BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KISAH BENAR !!! MEMBAZIR !!! ITU ADALAH KERJA PAKATAN HARAM DI SELANGOR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 18 May 2012 11:53 AM PDT


Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah merayakan Ulangtahun Ke-4 Pakatan Rakyat menjajah Selangor.Perayaan tersebut diadakan pada 7 April 2012 di Stadium Melawati,Kuala Selangor dan dikatakan kononnya amat berjaya serta dihadiri oleh ramai orang Selangor.Berjaya atau tidak,sebenarnya ia boleh disangkal.Apatah lagi kebiasaan Pakatan Rakyat ialah,mereka gemar membesar-besarkan perkara yang kecil sehinggakan angka peserta BERSIH 3.0 yang jumlahnya tidak sampai 30,000 orang pun boleh ditukarkan menjadi 250,000 orang.Namun yang hendak diperkatakan di sini ialah kos penganjuran perayaan itu yang dilaporkan mencecah RM1 juta.Perkara ini disahkan sendiri oleh beberapa orang pegawai dan kakitnagan Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan Setiausaha Sulit Menteri Besar iaitu Norzatun Aini.Kos penganjuran tersebut adalah bersamaan dengan 1000 hadiah Anak Masuk Universiti yang sehingga kini gagal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat setelah mereka membuat janji pada kempen PRU12 lalu.

Kalau sebelum ini, Pakatan Rakyat sentiasa menuduh Kerajaan Barisan Nasional raja kepada pembaziran dan ketirisan (rujuk kepada perbahasan Azmin Ali dalam Sidang DUN Selangor), apa pula komen Azmin Ali tentang KEBOROSAN dan KETIRISAN yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat ketika merayakan Ulangtahun Ke-4 Pakatan Rakyat Selangor? Bukankah lebih elok seandainya RM1 juta tersebut diagih-agihkan kepada fakir miskin, orang kelainan upaya dan pelajar-pelajar IPTA/IPTS di mana Selangor sendiri turut menyokong penghapusan PTPTN?

Sel13.com Melaporkan,Contoh kedua pembaziran yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor ialah SELANGOR RACE. Selangor Race menyerupai SEPANG MOTOR GP tetapi pada skala yang lebih kecil.Perlumbaan itu telah bermula pada 4 Mei 2012 di R&R Ebor/USJ di Subang Jaya dan mensasarkan golongan muda termasuklah golongan mat rempit.Kos penganjuran acara ini juga mencecah RM1 juta dan kos ini ditanggung sepenuhnya di bawah GERAN SELANGORKU.jelas sekali berlakunya pembohongan apabila GERAN SELANGORKU telah digunakan untuk menaja SELANGOR RACE memandangkan sewaktu mengumumkan kewujudan GERAN SELANGORKU di Sidang Dewan Undangan Negeri pada November 2011, tujuannya adalah untuk program MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR.Justeru,timbul pertanyaan adakah penajaan SELANGOR RACE ini juga termasuk dalam kaedah merakyatkan ekonomi?

Selain itu, sebelum ini Selangor telah menukarkan slogan Kerajaan Negeri terdahulu iaitu SELANGOR SHINE (BINTANG TIGA KOMUNIS) ekoran bantahan ramai kerana lambang bintang tiga yang tertera terlalu mirip dengan lambang Parti Komunis Malaya. Pada Julai 2011, Kerajaan Selangor telah memperkenalkan pula slogan SELANGORKU bagi menggantikan slogan SELANGOR SHINE.Sepatutnya penggantian slogan itu tidak menelan belanja yang besar tetapi hakikatnya adalah amat memeranjatkan. Berdasarkan maklumat dari Pejabat Cik Faekah Hussin (Setiausaha Politik Menteri Besar), jumlah yang dibelanjakan adalah hampir RM400,000 iaitu RM180,000 untuk hadiah mencipta logo dan RM220,000 untuk majlis pelancaran logo.

Lihatlah bagaimana pembaziran dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh Pakatan Rakyat Selangor. Selama ini, Pakatan Rakyat asyik memainkan isu ketirisan dan pembaziran wang oleh Barisan Nasional.Bagaimana pula dengan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas ???

