PISAU.NET |
- PKR Akan Hasilkan Video Seks Anwar Untuk Bunuh Umno
- Guan Eng:Walaupun Di Hina DAP,Sokongan Melayu DAP Semurah RM100.
- Adun DAP Selangor Bidas Pakatan,Cakap Bahasa Malaysia Pun Tak Tau.
- Video Ahmad Dream Menyesatkan Umat Islam.Tindakan Perlu Di Ambil Segera
- Homoseksualiti bukan satu kesalahan-Majlis Peguam
- Pilihanraya PBT ,Hasrat DAP Akhirnya Berjaya.
| PKR Akan Hasilkan Video Seks Anwar Untuk Bunuh Umno Posted: 10 May 2012 09:11 AM PDT ![]() "Kepada rakyat Malaysia, berhati-hati. Teman mendapat maklumat dari sumber dalaman PKR sendiri bahawa mereka merancang membuat satu videoklip palsu ataupun mengubahsuai videoklip Eskay sehingga menimbulkan keraguan; dan video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat disegala pelosok negara. Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat lapuran polis mendakwa UMNO, BN dan Kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar videoklip itu. Setelah rakyat nanti terpengaruh dengan video palsu itu, mereka akan bawak cerita konon jelas dari video palsu itu bukan Anwar Ibrahim. Dan rakyat akan terpengaruh dan percaya sebab mereka sudah menerima video palsu itu. Teman nasihatkan pihak berkuasa dan Kerajaan supaya mengambil tindakan pre-emptif. Jangan tunggu nasik jadi bubur; jangan sampai rakyat terpengaruh saperti cerita 'gambar si-mata lebam'!!! Adios amigos, grasias senor. Wallahua'lam dan wassalam. Zulkifli Bin Noordin Jumaat 22 Rejab 1432 24 Jun 2011 |
| Guan Eng:Walaupun Di Hina DAP,Sokongan Melayu DAP Semurah RM100. Posted: 10 May 2012 06:00 AM PDT Baling batu sembunyi tangan,itulah sikap paling bangsat oleh DAP rasis chauvanis ultrakiasu terutamanya Lim Guan Eng. Banyak kali serangan berbentuk rasis dan warna kulit yang sering kali diucapkan oleh pemimpin DAP. Ini mencerminkan sikap sebenar bahawa mereka memandang rendah terhadap bangsa lain.Ultrakiasu memang sikapnya begitu.Nga Khor Meng dahulunya menghina MB Perak sebagai hitam metalik,tetapi mereka bebas begitu saja tanpa diambil tindakan.Jika anda bukan Chinese Anglo Saxon seperti kumpulan elit DAP jangan buang masa didalam parti yang rasis chavanis dan ultrakiasu,anda hanya menunggu masa untuk dihina,dipijak dan juga diludah.Begitulah rendahnya maruah diri anda di mata mereka .
Pisau kata " Sokongan Melayu Pulau Pinang Pada DAP dan Guan Eng semurah RM100!" |
| Adun DAP Selangor Bidas Pakatan,Cakap Bahasa Malaysia Pun Tak Tau. Posted: 10 May 2012 03:00 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama, Dr Cheah Wing Yin menulis surat kepada pemimpin partinya bagi menyatakan pandangan bahawa tempoh empat tahun kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dilihat sebagai satu 'komedi kesilapan'. Menurutnya, terdapat ahli majlis tempatan yang dilantik oleh parti itu tidak boleh mengangkat sumpah jawatan kerana gagal membaca atau bercakap menggunakan bahasa Malaysia. "Malah ada yang memboikot mesyuarat majlis tempat. Bukan itu sahaja, graduan yang berusia 23 tahun turut dilantik menjadi ahli majlis," kata Dr Cheah menerusi surat setebal 12 muka surat yang dihantar kepada Penasihat DAP, Dr Chen Man Hin dan Lim Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng. Menerusi surat yang turut diperolehi The Star, dinyatakan bahawa prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang digunakan sebagai slogan memancing pengundi pada pilihan raya sepatutnya dipraktik dan diamalkan parti itu. Selain itu Dr Cheah turut menegur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan 'Ahli Parlimen berkuasa' yang dilihat mempunyai 'keputusan muktamad'. Dakwa beliau, ahli majlis bandaraya daripada DAP gagal untuk mengambil tindak balas terhadap rungutan yang disuarakan rakyat serta gagal menghadiri mesyuarat bagi menangani pelbagai masalah. Bagaimanapun Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok yang dihubungi melalui sistem khidmat pesanan ringkas (sms) enggan mengulas.-Mstar Pisau kata "bukti ultrakiasu,rasis dan chauvanis,Bangsa Malaysia konon?Pirah!" |
