UMNO Online - “Hilang Akal Ke Nak Bandingkan Sewa Rumah Dengan Kekayaan RM3 bilion?” plus 9 more

UMNO Online - “Hilang Akal Ke Nak Bandingkan Sewa Rumah Dengan Kekayaan RM3 bilion?” plus 9 more

Link to UMNO Online

Hilang Akal Ke Nak Bandingkan Sewa Rumah Dengan Kekayaan RM3 bilion?

Posted: 11 Jun 2012 05:32 AM PDT

Nampaknya Anwar benar-benar tertekan dengan isu RM3 bilion yang dikatakan dimiliki oleh Ketua Pembangkang itu ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri yang didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid.

Apatah lagi Timbalan Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin, telah meminta agar dakwaan tersebut disiasat secara terperinci dan adil bagi mendedahkan siapa sebenarnya Anwar yang didewa-dewakan oleh puak-puak Pakatan Rakyat.

Persoalannya, mana datangnya RM3 bilion di dalam 20 akaun induk yang melibatkan aset, saham dan wang?

Lebih memeritkan lagi untuk Anwar jelaskan ialah fakta-fakta tersebut datangnya dari seorang bekas Gabenor Bank Negara. Bagaimana dia nak menjawab dakwaan tersebut?

Lantas dengan yakin, Anwar menyerang Muhyiddin semalam dengan mempersoalkan tentang sewa rumah Timbalan Perdana Menteri itu ketika awal dilantik menganggotai kabinet kerajaan.

Katanya, dia tahulah "rahsia sewa rumah" itu memandangkan dia adalah Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Namun jika difikir-fikirkan, jika benar pun sewa rumah Muhyiddin ketika itu dibayar oleh kerajaan atau Anwar sendiri, atau mana-mana pihak sekali pun, siapakah yang meluluskan pembayaran tersebut?

Kementerian Kewangan atau Timbalan Perdana Menteri?

Seperkara lagi, Anwar mengaku sebagai "boss" Muhyiddin ketika itu, mengapa dia membenarkan pembayaran sewa itu dibayar oleh pihak lain? Kenapa dia tidak halang atau persoalkan isu tersebut ketika itu?

Dan mengapa baru sekarang Anwar mahu mengungkit tentang bayaran sewa rumah tersebut?

Saya rasa pelik apabila Anwar membandingkan jumlah sewa rumah Muhyiddin pada belasan tahun lalu dengan jumlah RM3 bilion yang dikatakan "dikaut" Anwar ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Berapa jumlah sewa Muhyiddin untuk satu tahun ketika itu? Banyak sangatkah sampai mencecah RM100,000 sebulan? Kalau sewanya berjumlah RM100,000, setahun sewanya berjumlah RM1.2 juta.

Tapi Anwar ada RM3 bilion..!!! Berapa lama perlu ditunggu untuk mengumpul wang, aset dan saham sebanyak itu?

Siapa pula yang berikan pada Anwar? Itulah persoalan terbesar mengenai sumber wang, aset dan saham Anwar itu. Dari mana datangnya? Kerajaan? GLC? Syarikat swasta? Atau dari rakan-rakan Yahudinya seperti Wolfowitz, Soros dan sebagainya?

Padanlah Anwar kerap mengelilingi dunia dengan senang hati. Boleh mengatur perjumpaan dengan sahabat-sahabat Yahudinya, proksi sana, proksi sini, tali barut sana, talibarut sini. Maklumlah, banyak sangat duit…

Tapi yang peliknya, tergamak juga Anwar menyuruh Kak Wan meminta derma dari para penyokong PKR dan Pakatan Haram. Kononnya "dana pilihanraya". Khabarnya beratus ribu jugalah yang berjaya dikumpul bila Kak Wan buat "muka kesian" meraih simpati…

Padahal, duit Anwar berlambak-lambak di dalam bank di sana-sini. Mungkinkan "derma" itu salah satu cara Anwar "kebas" duit rakyat secara segera? Bukan apa..agak sukar juga nak gunakan wang RM3 bilion itu di dalam negara, nanti orang tengok dia mewah pula, kan?

mykmu.net

Liow Tolak Tawaran Nombor Pendaftaran Kenderaan ‘WWW 15′

Posted: 11 Jun 2012 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata beliau menolak tawaran nombor pendaftaran kenderaan ‘WWW15′ yang diberikan kepadanya secara percuma oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sambil menyatakan bahawa beliau tidak pernah membida atau membuat tender untuk nombor pendaftaran itu, Liow juga berkata nombor itu sepatutnya diberikan kepada pembida tertinggi.

