tun faisal dot com

tun faisal dot com


Sesi dialog @KhairyKJ bersama mahasiswa penuh fakta! #BNbagus

Posted: 18 Jun 2012 06:30 PM PDT





Khairy jumpa mahasiswa... dalam air con pun berpeluh...
SELASA, 19 JUN 2012 03:35 HELME HANAFI  
inShare


Program ini bukan program yang dijadualkan lebih awal, ini hanya program terkejut tergempar, apabila sekumpulan mahasiswa UiTM Shah Alam jemput Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin untuk berdialog.

Sebab program 'terkejut-tergempak' maka dipilih sebuah restoran mamak, Khulafa Bistro dekat Seksyen 7 Shah Alam sebagai lokasi 'santai bersama KJ'.

Sebuah ruang berhawa dingin disediakan, kapasitinya 120 kerusi, jadi pada Isnin malam, ia pun diadakan.

kj-uitm1

Program dijangka mula jam 8.30 malam, Khairy tiba lima minit awal, tapi mahasiswa ada yang berkumpul sejak lepas Mahgrib lagi. Sudahnya, kerusi di dalam penuh, yang lambat kena duduk di luar, dan paling menarik, dua jam Khairy kena tanya soalan demi soalan, yang kebanyakkannya bersifat 'shot to kill'.

Dengar cerita kawan-kawan 'belah sana' dari Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM) pun hadir dan 'bakar line' dengan soalan panas. Majoritinya soalan PTPTN dan Khairy jawab satu per satu, macam biasa dengan keyakinan orang politik.

Menurut Khairy, program tersebut adalah yang pertama beliau buat secara tidak rasmi dengan mahasiswa UiTM.

kj-uitm2

Ia merupakan program santai yang mana konsepnya, boleh tanya apa saja, tidak ada tapisan, dan akan dijawab secepat mungkin, supaya yang lain boleh tanya lagi.

"Program ini yang pertama, melihat kepada sambutan begini, kita akan buat lagi, kita akan buat jelajah bertemu mahasiswa," kata Khairy.

Ruangan berhawa dingin itu tidak mampu menahan 'aura' kepanasan dialog pelajar universiti dengan ketua pemuda UMNO. Bayangkan, dalam air con kami berpeluh. Berpeluh sebab sesak sangat, sampai susah nak bernafas...

Kipas tambahan terpaksa dibawa masuk khas dan paling tidak dijangka, sempat terjadi suasana kecoh berikutan mahasiswa yang geram tidak boleh masuk dan minta yang bukan mahasiswa keluar dari bilik tersebut.

Bagaimanapun, suasana tersebut sekejab sahaja, sebab masing-masing memberikan perhatian kepada apa soalan yang diajukan kepada Khairy. 

Antara yang menarik adalah ke mana RM238 bilion duit Petronas yang dibayar kepada kerajaan di era pemerintahan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2004 hingga 2008.



Khairy menjelaskan bahawa semua wang yang dibayar kepada Petronas dimasukan dalam akuan kerajaan yang disatukan dan ada rekod.

"Apa yang saya boleh jelaskan peruntukan pendidikan dalam bajet di zaman Pak Lah merupakan antara yang paling tinggi dalam sejarah," katanya yang diasak mahasiswa yang nak tahu berapa duit Petronas untuk dana pendidikan.

Menurut Khairy, beliau tidak boleh jawab secara detail sebab semua masuk dalam satu akuan induk.

"Dalam akaun induk kerajaan, duit Petronas, cukai, dividen bank, khazanah semua masuk situ.

"Jadi yang tuduh kita songlap duit Petronas itu tidak betul," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai isu yang panas di laman sosial seperti kes mahasiswa yang didakwa kerana melakukan kesalahan itu ini...

Kata Khairy, apa yang jelas bukan soal mahasiswa atau bukan, tetapi siapa yang melanggar undang-undang akan didakwa kerana tidak ada sesiapapun lebih tinggi dari undang-undang.

"Jika ketua pemuda (UMNO) salah maka saya akan didakwa juga, tidak kebal," jelasnya.

Soalan-soalan berkaitan PTPTN, Khairy jawab seperti yang kita tengok debatnya dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli baru-baru ini. Khairy menampilkan fakta-fakta yang beliau gunakan untuk berdebat dengan Rafizi dan kembangkan lagi dengan penjelasan-penjelasan baru.

