PISAU.NET

PISAU.NET


Pihak Polis Berjaya Tangkap Teroris Pakatan.

Posted: 22 May 2012 03:01 AM PDT


Polis Terengganu berjaya memburu dan menahan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam rusuhan semasa perhimpunan bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata tiga lelaki terbabit adalah antara empat yang diburu di negeri ini, selepas identiti yang terlibat rusuhan itu didedahkan Bukit Aman awal bulan ini.


Kesemua mereka yang berusia antara 20-an dan 40-an ditahan di rumah masing-masing iaitu dua di Marang dan seorang di Kemaman, manakala seorang lagi yang masih diburu berasal dari Dungun, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Katanya ketiga-tiga lelaki terbabit telah diserahkan kepada Bukit Aman.


Pada 9 Mei lalu, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilapor memberi tempoh tujuh hari kepada individu yang gambarnya disiarkan polis untuk menyerah diri, bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu.


Pada Sabtu lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dilapor berkata polis masih memburu 113 daripada 141 individu yang gambarnya disiarkan polis menerusi media massa. - BERNAMA


Pisau kata " ramai lagi teroris yang dicari..kalau korang kenal cepat2 report polis.."

Tok Siak Koyak Baju Bersih Tak Cium Syurga!?

Posted: 22 May 2012 01:00 AM PDT

Seorang siak di hentam hebat oleh khawarij PAS apabila menyentap baju kuning yang kotor ketika beribadat.

Tindakan Siak ini pada pendapat Pisau memang sangat tak patut,bukankah baju kuning Bersih itu melambangkan keimanan terhadap Ambiga LGBT,Baju kuning itu juga melambangkan kebebasan untuk mencederakan orang ramai. Baju kuning itu juga melambangkan hak kebebasan asasi manusia .

Yang menjadi persoalan,bukankah masjid dan surau adalah tempat untuk berpolitik,apa salahnya berbaju kuning Ambiga ketika bersolat. Korang setuju tak?


Berang dengan tindakan seorang jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di Kampung Jijan di sini didakwa bertindak menyentap baju pemuda tersebut hingga koyak.


Kejadian berlaku malam tadi ketika pemuda terbabit sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sejurus selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid Saidina Abu Bakar di sini.


"Tiba-tiba tok siak tersebut telah meluru kepada pemuda yang memakai baju Bersih dan menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak.


"Jemaah yang lain menegur beliau supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak peduli," cerita seorang saksi yang mengirim emel kepada Harakahdaily.


Menurut saksi itu lagi, kejadian semalam merupakan kemuncak kepada kemarahan siak tersebut yang sebelum ini pernah menghalau pemuda sama dari bersolat di masjid berkenaan gara-gara memakai baju Bersih itu.


Kejadian kali pertama itu didakwa berlaku pada 14 April lalu iaitu sebelum himpunan besar-besaran Duduk Bantah Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April.


Ketika itu pemuda dengan berbaju Bersih itu hadir dan bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.


Namun tidak semena-mena, siak tersebut meninggikan suara dan menghalau keluar pemuda tersebut dan tidak membenarkan beliau bersolat jemaah di masjid berkenaan.


"Ahli-ahli jemaah yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala.


"Sebelum ini, siak tersebut sangat disenangi dan disegani oleh para jemaah kerana komitmen yang ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid sangat baik, tetapi kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada beliau tergugat," kata saksi itu lagi.


Lantas saksi itu menimbulkan persoalan termasuk adakah siak tersebut menerima arahan supaya tidak membenarkan orang memakai baju Bersih bersembahyang di masjid tersebut.


Atau juga siak tersebut mendapat mendapat 'fatwa' yang menyatakan memakai baju Bersih tidak sah sembahyang di masjid.-Haprakdaily



Pisau kata "aku nobatkan dia tok siak of the year"

Abby Abadi Koyak Tiket Syurga PAS.

Posted: 21 May 2012 11:00 PM PDT

Abby Abadi sebelum ini dilaporkan naik diatas pentas PAS ,berkokok sakanlah para penyokong khawarij PAS.


Kata mereka Abby dah jadi ustazah malah ada yang kata Abby sudah mendapat hidayah dan bakal masuk syurga bila sokong PAS.


Malangnya didalam twitter Abby menafikan beliau menyertai PAS,kata kata beliau benar benar satu tamparan yang hebat buat PAS.


Bagaikan mengoyak tiket ke syurga,beberapa penyokong PAS mula menghentam Abby dengan pelbagai tohmahan hingga ada yang mengadaikan beliau ditekan agar jangan sertai PAS atau akan disekat daripada peluang berlakon lagi.