Wang sebanyak RM400,000 boleh diberikan kepada 400 orang pelajar untuk menyambung pelajaran ke universiti sebagaimana yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat PRU12. Wang dengan jumlah yang sama juga boleh membantu seramai 1300 orang mangsa banjir yang sehingga kini, tanggungjawab berkenaan lebih banyak diambil oleh UMNO dan Barisan Nasional berbanding Pakatan Rakyat sebagaimana yang berlaku di Lembah Jaya Utara dan Hulu Langat.Jelas sekali berlakunya pembohongan di dalam konsep Negara Berkebajikan yang diuar-uarkan oleh Pakatan Rakyat.Sepatutnya bukan SELANGORKU dan Negara Berkebajikan yang dijadikan slogan tetapi ROMPAK SELANGOR dan NEGARA PEMBOROSAN !!!

HOT NEWS !!! KERETA YUNA DI PECAH MASUK ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 18 May 2012 08:30 AM PDT


Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna menerima musibah dengan reda apabila keretanya dipecah masuk sehingga kerugian RM5,000 pada pagi semalamPengurus penyanyi tersebut iaitu Nor Zaina Wardah (Wawa),yang dihubungi mStar Online berkata,kejadian itu bukan perbuatan khianat pihak tertentu selain menganggap ia mungkin secara kebetulan.

"Yuna reda dengan kejadian itu. Ia mungkin kebetulan dan kami tidak syak ia perbuatan khianat," kata Wawa kepada mStar Online ketika dihubungi.

Dalam perkembangan berkaitan Wawa berkata Yuna enggan memberi sebarang kenyataan susulan dan butiran lanjut mengenai kejadian itu demi keselamatan.Ia disebabkan pihaknya bimbang pendedahan melalui media boleh menyebabkan keselamatan mereka terganggu selain bimbang kereta dipandu Yuna dikenali oleh orang ramai.

"Saya minta maaf kerana Yuna sedang sibuk dengan penggambaran pada waktu ini dan dia tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai kejadian itu atas dasar keselamatan.Memang ramai media yang menghubungi untuk mendapatkan kenyataan tetapi Yuna tidak bimbang lebih banyak maklumat mengenai kereta didedahkan, ia akan diketahui umum.Cuma,apa yang buat Yuna terkilan adalah kehilangan radio keretanya dan gitar milik Diandra Arjunaidi yang dipinjamnya itu," jelasnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu kereta Mitsubishi ASX milik Yuna dilaporkan dipecah masuk di Subang Jaya.Ia dipercayai dipandu seorang rakan yang juga pemain gitar kumpulan muziknya iaitu Farhan Fazlishah (Pa'an) sebelum dibawa pulang ke rumah gitaris itu di USJ6/6N, Subang Jaya.Difahamkan juga,kejadian itu mengakibatkan Yuna kerugian sebanyak RM5,000 apabila radio kereta Yuna dan gitar artis barunya Diandra Arjunaidi yang dipinjam penyanyi baru itu turut dicuri.

EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! MUZAKARAH ANTARA PAS DAN UMNO !!! ADAKAH DRAMA SEMATA-MATA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 18 May 2012 05:00 AM PDT


betul ker PAS nak muzakarah dengan UMNO ni ataupun drama.lihat dulu berita yang di petik oleh Mstar lepas tu saya akan komen

Dewan Ulama PAS Pusat menggesa kepimpinan parti itu agar tidak berdolak-dalik dengan meletakkan sebarang syarat bagi mejayakan syor Mursyidul Amnya,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah dengan Umno.Ketuanya,Datuk Harun Taib berkata, PAS dan Umno seharusnya mengenepikan isu politik kepartian sebaliknya meletakkan kepentingan ummah,Islam dan negara sebagai matlamat utama.

"Jangan…jangan…jangan letak apa-apa syarat.Muzakarah ini baik untuk kepentingan umat Islam.Nanti kalau letak syarat pasti hasrat nak bermuzakarah tak menjadi.Dewan Ulama menyokong penuh saranan Mursyidul Am agar kedua-dua parti ini bermuzakarah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi berhubung isu terbaru muzakarah ini.

Kenyataan Harun dilihat bercanggah dengan Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustafa Ali yang menegaskan bahawa parti itu tidak mahu bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan mengenai isu kepentingan ummah,Islam dan negara.Mustafa sebaliknya menegaskan bahawa tujuan muzakarah itu hanyalah untuk menjelaskan kepada Umno mengenai tuduhan yang dilemparkan kepada PAS tanpa membabitkan isu lain.Mengulas lanjut Harun berkata Dewan ulama berharap PAS dan Umno berkompromi bagi memastikan muzakarah membabitkan kedua-dua parti itu berjalan lancar.

