BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


SAM D'LLOYD MENINGGAL DUNIA !!! AL-FATIHAH !!!

Posted: 11 Jun 2012 02:10 PM PDT


kepada pembaca yang belum tahu lagi berita ini,Penyanyi utama kumpulan D'Lloyd yang popular pada era 70-an,Syamsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam meninggal dunia pagi 9 Jun 2012 selepas dimasukkan ke hospital selama dua hari.Penyanyi berusia 64 tahun yang terkenal dengan lagu Oh Di Mana,Cinta Hampa,Semalam Di Malaysia dan Mengapa Harus Jumpa itu meninggal dunia pada 7.15 pagi waktu tempatan, di Rumah Sakit Islam Cempaka Putih, di sini akibat sakit jantung dan barah paru-paru.

"Penyanyi D'Lloyd,Sam meninggal dunia di Rumah Sakit Islam Cempaka Putih," kata isteri pemain gitar kumpulan berkenaan,Titiek Bartje Van Houten melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipetik Tempo.com.

Jenazah penyanyi berkenaan dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Tanah Kusir,pada jam 12 tengah hari.Kumpulan D'Lloyd asal yang ditubuhkan awal 1970 dianggotai tujuh ahli termasuk Sam sebagai penyanyi utama,Bartje Van Hauten sebagai ketua kumpulan dan pemain gitar utama,Andre Kasiman Gultom (flute dan saksofon),Chairul Daud (drum), Budiman Palunggun (keyboard),Sangkan Panggabean (bass) dan Yustian (gitar kedua).D'Lloyd terus aktif membuat persembahan,malah sebelum dimasukkan ke hospital,Sam bersama kumpulannya sempat mengadakan konsert di Johor,Malaysia,12 Mei lalu walaupun keadaan kesihatannya tidak berapa baik.Penyanyi berkenaan dilaporkan terjatuh ketika membuat persembahannya di Johor.

"Ketika persembahan di Malaysia,dia kata 'ok saja' tetapi selepas persembahan lagu kedua,dia terjatuh di pentas," kata Syair,seorang anggota keluarga terdekat Sam yang dipetik media Indonesia.

Bartje berkata,doktor sebelum ini mengesahkan Sam menghidap barah paru-paru.Katanya, keadaan Sam semakin teruk selepas pulang daripada konsert di Johor,12 Mei lalu.Bagaimanapun,selepas mendapatkan rawatan,beliau membuat persembahan di Menteng pada 25 Mei sebelum kesihatannya kembali teruk dan dibawa hospital.

"Sam seorang yang sensitif.Ketika di Johor,beliau mengeluh sakit kaki.Beliau berjumpa doktor tetapi mengambil apa saja ubat kerana mahu cepat sembuh.Mungkin itu juga menjadi penyebab sakitnya. Beliau disahkan doktor menghidap barah," kata Bartje ketika ditemui di Rumah Sakit Islam Cempaka Putih.

Keadaan kesihatan Sam yang semakin teruk menyebabkan D'Lloyd terpaksa membatalkan empat konsert yang sepatutnya berlangsung di Palembang (8 Jun),Jakarta (22 Jun),Kuching (4 Julai) dan Cirebon (10 Julai).Tanpa Sam,anggota asal D'Lloyd kini hanya tinggal Bartje dan Chairul.

Salam Takziah buat seluruh warga Indonesia yang telah kehilangan Sam D'Lloyd,seorang insan seni yang begitu banyak menyumbangkan jasa terhadap pembangunan industri muzik di Indonesia sejak pembabitan beliau dalam bidang nyanyian.Bersamalah kita mendoakan agar roh Allahyarham akan dirahmati serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH..

HOT NEWS !!! ZED ZAIDI BERI AMARAN KEPADA TASHA SHILA,NEELOFA DAN AZALNA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 11 Jun 2012 12:00 PM PDT



Sikap tiga orang artis iaitu Tasha Shila,Anzalna dan Neelofa yang bertelagah akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas mereka disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).Presidennya Zed Zaidi berkata,menerusi jawatankuasa tersebut,pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.

"Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.Pertelagahan antara Tasha,Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya yang dihubungi MStar Online Pada Isnin.

Zed diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa pelakon Neelofa telah memburuk-burukkan dua rakannya iaitu Anzalna dan Tasha.Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular,Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.

