House PK

House PK


KELANTAN OH KELANTAN! ASYIK KENA TIPU JE KORANG NI KAN?

Posted: 05 Jun 2012 11:47 PM PDT

Aku nak mintak korang KLIK SINI, SINI, SINI dan SINI sebelum korang nak baca artikel panas kat bawah ni.

Ada dua benda aku nak cerita sekarang ni, ini pasal Kelantan, satu kisah pasal lebuhraya PREPAID KELANTAN dan satu lagi kisah seorang blogger yang bersembang di Kelantan pasal Nik Aziz, okay kit abaca kisah pertama pasal Lebuhraya Preapaid dan penipuan Husam Musa dibawah:


Korang mesti kena baca link kat atas tu, korang boleh lihat macama si Husam Musa menipu rakyat Kelantan, memang sial si husam ni! Lagi satu kisah pasal UMNO memang ada peluang ambik alih Kelantan, tak percaya? Baca kat bawah ni:

UMNO ADA PELUANG MENANG DI KELANTAN!

WAHAI RAKYAT SELANGOR! KALAU PAKATAN MASIH KERAJAAN DI SELANGOR MAKA KITA KENA CATU AIR LA JAWABNYA!

Posted: 05 Jun 2012 09:00 PM PDT

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar mengenai kesusutan rizab air terawat di negeri Selangor yang kini hanya tinggal 2.4% berbanding rizab yang sepatutnya iaitu 20% .

Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar ini mencerminkan tahap kritikal rizab simpanan air terawat di Selangor dan hal ini boleh dikaitkan dengan jangkaan yang dibuat oleh AWER (Association of Water and Energy Research Malaysia) melalui siaran media yang dikeluarkan pada 13 Januari 2012.

Siaran media AWER menjangkakan krisis air Selangor mungkin akan melanda sebelum tahun 2014. Dari kajian yang dibuat oleh AWER, pengeluaran air terawat dari tahun 2007 hingga 2010, menunjukkan peningkatan purata sebanyak 2.14% setahun.

Melalui siaran media pada 25 Mei 2009 , projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor dianggar bernilai RM 3.936 billion . 75% daripada jumlah itu dibiayai oleh JICA (Japan International Corporation Agency) dan selebihnya oleh kerajaan persekutuan.

Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor ini dijangkakan mampu untuk menyalurkan 1,890 juta liter sehari. Air mentah ini akan disalur ke Loji Rawatan Air Langat 2 sebelum diagih untuk kegunaan domestik.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim masih menangguhkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 melalui peruntukan kuasa yang ada pada mereka. Tindakan kerajaan negeri ini dipercayai untuk memberi tekanan kepada kerajaan pusat supaya mempercepatkan proses penstrukturan semula air di Selangor.

Read more...

CILI KASI TARUK! BILA PRU DAH DEKAT BARU NAK KASI TURUN CUKAI KE KHALID GAGAP?

Posted: 05 Jun 2012 07:00 PM PDT

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoal tindakan kerajaan Selangor mengumumkan pemberian diskaun 20 hingga 25 peratus bayaran cukai pintu kepada semua penghuni rumah pangsa kos rendah, hanya selepas empat tahun memerintah negeri itu.

Beliau berkata pemberian diskaun itu jelas hanya sebagai 'gula-gula politik' pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"PRU dah dekat, kenapa sekarang baru terfikir nak laksanakan janji yang dibuat empat tahun lalu berbanding dengan perkara yang dijanjikan Perdana Menteri, contohnya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dilaksanakan sebaik pengumuman mengenainya dibuat," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2012 kawasan Parlimen Tanjong Karang di sini, Selasa.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas pengumuman Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, berhubung pemberian diskaun cukai pintu kepada pemilik kediaman flat kos rendah di negeri itu.

Abdul Khalid bagaimanapun berkata diskaun itu hanya layak diterima oleh pemilik yang menghuni rumah flat masing-masing dan mendaftar dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Noh turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang tidak menurunkan cukai pintu bagi semua jenis kediaman di negeri itu seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU 2008.

"Ini hanya beri pada rumah kos rendah sedangkan berapa sangat diskaun cukai pintu rumah kos rendah jika dibandingkan dengan kediaman lain," katanya.

Mengenai tindakan kerajaan negeri memperuntukkan 50 lori kompaktor sampah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Noh berkata tindakan itu dilihat sebagai cubaan untuk menutup kelemahan pembangkang menyelesaikan isu kutipan sampah di Selangor.

Beliau berkata sekiranya kerajaan negeri serius ingin menyelesaikan masalah itu, mereka sepatutnya menawarkan kemudahan lori kompaktor sampah tersebut kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

"Masalah sampah bukan sahaja di Shah Alam dan Petaling Jaya tetapi di seluruh Selangor," katanya.

Semalam, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad membeli 50 buah lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta untuk diperuntukkan kepada dua PBT di Selangor sebagai langkah menyelesaikan masalah kutipan sampah di dua kawasan PBT itu. - BERNAMA

HOUSE PK: Aku ingat lagi ada satu iklan Maggi beberapa tahun dulu, dalam iklan tu, bapak budak tu pada anak yang sakint kononnya "bila mula sekolah sakit perut pun datang la ya?" Sama la macam si Khalid dan Pakatan gila ni, dah dekat PRU baru nak kasi turun, itu pun pilih-pilih plak!

Wahai rakyat Selangor bukalah mata kamu semua! Sampai bila mau kena tipu dengan Pakatan harami ni semua? Sudah-sudahlah!