"Dua-dua parti perlu tolak ansur. Jadikan muzakarah ini sebagai tempat untuk berbincang apa sahaja demi kebaikan umat Islam," katanya lagi.

Media pada Jumaat melaporkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan kesediaan Umno untuk mengadakan muzakarah dengan PAS asalkan hasrat itu untuk kepentingan ummah,masyarakat Islam dan negara.Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, parti itu bersedia menerima pelawaan PAS atas kesedaran pentingnya umat Islam perlu disatukan, yang kini dilihat sudah berpecah kerana perbezaan ideologi.Kesedian Umno itu sebagai reaksi kepada kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat – mstar

inilah hakikat PAS yang sebenar,bila sedar yang dirinya sudah tersepit dan ketinggalan,akan kembali bercakap soal hudud,negara Islam dan muzakarah dengan UMNO.Ini adalah perkara biasa berlaku bila PAS ada masalah dengan penurunan sokongan.Apatah lagi dalam keadaan sekarang,PAS bukan setakat hilang sokongan rakyat,kedudukkannya dalam Pakatan Rakyat pun semakin mengecil dan jauh tertinggal di belakang.saya bukan nak menghina tetapi ini adalah kenyataan.saya akan cerita sedikit tentang isu muzakarah ini.

Walaupun Nik Aziz menyebut,"sedia bermuzakarah dengan sesiapa sahaja,termasuk UMNO",ia memang semata-mata ditujukan kepada UMNO.Disebut sebegitu sebab taknaklah nampak sangat yang PAS ni terhegeh-hegeh nak muzakarah dengan UMNO,setelah begitu banyak yang buruk-buruk ditempel kepada UMNO sebelum ini.lepas itu puak PAS kata akhbar Utama Utusan Malaysia macam-macam,hakikatnya Nik Aziz sendiri baca Akhbar tersebut.Kenapa saya kata "memang semata-mata ditujukan kepada UMNO" ??? Sebab dalam senario politik PAS di Malaysia hari ini,siapa nak muzakarah dengan PAS ??? MIC,MCA,PPP ??? Siapa ??? Mana ada pihak lain,hanya UMNO sajalah.DAP dan PKR memang dah di luar tajuk sebab kerjasama dengan PAS sudah bermula tanpa muzakarah pun.Kalaupun muzakarah,ia dalam bentuk tidak langsung,bukan dalam konteks 'rayuan' yang dibuat terhadap UMNO sekarang.

saya nak bertanya,tidak malukah PAS meminta diadakan muzakarah dengan UMNO sekarang setelah apa yang mereka lakukan terhadap UMNO sepanjang masa sebelum ini,terutama 4 tahun yang lepas ??? Mana maruah Nik Aziz dan PAS ??? Beberapa hari sudah,Hadi Awang juga mengungkapkan perkara yang sama,tapi itu tidak boleh dipakai sebab Hadi bukan ketua sebenar PAS,tapi Nik Aziz.Sekarang teranglah sudah kenapa Anwar begitu beria-ia mahu mengambil alih PAS secara halus.Rupanya Anwar takut muzakarah itu jadi kenyataan dan Pakatan Haram yang diwujudkan Anwar akan lebih jauh tertinggal di belakang.Sudah tentu bila muzakarah ini diadakan,perbincangannya ialah mengenai politik dan pembahagian kuasa kalau kerjasama wujud.Ini yang Anwar mahu elakkan.Serendah mana pun kedudukkan PAS dibanding dengan UMNO sekarang,PAS masih punya sokongan akar umbi yang kuat,dibanding dengan PKR dan DAP yang banyak bergantung kepada pengundi cina dan melayu atas pagar yang bergantung kepada isu-isu tertentu untuk menentukan sokongan.

Justeru,UMNO mesti mengelak dari terperangkap dengan permainan licik PAS ini.Soal muzakarah ini bukan baru dan niat disebaliknya pun bukan suatu yang rahsia.Apa sekalipun,ia hanya akan menguntungkan PAS dan memberi sedikit kelebihan moral kepada BN dan UMNO.Yang diintai PAS bukan perpaduan tapi apa keuntungan yang dia boleh dapat kalau kerjasama itu jadi kenyataan.dulu kata macam-macam sampai isu 'Kafir' masihkah anda ingat lagi dengan kenyataan Abdul Hadi Awang ???

