BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! NFC SAMAN PUBLIC BANK !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 22 May 2012 12:00 PM PDT


National Feedlot Corporation (NFCorp),syarikat-syarikat berkaitan dengannya serta Pengerusinya hari ini memfailkan saman terhadap Public Bank Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Saman itu adalah bagi menuntut kerosakan yang dialami,yang tidak dapat di pampas dan kehancuran terhadap reputasi serta kredibiliti mereka dalam perniagaan akibat daripada tindakan bank tersebut yang telah melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).Peguamcara yang mewakilli NFCorp menegaskan,perlanggaran keselamatan oleh Public Bank Berhad telah membolehkan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli untuk mendramatikkan serta menanam rasa benci dan gambaran yang salah demi memburukkan reputasi, kredibiliti dan keupayaan NFCorp, syarikat-syarikat berkaitan dengannya serta pengerusinya dengan pihak kerajaan, orang awam dan komuniti perniagaan.

Dalam saman mereka,peguamcara yang mewakili NFCorp menyatakan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya, serta pengerusinya (pihak Plantif) telah disebarkan untuk tatapan umum dan akibat daripadanya, kehidupan pengarah-pengarah dan ahli keluarga Plantif kini terdedah kepada ancaman bahaya.Selanjutnya,peguamcara NFCorp menyatakan Public Bank Berhad adalah bertanggungjawab melindungi maklumat atas dasar undang-undang, secara kontrak dan tanggungjawab yang telah diamanahkan daripada dicetak semula, diedarkan, dihebahkan, didedahkan, disiarkan dan sebagainya, kepada mana-mana pihak, atau merekodkan bagi pihak, apa-apa maklumat atau dokumen membabitkan akaun pihak Plantif untuk disiarkan oleh mana-mana pihak ketiga.

Peguamcara NFCorp berkata,tindakan anak guamnya memulakan tindakan undang-undang adalah dengan harapan ia akan dijadikan sebagai satu peringatan kepada bank-bank dan juga institusi-institusi kewangan terhadap tanggungjawab mereka untuk melindungi maklumat rahsia pelanggan-pelanggan mereka dalam sebarang keadaan termasuklah memastikan pelanggan-pelanggan mereka tidak terdedah kepada ancaman bahaya.


Seksyen 97 BAFIA menyatakan,"Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun mendedahkan kepada mana-mana orang lain."

(NEWS RELEASE prepared and issued on behalf of National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) by public relations consulting firm – GRA Communications Sdn Bhd.) - MyNewsHub

HOT NEWS !!! KRITIKAN TERBARU ZED ZAIDI TERHADAP AARON AZIZ !!! JAWAPAN SEBENAR AARON AZIZ !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 22 May 2012 08:30 AM PDT


Selepas kejayaannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011kehidupan Aaron Aziz dilihat semakin murah rezeki dan tidak kurang juga,dilanda kontroversi.Apabila Zed Zaidi mendakwa industri lakonan terutamanya telah dimonopoli oleh pelakon bukan dari Malaysia,sekaligus meminta aktor "Ombak Rindu" ini menunjukkan permit kerjanya,Aaron mengambil langkah berdiam diri dan enggan ambil peduli tentang hal tersebut.Ini kerana Beliau sedang sibuk dengan penggambaran drama "Adam Dan Hawa" serta kini berada di tanah suci Mekah bersama keluarganya untuk mengerjakan umrah.

"Saya tidak tahu bagaimana isu ini boleh timbul.Saya hanya tahu tentang perkara ini selepas rakan-rakan saya memberitahu.Jadi biarkan sahaja sekiranya dia ingin menghantar FINAS atau mana-mana badan kerajaan untuk membuat pemeriksaan.Saya akan sentiasa berada di sini.Zaidi tidak sedar bahawa 'cabaran'nya itu menghina badan kerajaan seolah-olah mereka tidak melakukan tugas mereka dengan elok," ujar aktor kelahiran Singapura ini ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain,Aaron baru sahaja diangkat sebagai jurucakap atau duta kepada makanan ringan jenama Yourgurt walaupun pada mulanya kurang menggemari yogurt.