INFO BERAPI! SESUATU YANG KORANG KENA TAU PASAL ISU SCORPENE NI! SEBARKAN!

Posted: 05 Jun 2012 05:00 PM PDT

Kenyataan Rasmi TLDM..

"..Berhubung dengan perolehan kapal selam Scorpene, Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak Baginda merupakan satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam Scorpene, TIDAK ADA sebarang komisen yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd. seperti yang didakwa. Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus – selaras dengan tatacara perolehan kerajaan – dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

Sebaliknya, syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

Skop kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kemudahan kediaman beserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol.

3. Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

4. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

5. Membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4 bulan (tiga kali setahun).

6. Lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

Perkhidmatan koordinasi pula melibatkan:

1. Bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set.

2. Membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.

3. Menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan.

4. Menyediakan laporan koordinasi setiap enam bulan.

Jumlah kontrak EURO 114.96 juta bukanlah merupakan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd., sebaliknya jumlah ini adalah meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung bagi perkhidmatan koordinasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat tempatan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kerana kaedah tersebut dianggap lebih sesuai dan berkesan. Ia juga bagi tujuan melicinkan kerja-kerja Tim Projek membuat pemantauan ke atas pembinaan dan latihan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.

Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan manakala perbelanjaan di luar jangka (cost over-run) dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun serta melibatkan bilangan anggota yang ramai.

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka syarikat Perimekar Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut skop kerja yang ditetapkan....."

"....Dengan penjelasan ini, maka Kementerian Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.

Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kuala Lumpur...." 27 April 2007

HOUSE PK: Ok TLDM dah keluarkan kenyataan rasmi, lepas ni sesiapa nak percaya lagi dengan drama pakatan maka korang kena pergi check otak korang ok!

SUDAH-SUDAHLAH KSN! TOKSAH LA NAK BODEK LAGI! BELAH JE LA!

Posted: 05 Jun 2012 08:17 AM PDT

Nampaknya ramai kalangan blogger yang mula menceritakan bagaimana TS KSN berusaha dengan bersungguh untuk memanjangkan lagi hayat jawatannya. Mungkin, kalau pada mata kasar rakyat terbanyak, TS KSN memang OK dan boleh dikatakan sudah melaksanakan tugas dengan baik. Tapi kalau diteliti secara menyeluruh, sejujurnyalah, memang tahap TEPU sudah melanda kepimpinan KSN dalam kerajaan.

Dalam mesyuarat-mesyuarat strategik kerajaan, TS KSN memang selalu off-tangent dan mula menceritakan mengenai isteri, anak dan benda-benda lain yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Pemikiran TS sudah tidak fokus. Terlalu blue ocean mungkin.

Sejujurnya, cukup-cukuplah memanjangkan hayat seorang yang tidak lagi fokus dan ikhlas dalam membantu kerajaan. TS hanyalah memuaskan hati beberapa pihak dan tidak melihat keperluan membantu BN dalam memenangi pilihanraya yang akan datang.

Itu belum lagi aduan kalangan pimpinan kanan kerajaan, bahawa kebanyakan idea hanyalah diberikan 'orang luar' yang tidak faham dengan pengurusan kerajaan. Idea KSN sudah terlalu 'ideal' dan tidak praktikal.

Rasanya, sudah tiba masa KSN untuk berundur dan memberikan peluang kepada mereka yang lebih ikhlas dan bersungguh.

Antara tanggungjawab KSN – dan dalam kebanyakannya hanya bercerita mengenai kisah rumah tangga dan bukannya isu sebenar pengurusan.

Sir…enough la Sir.

Read more...

GEMPAR LAGI!!! PEGAWAI KHAS MB KEDAH DISIASAT INTERPOL AMBIL DUIT HARAM ANTARABANGSA!!!

Posted: 05 Jun 2012 03:21 AM PDT

Sumber di Pejabat Menteri Besar Kedah melaporkan, salah seorang Pegawai Khas Menteri Besar bernama Roslizan bin Zakaria dengan nombor kad pengenalannya 651209-02-5303 dan seorang ahli PAS Yan bernama Mohd Tazizi sedang disiasat oleh pihak Interpol berhubung kes kemasukan dana asing dari uar bagi membiayai aktiviti politik PAS Kedah terutama untuk PRU13.
Walaupun berita ini tidak dihebahkan menerusi media-media massa, namun sumber di Pejabat Menteri Besar Kedah telah mengesahkan berita ini.
Beberapa minggu lepas, laporan tentang kehadiran agen Kerajaan Singapura ke Kedah telah dibuat oleh media-media sosial dan alternatif. Walau bagaimanapun, agen yang dimaksudkan tidak pula dipaparkan. Agen berkenaan dikatakan telah dihantar oleh PAP Singapura untuk 'memberikan nasihat' kepada kelompok PARASIT PAS Kedah terutama dalam gerak kerja menjatuhkan Azizan Abdul Razak bagi memastikan penguasaan DAP yang lebih meluas di Kedah.
Bagaimanapun, Himpunan Hijau Ke Putrajaya telah mengesahkan kehadiran agen Singapura tersebut.  
Seorang wanita yang dikenali sebagai CEROLIN HONG yang dikenalpasti sebagai agen Singapura telah hadir ke Himpunan Hijau Ke Putrajaya. CEROLIN HONG menyamar sebagai wartawan dan mencatatkan setiap butiran untuk dihantar ke Singapura. 
Justeru siasatan Interpol ke atas Roslizan Zakaria dan Mohd Tazizi dilihat mempunyai kaitan dengan CEROLIN HONG.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...