Pemimpin UMNO perlu ingat,penyertaan PAS dalam Barisan Nasional dulu menunjukkan bahawa kesetiaan mereka hanya kepada PAS semata-mata.Kalau apa yang dimahukan itu tidak boleh dicapai,PAS tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan kerjasama yang telah dipersetujui di awalnya. Peduliklah yang ditinggalkan itu nak jadi apa,janji mereka dapat keuntungan.Itulah PAS.Sedangkan dalam keadaan 'bekerjasama erat' dengan PKR dan DAP sekarang pun,PAS berani membuat cadangan untuk bermuzakarah dengan UMNO,apakah jaminan masalah yang sama tidak akan berulang kalau muzakarah dengan UMNO nanti membawa kepada kemasukkan PAS ke dalam BN seperti dekad 70-an dahulu ??? Saya pun ada sedikit pengalaman ketika saya bersama PAS dahulu.apa yang saya harapkan kepada pimpinan UMNO tolong perhalusi isu ini.saya pun bukan blogger yang termasyhur.hanya berjuang demi kebenaran.sekali lagi saya merayu kepada Pemimpin UMNO,Jangan mudah terperangkap dengan drama ini.Plot cerita dan kesudahannya sudah diketahui sebelum pengambaran itu bermula sekalipun.kalau jadi juga,terpulang lah..

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! ELIZABETH WONG KATA AZMIN ALI TIDAK MENGHARGAI IBUNYA ??? WAJIB LIHAT !!!

Posted: 18 May 2012 01:59 AM PDT


wahhh,Elizabeth wong pun dah mengakui Azmin Ali ni tak jaga mak dia.tajam tu sindiran yang di berikan.adakah ini Salah UMNO ??? tak percaya ??? jom lihat video di bawah.lepas ini mesti puak Pakatan Haram kata,UMNO suruh Elizabeth Wong komen berkenaan Azmin Ali.opsss..



RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! PROJEK DAP PIKAT MELAYU GAGAL !!! DAP BAKAL KECUNDANG PADA PRU13 ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 17 May 2012 10:57 PM PDT


Keputusan mengejut Naib Presiden DAP,Tunku Aziz Tunku Ibrahim meninggalkan parti itu bukan sahaja merupakan pukulan hebat kepadanya tetapi juga menjagi bukti kukuh bahawa ia adalah sebuah badan politik yang rasis dan hanya mementingkan chauvinisme Cina.Tiga tahun lalu DAP menganggap kejayaannya memancing Tunku Aziz menganggotai parti itu sebagai kejayaan besar,lantas diberi beliau satu jawatan tinggi.Tiga tahun kemudian,tindakan mengambil Tunku Aziz menjadi satu mimpi paling ngeri baginya.Bekas pengerusi Transparency International Malaysia itu meninggalkan DAP apabila menyedari parti itu bukanlah memperjuangkan prinsip 'Malaysian Malaysia' seperti mana yang diwar-warkan selama ini,tetapi rupa-rupanya sebuah organisasi politik yang anti-Melayu dan bergerak seperti sebuah sistem diktator.

Ini terbukti apabila Tunku Aziz yang menjadi satu-satunya pemimpin tertinggi berbangsa Melayu,tidak disambung menjadi Senator apabila mengkritik perhimpunan BERSIH 3.0.Sebenarnya sekalung tahniah perlu diberikan kepada Tunku Aziz atas tindakan berani beliau itu.Beliau membuktikan bahawa projek DAP untuk menawan hati orang Melayu supaya menyokong parti itu telah gagal.Hanya masa sahaja akan menentukan sebelum saki baki orang Melayu yang terperdaya dengan DAP akan meninggalkan parti itu.DAP yang cuba menunjukkan dirinya sebagai pejuang orang Melayu akhirnya terdedah sikap dua muka dan hipokritnya.Lihat sahaja gambar-gambar peserta BERSIH 3.0 yang dicari oleh pihak polis,rata-rata semuanya adalah anak-anak muda Melayu.