"Saya tidak suka makan yogurt sebenarnya. Ianya masam. Namun selepas saya berkesempatan merasanya selepas pihak Yourgurt menghubungi saya, ia adalah satu peluang yang baik."

Tambahnya lagi, "Apa yang penting adalah isteri saya menggemari yogurt dan makanan ini adalah bagus untuk anak-anak saya."

Selain daripada "Adam Dan Hawa",Aaron bakal muncul dengan filem "KL Gangster 2", "Dampak" dan juga "Cicakman 3".Malah Aaron juga telah ditawarkan menjadi pengacara program televisyen "Fear Factor Asia". - Cinema Online

KISAH BENAR !!! THE 'I' FILES MEMBONGKAR SIAPA SEBENARNYA MANUSIA BERNAMA ANWAR IBRAHIM !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 22 May 2012 05:02 AM PDT


Sebuah buku baru yang ditulis oleh Jonathan Smith bertajuk The "I" Files,yang membongkar cerita sebalik tabir Anwar Ibrahim,mula diperkatakan di media siber hari ini.

"Ketua-ketua badan risikan CIA,MI-6, dan KGB juga mahu tahu dari mana dia (Anwar) datang dan di mana kesetiaannya itu.Dengan Umno,dengan PAS,dengan Arab Saudi?", tulis Smith dalam bahagian prologue.

Dakwanya,buku itu berkenaan Anwar Ibrahim yang ditulis berdasarkan rekod dan maklumat yang disusun selama tiga dekad oleh rangkaian perisikan Barat di Malaysia.Buku yang terbahagi kepada empat chapter,termasuk satu bahagian prologue itu

ANDA NAK LIHAT EMPAT CHAPTER TERSEBUT ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Tidak dapat di pastikan siapa Jonathan Smith dan Juga tidak dapat dipastikan juga sama ada itu adalah nama sebenar.Motif beliau menulis kisah Anwar juga samar.Setahu Saya,"John Smith" adalah nama samaran yang sering digunakan oleh orang Amerika atau British apabila mereka enggan mendedahkan identiti sebenar.Namun,siapa penulis tidak penting,yang penting ialah apa yang diperkatakannya sama ada benar atau penipuan.Setakat bab 1 – hingga 4,kebanyakan yang didedahkan oleh Smith adalah rahsia umum atau sekurang-kurangnya bagi kalangan pengikut politik veteran.Namun,ada juga beberapa kisah yang agak sulit dan tidak pernah lagi diketahui umum.Jonathan Smith mengaku bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan Anwar bagi 'Ketuanya.'Bagi sesiapa yang jarang menonton atau membaca novel perisikan,mungkin tidak dapat menghayati tulisan beliau dengan baik atau tidak dapat memahami tugasan beliau.

Penulisan beliau berbentuk penceritaan pengumpulan maklumat risikan sambil beberapa kali menyentuh sepintas lalu peranan-peranan agensi dan agen-agen risikan seluruh dunia termasuk KGB,MI6,CIA dan yang sewaktu dengan mereka.Kisah dimulakan dengan karakter golongan 'expatriates' di Malaysia dan bagaimana mereka bertukar-tukar maklumat negara ini untuk kepentingan perdagangan, perniagaan dan politik masing-masing.Dari karakter-karakter itu Smith secara perlahan-lahan mula memfokuskan kepada dirinya dan bagaimana "Anwar Ibrahim" menjadi subjek pemantauan dan kajiannya pada tahun 1981.
Smith jelas mempunyai pengetahuan yang amat mendalam mengenai politik dan pemikiran rakyat Malaysia sehinggakan kadangkala terasa seolah-olah beliau adalah sebenarnya rakyat negara ini dan berbangsa Melayu.Tidak tahu sama ada ini adalah hasil dari pengalaman beliau atau kerana beliau benar-benar seorang perisik yang hebat atau kerana beliau sememangnya bukan orang yang digambarkannya melalui penulisannya.Namun,jelas dari segi cara penulisan,beliau bukan orang tempatan dan bukan dari negara ini walaupun pengetahuannya mengenai rakyat dan negara ini menjangkaui rakyat negara ini sendiri.