Dalam pada itu tambah Zed,walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

"Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya," tegasnya.

Dalam pada itu,pihak Seniman juga sedang merancang untuk menganjurkan sebuah kursus komunikasi buat artis-artis yang baru menyertai industri seni hiburan agar isu-isu mengenai disiplin tidak akan timbul lagi.Mengikut syarat,semua artis di negara ini perlu menjadi ahli Seniman sebelum boleh diambil berlakon - MStar

HOT NEWS !!! ZACK NEW BOYZ AKAN DI HUKUM GANTUNG ???

Posted: 11 Jun 2012 09:00 AM PDT


Kalau dahulu,nama kumpulan New Boyz menjadi kegilaan buat para remaja yang begitu meminati setipa ahli dalam kumpulan tersebut.Malah,ada di antara gadis-gadis yang sanggup melakukan sesuatu supaya cinta mereka dibalas oleh penyanyi dan setiap ahli dalam New Boyz.Namun,kemantapan dan populariti kumpulan News Boyz semakin tenggelam sedikit demi sedikit memandangkan ahli-ahli kumpulan itu telah membuat haluan masing-masing.Isu Terbaru,timbul pula cerita kecoh yang tidak enak didengar.

Seorang ahli dan juga pemain bass kumpulan itu,Radin Irwan Dzul Karnain Isagani,yang Berusia 32 Tahun atau lebih dikenali sebagai Zack berdepan dengan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi,atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara,dua tahun lalu.Menurut laporan dari Harian Metro,Zack didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9,Jalan PJU 6,Persiaran Pelangi Damansara,Petaling Jaya,jam 9.20 malam,pada 26 Januari 2010.Zack yang juga bapa kepada dua anak didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun,perbicaraan kes Zack itu akan disambung pada 24 September depan selama lima hari.Sebelum ini,ada juga pihak-pihak tertentu yang terdengar bahawa kehidupan Zack terlalu 'mewah' dan ramai yang mempersoalkan tentang pekerjaannya.Ada yang mengatakan dia menjual dadah ??? Betul kah tanggapan ramai pihak selepas Zack tertangkap sekarang ini ???

RENUNG-RENUNGKAN

PELAWAK OSMAN KERING MENINGGAL DUNIA ???

Posted: 11 Jun 2012 07:04 AM PDT



saya baru saja menerima perkhabaran sedih iaitu Osman Kering,pelakon dan pelawak telah meninggal dunia kerana sakit batuk kering pukul 7.00 malam tadi.Menurut Blogger Rotikaya.Com Perkara ini disahkan oleh anak beliau.Jenazah beliau kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).adakah benar beliau Meninggal dunia ??? sekiranya Benar.Lagi seorang pelawak berbakat meninggalkan kita selepas Allahyarham Bob Kuman.Marilah kita sama berdoa agar perjalanan Allahyarham dipermudahkan dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.


Update Terbaru Dari Bautiful Nara !!!

Maaf atas kecelaruan maklumat yang diterima menyatakan Osman Kering sudah meninggal dunia.Semasa di rumahnya,nadi Osman Kering telah tiada namun berjaya diadakan kembali apabila dibawa ke HUKM.Kini keadaan Osman Kering dilaporkan kritikal dan berada di wad ICU.

Nampaknya Ada Orang Mainkan Khabar Angin Ini..Astagfirullah A'lazim...

BONGKAR !!! ISU KAPAL SELAM !!! DARI MANA PULAK PHNOM PENH POST INI DATANG ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 11 Jun 2012 05:00 AM PDT


isu yang hebat dimainkan media pro Pakatan Haram mutakhir ini ialah berkaitan dengan tulisan seorang wartawan Roger Mitton dari akhbar Phonm Penh Post berhubung skandal Scorpene dan pembunuhan Altantunya.Naik muak pun ada bercakap benda yang hampir sama sejak 5 tahun lepas tapi memikirkan Hospital Bahagia belum ada ubat untuk mengatasi penyakit mental yang seumpama ini,maka jadi tanggungjawab saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang penipuan yang cuba disebarkan si benak-benak otak dalam Pakatan Haram ini.saya suka nak memulakan tentang akhbar Phonm Penh Post ini.Phonm Penh Post adalah akhbar berbahasa Inggeris dari Kemboja atau dalam bahasa Inggerisnya Cambodia.Cambodia pula adalah antara negara termiskin di Asia Tenggara dan tidak pernah kita dengar Cambodia menjadi pusat rujukan agensi-agensi berita terkemuka di dunia seperti Reuters,AFP dan sebagainya.saya dimaklumkan bahawa di Cambodia sendiri pun,Phonm Penh Post bukanlah akhbar yang terkenal seperti New Strait Times dan The Star di malaysia,maklumlah,dengan kadar buta huruf yang tinggi,berapa kerat saja orang di Cambodia sana nak baca akhbar berbahasa Inggeris.

