Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


MALAYSIAKINI TEKAD BUNUH ANWAR - TERJAH MUSA HASSAN DEDAH FITNAH ALTANTUYA..!!

Posted: 31 May 2012 11:21 PM PDT




Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memanggil pimpinan tertinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tuduhan bahawa Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Musa Hassan, beliau sendiri memberi taklimat kepada Bekas PM Pak Lah mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib.

"Saya beri taklimat kepadanya (Abdullah) saya katakan yang terlibat (ialah) Abdul Razak Baginda bersama dua anggota polis (yang telah disabitkan dengan tuduhan pembunuhan tersebut).

"Beliau (Abdullah) tanya Datuk Seri Najib ada terlibat sama? Saya kata tak ada menunjukkan dia terlibat sama," kata Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Bekas IGP itu juga berkata, adalah tidak benar dakwaan bahawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

"Orang boleh spin macam-macam kata isteri Najib pun ada masa sama (Altantuya diletupkan). Saya dapati (mereka) tak terlibat," katanya sambil menambah yang melakukannya ialah dua anggota polis terbabit.

Musa berkata, taklimat itu diberikan kepada Abdullah selepas penyiasatan polis selesai dan keputusan diambil untuk mendakwa Abdul Razak dan dua anggota polis tersebut pada awal tahun 2007.
 


DEDAH - JENAYAH SULIT ADUN DAP KG. TUNKU KAITAN BUNUH BENG HOCK..!!?

Posted: 31 May 2012 07:21 PM PDT




HAKIKAT yang ramai orang lupa, DAP hanyalah sebuah parti politik yang sama standardnya seperti mana parti politik lain yang menjadi kawan dan lawannya di negara ini.  Tujuan penubuhan ialah untuk menubuhkan kerajaan dan mempromosi agenda perjuangannya zaman berzaman.  Kalau PAS berbangga dengan perjuangan Islamnya, DAP pula mempromosikan intergriti dan ketelusan serta apa-apa ayat yang boleh dikaitkan dengan itu sebagai tujuan utama penubuhannya.

Walaupun hakikat sebenarnya mereka mahu menubuhkan kerajaan dengan orang cina sebagai ketua.

Oleh yang demikian, bukanlah suatu perkara yang mengejutkan bila salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi kawasan Kg Tunku dalam negeri Selangor, Lau Weng Sen baru-baru ini berbalas-balas laporan polis dengan salah seorang pembantunya berhubung jenayah Penyelewengan (criminal breach of trust-CBT) membabitkan sejumlah wang.

Kisahnya pada pandangan penulis, mudah saja. Malah jumlah yang terlibat pun bukan besar mana, hanya RM 5,000.  Kononnya wang ini gagal didepositkan ke dalam akaun ADUN tersebut oleh pembantunya tapi dinafikan oleh pembantu terbabit.  Apa yang susah, tunjuk sajalah rekod deposit kalau benar sudah didepositkan, apa yang nak buat laporan polis apa segala?

Sudah tentu bila ada laporan polis, menunjukkan kes ini sebenarnya serius dan ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat.  Dan seperti mana persediaan untuk tindakan undang-undang yang lebih lanjut, laporan polis perlulah dibuat.  Sebagai ADUN dari parti DAP yang dipenuhi peguam, Weng Sen tahu tentang itu.

Pendek kata laporan polis ini adalah untuk melindungi Weng Sen dari tuduhan lain yang mungkin dihamburkan kepadanya nanti.  Bukan sesekali bermaksud dia mahu bersikap telus.

Maklumat yang penulis terima menyatakan bahawa, wang RM 5,000 ini adalah sumbangan dari sebuah syarikat pembinaan bagi 'jasa' Weng San mendapatkan satu projek dalam negeri Selangor.  Sumber yang sama turut menyatakan kepada penulis bahawa jumlah yang sebenarnya adalah lebih besar lagi tapi diberi secara beransur melalui wakil Weng Sen bernama Dariff Din.

Seorang lagi pembantu Weng Sen yang terlibat dikenali sebagai Evelyn Gan, tapi wanita ini telah dipecat sejak April lepas atas tuduhan menyelewengkan wang yang sepatutnya dibayar kepada Weng Sen.

Tujuan penulis membangkitkan hal ini adalah untuk menyatakan kepada rakyat bahawa DAP tidak kebal dari penyelewengan dan salahgunakuasa.  Usahlah DAP bercakap besar dan menjaja dirinya ke sana sini sebagai parti yang bebas rasuah dan penyelewengan, kalau hal yang sebenarnya mereka juga melakukan hal sama yang sering dituduh kepada UMNO (majoriti tuduhan tidak terbuktidi Mahkamah).

Mungkin jumlah yang terlibat ini adalah kecil tapi seperti yang dinyatakan, RM 5,000 itu sepatutnya masuk ke dalam akaun Weng Sen dengan sebahagian besar yang lain masuk ke dalam tabung DAP.  Jenayah CBT ini bukan kira sekecil atau sebesar mana, jenayah tetap jenayah.  Hari ini kecillah pasal yang terlibat pun ADUN dengan pembantu sendiri, bagaimana kalau rakyat beri peluang kepada puak-puak ini untuk memerintah negara kelak? 