Mengenai soalan mengapa tidak guna duit Petronas membiayai pendidikan percuma di Malaysia seperti yang dijanjikan PKR, kata Khairy jawapannya adalah "apakah perlu Petronas berbuat demikian...?"

"Itu tidak bertanggungjawab, saya rasa pendidikan ini merupakan pelaburan bersama antara mahasiswa dan kerajaan, masing-masing ada sumbangannya dalam bentuk kewangan.

"Jika hendak guna duit Petronas memang boleh, macam jika kita hendak buat 10 lagi lapangan terbang dan guna wang Petronas, boleh... tetapi wajarkah?" soalnya semula.

Walaupun soalan jenis 'shot to kill' dari mahasiswa, namun Khairy jawab dengan tenang dan menyakinkan.

Sampai di satu peringkat, beliau sendiri buat lawak, kata mahasiswa sekarang ini serius sangat, sebab dari puluhan soalan yang diterimanya, tidak ada satupun yang bersifat 'santai' macam tengok bola ke tidak, pasukan mana pilihan, semua soalan politik dan berat-berat.

kj-uitm3

Khairy ditemani leftenan-leftenannya seperti Pengerusi UMB Tun Faisal Ismail, ketua pemuda bahagian Shah Alam, Kapar, Sungai Besar dan Kelana Jaya.



Sebelum menutup majlis selepas dua jam bercakap hingga suara naik serak, Khairy berjanji akan datang lagi ke Shah Alam untuk sesi kedua.

Beliau nampak gembira dengan sambutan diterima, manakala mahasiswa biarpun yang 'kaki bangkang' puas hati sebab dapat berdialog dengan ahli parlimen dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia.-19/6/2012


[Video] Salahuddin tipu rakyat Johor, TBH mati bukan sebab rasuah?

Posted: 18 Jun 2012 05:22 PM PDT


1000 orang? Rakyat Johor tak minat Parti Abdi Sosialis

Air mata PAS di bumi Johor bakal 
membuktikan PAS tidak mampu menawan 
kubu kuat UMNO


TANGKAK: Hanya kira-kira 1,000 orang hadir pada Himpunan Hijau anjuran Pas di Johor malam tadi, sekali gus menandakan sambutan suram terhadap cubaan parti itu menawan negeri yang menjadi kubu kuat Umno selama ini.

Kehadiran pemimpin kanan parti termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang gagal menarik penyokong parti itu daripada seluruh negara untuk bertandang ke Johor sebagaimana yang berlaku dalam kes Kedah awal bulan ini.

PAS sebelum ini melancarkan manifesto khas untuk Johor dan mengumumkan Naib Presidennya Sallehuddin Ayob akan menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan negeri pada pilihan raya akan datang.

Manifesto itu yang mirip dengan janji Parti Keadilan Rakyat di Selangor sebelum ini, bagaimanapun rata-rata ditolak penduduk Johor yang diwawancara oleh Antarapos.




Mereka sebaliknya menzahirkan kemarahan terhadap tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin mengkritik Istana Johor baru-baru ini. Nizar adalah Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.

Dalam ucapannya malam tadi, Sallehuddin memberitahu penyokong parti itu bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor bebas daripada rasuah dan menjanjikan pentadbiran sama di Johor.

"Setakat malam ini saya pun tidak boleh cakap besar, sebab kami pun manusia..kami bukan malaikat Jibril..esok mungkin buat salah. Jadi...kenapa tidak berikan peluang kepada kami ambil alih Putrajaya dan ambil alih Nusajaya," kata beliau.

Dalam pada itu, Sallehuddin memberitahu akhbar The Star bahawa isu antara Nizar dan Istana Johor bukanlah perkara yang besar.

"Saya cakap dengan penuh ikhlas. Perkara ini bukan isu besar. Rakyat adalah matang dan boleh membuat penilaian sendiri," kata beliau.

Isu itu tercetus apabila Nizar mempersoalkan tindakan Sultan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membayar RM500,000 kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mendapatkan nombor plet kereta WWW 1.

Sultan Ibrahim menjelaskan beliau tidak mengambil walau sesen daripada kerajaan dan selama ini menderma kepada dua yayasan negeri untuk membiayai aktiviti kebajikan mereka.

Pada satu perhimpunan minggu lalu, lebih 30,000 rakyat Johor berkumpul di perkarangan Istana Pasir Pelangi untuk menzahirkan sokongan terhadap Sultan Ibrahim.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...