Pas Ikut Pilihan DAP, PKR… Pilih Putrajaya Dari Baitullah



KUALA LUMPUR 12 Jun – Pas hari ini dipersoalkan mana yang lebih penting antara menunaikan haji ke Baitullah berbanding seruan menuju ke Putrajaya bersama sekutunya DAP dan PKR.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata jika Pas benar-benar berjuang untuk menegakkan Islam, apa yang disarankan oleh Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man amat bertepatan dan ianya diakui adalah satu tuntutan.
Namun tegas beliau apa yang dijaja dan dibawa oleh perjuangan Pas hari ini seolah-olah tidak bertepatan malah apa yang mengecewakan parti itu sekadar menjadi 'makmum' kepada DAP dan PKR.

"Jika benar Tuan Ibrahim menyebut perkara berkenaan, ianya menimbulkan persoalan. Memang betul politik adalah satu kaedah untuk mendapatkan kuasa iaitu kuasa memerintah…dan ianya daripada satu perkara yang dituntut dari sudut agama iaitu untuk menegakkan Islam.

"Jadi rentetan itu, saya ingin bertanya apakah yang diperjuangkan oleh Pas hari ini…Bukankah dilihat sekadar 'Pak Turut’ kepada DAP dan PKR. Dulu ada juga dengar-dengar mahukan Negara Islam…kemudiannya bertukar kepada Negara Berkebajikan.  Mereka perlu berikan penjelasan jika apa yang saya utarakan ini tidak benar dan tidak betul.

Pas tukang angguk?
"Tetapi jika berdasarkan kepada pemerhatian umum itulah senarionya dan kita pun nak tahu juga apakah perjuangan Pas yang sekadar jadi pengikut dan tukang angguk kepada DAP dan PKR itu benar-benar ikut tuntutan Islam hingga keluarnya saranan menangguhkan haji semata-mata memberi tumpuan PRU-13," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Semua ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya diminta menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Berita itu disiarkan oleh selangorku.com bertarikh 5 Jun lalu yang dipetik oleh http://www.rbfonline. net hari ini.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti yang dipetik menerusi laporan berita itu berkata, Pas menjangkakan pilihan raya umum akan datang diadakan pada musim haji iaitu selepas bulan Ramadan antara September hingga Oktober.

Ibadah haji
Kata Tuan Ibrahim, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana Pas memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa berlangsungnya pilihan raya umum tersebut.
Ustaz Afandi seterusnya menambah amat jelas Pas hari ini sudah kemaruk kuasa gara-gara tawaran menuju ke Putrajaya oleh sekutunya.
"Pas seharusnya bermuhasabah dan tidak terikut-ikut dengan emosi dan sewajarnya berfikir secara matang. Antara menunaikan ibadah haji dan menuju ke Putarjaya… mana yang lebih penting. Kita tunggu apa penjelasan mereka dalam soal ini Apa pun tepuk dada tanya iman," katanya
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...