Liow dikritik berikutan senarai pembida yang berjaya untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan WWW yang dimuat naik di laman web JPJ menamakan beliau sebagai pemilik untuk ‘WWW15′ dengan harga RM24,200.

Beliau berkata pegawainya mematuhi prosedur yang ditetapkan dengan memohon nombor pendaftaran tersebut untuk kegunaan kenderaan rasmi Menteri dan menerima surat rasmi daripada JPJ pada 6 Jun yang mengesahkan kelayakan pemberian nombor pendaftaran itu secara percuma.

“Setelah mendapat makluman bahawa nombor pendaftaran tersebut telah dibuka untuk bidaan, saya wajar melakukan yang terbaik dengan tidak menggunakan kelayakan saya. Sewajarnya nombor tersebut diberikan kepada pembida tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Berikutan kontroversi itu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata bahawa sebagai Menteri Kesihatan, Liow berhak untuk mendapatkan nombor plat itu secara percuma.

Solah juga kemudiannya menawarkan Liow tiga pilihan iaitu beliau boleh mendapatkan nombor pendaftaran itu percuma, membayar jumlah asal bidaan yang dibuatnya atau menolak tawaran tersebut.

JPJ memperoleh keseluruhan RM12 juta hasil lelongan terhadap nombor pendaftaran ‘WWW’.

Kerajaan Tanggung Perbelanjaan RM1.8 Juta Akibat Bersih 3.0

Posted: 11 Jun 2012 05:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Kerajaan menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Hishammuddin bagimanapun tidak menyatakan butiran kos yang ditanggung oleh kerajaan ekoran perhimpunan itu.

Hishammuddin juga berkata sebanyak 967 ‘tear gas’ telah digunakan pada perhimpunan haram itu termasuk 909 butir ‘shell tear smoke dan 58 butir grenade tear smoke’ ketika menyuraikan perhimpunan itu.

Fong ingin mengetahui jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis yang bertugas mengawal perhimpunan itu dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan.

Dalam soalan lain Fong juga ingin tahu jumlah pegawai polis yang dikenal pasti melanggar tatatertib pada perhimpunan tersebut dan adakah mereka telah diambil tindakan serta garis panduan operasi (SOP) terperinci yang diarahkan kepada pegawai bertugas.

Hishammuddin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak melalui SOP yang telah ditetapkan bagi tujuan mengawal keadaan daripada menjadi lebih ganas sehingga boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam semasa perhimpunan itu.

“Pada masa yang sama, pihak polis perlu bertindak dengan cepat bagi memastikan keadaan terkawal,” katanya.

Beliau berkata pihak kementerian memandang serius akan sebarang pelanggaran SOP yang telah ditetapkan justeru anggota yang terlibat tidak akan terlepas dengan tindakan undang-undang.

“Selain itu, perkara ini akan turut disiasat dengan lebih teliti melalui penubuhan Jawatankuasa Panel Penasihat Bebas yang dipengerusikan bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Haniff Omar.

“Sekiranya terdapat mana-mana anggota keselamatan terbukti bersalah melanggar SOP yang telah disediakan, tindakan undang-undang akan tetap diambil terhadap anggota berkenaan,” katanya.

Beliau berkata dua anggota polis telah didakwa di mahkamah kerana mengambil tindakan di luar garis panduan SOP semasa perhimpunan itu.

