Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Anwar Kata Dia Punya Lagi Besar Pada DS Najib!!

Posted: 22 May 2012 08:39 AM PDT

Aku punya besar ni.
NAIK kembung perut penulis ketawa membaca gesaan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang mencabar Perdana Menteri hadir ke Mahkamah Perancis untuk menjawab isu berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene hampir 10 tahun lepas.

Memetik kata-kata Anwar dalam satu ceramah di Dataran Rakyat, Pekan Tanjong Piandang di Parit Buntar, Perak Jumaat llepas ""Mudah saja, hadir dan berikan keterangan sebagai saksi. Ini bukan perkara sukar untuk dilakukan kecuali adanya sesuatu kebatilan yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat negara ini".

Penulis minat nak soal Anwar semula.

Pertama, dah keluar ke sapina Mahkamah di Perancis yang mengkehendaki Najib hadir ke negara tersebut untuk memberi keterangan? Setahu penulis, tidak ada apa yang berjalan sekarang melainkan propaganda mengenainya yang setakat memetik sumber dari NGO pro Pakatan haram – SUARAM (RAM juga dihujungnya – haram).

Kedua, Anwar siapa nak gesa-gesa Perdana Menteri untuk hadir ke mahkamah di Perancis bila tidak ada keperluan untuk beliau hadir di sana? Eh, Anwar lupakah, yang dia nak menghadap kes liwat di Mahkamah dalam negara ini pun, bertahun-tahun ambil masa untuk selesaikan dek banyaknya penangguhan.

Boleh pulak senang hati dia 'mengarahkan' Najib datang ke Perancis untuk beri keterangan atas kes yang belum dijalankan. Tidakah kelakarnya tu?

Bagi penulis yang memang biasa meneliti perkembangan dalam media pro pembangkang ini (termasuk yang memetik kenyataan SUARAM berhubung soal pembelian Scorpene), sukalah penulis nak sebutkan disini bahawa setakat ini tidak ada apa perkembangan pun mengenai tuduhan konon ada salah laku berhubung pembelian Scorpene.

Setakat yang ada ialah kenyataan peguam yang dilantik SUARAM dan salah seorang dari 3 hakim yang 'menyiasat' kes ini. Perbicaraan yang sebenarnya belum berjalan pun, silap-silap tak akan berjalan pun sebab bukti yang diperolehi pendakwa Perancis tidak menjumpai sebarang bukti salah laku.

Sebab itu SUARAM (sebut Pakatan haram) lantik peguam untuk menyiasat.

Ini belum disebutkan lagi 'penemuan' kelakar oleh peguam yang dilantik SUARAM, kononnya Najib terima komisen USD 1 billion (RM 3.8 billion mengikut tukaran tahun 2003) untuk 2 buah kapal selam yang berharga Euro 1.4 billion (RM 3.6 billion) – komisen lebih mahal dari harga kapal selam.

Dan Anwar bergantung sepenuhnya kepada 'penemuan' SUARAM ini untuk meneruskan fitnahnya terhadap kredebiliti Najib dan kerajaan dalam isu Scorpene ini, walaupun berbuih jawapan telah diberikan, termasuk di Parlimen.

Justeru, penulis nak menasihatkan Anwar, berhentilah buat kerja bodoh ni sebab orang dah tak minat nak dengar air liur kau lagi dah. Oh ya, sebelum penulis terlupa, dalam ceramah itu Anwar mendakwa 10,000 orang hadir, tengok sendirilah gambar di bawah, ada 10,000 ke tidak.



McTheory:
Makin mangkuk Anwar ni.. sumber asal SINI

TUDIAA!! Selamber Video BETINA ni maki POLIS Sebagai Anjing!!

Posted: 22 May 2012 05:56 AM PDT



Wanita di dalam klip video ini sebenarnya sedang BERBOHONG untuk mendapatkan simpati dan bagi membenarkan perlakuan menyalahi undang-undang yang telah dilakukan oleh para peserta BERSIH 3.0 yang melakukan rusuhan pada 28 April lalu. Dalam ceramahnya di Langkawi, POZIYAH HAMZAH atau lebih dikenali sebagai KAK ZI, Ketua Wanita PKR Cabang Kangar, Perlis menceritakan bagaimana anggota polis telah memijak dan menzalimi para peserta BERSIH 3.0.

Bagi kami, warga kedahan69ers.com yang turut berada di Kuala Lumpur pada tengah malam 28 April sehinggalah menjelang maghrib hari yang sama, apa yang diceritakan oleh Poziyah sebenarnya tidak lebih daripada satu pembohongan dan pendustaan nyata.

Serangan yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dan penghinaan terhadap anggota-anggota polis, sebenarnya bukanlah bermula pada BERSIH 3.0 sahaja. Lebih awal dari itu, para pemimpin Pakatan Rakyat seringkali menghasut rakyat agar menentang anggota-anggota polis. Mereka sangat cepat memberikan reaksi dan respons apabila terdapat kes-kes membabitkan orang awam yang melibatkan PDRM, tetapi apabila ada anggota PDRM yang tercedera atau terbunuh ketika bertugas, masing-masing menekup telinga dan buat-buat seperti orang tuli.

Yang dipertikaikan adalah kononnya polis melanggar undang-undang. Bagaimana dengan para peserta dan penganjur BERSIH 3.0 yang dengan bangganya melanggar semua arahan termasuklah perintah Mahkamah Majistret? Adakah Poziyah Hamzah ingin menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang menyokong dan terlibat dengan BERSIH 3.0 bebas serta kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang? Adakah mereka berasakan yang mereka cukup istimewa serta mempunyai tempat yang sangat tinggi mengatasi undang-undang?

Saksikan video yang disiarkan ini dan anda dapat melihat sendiri bagaimana orang yang cukup bangga kerana 'membiayai anggota-anggota polis' walaupun besar kemungkinan orang yang sama juga agak culas membayar cukai pendapatan, dengan nada selamba melabelkan SETIAP ANGGOTA POLIS SEBAGAI ANJING!

Semuanya semata-mata kerana polis menjaga keamanan negara dan mematahkan sebarang cubaan menghuru-harakan negara ini.

BERIKUT ADALAH BUTIRAN WANITA DI DALAM VIDEO INI:

NAMA: POZIYAH BT HAMZAH (KAK ZI)

JAWATAN: kETUA WANITA PKR, CABANG KANGAR, PERLIS

ALAMAT: NO.435, KAMPUNG SENTANG, HUTANG AJI, 01000, KANGAR, PERLIS.

NO. TELEFON: 012-4539195



McTheory:
Sumber asal dari SINI

PANASS!! Apa maksud sebenar #BeeAntBlues ? Lebah dan Semut?

Posted: 22 May 2012 12:09 AM PDT






Jika pembaca diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, manakah yang akan anda pilih? Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.

Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya.

Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.


Apakah pilihan pembaca semua?

Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurang an tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.

Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. Namun, jika disuruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada Keris, Keris akan menilai sebagaimana berikut:


Semut

Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. 

Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.

Labah-labah

Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.


Lebah

Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an disebut, marhumnya, "Atas perintah TUHAN ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal." [An-Nahl,16: 68]. Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat. Ini dibuktikan dalam salah satu rancangan yang memaparkan kisah-kisah pelik tetapi benar terbitan Amerika Syarikat.

Keris pilih lebah. Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. Tidak pernah kita lihat indung lebah ada yang besar ada yang kecil. Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya.

Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu. Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas.

Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.

"Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya." Itulah lebah. Namun begitu semut juga rajin dan saling bereganding bahu. Maka Pemuda UMNO Malaysia juga memilih Lebah dan Semut






BEE ANT BLUES adalah satu inisiatif PEMUDA BN untuk mencipta jenama mereka sendiri dalam bidang pengurusan acara (event management). Ini untuk membuka peluang kepada anak muda yang berbakat, inovatif dan berwawasan merebut peluang untuk sama-sama menjayakannya.

KARNIVAL BEE ANT BLUES akan berlangsung untuk pertama kalinya pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23-27 Mei ini. Pelbagai acara menarik telah dirancang pada karnival tersebut, melibatkan aktiviti kesenian, hiburan, motivasi dan kerohanian.

Segmen yang dinamakan BEE ANT BLUES PORT merupakan tempat berhimpun, lepak dan santai anak-anak muda yang rajin bekerja, mempunyai semangat berpasukan dengan gerak-kerja tersusun, penuh semangat patriotisme dan taat kepada pemimpin.

Pemilihan BEE (lebah) & ANT (semut) merupakan perlambangan bagi sifat rajin, kerja berpasukan yang tersusun dan patuh kepada arahan ketua.



McTheory:
Sumber dari Keris7Lok si mamak skema.. he he..

PANASS!! Lagi Kisah menarik Mengenai Wardina!!

Posted: 21 May 2012 08:12 PM PDT



Saya nak tegaskan, apa yang ditulis di blog-blog mengatakan saya akan masuk parti politik lah, giat aktif dengan parti itu parti ini, itu semua adalah tidak benar sama sekali! Macam manalah mereka boleh tahu, sedangkan saya sendiri tidak tahu mengenai perkara ini. Suami saya pun tidak tahu yang saya nak ceburi politik. Mengarutlah!",

Begitulah kata selebriti Safiyyah Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, 33, dengan nada tegas ketika dihubungi baru-baru ni.

Personaliti TV3 ni diminta mengulas sejauh mana kebenaran mengenai spekulasi dia bakal bertanding mewakili sebuah parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, tidak lama lagi.

Sejak setahun lalu, bekas pengacara rancangan Malaysia Hari Ini itu sering melibatkan diri dengan program-program berbentuk politik di samping turut agresif memberikan pandangan dan komen mengenai topik dan perkara yang berkaitan dunia politik tanah air menerusi di laman sosial Facebook dan Twitter.

Malah, ekoran satu balasan mesej Twitter kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sikit masa dulu, blog Siasah Daily pernah menulis Wardina kononnya akan bertanding di kerusi Lembah Pantai menentang menteri wanita tersebut.

Terbaru, sekitar April lalu nama Wardina sekali lagi di sebut-sebut, sebagai calon PKR untuk PRU 13 dan bakal bertanding mewakili DUN Kota Damansara.

Bertanyakan hal berkenaan, ini sambungan penjelasan ibu kepada tiga cahaya mata ni,

"Saya ingin tegaskan sekali lagi, segala apa yang ditulis di dalam blog-blog itu tidak betul. Saya tak ada masa pun nak jadi ahli politik. Saya tak minat. Tak pernah terfikir dan bercita-cita pun. Dan saya tidak akan menjejakkan kaki dalam kancah itu",

Sebab lagipun saya sedih melihat senario politik negara kita hari ini sangat mengecewakan. Bangsa kita bergaduh sesama sendiri, mencaci dan menghina seperti tiada adab. sangat menyedihkan. Saya rasa saya tidak berkepentingan untuk menceburi mana-mana parti politik. Saya tak mendaftar dengan mana-mana parti pun, ujarnya dengan panjang lebar.

Bagaimanapun Wardinah tidak menafikan dia kini bergiat aktif menjayakan kegiatan yang dijalankan oleh beberapa NGO dengan memberi ceramah serta berkongsi pandangan bersama pelajar-pelajar institut pengajian tinggi juga di luar negara.

Serta secara tidak langsung dia juga sering bekerjasama dengan parti-parti politik.

"Saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik. Saya akui saya banyak kenalan dari kalangan mereka yang giat aktif dalam parti misalnya orang-orang PAS. Saya juga banyak kenal orang-orang PKR. Tapi tidak bermakna saya perlu menceburi bidang politik.

Dalam perkembangan lain, Wardina baru saja pulang dari United Kingdom menjayakan program anjuran persatuan mahasiswa gabungan kelab UMNO dan IKRAM di sana.- MD

GEMPAR!! Tsunami Gelombang Merah Bakal Melanda Kedah Khamis ini?? #saveKedah

Posted: 21 May 2012 05:12 PM PDT



~~~ KEMPEN GELOMBANG MERAH ~~~

Hari = Khamis
Tarikh = 24 Mei 2012

Diminta kepada semua rakyat Kedah untuk mengerakkan kempen ini diperingkat akar umbi agar memakai pakaian 'BEWARNA MERAH' pada hari tersebut......

tujuan untuk menyemarakkan semangat ahli-ahli kearah mencapai MISI TAWAN KEDAH PRU13.....

Mengubah nasib negeri Kedah yang tak tentu hala sekarang ni.

Mengelakkan negeri Kedah terjerumus ke kancah 'bankrup' akibat masalah kewangan dari kerajaan negeri.

Oleh itu kita perlu berubah dan bersatu!!

Pada penyokong UMNO/BN pastikan memakai baju atau apa saja yang berwarna merah. Kita merahkan Kedah pada hari tersebut.

sama-sama kita bersemangat berpakaian merah...


McTheory:
jayakan kempen ini bersama-sama.. TOLONGLAH BANGKIT KEDAH!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...