Bongkar Azmin vs BPR - Anwar yang arahkan

Pendedahan oleh Raja Petra mengenai dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri yang mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR), untuk tidak mengambil tindakan lanjut (NFA) terhadap Setiausaha Sulit beliau ketika itu, Azmin Ali berhubung siasatan kes kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Azmin dan isterinya Shamsidar adalah bukan satu pendedahan yang mengejutkan.

Malah, pendedahan ini terus mencerminkan peribadi sebenar pemimpin pembangkang ini yang telah campur tangan dalam siasatan BPR tersebut yang mana pada masa itu mempunyai bukti-bukti yang cukup untuk menahan dan mendakwa Azmin atas kesalahan rasuah kerana mempunyai harta kekayaan yang luarbiasa walaupun hanya berpendapatan sebagai penjawat awam pada 17 tahun yang lalu.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuka siasatan atas pendedahan ini kerana ini juga melibatkan integriti Pegawai Kanan Badan Pencegah Rasuah pada masa itu yang telah bertindak di luar bidang kuasa sewaktu menutup kertas siasatan itu.
"Ini jelas bertentangan dengan apa yang dilaung-laungkan oleh Anwar Ibrahim dan Azmin yang sentiasa mengecam kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan penuh dengan amalan rasuah.
 
Azmin rasuah ?
 
"Yang jelasnya, dakwaan yang didedahkan oleh Raja Petra ini wajar disiasat dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pemimpin pembangkang dan pihak-pihak yang terlibat dalam dakwaan ini", katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.
Selain itu tegas beliau lagi Puteri UMNO juga ingin melihat penjelasan yang akan diberikan oleh pemimpin-pemimpin lain dalam PKR seperi Zuraida, Nurul Izzah dan juga Srikandi PKR berhubung dengan dakwaan ini.
"Adakah mereka juga akan meminta supaya kes ini disiasat atau ada 'double standard' dalam parti pembangkang ini kerana dakwaan ini melibatkan pemimpin-pemimpin kanan dalam PKR.
"Jika benar dakwaan ini, pendedahan ini akan terus membuktikan kepincangan dan amalan rasuah yang berlaku di dalam kepimpinan tertinggi PKR yang kononnya mengamalkan kepimpinan yang telus dan bersih," ujarnya
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...