Di mana penyokong DAP ??? DAP bertindak baling batu sembunyi tangan dalan Bersih 3.0.Mereka mengguna PAS dan PKR sebagai kuda tunggang yang bodoh dan jahil.Sementara PAS dan PKR menerima semua tindak balas dan kesan negatif daripada rusuhan yang berlaku semasa perhimpunan itu, DAP pula dilihat sebagai sebuah parti yang berdisiplin, patuh kepada undang-undang dan berhemah tinggi.Penyokong-penyokong Melayu dari PAS dan PKR gagal melihat sikap hipokrit DAP ini malah mereka dengan rela dicucuk hidung seperti lembu mengikut segala kehendak parti itu.Selagi orang Melayu tidak sedar seperti mana kesedaran Tunku Aziz,selagi itulah mereka akan diperguna dan diperbodohkan oleh DAP.

Sedikit sahaja DAP membantu orang Melayu di Pulau Pinang, dengan cepat ustaz-ustaz PAS dan pemimpin PKR menjulang DAP sebagai parti yang prihatin kepada nasib orang Melayu.Terus mereka lupa jasa UMNO menerusi Parti Perikatan dan Barisan Nasional yang sejak merdeka telah membangun orang Melayu daripada sebuah bangsa yang lemah, dhaif dan seba kekurangan dalam segala bidang kehidupan kepada sebuah bangsa yang sudah mandiri dan maju seperti yang kita lihat sekarang.

Inilah hakikat yang cuba dinafikan oleh DAP dan malangnya atas dasar politik sempit dan gilakan kuasa,PAS dan PKR sanggup melacurkan diri mereka kepada parti rasis Cina itu.Kini pimpinan tertinggi DAP dalam keadaan gelisah dan takut kerana agenda anti-Melayu sudah terbongkar.Parti itu tidak berani menghentam tindakan Tunku Aziz tetapi cuba memujuk beliau menarik keputusan beliau itu.Bagi Tunku Aziz dan orang Melayu yang lain,bak kata pepatah,sekali kena sudah beringat,kali kedua tidak mungkin disengat lagi.

SATU TEGURAN KHAS UNTUK BLOGGER YANG SUKA SANGAT NAK HENTAM BLOGGER LAIN !!!

NAK TAHU ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

HOT !!! PAPA GOMO MENGAMUK ??? APA CERITA NI BRO ??? SAYA PUN NAK MENGAMUK BOLEH ???

Posted: 17 May 2012 10:24 PM PDT


semalam satu letusan berapi di keluarkan oleh rakan blogger Papa Gomo.Akhirnya apa yang saya nak luahkan ada yang dah di jawab oleh Papa Gomo semalam.apa yang saya nak luahkan ni ??? ok lah saya nak luahkan sedikit isu blogger-blogger di malaysia terutama blogger Unit Media Baru atau UMB.sebelum ini saya dah keluarkan satu artikel dan saya menegur berkenaan blogger yang di katakan hebat dalam UMB yuseri yusof atau lebih di kenali sebagai Double Y.wahh bukan main dia perli saya balik kononnya kata saya ni blogger copy paste.bro,saya nak tanya kat anda.adakah setiap artikel saya tulis,anda tak anda lihat ada copy paste sampai 24 jam tiap-tiap hari bro ???? itu pun kalau anda terbaca lah blog saya yang tak termasyhur ni.lain lah macam anda.termasyhur sangat !!! erkk !!!! memang saya mengaku kadang kala saya copy paste tapi tak lah semua artikel saya copy paste tiap-tiap hari.yang saya copy paste itu menunjukkan pembongkaran berkenaan penipuan Pakatan Haram dan beritahu dari mana saya copy paste tu.apa kurangnya anda double Y ??? sama jer kan ??? oppsss...