| Video Ahmad Dream Menyesatkan Umat Islam.Tindakan Perlu Di Ambil Segera Posted: 10 May 2012 01:08 AM PDT Pisau menyeru seluruh umat Islam tanpa mengira ideologi politik agar membantah dan flag video ini.Adakah ini salah satu agenda menyesatkan umat Islam,pihak berkuasa harus mengambil tindakan dengan segera. Video ini dihasilkan oleh evengelis untuk berdakwah kepada umat Islam Malaysia yang jelas melanggar perlembagaan negara.Yang membuktikan dakwaan Hasan Ali bahawa memang berlakunya dakwah secara halus terhadap umat Islam. (In the Malay Language) Video ini dihasilkan oleh Create International ::klik sini
Pisau kata "pihak berkuasa harus ambil tindakan segera" |
| Homoseksualiti bukan satu kesalahan-Majlis Peguam Posted: 09 May 2012 11:00 PM PDT Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee menggesa masyarakat menilai semula undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini yang dianggap bersifat hipokrit. Menurutnya, perbincangan perlu dibuat untuk melihat sama ada Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan masih boleh diterima berdasarkan definisi sekarang. Chee Wee berkata, Seksyen 377A Kanun Keseksaan menyebut seseorang itu dianggap mengadakan seks di luar tabii jika dia memasukkan zakar ke dalam dubur atau mulut individu lain. "Secara ringkasnya, sesiapa yang melakukan perbuatan seperti disebut dalam undang-undang ini, dianggap telah melakukan kesalahan yang boleh disabit di bawah seksyen ini. "Jika kita lihat, undang-undang ini secara jelas melarang perbuatan seks oral dan seks luar tabii tanpa membezakan antara pasangan homoseksual dan heteroseksual. "Persoalannya, berapa ramai pasangan heteroseksual (seperti suami isteri) yang mengadakan hubungan seks sebegini atas kerelaan dan kebenaran masing-masing? Jadi, jika kita ambil kira persoalan ini, kita dapat lihat undang-undang ini sendiri sudah lapuk," katanya. Selain itu, Chee Wee berkata, mengikut undang-undang sivil, homoseksualiti bukan satu kesalahan kerana ia adalah jenis orientasi seksual, dan bukannya perbuatan seks itu sendiri. "Pendirian utama Majlis Peguam adalah, tiada sesiapa boleh didiskriminasi atau diperlekehkan hanya kerana identiti mereka, dan golongan ini juga berhak menyuarakan pandangan bagi membincangkan masalah ini.-sumber Ambiga kesayangan PAS,Anwar pun cakap undang undang ni dah lapok.
Pisau kata "sokong pakatan = LGBT" |
| Pilihanraya PBT ,Hasrat DAP Akhirnya Berjaya. Posted: 09 May 2012 06:00 PM PDT Untuk pengetahuan anda,sejarah 1965 sudah berulang, ketika itu Barisan Sosialis menguasai pentadbiran Majlis Bandar Raya George Town walaupun pentadbiran negeri dikuasai Parti Perikatan. Seperti biasa,melayu melayu haprak pakatan tidak akan berani bersuara malah langsung tidak akan berani mempersoalkan tindakan Guan Eng,semuanya akan dihalalkan . ![]() Guan Eng lebih banyak mengunakan masanya berpolitiking dan mengaut kekuasaan autokratik,harapan DAP adalah untuk mendapatkan kuasa secara total dari kerajaan negeri hinggalah kepada PBT. Kesimpulanya mudah, usaha ini dilakukan secara berperingkat,pertama mendapatkan hak autonomi:klik sini kemudian apabila kesemua perancangan hagemoni berjaya langkah seterusnya adalah menguasai sepanjang pantai Barat dari Pulau Pinang hinggalah Singapura.Jika anda perhatikan seluruh pantai barat dikuasai oleh DUN yang dikuasai oleh DAP. DUN P Pinang lulus RUU p'raya k'jaan tempatan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan rang Undang-undang Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) bagi membolehkan anggota-anggota majlis perbandaran di negeri ini dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya. Enakmen yang dikenali sebagai Undang-undang Pilihan raya Kerajaan Tempatan itu dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri Chow Kon Yeow. "Kelulusan enakmen ini akan membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya bagi memilih ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)," katanya. Beliau berkata pilihan raya kerajaan tempatan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan negeri berharap SPR akan bekerjasama menjayakan pilihan raya itu kelak. Enakmen itu diluluskan tanpa kehadiran kesemua sebelas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang bertindak memulau sidang DUN hari ini. Persidangan DUN ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. -Bernama Pisau kata "Sikit sikit dia ambik..kita tengok saja?" |
| You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.





No comments:
Post a Comment