Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


STRATEGI PALING HINA - KHALID GAGAP SUDAH 'BIJAK' AMAL POLITIK GULA2..!!

Posted: 05 Jun 2012 04:26 PM PDT




Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoal tindakan kerajaan Selangor mengumumkan pemberian diskaun 20 hingga 25 peratus bayaran cukai pintu kepada semua penghuni rumah pangsa kos rendah, hanya selepas empat tahun memerintah negeri itu.
  
Beliau berkata pemberian diskaun itu jelas hanya sebagai 'gula-gula politik' pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
  
PRU dah dekat, kenapa sekarang baru terfikir nak laksanakan janji yang dibuat empat tahun lalu berbanding dengan perkara yang dijanjikan Perdana Menteri, contohnya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dilaksanakan sebaik pengumuman mengenainya dibuat," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah

Pelajar Cemerlang 2012 kawasan Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.
  
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas pengumuman Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, berhubung pemberian diskaun cukai pintu kepada pemilik kediaman flat kos rendah di negeri itu.
  
Abdul Khalid bagaimanapun berkata diskaun itu hanya layak diterima oleh pemilik yang menghuni rumah flat masing-masing dan mendaftar dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Noh turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang tidak menurunkan cukai pintu bagi semua jenis kediaman di negeri itu seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU 2008.
  
"Ini hanya beri pada rumah kos rendah sedangkan berapa sangat diskaun cukai pintu rumah kos rendah jika dibandingkan dengan kediaman lain," katanya.
  
Mengenai tindakan kerajaan negeri memperuntukkan 50 lori kompaktor sampah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Noh berkata tindakan itu dilihat sebagai cubaan untuk menutup kelemahan pembangkang menyelesaikan isu kutipan sampah di Selangor.
  
Beliau berkata sekiranya kerajaan negeri serius ingin menyelesaikan masalah itu, mereka sepatutnya menawarkan kemudahan lori kompaktor sampah tersebut kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.
  
"Masalah sampah bukan sahaja di Shah Alam dan Petaling Jaya tetapi di seluruh Selangor," katanya.
  
Semalam, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad membeli 50 buah lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta untuk diperuntukkan kepada dua PBT di Selangor sebagai langkah menyelesaikan masalah kutipan sampah di dua kawasan PBT itu.


PASIR MAS.. NIK AZIZ TIDAK NAFI BAKAL TAWAR SEMULA TOK HIM B'TANDING TIKET PAS..!!?

Posted: 05 Jun 2012 08:07 AM PDT




Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali telah mengumumkan bakal kekal bertanding di Parlimen Pasir Mas pada PRU13 kelak. Itu sudah pasti kerana Tok Him sememangnya telah sekian lama berkhidmat di kawasan Parlimen tersebut.

Tidak dinafikan ada beberapa perkara dan pendirian beliau yang kurang dipersetujui, akan tetapi soal gelaran 'katak' akibat tindakan beliau mengkritik PAS adalah tidak releven sama sekali.

Bagi pihak yang tidak ketahui, keputusan Tok Him bertanding atas tiket Parti tersebut setelah mendapat tawaran dari PAS sendiri hasil rundingan bersama pada ketika itu. Tok Him menerima keputusan tersebut setelah melihat faktor bercanggahan beberapa pandangan beliau bersama kepimpinan Pak Lah pada ketika itu.

Lebih utama, PAS pada ketika itu tidak bersama DAP menerusi kerjasama Barisan Alternatif setelah parti pimpinan Karpal Singh itu bertindak keluar dari gabungan tersebut pada tahun 2001.




Sememangnya ada pihak termasuklah pemilik blog GR ini sendiri kurang bersetuju dalam beberapa isu dan soal pendirian politik Tok Him. Namun jika dilihat faktor keseluruhan perjalanan politik beliau, ketokohan dan perjuangan Tok Him dalam memperkasa pembangunan masyarakat Islam dan bangsa Melayu tidak boleh dipertikaikan. Waimah dari mana2 parti politik mahupun NGO yang beliau ceburi beliau ceburi. Prinsip tersebut tidak sama sekali berubah.

Jikalau benar PAS ada pendirian keji terhadap perjuangan Ibrahim Ali hari ini, kenapa orang ini ditawar bertanding di Pasir Mas atas tiket PAS pada PRU12 yang lalu? Bukan Ibrahim Ali menyertai dirinya selaku Ahli PAS. Akan tetapi sekadar menerima tawaran tersebut semata2.

Ada Pemimpin dilihat menyertai lebih dari 1 parti sepanjang kerjaya politik mereka, akan tetapi prinsip perjuangan tetap tidak berubah.

Tidak dapat dinafikan budaya sebegini kurang sihat.

Akan tetapi ianya lebih telus daripada melihat Pemimpin yang kekal bersama dalam sesebuah parti, akan tetapi prinsip utama perjuangan Parti tersebut pula berbeza2 mengikut situasi agar kepentingan kuasa diutamakan.

Dipendekkan cerita seperti pendirian PAS. Yang wajib dijadikan sunnah. Yang sunnah dijadikan harus. Lebih jijik lagi, yang haram dijadikan harus pula. Fatwa Agama meresap dalam politik kotor.

Yang mana 1 lebih jujur dalam berjuang untuk rakyat? Fikir..

Mungkinkah Nik Aziz bakal menawarkan kembali Tok Him sebagaimana yang berlaku pada PRU12 yang lalu? Nothing Impossible in Politics bro..
 


ANWAR HAMPIR STROK.. SENATOR US IKHTIRAF NAJIB TOKOH REFORMIS..!!

Posted: 05 Jun 2012 05:35 AM PDT



Senator Amerika Syarikat, John McCain, berkata beliau mengadakan perjumpaan "yang mengesankan" dengan Datuk Seri Najib Razak apabila melawat Malaysia minggu lalu dan menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang "reformis yang hebat".

"Saya mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib di Malaysia - seorang reformis hebat yang meningkatkan hubungan Amerika-Malaysia," tulis McCain dalam mesej tweeternya.


Senator McCain dan Senator Joseph Lieberman melawat Malaysia pada 30 Mei atas jemputan Majlis Perniagaan Malaysia bagi menghadiri Persidangan Invest Malaysia 2012, yang dilancarkan Najib.





Semasa di sini, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Najib dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, selain berjumpa dengan pemimpin masyarakat perniagaan dan awam dan juga wakil parti pembangkang bagi membincangkan pelbagai isu.

Kedua-dua senator itu berkata, mereka tertarik dengan kemajuan Malaysia terutama dalam bidang keusahawanan dan amalan perdagangan bebas.

"Kami amat tertarik dengan keusahawanan, sistem harga bebas di sini dan proses ekonomi yang kami telah perhatikan dan kami amat bangga kerana berpeluang berada di sini," McCain memberi persidangan akhbar bersama dengan Lieberman.




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...