Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Mai Layan Angguk Kat Himpunan Jutaan Belia!! #HBN2012

Posted: 18 May 2012 09:33 AM PDT


Mc diberitahu ada pertandingan Band pada Himpunan Jutaan Belia nanti. Pada yang rasa ada bakat untuk ditonjolkan, baik masuk. Bakat korang akan dipertontonkan kepada jutaan belia di Malaysia. Bukan di orang Putrajaya saja, malah disegenap pelusuk Malaysia.

Band mana yang menang dah tentu akan jadi popular. Akan masuk Tv, radio dan pelbagai media lagi. Mc rasa inilah tempat paling sesuai untuk menyerlahkan bakat anda nanti.

Kalau tak menang pun, mana la tau, bila main sedap nanti, ada pulak komposer yang berkenan nak suruh korang buat album ke, buat show ke, dapat job live band kat hotel pun kira ok apa.. he he..

Untuk keterangan lanjut, boleh lawati www.hbn.gov.my


McTheory:
layan angguk bro..

PANASS!! TERUK RUPANYA BUKTI SAINTIFIK RADIASI LYNAS OLEH FUZIAH SALLEH!! Video Wajib Tengok

Posted: 18 May 2012 05:36 AM PDT


Teruk rupanya kesan Lynas ni.. walaupun tapak kilangnya cerucuk pun belum letak, tapi dah ada kesan. Mc pun taktau kesannya mai dari mana. Patut la puak tu tak suka sangat.. ha ha ha..

TUDIAA!! Kerajaan Pas Kedah GADAI Tanah Pada Singapura?? #saveKedah

Posted: 18 May 2012 02:12 AM PDT


Sesungguhnya Mc terkejut bila baca cerita ni. Artikel ni Mc ambil dari  blog Gerakan Timur. Katanya kerajaan Kedah nak gadai tanah pada Singapura, kalau benar, kenapa sampai macam tu? Baca artikel dibawah..

Malaysia mengalu-alukan lawatan Menteri Dalam dan Luar Negara Singapura, Masagos Zulkifli pada 7-10 Mei lalu.  

Sepertimana yang terkandung dalam kenyataan media pihak Singapura, dalam lawatan tersebut, beliau dijadualkan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman.

Selain itu, beliau juga dijadualkan bertemu dengan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah serta DYMM Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis.  

Namun, sumber-sumber dari Kedah mengkhabarkan bahawa Encik Masagos telah membuat lawatan sampingan yang tidak terkandung dalam jadual asal ketika berada di Kedah.   Jika beliau hanya berjalan-jalan tidak mengikut jadual perjalanan untuk 'pekena' laksa Kuala Kedah atau Mee Abu, bolehlah kita berkata 'ada ku kesah?'

Tetapi, bila khabar yang diterima menyatakan beliau telah melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah, maka kita mula merasa curiga, hairan, serta marah.  

Jika ini benar, kita marah kerana tindakan ini jelas menunjukkan bahawa Singapura telah dengan sengaja menunjuk sikap tidak menghormati hubungan diplomatik antara kerajaan dua negara dengan mengunjungi pusat pentadbiran parti pembangkang Malaysia.  

Kita juga merasa hairan kenapa PAS membenarkan ini berlaku.  Sedangkan umum tahu sejarah antara Singapura VS Malaysia atau Lee Kwan Yew VS Tunku/Tun M/Melayu yang penuh dengan prasangka serta tidak pernah selesa.   Sifat kiasu Singapura yang enggan mengalah, enggan mengaku salah dan tidak boleh bertolak ansur dalam apa jua perkara membuatkan hubungan antara dua negara ini tegang.  Walaupun tegang tetapi tetap tenang kerana sifat pemimpin Malaysia yang cukup sabar dan berhemah dalam menangani karenah kiasu mereka.    

