House PK

House PK


KUNYIT HANGIT! SEMUA WANG ANWAR DISIMPAN DI BRITISH VIRGINIA ISLAND!?

Posted: 12 Jun 2012 12:37 AM PDT

PENDEDAHAN eksklusif muka depan akhbar New Strait Times hari ini (lanjutan dari pemilikan 20 akaun rahsia Anwar bernilai RM 3 billion) memang menarik perhatian penulis untuk mengupas mengenainya.

Menurut laporan tersebut, seorang CEO bank telah mengakui kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR – nama lama bagi SPRM) pada 1999, yang beliau terlibat menguruskan wang dari akaun Anwar ini yang berpengkalan di British Virginia Island (BVI). Agak mengejutkan kerana nama negara itu pun jarang kita dengar tapi tahu-tahu wang negara kita berlambak disimpan disana –semuanya gara-gara Anwar.

Penulis tidak mahu meneka CEO bank mana satu tapi sekarang rasa-rasanya baru penulis faham kenapa nama 'Rashid' begitu memberi nilai sentimental kepada Anwar sehinggakan ada bekas banduan dengan nama sama pun menjadi mangsa pertamanya sebaik keluar dari penjara pada 2004. Apa kaitan 'Rashid' dengan bank, pembaca boleh cari sendirilah tapi sekadar nak menyebutkan, bank ini dulu diketahui mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan Anwar.

Malah isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga dikatakan pernah memiliki saham yang besar dalam bank tersebut. Tapi sekali lagi penulis nak tegaskan disini, penulis tidak mahu meneka dan terpulang sepenuhnya kepada pembaca untuk membuat tafsiran sendiri.

Seperti yang kita ketahui, wang ini ada kaitan rapat dengan not RM 1,000 dan RM 500 yang penggunaan dan pengeluarannya dihentikan oleh Bank Negara Malaysian (BNM) pada 1998, sebagai sebahagian daripada proses pemulihan ekonomi negara yang diserang penyangak mata wang asing pada 1997. Dalam Statutory Declaration (SD) yang dibuat Datuk Murad dulu pun sudah dijelaskan tentang perkara ini, dan bagaimana ianya dibawa keluar dari negara kita.

Berapa besarkah ekonomi BVI ini, penulis tidak tahu tapi yang jelas sekarang, apa pun nilainya, kelihatan ia disumbang sedikit sebanyak oleh berbilion wang negara kita yang disimpan disitu.

BVI, setakat yang penulis tahu, tidak mempunyai tahap kerahsiaan kewangan sehebat Switzerland. Di Switzerland, tidak ada Mahkamah atau undang-undang dalam negara itu yang boleh mengarahkan bank-bank negara tersebut mendedahkan maklumat kewangan pelanggan mereka kepada pihak ketiga. Ada khabar mengatakan perkara ini menjadikan Switzerland sebagai tempat paling sesuai untuk menyimpan jumlah wang yang banyal tanpa perlu risau ia diketahui pihak lain – termasuklah wang haram.

Penulis yakin, sistem perbankan di BVI tidak jauh beza dengan Britain yang menjajah negara tersebut. Sudah tentu ada selok belok perundangan yang membolehkan pemilik sebenar wang tersebut didedahkan kepada pihak-pihak berkepentingan. Mungkin masih ada saksi-saksi yang pernah disiasat BPR dulu yang masih hidup dan boleh melengkapkan siasatan kalau kes tersebut dibuka semula sekarang.

Itupun kalau samseng-samseng upahan Anwar tidak sampai kepada dia dahulu.

Kerajaan, SPRM dan BNM perlu ambil serius perkara ini. Wang, (walaupun dalam not yang sudah tidak dikeluarkan lagi), perlu dibawa balik ke negara ini untuk dimusnahkan kerana ia boleh mempengaruhi ekonomi negara kita, terutama bila bercakap tentang kitaran wang (circulation of money). Apa terjadi kalau wang itu dibawa balik ke Malaysia dan masuk ke dalam pasaran? Sudah tentu inflasi akan meningkat naik, sila-silap sejarah 'wang pisang' semasa penjajahan jepun dulu, boleh berulang semula.