Sudah tentu diwaktu itu, RM 5,000 ini hanya jadi bahan gelak.

Ini sepatutnya tidak mengejutkan kerana kes kematian Teoh Beng Hock (membunuh diri), mendedahkan bagaimana amalan tidak sihat seumpama ini dilakukan DAP demi memenuhkan tabung parti tersebut.  Antaranya menyediakan sumber pembiayaan bagi projek-projek kelas F yang dikhaskan semata-mata untuk golongan Bumiputera dan kemudian melahap sebahagian besar dari keuntungan projek tersebut untuk tabung parti tersebut.

Itu setakat yang terdedah, yang didiamkan berapa banyak pula?


Artikel ini adalah sumbangan dari Beruang Biru.



KETERANGAN BUKTI HINA SULTAN JOHOR.. POLIS BAKAL SERBU NIZAR KOMUNIS..!!

Posted: 31 May 2012 04:36 PM PDT




Rakaman percakapan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin  berhubung kenyataannya mengenai pembiadaan nombor WWW 1, oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,  akan direkodkan dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan menerima 14 laporan polis terhadap Nizar berhubung isu tersebut, sehingga hari ini.

"Saya sahkan kita menerima 14 laporan polis dan pegawai DSP Senawi telah menghubungi beliau (Nizar) untuk menetapkan tarikh untuk rakamkan percakapan.

"Kita akan lakukan dalam tempoh terdekat," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Mokhtar berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Akta Hasutan.

Kelmarin, Nizar mengeluarkan permohonan maaf atas kenyataannya menerusi mesej Twitter  oleh yang mempertikaian pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 bernilai RM520,000 oleh Sultan Johor.

Dalam permohonan maaf oleh Nizar dituju kepada mereka yang berasa terluka dan kecewa berikutan mesej twitter miliknya yang dibuat Isnin lalu dan menegaskan apa yang ditulisnya itu lahir dari niat ikhlas selaku rakyat biasa dan bukan berniat memalukan mana-mana pihak.

Dalam mesej tersebut, Nizar menulis bahawa "RM520 ribu untuk plat nombor pendaftaran WWW 1. Tak akan hendak letak kat kereta Proton atau motor kut?"

"Ramai lagi rakyat yang masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang!" kata beliau.

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri itu juga menulis bahawa "RM520 ribu boleh dibelanjakan membantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin serta memerlukan bantuan untuk keperluan hidup, bina 20 rumah PPRT," katanya lagi.

Susulan itu,  Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

"Kerabat diraja Johor tidak ambil wang kerajaan. Sejak era Almarhum Sultan Ibrahim dan bertitah wang yang diperuntukkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan baginda sendiri dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

Mesej balas Tunku Ibrahim menyusul pandangan diutarakan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin semalam Laporan media menyebut nombor plat kenderaan WWW 1 berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat WWW 5 (RM220,000); Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memenangi nombor plat WWW 15 (RM24,200).


VIDEO USTAZ NASHA DIKAITKAN AMAL LGBT..!!?

Posted: 31 May 2012 10:30 AM PDT




Tonton dan dalami Ucapan Bekas Pemimpin No. 2 PAS yang berjaya ditendang puak2 Parasit Parti tersebut. Diperakui, ramai di kalangan penyokong PAS tersentap dengan ucapan beliau ini.



HADI AWANG MENGAMUK..!!? - PAS KELANTAN BUANG USTAZ NASHA SBG. CALON PRU13.

Posted: 31 May 2012 03:18 AM PDT




Perkembangan terkini mengenai pengguguran Bekas Pemimpin No. 2 PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai calon PRU13 di Kelantan benar2 mengejutkan penyokong2 beliau.

Malah Ustaz Nasha yang dihubungi beberapa media mendakwa beliau sendiri tidak diberitahu akan pengguguran tersebut dan pasrah jika benar ianya berlaku.

Dengan rasa rendah diri, beliau enggan mengulas lanjut berkaitan isu tersebut dan bagi dirinya, itu merupakan hak mutlak PAS Negeri bagi menentukan status beliau pada PRU13 kelak.

Adakah Ustaz Nasha bakal dipindahkan ke Parlimen di Negeri2 lain? Atau beliau akan terus tidak disenaraikan dalam mana2 kawasan mewakili PAS pada PRU13? Tidak terkejut jika ianya berlaku.

'SYABAS' Parasit2 PAS.

Untuk rekod, Ustaz Nasharuddin pernah memegang kerusi Parlimen Yan, Kedah setelah menang pada PRU10 pada tahun 1999.
Beliau kemudiannya tercalon di Parlimen Besut pada 2004 namun tewas ke tangan BN.

Namun beliau kembali memegang jawatan MP pada PRU12, beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan majoriti sebanyak 2,896 undi di Parlimen Bachok.

So Hadi Awang? Sampai bila drama kamu ini terus 'dilakonkan'? Bila akan berakhir Ustaz? Atau sudah jadi 'realiti' drama kamu ini?




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...