Siapa tidak tahu dendam dan impian Lee Kwan Yew untuk mengCinakan Malaysia sepertimana yang dilakukannya di Singapura.  Lee Kwan Yew juga tidak pernah berselindung tentang pendiriannya yang menganggap Islam itu sebagai penghalang perpaduan dan telah membuat kenyataan menyeru orang Islam agar tidak terlalu berpegang kepada agama agar lebih mudah untuk bercampur dan bermasyarakat.  

Dan siapa tidak tahu hubungan 'abang-adik' PAP dengan DAP.  Dikhabarkan juga bahawa Lim Guan Eng memiliki sebuah pejabat di Singapura dan hampir setiap minggu akan ke sana.  Untuk apa? Apa agendanya?  Apakah Pulau Pinang sebuah negeri di bawah jajahan Malaysia atau Singapura?   Semua ini masih lagi menjadi tandatanya dan masih belum terjawab.  

Kini dengan lawatan pihak kerajaan Singapura ke Pusat PAS kita tertanya-tanya lagi tidak cukupkah DAP sebagai adik kandung dan kini PAP ingin mengambil PAS sebagai adik angkat pula?  

Rasa curiga kita terhadap Singapura dan PAS bukanlah tidak berasas.  Kita tahu pilihanraya semakin hampir dan Kedah adalah negeri yang menuju muflis di bawah pimpinan PAS.   Tidak mustahil jika lawatan Singapura itu membawa niat untuk 'membantu' adik-angkatnya di Kedah.  Bantuan yang ditawarkan boleh jadi dalam bentuk 'pelaburan' melalui 'kerjasama'.  

Justeru, persoalannya sekarang sejauh manakah kebijaksanaan kepimpinan PAS Kedah untuk membaca yang tersirat, yang tersurat serta mencongak-congak angka, kesan dan akibat jika mereka menerima 'pelaburan' dan 'kerjasama' dengan Singapura?  

Kebimbangan kita ini juga bukannya tidak berasas kerana kita cukup maklum dengan tahap 'kebijaksanaan' pemimpin-pemimpin PAS apatah lagi bila berhadapan dengan orang luar atau bangsa lain.   Pemimpin-pemimpin PAS, termasuk Ustaz Azizan bukannya pernah terdedah dengan persaingan dengan bangsa lain dan tidak punya pengalaman untuk menangani manipulasi, jauh sekali memahami agenda mereka.   

Kerana itu, kita bimbang Kedah akan ditimpa nasib seperti Kelantan di mana tanah-tanah rizab Melayu habis tergadai ke tangan orang akibat 'kebijaksanaan' pemimpinnya.  

Ustaz Azizan harus menjawab segala kemusykilan rakyat mengenai lawatan Singapura ke Pusat Pentadbiran PAS Kedah ini.  Jika tidak benar, katakan tidak benar.  Jika benar, katakanlah kenapa. 

Rakyat ada hak untuk mendapat penjelasan bagi menghapuskan segala kemusykilan.



McTheory:
Rakyat perlu tahu kebenarannya..

KASI PANAS!! Melayu Masuk DAP Salahkah? - Ustaz Fathul Bari

Posted: 18 May 2012 12:12 AM PDT


Salahkah Melayu nak masuk Dap?? he he..

TUDIAA!! Zahida Tak Kena Shafei Apdal?? Biaq betui ni??

Posted: 17 May 2012 08:12 PM PDT



Pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang menteri kabinet, Zahida Rafik sekali lagi menafikan mempunyai hubungan dengan VIP tersebut seperti mana dakwaan pemandunya, Noor Azman Azemi.

Zahida turut menegaskan bahawa dia tidak pernah mengenali Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal selain menganggap Noor Azman sebagai seorang pembohong. "Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya?

Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri?

"Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen. Biarlah peguam saya yang mengendalikannya.

Sementara itu dalam satu sidang media anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan pada tengah hari Rabu, Noor Azman, 38, mendakwa hubungannya dengan Zahida menjadi tegang selepas dia membuat pendedahan itu.