Malah ada penyokong PAS yang menyalahkan Umno didalam isu ini.Pendek kata ada penyokong PAS yang sudah menyuarakan agar boikot Abby Abadi.


Pisau kata " jangan campur sangat dengan puak khawarij tu..pengotor!"

Nik Aziz Laknatullah Dedahkan PAS Munafik!

Posted: 21 May 2012 08:00 PM PDT

Sebelum ini Pisau malas untuk komen mengenai isu terbaru muzakarah diantara PAS dan Umno.Sejak dari awal lagi Pisau tidak pernah bersetuju Umno duduk semeja dengan golongan yang sanggup mengadai agama,akidah dan bersahabat dengan syaitan.


Sebelum ini Umno dengan rendah diri menghulurkan tangan perpaduan,tetapi dengan sombongnya PAS meludah sambil menghina parti pemerintah. Baiklah,kesombongan PAS hari ini terjawap apabila PAS dilihat sudah terdesak apabila kehilangan sokongan umat Islam dan Melayu dalam jumlah yang amat besar sekali akibat selingkohannya bersama DAP.


Antara damage yang amat besar dilakukan oleh PAS apabila Mat Sabu dengan komunis pejuang kemerdekaan,Mengadai quran dan juga nama Allah,memecat Hasan Ali dan paling ketara adalah si Wali Selipar Nik Aziz dengan mulut celuparnya.


Kita semua tahu bahawa PAS tidak akan sesekali berani menyebut soal hudud mahu pun mengenai negara Islam kerana sudah pasti akan disanggah oleh suaminya si DAP. Saat begitu hampir dengan PRU13 PAS sekali lagi memalu gendang hududnya kemudian PAS bercakap mengenai muzakarah .Bukankah pelik tiba tiba PAS bercakap soal muzakarah yang mereka sendiri tolak.?


Pisau lihat,laungan muzakarah tak lebih kepada satu mainan politik murahan PAS yang kononnya punyai bargaining chip perpaduan untuk mengugut DAP sedangkan didalam perbincangan pimpinan pakatan begitu menyedari momentum sokongan terhadap BN meningkat begitu tinggi sekali hingga rating Anwar diakui merudum teruk.


Dengan harapan untuk menunjukkan PAS masih lagi punyai pendirian dengan hududnya manakala DAP dengan sanggahannya,menggunakan 1 batu untuk meraih 2 sasaran.Yang pertama PAS mahukan sokongan daripada umat Islam dan Melayu.Manakala DAP mahu mengukuhkan sokongan masyarakat cina dan bukan Islam bahawa mereka konsisten,tegas dan boleh diharap.


Muzakarah ini hanyalah satu lawak bodoh apatah lagi yang menyebutnya datang dari khawarij PAS. Selagi si tua kutuk ini hidup..anggap saja muzakarah ini hanya satu gurauan.


Anda lihat bagaimana Nik Aziz meletakkan syarat,kononnya Umno harus menurut kehendak PAS. Korang sendiri pun dah tahu bagaimana DAP memberi syarat terhadap PAS untuk menjadi tunggangan yang kesemuanya dipenuhi.Apa perlunya Umno melayan parti yang makin hancur dan ditolak majoriti rakyat.


Sebenarnya Umno tak perlu melayan khawarij dan golongan munafik ini...PAS pula tak payah buang masa..teruskan selingkohan kamu dengan DAP,kekalkan sifat jalangan kamu ..lagi lama lagi bagus...makin ramai yang nampak politik gampangan menghalalkan cara asalkan matlamat busuk korang tercapai.

Nik Abdul Aziz dalam nada sindiran menyatakan sebagai orang tua, Dr. Mahathir sepatutnya tahu bahawa setiap muzakarah perlu ada syarat.

"Tun Mahathir orang tua, dia tahu bila ada pertemuan memang ada syarat. Kita nak kahwin dua orang pun ada syarat, inikan muzakarah.

"Kita nak buka syarikat ada syarat, mana boleh muzakarah tak ada syarat," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian Pembinaan Kilang Sawit Tapis Antara Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ladang Sungai Terah Sdn. Bhd. dengan Modipalm Engineering Sdn. Bhd..

Nik Abdul Aziz turut menolak sindiran Dr. Mahathir mengenai kerjasama Pas-DAP, dengan menyatakan Pas turut meletakkan syarat untuk bekerjasama dengan parti itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Ditanya tindakan banyak pihak yang mempersoalkan keikhlasan Pas dan kemungkinan muzakarah itu hanya gimik politik, Menteri Besar Kelantan itu berkata: "Bila sebut Islam, dia mesti mempunyai unsur ikhlas, tidak ada Islam yang tidak ada ikhlas, yang tidak ikhlas itu munafik.