Maaflah, ini bukan niatnya nak mengajar, penulis tahu, BNM pun sedar tentang perkara ini. Cuma penulis mahu sesuatu dilakukan segera untuk memastikan negara kita tidak lagi terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi sekali lagi setelah kita terselamat dari krisis sub prima yang melanda Amerika Syarikat pada 2008.

Dalam masa yang sama juga, tidak salah rakyat negara kita berkunjung secara beramai-ramai ke BVI untuk melancong. Tahulah kita sekarang, apa pun yang cantik, apa pun yang menarik, canggih dan sebagainya di negara tersebut, sedikit sebanyak disumbangkan oleh wang negara kita yang disimpan disitu dan dilaburkan oleh bank yang menyimpannya.

BLUES BEARY

PANAS BERAPI! ORANG KAMPUNG NAK TAHU BERAPA NILAI HARTA SEBENAR ANWAR IBRAHIM!

Posted: 11 Jun 2012 02:25 PM PDT

Susulan tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion, seramai 11 ketua kampung dalam Parlimen Parit hari ini tampil membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang itu.

Anwar sebelum ini enggan membuat penjelasan mengenai tuduhan tersebut sebaliknya terus berdolak-dalik dan cuba melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha mengalih perhatian rakyat terhadap tuduhan berkenaan.

Malah, Anwar dalam satu sesi dialog ekonomi di Petaling Jaya memberitahu, beliau bersedia mendedahkan akaun bank miliknya dan menjelaskan berhubung dakwaan mengawal akaun induk bernilai RM3 bilion sekiranya Muhyiddin juga melakukan perkara sama.

Pengerusi Persatuan Ketua Kampung Parlimen Parit, Meor Hanafi Hashim memberitahu hampir 80 orang ahli JKKK kampung berkumpul di hadapan Balai Polis Sri Iskandar bagi menuntut Anwar menjelaskan perkara sebenar berkaitan tuduhan terbabit.

"Kita berkumpul di sini beramai-ramai bagi menunjukkan bahawa rakyat mahu kerajaan telus dan menyiasat tentang apa yang kita baca di media massa yang menyatakan Anwar mempunyai harta atau aset bernilai RM3 billion dengan menggunakan 20 akaun di bawah kawalannya.

"Nilai RM3 bilion itu terlalu banyak dan kita mahu mendengar penjelasan Anwar ke mana perginya duit itu," katanya.

Dalam pada itu, kesemua ketua kampung terbabit juga menuntut supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber duit terbabit.

"Penting untuk kita sebagai rakyat tahu mengenai perkara itu," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi ketua kampung yang ditemui, Hidzir Yusuf turut menyatakan pendirian beliau yang menggesa Ketua Pembangkang itu menjelaskan perkara sebenar mengenai aset bernilai RM3 billion yang dimilikinya.

"Sebelum ini, Anwar berkata bahawa pemimpin Pakatan Rakyat lebih telus dan tidak mengamalkan politik wang.

"Apabila timbulnya isu berkaitan RM 3 billion dan ia adalah satu jumlah yang besar, seelok-eloknya dijelaskan dari mana duit itu datang dan selain aset itu dari mana datangnya.

"Kita sebagai rakyat merasakan kita harus dan wajib tahu," jelas beliau lagi.

Sebanyak 11 laporan polis dari 11 buah kampung sekitar parlimen Parit dibuat dan antaranya adalah seperti Kampung Lengkuas, Kampung Lambor Kiri, Kampung Bakong dan Kampung Dusun.

Isu pemilikan akaun induk berkenaan timbul semula apabila ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali memaparkan pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia pada 29 Oktober 1999 dalam satu sidang akhbar 30 Mei lalu.

Dalam pendedahan yang dibuat hampir 13 tahun lalu itu, Abdul Murad mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Sejak isu itu dibangkitkan semula, pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bekas-bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil membuat laporan polis mendesak Anwar memberi penjelasan.