Tujuan saya menyebutkan ini bukan dengan maksud menghina,tapi nak menggambarkan bahawa betapa kecilnya akhbar ini dibanding dengan agensi berita antarabangsa yang lain.Jadi siapa Phnom Penh Post ini dan apa layaknya untuk bercakap tentang masalah di Malaysia,nak cakap pasal kapal selam ??? Cambodia pun tak memiliki waima sebijik kapal selam untuk membolehkannya mengalami sendiri pengalaman membeli dan menguruskan peralatan ketenteraan tersebut dari perspektif yang betul.Justeru, rujukannya saya rasa lebih banyak dari apa yang dipapar dan ditulis di Internet semata-mata,bukan berdasarkan fakta sebenar.Tidak hairan kenapa banyak fakta dalam artikel tersebut yang salah dan menyerong dari hal yang sebenarnya berlaku (atau yang sekurang-kurangnya kita tahu berlaku, berdasarkan laporan dari Mahkamah dan sebagainya).Malah kalau boleh disebutkan disini sudah outdated.Tapi semua itu nampaknya tidak menghalang balaci Pakatan Haram untuk mensensasikan berita ini ke tahap tertinggi atau tahap dewa mengikut bahasa yang biasa disebut.Tidak pedulilah kalau berita itu betul atau tidak,asalkan ada kaitan dengan pembohongan yang rancak disensasikan mereka di negara ini,sudah cukup sesuai untuk dijadikan isu.

Ini bukan rendah lagi dah,tapi sudah ke tahap jatuh jauh ke bawah kualiti blogger dan facebooker Pakatan Haram apabila berita dari sumber yang tidak kuat pun diangkat menjadi isu sensasi.Kalau maklumat dalamnya itu benar,boleh tahan,ini banyak yang salah.Contohnya dakwaan Altantunya pernah berjumpa dengan Datuk Seri Najib di Paris dan 'komisen' yang dibayar kepada Perimekar.Umum tahu,Datuk Seri Najib sudah 4 kali bersumpah tidak pernah mengenali dan berjumpa dengan Altantunya (secara peribadi). Sengaja disebutkan 'secara peribadi' disitu sebab saya sendiri sudah beberapa kali berjumpa dengan Perdana Menteri,tidak bermaksud beliau mengenali saya.Begitu juga dengan Pakcik Hasan di Muar,Ah Lok di Kuala Lumpur dan Makcik Bedah di Kuching,kalau nak disebutkan ramai,beratus ribu kalau tak berjuta orang yang sudah berjumpa dengan Datuk Seri Najib,tapi tak semuanya dikenali pemimpin nombor satu negara itu.Sebagai orang Islam pula,tidak ada sebab kenapa saya nak menolak pengakuan bersumpah Datuk Najib itu,lagipun selain 'air liur' adakah apa-apa sumber lagi yang boleh mengesahkan pertemuan tersebut ??? Setakat gambar yang di super imposedkan itu tak payahlah,buang masa.