Beliau turut menyifatkan andaian mengatakan ada pemimpin Pas menolak muzakarah tersebut sebagai mengarut sambil menambah, pihak yang tidak mahu bermuzakarah adalah orang bukan Pas.-utusan

Korang cuba tengok ayat kat atas tu, Nik Aziz sebut bab ikhlas dan Islam,kemudian PAS cium mulot dengan DAP,siapa sebenarnya yang munafik? Haih! Sendiri ludah sendiri kena kat muka..bodoh nak mampus!

Pisau kata " sifat jalang memang begitu,dia ingat sekali kangkang semua boleh settle kah?"

PAS Besarkan Muzakarah Mahu Tutup Isu Anwar, Azmin

Posted: 21 May 2012 06:00 PM PDT


AIDCNews – 21/05/12 – PAS didakwa sengaja memperbesarkan isu muzakarah dengan UMNO kerana mahu menutup isu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang terlalu banyak, kata Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad.


Katanya sekiranya PAS ikhlas mahu bermuzakarah dengan UMNO tidak perlu mengenakan pelbagai syarat untuk mencapai tujuan tersebut.


Katanya lagi, oleh kerana Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dilanda dengan pelbagai skandal, maka PAS perlu mencari jalan keluar mereka sendiri dengan memperbesarkan isu muzakarah sebagai modal politik untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.


Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan itu berkata demikian dalam Buletin Utama, TV3 malam ini.


Pada 18 Mei lalu, Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan kepada kepimpinan PAS agar bermuzakarah dengan UMNO, namun pada keesokan harinya beliau mengenakan beberapa syarat-syarat tertentu dalam muzakarah tersebut.


Walau bagaimanapun cadangan Nik Aziz itu bercanggah dengan pendapat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan, Pas tidak sama sekali akan mengadakan muzakarah dengan UMNO.


"Sama sekali Pas tidak akan mengadakan muzakarah dengan Umno," katanya.


Dalam perkembangan lain, Hadi seperti dilaporkan The Sunday Star semalam mengekalkan keputusannya untuk tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang walaupun kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) memintanya mengkaji semula keputusan tersebut.


Hadi berkata, beliau sendiri akan mencari calon terbaik bagi menggantikan dirinya untuk bertanding di kedua-dua kerusi yang didudukinya di kawasan parlimen Marang dan juga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.


"Jika mereka tidak berpuas hati dengan calon pilihan saya, saya akan terus mencari. Saya bertanggungjawab dalam hal ini dan akan terus mencari calon yang sesuai hingga mereka melepaskan saya," kata pemimpin veteran PAS berusia 65 tahun ini.


Hadi mengharapkan parti dan rakan PR akan menghargainya memandangkan beliau telah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama 30 tahun dan empat penggal sebagai Ahli Parlimen yang disifatkannya sebagai telah terlalu lama dalam politik dan telah tiba masanya untuk beliau berundur.


"Saya penat. Sebagai presiden, saya perlu melawat ke seluruh negara. Sebagai wakil rakyat, saya perlu melawat kawasan saya.


"Saya rasa seperti mengabaikan kawasan saya kerana saya perlu berjauhan dengan Terengganu. Jadi lebih baik jika ada orang yang menggantikan saya," katanya.


Pisau kata " memang sengaja alihkan isu,PAS dah nak mampus baru pikir pasal muzakarah..melayu punya style alang alang nak bergaduh biar sampai hancur beb..takde tarik handbrake ..gedebe macam si tua kutuk Nik Aziz tuh!"

The “I” Files, Bongkar Kisah Anwar

Posted: 21 May 2012 03:00 PM PDT


AIDCNews- 21/05/12 – Sebuah buku baru yang ditulis oleh Jonathan Smith bertajuk "The "I" Files", yang membongkar cerita sebalik tabir Datuk Seri Anwar Ibrahim, mula diperkatakan di media siber hari ini.

"Ketua-ketua badan risikan CIA, MI-6, dan KGB juga mahu tahu dari mana dia (Anwar) datang dan di mana kesetiaannya itu. Dengan Umno, dengan PAS, dengan Arab Saudi?", tulis Smith dalam bahagian prologue.

Dakwanya, buku itu berkenaan Anwar Ibrahim yang ditulis berdasarkan rekod dan maklumat yang disusun selama tiga dekad oleh rangkaian perisikan Barat di Malaysia.

Buku yang terbahagi kepada empat chapter, termasuk satu bahagian prologue itu, boleh dibaca di sini.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...