Noor Azman mendakwa, dia telah bermasam muka dengan Zahida beberapa bulan sebelum meletak jawatan iaitu pada 29 Februari lalu selepas dia pernah bertindak melaporkan kepada Shafie perbuatan Zahida yang mempunyai hubungan dengan lelaki muda. "Ketika saya bekerja dengannya, perasaan saya amat tertekan selain berasa tidak selesa," katanya di ibu pejabat parti itu di sini, Rabu. Turut hadir penyanyi tahun 1990-an, Dayangku Intan yang juga ahli PKR.

Noor Azman sebelum ini membuat laporan polis yang mengatakan Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim selama beberapa tahun dan dia telah dibayar oleh menteri terbabit untuk menjadi pemandu kepada pelakon itu.

Beliau juga mendakwa turut menerima wang di antara RM100,000 dan RM200,000 yang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank Zahida.

Noor Azman meletakkan jawatan sebagai pemandu Zahida pada 29 Februari lalu dan membuat laporan polis untuk membersihkan namanya selepas dituduh melarikan wang RM200,000 kononnya milik Zahida.

Menteri berkenaan yang telah berkahwin dengan Datin Seri Shuryani Shuaib dan memiliki enam orang anak telah menafikan dakwaan yang dibuat Noor Azman.

Terdahulu, peguam Zahida, Datuk Shafie Abdullah telah menghantar surat saman kepada Noor Azman dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atas dakwaan memfitnah.

Peguam Noor Azman iaitu Latheefa Koya yang juga Ketua Biro undang-undang PKR pula berkata, parti itu menuntut Zahida dan Shafie menjelaskan dari manakah jumlah wang yang diperkatakan itu diperolehi.

PANASS!! BARua Council dan pengundi Hantu di EGMnya!!

Posted: 17 May 2012 05:12 PM PDT

Akhirnya ada juga peguam yang bertindak keatas majlis peguam. Sampai bila nak tengok saja?? Majlis Peguam atau lebih dikenali sebagai BARua Council terlalu angkuh dan berlagak. Mereka ingat mereka adalah suara semua peguam di Malaysia. Rupanya ramai lagi yang menentang mereka, cuma malas nak kedepan.

Cuma jika dibiarkan, Mc pasti puak BARua Council ni akan jadi semakin melampau dan berlemak.

Seorang peguam hari ini memfailkan saman terhadap Majlis Peguam, presidennya Lim Chee Wee dan dua pihak lagi berhubung usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam, minggu lepas.

Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Azam Aziz & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau menamakan Majlis Peguam sebagai defendan pertama manakala Badan Peguam, Lim dan setiausaha Majlis Peguam Tony Woon Yeow Thong sebagai defendan kedua hingga keempat.

Menerusi penyata tuntutan, Mohd Khairul Azam yang merupakan salah seorang ahli Majlis dan Badan Peguam mendakwa notis panggilan EGM bertarikh 4 Mei lalu adalah tidak sah dan bertentangan dengan Akta Profesion Undang-undang 1976.

Beliau juga mendakwa bahawa usul yang diluluskan dalam EGM bertarikh 11 Mei lalu adalah terbatal dan menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Selain memohon deklarasi bahawa notis dan usul EGM tidak sah, Mohd Khairul turut memohon injunksi melarang defendan daripada menulis atau menyebarkan apa-apa perkara berkaitan EGM tersebut. - BERNAMA


Masa EGM BARua Council, mengikut apa yang diberitahu oleh Khairul Azam, ada pelbagai penipuan undian. Termasuk ada pengundi hantu dan orang yang tidak sepatutnya mengundi pun ada boleh mengundi dalam EGM yang lepas.

Dimana etika EGM BARua Council yang kononnya telus dan menentang penipuan dalam Pilihanraya? Sedangkan dalam EGM sendiri pun mereka menipu dan mengunakan pengundi hantu? Nampak sangat, BARua Council hanya berpolitik mengikut rentak pembangkang. Komplain SPR macam-macam, kata tak adil, berat sebelah, pengundi hantu, akhirnya semuanya ludah ke muka sendiri. Cakap tak serupa bikin..


McTheory:
Bubar saja BARua Council tu, tubuhkan saja yang baru.. 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...