Sumber: Perak Today

GEMPAR BERAPI! LAJIM UKIN AKAN LOMPAT MASUK PKR PADA 16HB JUN INI

Posted: 11 Jun 2012 07:41 AM PDT

Inilah khabar berita yang sedang hangat diperkatakan di kedai-kedai kopi di Sabah! Ini bukan khabar angin tau, ini adalah kisah benar yang sedang hangat diperkatakan di Sabah.

Aku juga diberitahu bahawa Lajim Ukin sudah siap ada 2000 bendera PKR yang akan dipasang olehnya pada hari PM melawat Sabah iaitu pada 16hb Jun ini. Sekaligus dengan itu pada hari yang sama Lajim Ukin akan mengumumkan bahawa dia keluar dari UMNO dan join PKR.

Cuma yang menjadi masalahnya sekarang ni ialah orang kiri kanan dia tak berapa selesa dengan keputusan dia. Sebab tu dia nak lompat tapi ada sikit delay, kalau tak hari tu masa perhimpunan UMNO di Stadium Bukit Jalil lagi dah dah announce yang dia akan lompat keluar.

So, pembaca sekalian, korang tunggu dan lihat je apa yang akan dibuat oleh Lajim Ukin pada 16hb Jun ni nanti! Dia sengaja nak sabotaj dan malukan PM. Lu memang takleh pakai la Lajim! Cisssss

CILI KASI TARUK! KENAPA KHALID GAGAP FOBIA SANGAT DENGAN LOJI LANGAT 2 EK?

Posted: 11 Jun 2012 05:00 AM PDT

Kenyataan Menteri Besar Selangor baru-baru ini berhubung cadangan menyalurkan air mentah dari Tasik Kenyir yang terletak di negeri Terengganu benar-benar menunjukkan sikap beliau suka berdolak-dalik.

Pada mulanya kata beliau, air empangan cukup untuk menampung keperluan penduduk di Selangor sehingga tahun 2019. Kemudian, Menteri Pertanian dan Asas Tani telah membidas kenyataan beliau dengan menyatakan masalah dihadapi adalah kekurangan air terawat dan bukannya air mentah.

Justeru, inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan Loji Air Langat 2 adalah bertepatan dengan isu dihadapi. Sekarang, Menteri Besar Selangor bangkitkan pula cadangan untuk mengambil air mentah dari Tasik Kenyir.

Persoalannya, kalau air diambil dari Tasik Kenyir, atau mana-mana tasik pun di dunia ini, ke mana air tersebut hendak disalurkan kalau bukan ke loji rawatan air? Atau adakah air di Tasik Kenyir setanding dengan air mineral yang boleh diminum terus tanpa dirawat?

Menteri Besar Selangor juga nampak begitu risau dengan kos pembinaan loji Langat 2 yang dikatakan mencecah RM12 billion. Kenapa perlu beliau risau sedangkan kos tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan, untuk kebaikan rakyat Selangor juga.

Sekiranya beliau bimbang tarif air akan naik, penulis mahu bertanya, adakah ia tercatat dalam perjanjian konsesi sekiranya Syabas membeli air terawat dari Loji Langat 2, maka harga air boleh dinaikkan sesuka hati?

Sedangkan teori ekonomi sendiri mengatakan jika sesuatu sumber itu berkurangan, maka harganya akan naik. Contohnya ikan, kalau sumbernya banyak maka harganya akan turun dan begitu juga sebaliknya.

Dalam konteks isu air, kenapa perlu kita risau kalau air terawat sudah banyak? Bagi penulis, tidak perlu penulis jadi seorang Menteri Besar untuk menilai isu ini. Sama-samlah kita fikirkan.

Sumber : Belantan

AKHIRNYA LIOW TIONG LAI TOLAK WWW 15! DAP MATI KUTU TERUS!

Posted: 11 Jun 2012 03:34 AM PDT


Kan elok macam tu Liow! Dari kau dok taichi pasal plat no tu, baik kau serah balik sama JPJ, biar mereka jual kat orang lain. Very Good indeed. Well done Menteri Kesihatan, just pakai plat no. biasa saja sudah la.

Apa agakanya DAP nak spin lepas ni ya? Hik hik hik
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...