Majlis Peguam Diingat Jaga Sensitiviti Umat Islam

Posted: 11 Jun 2012 05:12 AM PDT

MELAKA, 11 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee agar menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini dengan tidak mencampuri urusan agama Islam.

Beliau berkata seluruh rakyat negara ini memahami bahawa hal berkaitan Islam tidak boleh dicampuri oleh mereka yang bukan Islam.

Katanya ia menjadi tanda tanya apabila Lim tidak memahami berhubung perkara tersebut.

“Hal yang berkaitan dengan Islam menjadi terlalu sensitif sekiranya dicampuri oleh mereka yang bukan Islam dan ini amat difahami oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Cuma saya tidak faham ada orang yang memahami peraturan ini yang cuba nak campur hal institusi mufti dan juga agama Islam,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan penjawat awam dan seminar pemahaman wasatiyyah dan gagasan 1Malaysia yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Lim melalui laman web badan berkenaan yang didakwa mempersoalkan pindaan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman 2008) sebagai tidak berperlembagaan kerana tidak membenarkan fatwa oleh mufti dicabar di mahkamah.

Sementara itu, Jamil memberi peringatan kepada rakyat negara ini agar tidak mengulangi perbuatan berhimpun di Masjid Nabawi, di Madinah dan Masjidil Haram, di Mekah pada 26 April lepas.

Beliau berkata pesanan itu disampaikan melalui Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia berikutan kekhuatiran mereka terhadap tahap keselamatan di dua lokasi ibadat terbabit.

Katanya perbuatan berhimpun di dua lokasi ibadat itu dibimbangi boleh menjadi satu bentuk provokasi kepada masyarakat Arab selain boleh menyebabkan kekecohan merebak.

Dalam perkembangan sama, katanya, keputusan bagi kuota jemaah haji Malaysia hanya akan diketahui menerusi surat kebenaran yang akan dihantar oleh kerajaan Arab Saudi pada bulan Ramadan ini.

Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata hasil pertemuannya dengan Menteri Luar Arab Saudi Putera Saud Al Faisal baru-baru ini member gambaran positif bahawa kuota haji Malaysia tidak terjejas ekoran perhimpunan haram tersebut.

Kebijaksanaan Kerajaan Selangor…Jual, Jual, Jual Asset Kerajaan Negeri

Posted: 11 Jun 2012 05:06 AM PDT

Dek kerana rayuan dan "minta nyawa" daripada pihak Unisel, maka PTPTN bertindak bijak apabila menarik kembali pemansuhan pinjaman kepada pelajar-pelajar di universiti berkenaan.

Tahniah kepada PTPTN, kerana tidak mempolitikkan masa depan rakyat (pelajar) yang bakal mendepani cabaran masa depan.  Pelajar-pelajar ini adalah modal insan, asalkan tidak tercicir dari pembelajaran mereka gara-gara gila berpolitik.

Penulis melihat tindakan drastik PTPTN pada mulanya adalah untuk mengajar kerajaan negeri Selangor khususnya serta kepimpinan PR yang beriya-iya mahu memansuhkan PTPTN, yang menyokong segelintir mahasiswa sewel dalam gerakan #occupy Dataran.

Apa yang berlaku kemudian, cukup melucukan apabila PTPTN pula dilabel sebagai zalim oleh kepimpinan PR hanya kerana melestarikan kemahuan PR untuk menyediakan pendidikan percuma.

Paling menarik, tindakan Menteri Besar Selangor yang mahu mencairkan asset Unisel bagi menampung kos pembelajaran akibat dari pembekuan sementara oleh PTPTN.

Ini adalah "pattern" yang cukup terkenal sejak mentadbir negeri Selangor pada 2008 sehingga kini.  Penjualan asset untuk mendapatkan keuntungan adalah jalan mudah yang digunapakai.

Ini adalah "pattern" yang cukup terkenal sejak mentadbir negeri Selangor pada 2008 sehingga kini.  Penjualan asset untuk mendapatkan keuntungan adalah jalan mudah yang digunapakai.