dalam hidup kita berblog ni.takkan kita ni tiba-tiba pandai boleh bongkar semua.apa pun mula-mula,belajar buat artikel dengan copy paste dan beritahu dari mana kita copy paste,lepas itu,dah pandai sikit,cari fakta dan kebenaran,lepas itu bongkar.betul tak Double Y ??? saya tak salahkan anda 100 peratus pun,kalau dah bersalah,buat cara bersalah.saya hanya menegur apa yang anda buat.itu jer.takkan terasa kot sampai perli blogger yang tak masyhur macam saya ni bro.dah macam puak Pakatan Haram.tak boleh di tegur,bila tegur melenting.opsss..akhirnya dah kantoi juga cerita yang anda buat tu.berkenaan dengan video bangkang dari longkang ada juga yang tak puas hati tu.nak juga bergaduh.padahal nak cerita pasal pembongkaran dan teguran.sekali kali lagi saya nak kata,dah macam puak Pakatan Haram.tak boleh di tegur,bila tegur melenting.mula lah salahkan dan pertikaikan berkenaan benda-benda macam ni.kalau macam tu apa kata blogger yang suka serang menyerang sesama blogger ni beralih kepada isu lain.contoh kucing lawan anjing ker,cerita Anak derhaka kepada ibu ker..opsss...tak perlu cerita pasal politik lagi.ok tak ??? kalau cerita pun asyik cerita nak gaduh dan salahkan blogger lain jer.yang di bantai Papa Gomo.tak ada isu lain ker ??? bosan lah bro !!!

rakyat nak lihat kebenaran,bukan cerita gaduh ni.itu ker tujuan kita buka blog ??? Beratus Blog pro kerajaan tetapi yang menyerang Papa Gomo hanya mereka yang bernaung dibawah UMB.itu yang saya Pelik bin ajaib.kenapa yang tidak di bawah UMB tak menyerang Papa Gomo yek ???? saya Lihat macam ada sesuatu jer.macam ada udang di sebalik batu jer.opsss...adakah blogger yang menyerang blogger seperti blogger Papa Gomo ni cemburu sangat dengan Papa Gomo ataupun nak panaskan suasana dengan kejar Ranking ??? saya nasihat kepada blogger yang nak sangat kejar Ranking tu,tak perlu kejar Ranking sangat.yang penting adalah kebenaran yang di keluarkan dalam blog.maksudnya blog anda di kenali atau tidak.itu jer.kalau pergi mana-mana sebagai contoh.'bro,ada cerita baru lah dari Blogger si A tu.jom baca blog dia,panas tu Bro'.itu kan baru best.wahai blogger sekalian,anda nak ker orang kata 'Bro,apa ni,blogger si A tu hilang akal ker ??? cerita mengarut jer kat blog dia.asyik nak serang blogger lain ??? tak ada isu lain ker ??? malaslah aku nak baca blog dia,sikit-sikit hentam blogger lain.aku nak cerita yang di bongkar,bukan cerita gaduh,kenapa tak nak berjuang untuk Agama,Bangsa dan Negara ???'.

saya nak tanya kepada rakan-rakan blogger tak kisah lah dari UMB atau mana-mana blogger sekalipun yang baca saya luahan saya ni.apa tujuan anda untuk buka blog ni ??? adakah tujuan anda untuk menghentam blogger lain dan kata bukan-bukan ataupun anda membuka kisah kebenaran contohnya apa yang puak Pakatan buat untuk menipu rakyat malaysia.mana yang lebih penting ??? gaduh atau bongkar apa yang puak pakatan buat untuk meracun fikiran rakyat malaysia ??? cer jawab sikit pembaca dan rakan blogger sekalian !!! itu jer apa saya nak luahkan.kalau blogger UMB ni nak marah,marah lah.ini hanya pesanan khas untuk anda semua wahai blogger UMB sekalian,jangan di sebabkan kita cemburu ataupun nak jadi popular,maka anda nak serang sesama blogger,tujuan kita sama.demi Agama,Bangsa dan Negara.saya nak tanya,dari mana anda belajar untuk berblog ni double Y ??? saya nak luahkan dah lama,tapi tak dapat sebab nak bongkar penipuan Pakatan Haram ni.lagi best.apa barang cerita gaduh-gaduh ni.bosanlah !!! saya takkan terasa kalau siapa pun nak marah saya,marah lah..muahahaha...cuma,yang saya terasa kalau blogger bergaduh sesama sendiri.apa yang kita dapat dari semua ni ??? cecita !!! bersatu lah wahai blogger sekalian !!! nasihat saya kepada blogger yang suka menyerang ni,sesekali kita perlu belajar dari jentera cyber di sebelah sana,kita tahu mereka dibayar dan kordinasi mereka agak mantap walaupun cerita yang disebar itu fitnah,mereka masih mampu menimbulkan riak-riak tsunami masa isu-isu mula dibangkitkan.Mujurlah ada blogger-blogger seperti Papa Gomo,Parpu Kari,RBF Online,Gerakan Anti PKR,Medan Info Kita,The Flying Kick,Sanggah Tok Janggut,Padi Jantan,Politik Putera Merdeka,Pas Beruk,Gelombang Wangsa Maju,wadah kelana jaya,gelombang rakyat,malay delima,suara lensa,info 4 the truth,KGC Online,Pisau.net,MPP,Empayar pemuda dan ramai lagi blogger yang berani mati cepat-cepat mematahkan fitnah tu.saya harap blogger dan jentera maya yang dilatih oleh UMB ini menjadi lebih mantap dan efisyen.Keluar dari kepompong 'ELIT' dan bergerak bersama-sama dengan yang lain.jangan jadi macam puak Pakatan Haram,bila kita bongkar jer,melenting dan tak nak terima kenyataan bahawa apa yang dibongkar adalah benar.contohnya macam video Nizar.kalau anda nak lihat youtube tu anda akan lihat macam-macam cara puak pakatan ni nak tutup penipuan Nizar.kepada blogger yang hentam sesama blogger,anda nak terasa ??? terpulang pada Anda !!!