Kalau Roger Mitton dan Phonm Penh Post terlalu jahil untuk faham kepentingan disebalik sumpah, berlambak sumber di internet akan penafian Datuk Najib yang beliau pernah berjumpa dengan mendiang.Itu pun sudah lebih dari cukup,tapi hairan,masih lagi menjadi bahan tulisannya.Isu komisen ini juga sudah berulang kali disebut dalam persidangan Parlimen Malaysia dan disiarkan di media antarabangsa.Perimekar bukan orang tengah sehingga nak dibayar komisen,Perimekar adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan dan penyelenggaraan kepada operasi 2 buah kapal selam yang dibeli kerajaan Malaysia selama 6 tahun. Termasuk kos latihan dan sara hidup anak-anak kapal serta keluarga mereka sepanjang beberapa tahun mereka berada di Perancis.Jelasnya disini,Phonm Penh Post ini adalah akhbar picisan yang tidak dapat perhatian waima di Cambodia.Orang Pakatan Haram saja yang sibuk sebab ada isu yang boleh disensasikan disitu dan ini bukanlah suatu yang mengejutkan. Asas pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib dalam kes ini diketahui terlalu lemah,justeru apa pun yang boleh dikutip akan dikutip mereka untuk dijadikan isu.Phonm Penh Post tidak terkecuali.Bahkan saya pernah dimaklumkan seseorang,kalau di punggung lembu ada tertulis perkataan Najib Dan Altantunya,nescaya lembu itupun akan diangkat menjadi calon pilihanraya mewakili Pakatan Haram. Penulis rasa orang itu melawak,tapi itu tidak mengepikan maksud sebenarnya,betapa bebalnya orang Pakatan Haram ini.

RENUNG-RENUNGKAN

MENJELANG PRU 13 !!! ANWAR IBRAHIM HANYA SAUDAGAR MIMPI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 10 Jun 2012 07:00 PM PDT


Secara keseluruhan di seluruh negara terdapat 222 kerusi parlimen.Untuk memenangi pilihanraya seterusnya menguasai tampuk pemerintahan peringkat pusat secara majoriti mudah bermakna minima 112 kerusi perlu dimiliki.Pada masa sekarang pakatan Haram memiliki 75 kerusi (sebelumnya 82),7 dimiliki Bebas yang terdiri dari kalangan bekas pemimpin PKR manakala BN pula menguasai 140 kerusi.Mengikut ramalan saudagar mimpi terkenal pula iaitu Anwar Ibrahim,tanpa teragak-agak telah mensasarkan kemenangan Pakatan Haram dengan majoriti mudah dengan kelebihan 10 kerusi.Nanyang Siang Pau dan China Press) Maksudnya Anwar yakin pakatan Haram yang 'diketuainya' mampu menang mudah di 122 kerusi parlimen pada PRU 13 kelak.

Dalam pada Pakatan Haram masih mempertikaikan ketelusan dan keberkesanan SPR dalam menguruskan daftar pengundi pilihanraya,boleh pula Anwar meramalkan kemenangan bakal menjadi miliknya.Nampak sangat segala macam serangan terhadap kewibawaan SPR sebelum ini hanyalah agenda politik pembangkang semata-mata,lagipun kalau betul SPR tidak telus patutnya Kelantan dah lama kembali kepada BN.Berbalik pada keyakinan Anwar untuk menguasai 122 kerusi parlimen itu,sebetulnya siapa saja boleh membuat ramalan sambil bermimpi indah tambah-tambah lagi untuk memujuk hati sendiri.

Tapi realitinya jarang sekali mengikut kehendak mimpi.Contoh mudah waktu Anwar sibuk mencanangkan mimpinya untuk menjadi PM 16 September 2008,walaupun berjaya menyebabkan penyokong Pakatan Haram hanyut dalam lamunan,hakikat kemudiannya jauh panggang dari api.Trend sekarang tidak lagi sama seperti PRU 12 2008 dulu,hatta masyarakat Cina yang sebelum ini diketahui mendukung kuat agenda pakatan Pakatan Haram pun sudah beransur-ansur menjauhi Anwar dan kuncu-kuncunya.Ditambah lagi dengan sokongan majoriti orang Melayu dan bumiputera lain serta kaum India condong bersama BN tentu saja sukar untuk Anwar merealisasikan mimpinya.

Mengikut kajian ramai penganalisis politik,dalam pilihanraya akan datang paling tinggi pun hanya 70 kerusi parlimen sahaja yang boleh dimenangi Pakatan Haram berbanding pencapaian terbaik mereka menguasai 82 kerusi semasa PRU 12 sebelum ini.Populariti yang dikecapi Anwar dan PR hasil kelemahan kepimpinan negara sebelum ini sudah tidak sama seperti dulu.Sebagaimana Pakatan Haram naik mencanak demikian juga jatuhnya agak merudum.Terlampau banyak isu melingkari polisi dan dasar pembangkang yang diketahui umum tidak secocok dengan realiti masyarakat Malaysia yang menyebabkan Anwar hanya layak untuk kekal sebagai saudagar mimpi sahaja.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...