Hairan, ia langsung tidak mencerminkan kehebatan Menteri Besar sebagai "tokoh korporat", satu label yang gemar digunakan oleh Mat Sabu ke atas Menteri Besar Selangor itu dalam ceramah-ceramahnya di Selangor.

Apa yang penulis risaukan ialah, perbuatan Mat Sabu itu telah membekukan otak ahlul Pas terutamanya di Selangor dari berfikir.  Cukuplah kisah sebenar derma jihad Tabung Memali dan Kohilal yang mengisahkan bagaimana Pas mengurustadbir, yang tidak mahu dan tidak tahu diterjemahkan secara mudah oleh ahlul Pas.  Ini adalah gara-gara pendoktrinan kebodohan melampau kepada ahlul Pas oleh kepimpinan Pas sekarang.

Kembali kepada tajuk asal, Khalid Ibrahim gagal menterjemahkan label yang diberikan kepadanya, iaitu tokoh korparat.  Jika diimbas kembali, apa yang dibuat oleh Khalid ialah jual dan untung, tanpa memikirkan bagaimana untuk menambah asset dan harta kerajaan negeri.

Yayasan Selangor menjadi bukti, apabila ada asset (hartanah) digadaikan atas alasan tidak menguntungkan, walhal tidak siapa tahu, kepada siapakah tanah itu dijual.  Kroni?

Bukan itu sahaja, Institut Kemahiran Yayasan Selangor yang seharusnya bertindak membantu pelajar-pelajar yang keciciran SPM juga dijual atas alasan tidak menguntungkan.

Jangan dilupa, tanah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, milik Asrama Yayasan Selangor juga menjadi mangsa "kekorporatan" Khalid Ibrahim.

Mungkin, suatu ketika nanti, Universiti Selangor (Unisel) juga bakal dijual andai tidak lagi menguntungkan kerajaan negeri.  Jual dan terus jual demi keuntungan, Selangor sebenarnya tidak memerlukan seorang "tokoh korporat" yang keparat seperti Khalid Ibrahim.  "Management Style" seperti ini cukup untuk dimengertikan oleh kanak-kanak dari pusat asuhan kanak-kanak KEMAS.

Seperkara yang penulis mahu anda semua fikirkan, di saat penjualan asset kerajaan negeri bagi mendapatkan keuntungan, mungkin ramai yang sudah terlupa bahawa Khalid Ibrahim juga pernah membeli "asset" untuk kerajaan negeri.

Jual dan terus jual, jangan dinafikan bahawa Khalid Ibrahim bertindak membeli HUTANG syarikat Talam Corporation bernilai RM392 juta dengan wang rakyat.

Itu sahajalah kebanggaan untuk anak Selangor, iaitu pemilikan "asset" bernilai RM392 juta… HUTAAANNNGGGG!!!

Dhandhanggula

Akademi Undang-Undang Bukan Untuk Saingi Majlis Peguam

Posted: 11 Jun 2012 04:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang bukan bertujuan menandingi Majlis Peguam sebaliknya menjadi pelengkap di samping memperkembangkan sistem perundangan negara, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata cadangan penubuhan akademi tersebut adalah bagi mewakili anggota profesion perundangan secara menyeluruh melibatkan pelbagai golongan seperti anggota badan kehakiman, ahli akademik, pengamal undang-undang di Jabatan Peguam Negara, bekas hakim dan sebagainya.

“Penubuhan dan fungsi Majlis Peguam adalah mengikut Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan kerajaan tidak berhasrat memansuhkannya atau meminda mana-mana peruntukan di dalamnya. Majlis Peguam masih boleh berfungsi seperti yang ada sekarang,” katanya ketika menjawab ucapan penangguhan oleh Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong).

Ooi dalam ucapannya berkata cadangan kerajaan menubuhkan satu alternative bagi menandingi dan menyaingi Majlis Peguam adalah satu langkah yang bahaya kerana ini akan melibatkan konflik antara kuasa eksekutif dan legislatif.

