tersebut.Daripada kira-kira 67 kerusi yang dipertandingkan itu, pimpinan PAS meramalkan mereka hanya berkemampuan mencatat kemenangan di 20 kerusi parlimen sahaja,merosot berbanding PRU 12 2008.Berikutan itu,timbul persoalan di mana duduk letaknya nasib hukum hudud PAS yang sebelum ini sering diwar-warkan kepada umum konon akan dilaksanakan sebaik sebelum ayam jantan habis berkokok. Dalam konteks perancangan pakatan haram kini mereka masih meletakkan harapan besar kepada undi masyarakat Cina sekalipun pasca Bersih 3.0 menyaksikan sokongan pengundi kaum itu untuk Pakatan Haram semakin merosot.DAP mahupun PKR tentu sahaja tidak akan membenarkan isu hudud PAS terus merencatkan peluang pakatan pembangkang yang diketahui semakin kelam selepas kekacauan dan keganasan dalam demonstrasi jalanan Bersih 3.0 tempohari.Manakala PAS pula terpaksa menghadapi hakikat saban hari pengundi atas pagar kian menjauhi mereka disebabkan kelemahan pimpinan PAS dalam menghadapi tekanan DAP dan PKR berhubung isu hudud dan negara Islam. Sementara itu,dalam perkembangan lain,beberapa mesyuarat peringkat tertinggi di antara pimpinan pakatan pembangkang merumuskan jalan menuju Putrajaya agak sukar dan terlampau jauh untuk digapai.Sekalipun DAP diramalkan mungkin mengekalkan kedudukan sebagai parti pembangkang yang paling banyak memenangi kerusi parlimen,di masa yang sama PAS dan PKR berdepan situasi sukar untuk mengekalkan sebahagian kerusi parlimen dan DUN yang mereka miliki sekarang.Sebagai langkah pro aktif untuk merencatkan kebangkitan BN, satu cara yang bakal mereka laksanakan ialah dengan mempertikaikan kelayakan calon-calon BN dengan harapan kemenangan tanpa bertanding akan menjadi milik calon Pakatan Haram. Melalui beberapa siri mesyuarat dan kursus khas pilihanraya yang telah dan sedang giat dilaksanakan sekarang, mereka juga sepakat menumpukan usaha untuk mempotretkan imej hitam pada SPR sebagai salah satu kaedah psycho war menjelang PRU 13.Berdasarkan gerakan aggresif pemimpin pembangkang dan NGO proksi mereka tika ini,jelas sekali maklumat terbaru ini ada asasnya untuk diambil perhatian serius oleh SPR,apatah lagi beberapa pendedahan berkaitan puluhan pengundi yang beralamat sama kebanyakannya timbul selepas SPR membenarkan agen parti politik mendaftarkan pengundi.Tak mustahil,bilamana Pakatan Haram gagal mengekalkan prestasi mereka,maka imej buruk yang dipotretkan pada SPR itu akan diterjemahkan kononnya sebagai justifikasi wujudnya ketidakadilan dalam sistem pilihanraya kendalian badan tersebut. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR DI SEBALIK DESAKAN AZMIN ALI PECAT FAEKAH TERBONGKAR !!! Posted: 19 Jun 2012 04:00 PM PDT ![]() Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas tidak akan memecat Setiausaha Politiknya, Faekah Husin meskipun pelbagai desakan dan kempen dilakukan untuk berbuat demikian.Menurutnya,Faekah tidak bersalah,sebaliknya seorang yang agresif dan terbuka dalam melaksanakan tugas yang mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak. "Dalam politik,terdapat orang-orang yang merasakan bahawa Faekah agak agresif. Dia melakukan tugasnya kepada saya, kepada negeri ini dan juga kepada Pakatan (Rakyat) dengan menerangkan kebenaran.Tetapi kadang-kadang, kebenaran menyakitkan.Jadi,saya fikir ada orang yang merasakan bahawa Faekah tidak boleh terlalu terbuka tetapi ini adalah selaras dengan dasar ketelusan kami.Akauntabiliti dan kecekapan," katanya seperti dilaporkan Antarapos. kenyataan Abdul Khalid itu mengesahkan terdapat desakan-desakan supaya Faekah dipecat dari jawatan SETPOLnya sepertimana yang diwar-warkan sekarang ini.Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali ketika bercakap kepada Malaysiakini Jun lalu mendedahkan tingkah laku Faekah tidak disenangi oleh ramai pihak termasuk aduan dari penjawat awam.Malah Azmin dalam wawancara itu turut menyentuh isu nepotisme, sikap memilih kaum kerabat dan sanak saudara sendiri dalam pemilihan jawatan sebagai tidak baik untuk masa depan PKR.Laman Antarapos pula mendedahkan kempen-kempen pemecatan Faekah sedang giat dijalankan oleh ahli-ahli PKR melalui akaun twitter #kamisayangPKR sejak beberapa bulan lalu. "Kempen itu bertambah menjadi lagi kontroversi apabila difahamkan akaun #kamisayangPKR di twitter itu dibina sendiri oleh orang kuat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali," lapornya. Reaksi kepada kenyataan Azmin itu,Faekah ketika bercakap kepada The Star berkata target kempen pemecatan itu bukan ditujukan kepada dirinya,sebaliknya ditujukan kepada bosnya,Abdul Khalid,MB Selangor berkaitan dengan ketidakpuasan hati sesetengah pihak tentang Geran SelangorKu yang bernilai RM300 juta. "Saya rasa sasaran sebenar adalah bukan diri saya dan saya hanya 'punching bag' (beg tinju).Semua orang tahu apa jua keputusan atau komen yang saya buat, boleh katakan semua berkaitan dengan Geran SelangorKu sebenarnya keputusan dari Tan Sri Khalid.Saya hanya pelaksana," katanya. Lapor The Star lagi,serangan terhadap Faekah mula-mula muncul selepas pelantikannya sebagai SETPOL pada tahun 2010 dan terus bersemarak awal bulan lalu selepas beliau secara terbuka mengkritik Azmin terhadap kenyataannya di Malaysiakini yang berkata PKR harus menghalang pengaruh keluarga daripada mendominasi keputusan parti.Kritikan Azmin itu dinilai oleh sesetengah pihak sebagai 'memukul' Presiden parti,Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,seorang penyokong Abdul Khalid yang kukuh. "Dia (Azmin) perlu buktikan yang dia boleh bantu PKR menang pilihan raya akan datang," balas Faekah yang sebelum ini pernah menjadi SETPOL Wan Azizah. Faekah yang dianggap kroni Wan Azizah dilantik sebagai SETPOL MB Selangor pada Jun 2010 bagi mengantikan Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN PKR Seri Setia yang juga disebut-sebut sebagai kroni Azmin.Ketika Timbalan Presiden PKR, Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin berdepan dengan isu saham dan kroupsi, Wan Azizah selaku Presiden PKR dan anaknya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden dilihat seolah-olah mendiamkan diri.Begitu juga ketika Timbalan Presiden PKR itu dilanda isu foto dan video skandal seks bersama wanita yang bukan isterinya.Namun,dalam isu Azmin tidak menziarahi ibunya, Wan Azizah cepat-cepat menasihati timbalannya itu supaya menziarahi ibunya itu, Che Tom Yahya, 78. Faekah ketika dihubungi laman FMT menafikan dakawan bahawa beliau menyalahgunakan kuasa sebagai jawatankuasa pemandu "Selangorku" untuk pembahagian geran RM3000 sebagai alasan kempen pemecatannya.Sebaliknya mendakwa kempen itu digerakkkan oleh Azmin atau orang-orangnya yang mungkin mempunyai kepentingan tertentu. "Ia mungkin dari penyokong Azmin atau Azmin sendiri. Saya tidak peduli. Ia adalah satu rahsia terbuka bahawa Azmin minta Khalid untuk menggantikan saya sebagai setiausaha politik pada tahun 2010.Sebagai gantinya, Khalid melepaskan kedudukannya sebagai Ketua PKR Selangor dan Azmin mengambil alih pucuk pimpinan PKR Selangor,"katanya. Kontroversi pertikaian lidah Azmin-Faekah bertambah hangat apabila Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin meminta SETPOL MB itu supaya tidak terus celupar dan tutup mulut. "Jangan memperlekehkan pemimpin parti,kerana dengan adanya usaha dari peringkat parti, maka beliau dapat dilantik sebagai SETPOL MB.(Juga) janganlah mahu menuduh kepimpinan parti PKR kerana jawatan yang dipegangnya itu adalah sementara. Jadi janganlah sampai mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kepimpinan parti.Dia (Faekah) tidak boleh memperlekehkan kepimpinan parti kerana parti penting untuk membawa kejayaan kepada sesuatu kerajaan, bukan daripada kedudukannya sebagai SETPOL," kata Zuraida yang dianggap sebagai penyokong Azmin. Dari segi logik mustahil seorang SETPOL MB boleh berperang dan begitu berani mengkritik Timbalan Presiden PKR,jika tidak dinaungi oleh seseorang yang lebih tinggi kuasanya daripada Azmin. "Malah desas-desus menyatakan bahawa Faekah kini lebih bersikap lantang mengkritik pemimpin PKR (Azmin) kerana mendapat sokongan moral dari presiden parti itu,Dr Wan Azizah," lapor Antarapos. - AIDC |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment