PISAU.NET

PISAU.NET


Guan Eng Melutut Mohon Ampun & Maaf Terhadap Umno!

Posted: 18 May 2012 11:15 AM PDT



Mahkamah Tinggi, yang mendengar perbicaraan kes saman malu difailkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng, hari ini diberitahu bahawa Lim mengeluarkan kenyataan palsu demi menganiaya dan memburukkan imej Umno.

Datuk Zainal Abidin Osman, 52, dalam pernyataan saksinya berkata artikel yang disiarkan di 'Keadilan Daily' pada 3 Julai dan 'Suara Keadilan' pada 5 Julai tahun lepas juga untuk menunjukkan Umno adalah sebuah parti yang tidak beretika dan berprinsip kerana menyokong perbuatan yang mampu menyemarakkan keganasan.

Katanya di dalam artikel itu Lim membuat kenyataan bahawa Umno terlibat di dalam penganjuran demonstrasi di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai tahun lalu dan nama Zainal Abidin turut ditulis di dalam artikel itu. Zainal Abidin, yang dinamakan sebagai plantif bagi pihak Umno Pulau Pinang, menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa Umno tidak akan terlibat dalam demonstrasi yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Mengenai kenyataan Lim bahawa beliau turut hadir di dalam perhimpunan itu, Zainal Abidin berkata: "Jika benar perarakan itu dijana oleh Umno, sudah tentu saya sebagai Pengerusi Umno Pulau Pinang akan berada di barisan hadapan."

kaki fitnah,pembohong & pembelit

Zainal Abidin turut memberitahu bahawa ahli-ahli Umno bebas dan tidak dihalang menyertai mana-mana organisasi atau persatuan seperti Persatuan Penjaja, Persatuan Seni Silat Gayung dan lain-lain. Oleh yang demikian, katanya mana-mana ahli Umno di dalam perarakan di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu tidak boleh menjadi kayu pengukur penglibatan Umno.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Jagdeep Singh Deo yang mewakili Lim, adakah di dalam artikel dalam 'Suara Keadilan' itu mengandungi perkataan 'menganjurkan', Zainal Abidin berkata "Tiada.

Perkataan yang ada adalah 'penglibatan'. Zainal Abidin menegaskan bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian dan tidak mengetahui berapa ramai ahli Umno yang terlibat dalam demonstrasi. Katanya kehadiran Senator Mohamad Ezam Mohd dalam demonstrasi itu tidak diketahuinya dan ia juga tidak melibatkan Umno kerana Mohamad Ezam hadir sebagai ahli badan bukan kerajaan (NGO).

Ditanya Jagdeep Singh adakah tindakan Mohamad Ezam berdemonstrasi membawa maksud Umno terlibat, Zainal Abidin berkata: "Jika Mohamad Ezam daripada Pulau Pinang, ya (terlibat) tetapi dia bukan, dia orang luar. Saya tidak tahu kenapa dia datang. Dia berada di situ kerana dia NGO."

Zainal Abidin memfailkan saman itu pada 24 Oktober 2011, dengan menamakan Lim, yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik 'Keadilan Daily' dan akhbar 'Suara Keadilan', Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan 'Keadilan Daily' dan 'Suara Keadilan', dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan. Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah bersambung Isnin ini. - Bernama

Pisau kata " korang jangan lupa dia tuduh & fitnah Umno pi bakar ibu pejabat DAP ,haram jadah guan eng ni sengaja hasut kaum cina...walhal yang pi bakar pejabat tu bangsa dia sendiri"

DAP's Project To Lure Malays Failed, Will Fall In 13th GE

Posted: 18 May 2012 01:00 AM PDT


The surprising decision that came from DAP's Vice President, Tunku Aziz Tunku Ibrahim in leaving the party was a very harsh blow but the incident was proved the party is truly racist and only focuses on Chinese Chauvinism.


Three years ago, DAP thought that their success in getting Tunku Aziz to join the party as their biggest success. He was then given a huge position in the party.
Three years later, Tunku Aziz's decision in quitting became their biggest nightmare yet.


The former Chairman of Transparency International Malaysia left DAP when he realized that the party do not fight for the 'Malaysian Malaysia' model like what they have been chanting all these while. Instead, it is an anti-Malay party and it moves under a dictator.


This was proven when Tunku Aziz became the only Malay higher leader, and he did not get to be the Senator when he criticized BERSIH 3.0 Assembly.
Actually, he needs to be congratulated for his actions.


He had proven that DAP's project in pleasing the Malays to support their party has come to a fail.


Only time would tell before other Malays would leave the party.
DAP who tried to come out as the fighter for Malays somehow has been revealed as a hypocrite.


Just look at the pictures of BERSIH 3.0 supporters who are now being hunted by the police, almost all of them are Malays.


Where are DAP supporters? DAP was not even in the front lines during BERSIH 3.0.
They used PAS and PKR as their mules.


While PAS and PKR took all of the impact from the riot, DAP is now seen as a party that is disciplined, obey the law and highly respectful.


Malay supporters from PAS and PKR somehow fail to see such hypocrite attitude from DAP and they even follow every single thing that the party asked them to do.
As long as Malays fail to realize how the situation is like how Tunku Aziz did, they would forever be used by DAP.


They only helped Malay a little in Penang, and in no time, all of ustaz in PAS and PKR leaders began to take DAP as the party that helps the Malay.


And just like that, they forgot all of UMNO's contributions through Parti Perikatan and Barisan Nasional since the Independence where they brought Malay out from poverty and that Malays manage to live as a race that is independent and civilized, just like how it is now.


That is the fact that DAP is trying to hide and sadly, due to their cheap politics, PAS and PKR somehow burnt themselves to such racist Chinese party.
Now, DAP's highest leader is anxious and scared because their anti-Malay agenda is now out.


The party do not dare to criticize Tunku Aziz's decision but they tried to tell him to re-think about it.

Malik Kasim Lepas Tangan,Jenazah Mualaf Hampir Di Bakar Di Tokong.

Posted: 17 May 2012 11:00 PM PDT

Apa lagi yang boleh diharapkan umat Islam kepada PAS dan PKR di Pulau Pinang,Exco agama Malik Kassim dan juga Salleh Man hanya mendiamkan diri apabila berlakunya kes mualaf yang hampir dikebumikan dengan cara bukan Islam.

Malik Kasim lepas tangan sebaliknya menyalahkan mufti,manakala puak PAS seperti yang dijangka langsung tidak menunjukkan muka apabila hebohnya kes ini.

Tersebar sms menyatakan seorang mualaf yang meninggal dunia bakal dikebumikan oleh keluarganya cara agama asalnya,malah sms tersebut merayu agar umat Islam turun tanpa mengira perbezaan politik agar bertindak secepat mungkin sebelum terlambat.

Apa yang dapat kita perhatikan rayuan itu hanya dibalas dengan sikap lepas tangan Exco agama Islam si Malik Kassim dengan memberi pelbagai alasan.

Sebentar tadi telah diadakan sidang akhbar tergempar bertempat di Masjid Bandar Baru Air Itam, Pulau Pinang. Isunya sangat besar yang pasti menyentak perasaan seluruh umat Islam negara ini tidak kira ideologi politik.

Isunya ialah mengenai kesangsian yang berlaku terhadap satu jenazah yang sedang berada bersama dengan keluarga beliau menjalani upacara kematian mengikut cara kaum Cina.

Yang menimbulkan ketegangan dan kesangsian ialah Malik Kassim, Exco Agama Pulau Pinang merangkap YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang didakwa mengatakan bahawa jenazah itu adalah seorang Mualaf!

Tetapi yang hairannya ialah sebagai pemimpin yang diamanahkan menjaga hal ehwal agama Islam, Malik Kassim didakwa lepas tangan dan membiarkan sahaja jenazah mualaf itu menjalani upacara kematian kaum cina.

Hari ini adalah hari ke-4 jenazah itu berada bersama keluarga bukan Islam beliau tetapi Malik Kassim seolah-olah tidak berbuat apa-apa untut menuntut jenazah tersebut dan dikebumikan dengan segera mengikut syarak Islam.

Ketidakefesienan Malik Kassim itu turut menimbulkan tandatanya kepada keluarga bukan Islam mualaf tersebut yang sebelum ini mahukan pengesahan sah seperti yang dikatakan oleh Malik Kassim.-DrMIM


Alhamdulilah,selepas desakan dari NGO seperti yang dilaporkan ,jenazah Khoo Boo Soo selamat dikebumikan semalam.


Pisau kata " amanah dah diberi,tapi lepas tangan...PKR PAS memang tak boleh harap"

Guan Eng vs Tunku Aziz

Posted: 17 May 2012 06:00 PM PDT


Nyatanya, Anwar tidak berapa gemar dengan apa yang berlaku berkenaan isu Tunku Aziz dalam DAP. Sebagai orang lama dalam politik, Anwar tahu bahawa DAP sudahpun gagal untuk menguruskan isu Tunku Aziz dengan baik. Lim Guan Eng, sudah menjadi 'monster' – yang tidak tahu menghormati orang lain – dan ini akan menyusahkan politik Pakatan Rakyat dalam jangka masa panjang.

Setakat ini, tak ramai yang boleh dan mampu menasihatkan Guan Eng. Dia sudah terlalu bongkak dan sombong sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Padanya, jawatan yang tidak pernah mampu diperoleh mana-mana pemimpin DAP yang ada sekarang adalah bukti bahawa dia adalah 'knight' istimewa dalam DAP. Oleh yang demikian, dia mesti diberikan kedudukan yang istimewa dan apa sahaja yang dikatakannya mesti dituruti.


Anwar memang sudah mula rasa tidak selesa dengan Guan Eng. Bukan baru. Masa zaman Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri lagi, Anwar sudah nampak bahawa Guan Eng adalah different breed of political animal.


Tunku Aziz pada hakikatnya sudah dikenalpasti oleh Dinasti Lim (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) sebagai individu yang boleh diangkat sebagai Chariman parti DAP bagi menggantikan Karpal. Dinasti Lim sudahpun memaklumkan kepada Anwar bahawa Karpal sudah tidak lagi relevan dalam politik DAP. Anwar tidak memberikan sebarang komen dan enggan mencampuri urusan dalaman DAP. Ya, memang benar, Karpal adalah peguam Anwar – namun itu semua dilakukan di atas keadaan profesional. Non issue.


Anwar juga tahu bahawa Tunku Aziz adalah seorang Melayu yang sangat berintegriti tinggi. Anwar dimaklumkan oleh sumber dalaman Petronas; bagaimana Tunku Aziz menulis surat sendiri kepada Tan Sri Hassan, meminta dia diberhentikan sekiranya penerimaan jawatan sebagai Naib Presiden DAP akan memberikan masalah kepada Petronas – ketika itu Tunku Aziz adalah Board of Trustee kepada Anugerah Merdeka yang ditaja oleh Petronas.


Dalam isu ini, Guan Eng sebenarnya sudah membuka pekung dirinya – untuk menawarkan RASUAH sebanyak RM50k kepada Tunku Aziz. Guan Eng adalah seorang pemimpin yang kotor dan mahu menyelesaikan semua masalah dengan wang. Inikah kononnya pemimpin DAP yang bersih?


Lebih merisaukan Anwar adalah apabila akhbar Cina seperti Sinchew juga sudah menyerang integriti Guan Eng.

Anwar risau semua ini akan memberi kesan kepada cita-citanya menjadi Perdana Menteri.-Gelagat Anwar.


Pisau kata "angkuh,bongkak,penipu dan pembelit...dah lama ada gerakan jatuhkan Guan Eng dari dalam DAP..."

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...