Liew berkata cadangan penubuhan yang akan dilaksanakan melalui Rang Undang-undang Akademi Undang-undang Malaysia itu bukan satu tindak balas terhadap Majlis Peguam memandangkan ia telah dipersetujuan lebih 10 tahun dahulu.

Apa Rakyat Dapat Dari Janji Negara Kebajikan? Gula-gula Pun Tak Dapat Beli

Posted: 11 Jun 2012 04:30 AM PDT

Saudara Pengarang,

Laungan Negara Kebajikan memang sedap didengar… Lebih lunak lagi bila dikatakan Negara Kebajikan ini adalah untuk rakyat.  Rakyat tertunggu-tunggu apa yang mereka dapat, apa kebajikan yang diberi.  Apakah sekadar berjanji itu maksudnya satu kebajikan kepada rakyat.

Sudah bertahun rakyat menunggu dan menanti  bentuk kebajikan yang bagaimana diperjuangkan kepada rakyat oleh pakatan yang meminjam nama rakyat?  Rakyat kini umpama kanak-kanak yang menunggu Santa Claus yang menjanjikan pelbagai hadiah.

Malangnya apa yang rakyat dapat dengan janji Negara Kebajikan oleh pakatan pembangkang?… Sampah? Rumah Urut? Pusat Hiburan? Gigitan Nyamuk Aedes?

Berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional ( BN ), BN tidak terpekik mengatakan ini Negara Kebajikan tapi rakyat dapat juga wang persekolahan anak-anak, BR1M, Kedai KR1M, Klinik 1Malaysia, pelajar dapat baucer buku, peneroka dapat durian runtuh, kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji dan macam-macam lagi tapi apa rakyat dapat dari pakatan pembangkang…. hanya janji-janji yang diperbaharui dari masa ke semasa.

Hakikatnya rakyat sudah muak mendengar janji, Pakatan Pembangkang perlu laksana janji.  Ingat janji tidak boleh beri rakyat apa-apa walaupun nak beli sebiji gula-gula.  Janji hanya harapan dan kalau janji tidak ditepati ia akan jadi sekadar pembohongan.

Miss V PJ

Democracy Has Its Limitations, Says Dr Mahathir

Posted: 11 Jun 2012 04:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 11 – Democracy only works when the people understand its limitations, said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He said democracy would not bring the goodness that it promised when people thought only of the freedoms of democracy and knew nothing of the implied responsibilities.

“Instead, it will result only in instability, and instability will not permit development to take place and the people to enjoy the benefits of freedom and the rights that democracy promises,” he said.

Dr Mahathir, who was Malaysia’s prime minister for 22 years before stepping down in 2003, said this in his keynote lecture at the University of Santo Tomas’ (UST) special convocation in the Philippine capital, Manila.

He was conferred with an honorary professorship by the university. The honour is bestowed on distinguished foreign individuals who have achieved exceptional distinction in their respective fields of expertise.

Previous recipients include a Nobel laureate in chemistry and a chancellor from the Vatican, according to a statement from the Foreign Ministry.

In his speech, the text of which was made available to the media here, Dr Mahathir spoke at length about the possible setbacks of democracy as he referred to a country which had been unable to progress because of what he described as “too much democracy”.

“No sooner is a government elected when the losers would hold demonstrations and general strikes, accusing the government of malpractices.

“The government has to deal with these disruptions and neglect the work of governing and development that it is expected to carry out. The disruption could be so serious as to force the government to resign,” he said without naming the country in question.

Dr Mahathir said no doubt democracy was being practised by this particular country but he questioned whether this was really what democracy was all about, posing the question, “Is democracy the end or the means?”

Noting that Malaysia was not a liberal democracy, he said democracy was viewed principally as providing an “easy way” to change governments.

“No revolution, no civil wars, no Arab spring. Just vote and the government will be brought down or re-elected according to the wishes of the people,” Dr Mahathir said.

He drove home the point that in the Malaysian elections, candidates from opposition parties could win and they had indeed captured a number of state governments.

On leadership, Dr Mahathir said it must not be corrupt and it must have some skills and ideas about administration and the development of the country.