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! TEMAN RAPAT ARWAH KIMIE RABUDIZI KATA SAKSI MEMBOHONG BERKENAAN KEJADIAN TRAGIS 6 MEI 2012 ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 17 May 2012 04:00 PM PDT


sebelum ini saya telah mengeluarkan cerita berkenaan kejadian tragis pada 6 Mei 2012 yang megakibatkan kemalangan Antara Lancer dan Inspira di lebuhraya LPT dan saksi juga mengatakan bahawa Arwah Membawa kereta sehingga 200km.bagi anda yang belum lagi membaca kejadian tragis pada 6 Mei 2012

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

namun ada satu cerita di sebaliknya.teman rapat Arwah membidas kenyataan itu.saya banyak menerima email dari pembaca yang mengatakan tolong keluarkan artikel teman arwah.untuk berlaku adil,saya akan keluarkan artikel teman arwah yang di petik melalui http://tentangaznee.blogspot.comLink

Fake About Kimie Rabudzi
As salam semua..

Hari ini sudah 10 hari arwah rakan baik kami, Kimie Rabudzi dan isterinya kembali ke rahmatullah... Rasa sedih tak hilang lagi dan sekarang ni gantikan dengan 1001 perasaan apabila membaca setiap helaian cerita di forum dan di blog tentang arwah...Yang mana, secara terang-terangannya menyalahkan arwah dan terus menghukum arwah sebagai penyebab kemalangan... Dan lebih menyedihkan ada individu yang tak bertanggungjawab yang menyebarkan email bertajuk "Inpira vs Lancer..... very bad ending" secara berleluasa.. (cerita yang sama seperti blog ini)


Pelbagai sumpah seranah,spekulasi dan andaian sendiri yang keluar tentang peribadi arwah... Kami yang rapat dengan arwah amat terasa sangat2.. Itu baru kami sebagai kawan,belum lagi keluarga arwah sendiri... Ada juga yang bercerita tentang arwah seperti mereka yang kenal sangat dengan arwah tetapi tiada fakta yang betul...


Kawan baik kami,Kimie Rabudzi bukanlah seorang driver kepada dato seperti yang disebut di atas.. Arwah merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah kami,SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Dan beliau adalah ketua pelajar @ Ketua Umum. Masakan seorang pelajar cemerlang hanya bekerja sebagai pemandu kepada dato?? Terus-terang, beliau adalah seorang programmer di Kelana Jaya sejak 2005. Arwah sangat pakar dalam pengaturcaraan komputer dan web dan mempunyai sijil/lesen kursus dalam pengaturcaraan tertentu. Sesiapa yang belajar dalam IT, mesti faham 'sijil/lesen' ni sangat mahal dan bukan semua orang memiliki kepakaran ini. Arwah juga merupakan salah seorang yang membina sistem web untuk sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di Malaysia..

Ada juga komentar yang menyatakan arwah adalah pemandu yang laju ternyata adalah SALAH..Walaupun arwah menyertai Kelab Lancer, tetapi semua kawan2 kelab tersebut juga tahu yang arwah bukanlah seorang pemandu yang kaki rempit..Dia sendiri sentiasa berhati-hati tambahan dia seorang yang bertanggungjawab dan sahih sangat sayangkan anak dan isterinya.Segalanya peribadi yang dinyatakan adalah tidak sama seperti peribadi arwah yang sebenar cuma kita semua tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku waktu itu. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu.Kami juga membaca pelbagai versi cerita dari pihak saksi, wartawan dan sebagainya..Dan lagi satu versi cerita,saya telah update dalam entry sebelum ni...