Apa yang pasti,Smith telah pun membuat kesimpulan siapa Anwar iaitu manusia tanpa wajah,lama sebelum Malaysia atau pun Tun Dr. Mahathir mengenali beliau.Smith telah terlebih dahulu membaca kesilapan Tun Dr. Mahathir sejurus selepas mendapat ura-ura bahawa Anwar akan dibawa masuk ke dalam UMNO.Menurut Smith,Anwar boleh menjadi sesiapa saja mengikut arus,mengikut persekitaran dan mengikut suka hatinya.Pada satu masa,Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam 'sempurna' ala Iran,berkiblatkan Saudi,berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran.Kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam.Sehinggakan,kata Smith,Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi 'mimpi' Anwar pada waktu itu !!!
Tetapi pada satu masa lain pula,Anwar adalah orang UMNO dan pengikut tulen Tun Dr. Mahathir dari hujung rambut ke hujung kaki dan dari segala segi kecuali satu iaitu di hati sanubarinya.

Di mana Tun Dr. Mahathir melihat Melayu perlukan perlindungan,Anwar melihat Melayu Islam perlu 'disempurnakan'.Jika Tun Dr. Mahathir adalah Melayu ultra,Anwar Yang Kononnya berpegang kepada Ketuanan Melayu dengan sebenar-benarnya !!! Bagaimanapun,seperti yang kita semua sedia maklum,itu adalah kisah lama.Namun,ia tetap wajar 'dikhatam' semula kerana ia mampu memberi pengajaran baru.Apa yang lebih menarik adalah cara penceritaan mengenai kisah lama ini yang disampaikan dari sudut yang belum pernah kita dengar serta dari kaca mata orang luar.

RENUNG-RENUNGKAN

#BERSIH3.0 !!! 3 PEMIMPIN PKR TIDAK MENGAKU BERSALAH ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 22 May 2012 01:30 AM PDT


Tiga pemimpin PKR didakwa di Mahkamah Sesyen,hari ini terhadap tuduhan menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0, pada 28 April lalu.Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin masing-masing mengaku tidak bersalah di luar kandang tertuduh di hadapan hakim Mahmud Abdullah.Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan mengingkari perintah mahkamah majistret dan menghasut penyokong demontrasi membuka sekatan besi halangan.

Anwar,Azmin dan Badrul didakwa secara berasingan telah menyertai suatu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang dibuat oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April 2012.Zaki Asyraf adalah seorang penjawat awam yang mengeluarkan perintah melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah disempadani Jalan Sultan Hishamuddin,Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan diduduki Kelab Diraja Selangor serta orang awam diberi amaran agar tidak hadir,berada atau mengambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April hingga 1 Mei 2012.Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh mereka di sepanjang Jalan Tun Perak,antara 2.30 dan 3 petang,28 April lalu.



Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736)yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.Mahkamah membebaskan kesemua mereka dengan ikat jamin RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin.Anwar,Azmin dan Badrul didakwa secara bersama- sama dengan penyokong demonstrasi melebihi 5 orang yang masih bebas telah bersubahat dengan Tangam Raju,Rajesh Kumar Gejinder, dan Farhan Ibrahim @ Alias untuk mengingkari perintah yang dibuat Zaki Asyraf Zubir.

Perintah itu ialah melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka (iaitu semua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja, dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor di bawah hak milik tanah) dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April hingga 1 Me lalu.Ini kerana keingkaran mereka bertiga dan penyokong bersih 3.0 mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempar di kawasan tersebut dan kamu pada hari dan tempat yang sama telah bersubahat dengan menghasut supaya ketiga-tiga mereka yang disebut di atas membuka sekatan beri halangan.Kesalahan tersebut dilakukan oleh kesemua mereka pada jam 3 petang,tarikh dan tempat yang sama.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan 34 Kanun Keseksaan.Bagi pertuduhan itu,mereka dibebaskan dengan bon peribadi RM500 tanpa jaminan wang tunai.Mahkamah juga menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yaakob,manakala peguam Karpal Singh Deo,Sivarasa mewakili Anwar,Azmin dan Bahrul Hisham. - SH

TU DIA !!!

LAKONAN TERBAIK !!!

DAH ARAH KATA TAK BERSALAH !!!

RENUNG-RENUNGKAN !!!

KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! @NAJIBRAZAK PILIHAN UTAMA RAKYAT MALAYSIA - TUNKU AZIZ !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 21 May 2012 10:00 PM PDT


Bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz yang secara terbuka menyokong program transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib seperti yang disiarkan oleh kebanyakkan media massa nyata mengundang perasaan kurang selesa dari kem pakatan Haram.Menurut Tunku Aziz, "apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang ini adalah betul dan tepat,kita perlu memberikan sokongan kepadanya".Satu kenyataan yang ringkas dan padat namun ianya pedas untuk diterima oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Haram.Sebelum ini,Tunku Aziz juga pernah mencetuskan kemarahan ramai pemimpin Pakatan Haram terutama dari DAP apabila mengecam perhimpunan Bersih 3.0 yang disifatkannya sebagai tindakan yang sengaja mahu mencabar undang-undang dan sukar untuk berlangsung dengan aman.Tidak sedikit respon negatif diterima dari kalangan penyokong tegar Pakatan Haram yang mengganyang kenyataan Tunku Aziz itu.Rata-ratanya menyifatkan Tunku Aziz sebagai pengkhianat dan tidak berpendirian teguh.

respon negatif Pakatan Haram tidak sukar Di mengertikan kerana hampir kebanyakkan penyokong Pakatan Haram memahami peranan sebagai pembangkang hanyalah dalam konteks sentiasa bangkang apa saja tanpa mengira baik atau buruk sesuatu perkara.Namun telahan Tunku Aziz terbukti betul apabila di saat-saat akhir perhimpunan Bersih 3.0 telah berlaku perlanggaran undang-undang setelah peserta-peserta di barisan depan yang diketuai oleh Unit Amal PAS dan beberapa kelompok lain terlibat secara langsung menceroboh masuk ke Dataran Merdeka sehingga memaksa FRU bertindakbalas menyuraikan mereka.Dalam hal sokongan Tunku Aziz menyanjung agenda transformasi yang diterajui oleh Najib sebenarnya menunjukkan kematangannya sebagai Pakatan Haram yang rasional dan bukannya dari jenis bangkang dari longkang.Perbezaan nyata seorang yang rasional dan berakal berbanding dengan golongan bangkang dari longkang.Sokongan beliau adalah satu pengiktirafan atas usaha penat lelah PM menerajui kerajaan dan ia tentu saja memberi makna besar kepada kerajaan BN.

Dari satu sudut,kenyataan Tunku Aziz juga merupakan satu manifestasi betapa urus tadbir kerajaan BN sudah berada di landasan yang betul untuk memacu pembangunan dan kemajuan negara selain tanda aras penting yang membuktikan kemampuan Najib sebagai pemimpin negara.Jika kita fahami secara tersirat kenyataan Tunku Aziz,mungkin bertepatan kalau kita tafsirkannya sebagai pengiktirafan rasmi dari beliau terhadap kemampuan Datuk Seri Najib untuk terus memimpin negara selain menepati kriteria sebagai pilihan utama rakyat berbanding pemimpin politik berjiwa retorik seperti Anwar Ibrahim.