“A leader is as good as the ideas that he has. To bring prosperity to the country, he must know what policies to adopt and what strategies to employ,” he said.

Turning to the economy, Dr Mahathir, who has been courted by Yemen to be its special economic advisor, said he believed that in this troubled economic climate, Asean should cooperate more productively and make use of its market of half a billion people.

“Really the countries of Southeast Asia have great potential for growth, prosperity and empowerment. All we need is people and leaders who love their country and people more than they love themselves,” he concluded.

The Foreign Ministry said Dr Mahathir and his wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali were received on arrival in Manila yesterday by the Malaysian envoy to the Philippines, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, and other embassy officials.

Dr Mahathir attended a gathering with the Malaysian community as well as delivered a keynote speech on “Nation Building and Economic Development” at a dinner organised by the Asia Society at a leading hotel there.

Penang BN Questions State Govt’s Move To Scrap Public Housing Project

Posted: 11 Jun 2012 04:03 AM PDT

GEORGE TOWN, June 11 – Penang Barisan Nasional (BN) Youth today called on the state government to explain its move to scrap the second phase of the people’s housing project on a 0.45-hectare land in Taman Manggis, Jalan Burmah, here.

Its chief, Oh Tong Keong said the DAP-led state government had not only scrapped the project, but had also sold the land in 2010 to a private developer to build a specialist medical centre.

He said during BN’s administration in Penang, the land was earmarked for a housing project and the first phase of the project, involving 320 houses on a 1.86-hectare land, was completed in 2005.

“The land is already available. Why not proceed with the low-cost housing project? What is the rationale for a medical centre to be built there?” he told reporters, here, today.

He also slammed the state government for not making any public announcement on the sale of the land.

“How was it done? Was it done through open or closed tender? Who bought it? How much did they pay for the land? The state government has to explain this,” he said.

Meanwhile, Penang UMNO Youth Shaik Hussein Mydin described the state government’s move to focus on the construction of low- and medium-cost houses in Batu Kawan as unfair to the people.

“Penang Island belongs to the people as a whole and not just the elite group. So, the land must be returned to the people,” he added.

MRT Project Should Not Affect Bumi Trade At BB Plaza

Posted: 11 Jun 2012 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 11 – The Malay Chamber of Commerce Malaysia (MCCM) wants an assurance from MRT Corp Bhd that Bumiputera business at Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) will not be affected by the construction of My Rapid Transit’s underground station.

In making the call, its Secretary-General, Hanafee Yusoff, said the chamber would look at several options, including traders ‘staying put’, relocating to other Uda Holdings-owned properties or acquire a certain portion of the asset (BB Plaza).

“If there are no options, then MCMM will see what they (MRT Corp Bhd) have to offer,” he told a press conference on the dinner talk with former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad on June 23 to mark the chamber’s 47th annual general meeting.

MRT Corp Bhd plans to take over the land fronting Uda Holdings Bhd-owned BB Plaza and the adjacent Yayasan Selangor building, involving the basements of both buildings, to begin work on the underground station which is part of the  13 stations that will be built to serve the 51km-long Sungai Buloh-Kajang MRT line.

Uda Holdings is owned by the Finance Ministry.

If the take over of BB Plaza goes through, the 150-odd Bumiputera retailers may have to move out next year.

“We know the reason why the MRT should be positioned in the vicinity of a monorail station as it will create a transportation hub for future growth …and BB Plaza is owned by the government, therefore, it’s easier for development dealings.

“We hope to talk with MRT Corp, Uda Holdings or even the Finance Ministry as soon as possible,” Hanafee said.

It was reported recently that Uda Holdings may ask for RM474 million in compensation from MRT Corp if it has to let go BB Plaza.

Meanwhile, MRT Corp said the 1970′s built mall redevelopment will give an opportunity to elevate and re-invent the Bumiputera agenda.

Earlier, it paid Uda Holdings RM80 million to acquire UO Superstore and Plaza Warisan in Kuala Lumpur, RM40 million below the market price, to build an MRT station on the site.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...