Ramai yang tersalah anggap bahawa arwah yang memandu laju 200kmj itu.Cuba baca dengan teliti..Siapa sebenarnya yang laju? Sedangkan ketika itu,arwah sedang memotong bas dan diberi high beam...Takkanlah perkara ni berlaku dalam masa beberapa minit.. Semuanya berlaku dalam masa beberapa saat sahaja.. Dengan keadaan jalan yang bergelumbang dan tiba2....Saya tak mahu mempertikaikan perkara ini. Sebab ini semuanya sudah tertulis di luth mahfuz.. Kita tak sepatutnya menuduh membabi buta,memalukan arwah dengan pelbagai kata2 kesat dan tak kurang juga yg kata "padan muka"..

Dalam hal ni,kita tak boleh nak kata.. "kalaulah itu, kalaulah ini..." sebab kita masih lagi berpegang pada Iman.. Jika bukan berlaku pada diri sendiri, ahli kelurga dan sahabat handai sendiri pun, tak elok kita mempertikaian sesuatu terutama sekali tentang orang yang telah pergi.. Apa perasaan ahli keluarga yang masih dalam kesedihan dan tiba-tiba membaca pelbagai komen yang menyakitkan hati? Lebih hancur rasanya hati...Saya juga tak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ni samada arwah (yang membawa Lancer), pemandu Inspira, pemandu bas atau jalan raya yang bergelumbang.. Kerana kita kena redha dengan qada' dan qadar.. Daripada kita semua mengeluarkan kata2 yang tak berguna dan menyakitkan hati.. Lebih baik kita semua sedekahkan Al-Fatihah ataupun sebaiknya membantu bayi mereka yang sudah tentu memerlukan bantu yang lebih banyak untuk menyambungkan kehidupannya yang masih jauh pada masa akan datang.

Saya dan rakan2 yang lain berharap agar anda yang menerima email berantai tersebut berhenti untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.Ini demi kebaikan bersama dan untuk menjaga hati waris yang masih hidup dan sebagai tanda kita menghormati mereka berdua yang telah pergi... Saya juga berharap segala tanggapan yang salah tentang arwah dapat diperbetulkan.. Sekiranya, arwah bukan seorang yang berjasa dan baik orangnya, arwah pasti tidak bersama kami bersusah-payah membuat pelbagai aktiviti kebajikan dalam Alumni bersama-sama.. Dari sini sahaja, kita sudah tahu baik budi seseorang kerana bukan semua orang rela untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk orang lain tanpa sebarang balasan upah atau gaji. Dalam entry sebelum ini saya ada sertakan pelbagai aktiviti kami sebagai bukti arwah bukanlah orang seperti yang dinyatakan dalam komen forum, blog atau email yang anda terima..

Sekali lagi, Al-Fatihah untuk Kimie Rabudzi dan isterinya..

Saya Harap Agar Pembaca Badut Rakyat ataupun blogger yang keluarkan cerita ini hentikan cerita anda berkenaan Kisah Tragis ini saya minta maaf kerana saya hanya keluarkan cerita saksi.terima kasih kepada yang beri komen dan e-mail yang memberitahu saya agar keluarkan cerita Rakan Arwah A.K.A cerita sebenar.sekali lagi saya ucapkan Takziah kepada keluarga mangsa kejadian tersebut.Sesungguhnya daripada Nya kita datang dan kepadanya jua tempat kita akan dikembalikan.Sama-sama kita sampaikan bacaan surah Al-Fatihah kepada Arwah.Nasihat kepada semua Pembaca Badut Rakyat,Ambil ikhtibar daripada kisah di atas dan berhati-hati di jalan raya.walaupun laju atau tidak stering berada di tangan anda.anda yang mengawal stering itu.dengan ini saya tutup cerita Arwah.apa pun baca lah doa sebelum memulakan perjalanan dan juga mengakhiri perjalanan.jangan bawa laju di lebuhraya.pastikan kenderaan anda di servis dan selamat di gunakan sebelum memulakan perjalanan jauh.

AL-FATIHAH...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...