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! MUZAKARAH PAS DAN UMNO HANYA DRAMA FIKSYEN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 21 May 2012 07:00 PM PDT


Isu muzakarah PAS dengan UMNO bukannya isu baru,sudah kerap kali timbul dan sudah acap kali ia senyap begitu saja.Panas dipermulaan kemudian sejuk berpanjangan saling tak ubah seperti hangat-hangat tahi ayam.Acap kalinya isu muzakarah sering menjadi senjata terakhir PAS bilamana berdepan dengan gelombang kebangkitan umat Islam yang saban waktu semakin jelik dan meluat dengan tingkah laku PAS.kerapkali juga apabila UMNO menyahut salam perdamaian dari PAS,watak hipokrasi dan munafik Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat akan muncul dengan pelbagai syarat.motifnya satu,supaya isu muzakarah yang sudah disambut oleh UMNO akan padam begitu saja.

Walhal jika benar ikhlas untuk membicarakan masalah umat dan bermuzakarah mencari titik temu yang tersembunyi disebalik ketegangan sesama kita, apa perlunya menetapkan syarat itu ini ??? Sepatutnya cukuplah sekadar memiliki keikhlasan hati dan fikiran.Sedangkan semasa PAS kelihatan begitu taat mengiku kehendak DAP dan PKR sepanjang kerjasama mereka dalam pakatan Haram,tidak kedengaran satu pun syarat yang menetapkan kedua-dua rakan sekatil itu mengikut telunjuk dan kehendak PAS.Ironi sekali bila kita fikirkannya.

UMNO sejak dulu hingga kini sentiasa terbuka sebagaimana terbukti selepas pilihanraya umum 2008, tanpa soal jawab UMNO pernah menerima ajakan Presiden PAS yang menganjurkan kerajaan perpaduan malah pimpinan UMNO tidak lokek untuk menyerahkan jawatan MB dan exco Perak & Selangor kepada PAS sekalipun dari segi jumlah kerusi sepatutnya ia milik UMNO.

Namun apa yang terjadi kemudiannya selepas kata putus hampir dicapai ??? Nik Aziz campurtangan memusing cerita dan membantah penyatuan kerjasama tersebut hinggalah akhirnya UMNO pula yang dipersalahkan konon sengaja mahu memecahkan kerjasaman PAS dengan DAP dan PKR.Episod muzakarah terbaru yang masih hangat diperkatakan kini,tidak mustahil bakal mengulangi adegan sama atau setidak-tidaknya sekadar satu drama fiksyen untuk menggertak rakan-rakan sekatil PAS dalam pakatan pembangkang supaya memberi lebih perhatian terhadap kehadiran PAS dalam pakatan tersebut.nampak jelas tatkala PAS melihat rakyat khususnya umat Melayu Islam semakin menyedari PAS telah hanyut dalam dakapan DAP dan PKR hingga menggadai kesucian Islam dan prinsip Islamik yang selama ini gah digembur-gemburkan, tidak semena-mena tika itulah PAS akan mencetuskan idea muzakarah dengan UMNO.Segalanya dilakukan oleh PAS atas prioriti kepentingan politik kepartian dan bukannya semata-mata untuk kesejahteraan serta perpaduan ummah

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! FASHA SANDHA MENJAWAB BERKENAAN ISU 'BUNTING PELAMIN' !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 21 May 2012 03:53 PM PDT


Pelakon Fasha Sandha melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila berita kegembiraan kehamilannya dipertikaikan beberapa pihak termasuk mendakwa dia telah "projek" di luar negara sebelum ini.

Fasha,28,yang mengesahkan dia 'bunting pelamin' baru-baru ini memberitahu,dia dan suami,Rizal Ashram Ramli tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah ke atasnya.

"Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu.Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu?Cubalah fikir cara logik.Pernikahan bukan boleh dibuat main-main.Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan.Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu," katanya tegas. - My News Hub

INI LAH MANUSIA !!!

MEREKA CEMBURU KOT BERKENAAN PERKAHWINAN ANTARA FASHA DAN JEJAI !!!

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...